30 Disember, 2010

Suzuki Best

1. Tengok betul betul. Muka Yesaya Desnam, Cristian Gonzales, Oktovianus Maniani menyerlah sungguh ke-indon-annya ya. Watafakta!

2. Bangga budak se-Kajang, Safee Sali. Final skor cakap lu. Habis hancing tempat Markus terkangkang. Huwa. Balik kampung aku belanja makan sate. Ok, Azman Adnan turun nombor dua. Hah.

3. Barani aku bet. Kalau setiap ketul player nasional stop smoke, stop kahwin artis, kita boleh menang World Cup. England pun harap tuan rumah baru merasa 1966.

4. Muka aku pun sebiji Hakuto & Minami (hero Ultraman) tapi apa pasal Apex juga kau orang berebut :)

5. Satu-satu cara berkesan Markus mengelak pancaran laser adalah duduk diam jangan menggelabah dalam Ford Laser bercermin depan, belakang, sisi tint-ed segelap kulit Rajagopal. Selamat.

6. Markus @ Mat Sarkis.

7. Ok, sambung nanti.

01 Disember, 2010

Orang Minyak : Tahi Minyak : Naik Minyak

Monyet yang berperasaan nyaman selesa menaikkan harga petrol secara berkala tapi bukan sekali sekala ialah orang cemerlang terbilang tergemerlapan yang senantiasa mendapat peruntukan petrol percuma (tanpa subsidi) daripada kesusahan insan daif, terpaksa cheapskate semasa membeli susu budak, dan tentunya petrol daripada penaik harga petrol yang berasa indah dunia, berguling dalam selimut tebal seraya berkata, "inilah ketuanan Melayu" itu.

Tahi politik bertaburan!

Ok. Tammat.

18 November, 2010

Barang Baik

Barang berguna jika boleh digunakan. Sungguh tidak berguna si pemilik barang jika membiarkan barang-nya terus tidak berguna. Walaupun besar dan gagah, keperkasaan barang itu perlukan power untuk digunapakai oleh pengguna lain. Lantaran, aku pun meng-adjust-kan barang aku. Sekarang, pc aku boleh on semula. Kembali berguna barang kesayangan aku ni. Muuuuah barang aku. Huh. Panas.

14 November, 2010

Maya Karin & Anak Ikan

Ok. aku demam lagi. Jangkit dari anak murid. Sekarang semua balik kampung. Aku balik rumah merana diri. Arr.

Tiada aktiviti luar. Jadi, aku luangkan masa membaca gosip online. Waa. Vanidah Imran hos baru Nona. Aku suka. Maksud tersirat?? Aku suka Maya Karin berhenti mengacara. Concentrate cari calon suami baru. Abang di sini adik di sana.

Watahel! Apa nyamuk nyamuk kait Maya aku dan rating jatuh. Krew belakang tabir dan produksi Nona, read my message; dari anak bekas peminat setia rancangan kau!!

Segmen fesyen paling busuk Jimmy Choo. Persandingan bunian, kayangan, mambang tentu. Informasi bisnes Hartamas baru mutu keunggulan. Content penuh riak, unsur gua-banyak-duit-lu-pandang-sudah-lah. Sial! Orang sedang sedang sahaja jelik menengok, ngok. Kesian, Misi Rajin.

Rasanya kau orang sekolah bawah tanah. Lupa tentang atas tanah. Penonton kau ialah, Temah, dari Batu Kurau, Jijah, peniaga kain boleh rundng, Nita, cashier Uda Ocean baru sampai dari "New Castle", dll. Yang berharta, ingatkan syurga ada atas bumi, ahad main hayun kayu golf, main anak ikan atau syok berdengkur. Semalam cucuk langit hitam penuh noda (teka).

Maya, i sanggup jadi anak ikan you (??).

Ok, tammat.

08 November, 2010

Tetek Batu Kurang Aerodinamik. Muka Plastik Jiwa Sakit.

Cara terbaik mendapatkan tetek besar, berair, goyang goyang dan montok. Satu, makan berterusan. Dua, jadi gemuk tapir. Tiga, tahan hinaan makian sang jealousy.

Setelah 365 hari, start men-slim-kan diri. Afdal kalau sesenduk nasi sehari. Tengahari hah. Sayur, buah borong. Ganti makanan rapu. Kurangkan merapu menipu.

Coli-angkat-atas jawapan logik, tapi rekabentuknya kelakar. Adakah dalam mangkuk ada batu sungai?? Jalan mendada serama, jalan nan sesat.

Kecil asal original menarik. Yakinlah sikit. Lelaki bukan semua makhluk tetek. Kami ramai yang cari lengan, hidung, bibir, mata, kaki, pinggang, bahu, atau hati, sayang oi.

Ok, tammat. Maaf, gambar tetek dijual berasingan.

02 November, 2010

Tadi Kan...

Ok. Tadi tersinggah sebuah kedai yang Misi Rajin panggil Kedai Apek walaupun seekor apek pun terwujud dalam itu tempat. Yang jumpa hanyalah Indon(s) genit memang cun melecun gegar iman menggeletar lulut beraksi sebagai cashier. Otak nakal aku tanya from where apek tersebut punya supply agaknya.

Jadi, sambil ketuk manja kepala lutut, aku cuba mengalih perhatian kepada seksyen majalah. Betul betul depan pintu masuk. Belek sekeping intai cover. Yuna cantik tudung merah. Lagi sekeping. Perempuan juga. Perempuan dengan paritnya. Ada juga longkang. Malah lurah dendam juga.

Beres. Kemudian beralih citarasa. Tatap gambar spesis sejenis. Scan kiri kanan atas bawah. Waima lantai pun kot kucing tumpang baca. Ilek.

Aku imbas lagi. Baru jumpa. Cabut sepit kayu. Tak tak. Aku tak cabut pun. Tipu.

Ok, sambung.

Macho. Aku puji cover-mannya. Rambut beruban. Fuh. First time jumpa orang lebih rupa daripada aku. Pasrah. Cari siapa dia. Untung sabut minta resipi kekacakan jangka panjang. Untung batu kahwin lebih. Chet.

chefwanseluarkecil

Alamak. Dada berbulu sejemput ni aku urut. Siutlah. Siapa beli Glam Lelaki edisi November tolong scan-kan. Chef Wan wa cakap lu.

Ok. Tammat.

31 Oktober, 2010

Lepas Berpesta Jangan Lupa Galas Tanggungjawab Mengundi

Tahniah kepada pasukan Gomo kerana berjaya memenangi Pertandingan Seni Bela Diri Seluruh Malaysia malam semalam. Persembahan final maha hebat, yang mempertaruhkan kungfu kebanggaan memperlihatkan kematangan dalam bersukan.

katak

Selain konsistensi berkuntau, sistem cucuhan mercun sharpshooter berkelajuan tinggi lagi berkonspirasi mengakibatkan handalan lain seperti Sang Gergasi, Perodua Kenari, dan terbaru Team Masak Lomak Cili Padi tumbang terpelengot. Di harap budaya kerja keras ini diteruskan bagi menaikkan lagi imej Tanah Malaya di arena antarabangsa.

Ok. Tammat.

30 Oktober, 2010

Sayang Selangor Muuah Muuah

Sedang aku hirup teh o suam dari termos silver percuma kompeni, tup tup terlayang kejap teringat rakan sekerja sibuk mencari lubang entah apa entah. Mula otak Melayu aku fikir ke lain. Sodomy. Seks bawah umur. Patin makan anak. Dll. Demi cita cita lari dari sentimen Melayu tipikal, aku center-kan sel otak supaya lebih banyak pembelajaran boleh berlaku. Cit. Aku terbayang kecomelan Wardina pula.

Ok. Kawan aku calling ala bapa ayam. Kejap lima puluh. Kejap enam puluh. Hah. Sah. Ayam seberang. Murahan. Tapi macam di-declare tadi, aku save best for the last. Pasang niat dress-up serupa lebai, cuci kawan aku. Amal makruf nahi mungkar.

Aku tekad redha tabah. Pencegah maksiat mana ada tolak ansur. Kawan tak kawan. Itu pesan Osama Laden. Amerika perlu tumbang. Nelayan ke laut lagi wei (?).

Dekat. Makin dekat aku datang. Makin ligat kepala otak aku recall hadith dan cerita para anbiya sebagai modal mentarbiahkan manusia bertopengkan setan ni (??). Tiba-tiba dengan rileks dia mata ke mata dan speaking New Castle, "susah betul nok dapak tiket final ni, be. Sume ulak main herge. Bukey seney dapak hok molek sikek." (abaikan unsur ke-siam-an dalam ayat)

*Tepuk dahi*

25 Oktober, 2010

Cantik Tak??

Setiap pagi sebelum masuk kelas, aku singgah ward tempat Misi Rajin kerja. Sasaran pertama aku guna perkhidmatan mesin timbang kebolehpercayaan tinggi. Bebas syiling.

Penat aktifkan sel penyabaran sejak puasa lagi berbaloi. Aku tak hentam serdak kuih raya macam tahun sudah sudah. Pengorbanan. Kunci nafsu. Intensif diet selamat makhluk jogging 5 tahun sekali berjaya pada dasarnya. Huh.

Bangga. Tak perlu jadi Erra Fazira semata kejar endorsement pusat perampingan body. Jimat beribu. Dari 70 ke 65 kilo untuk zero-cost, ok what? Hah. Paling seronok, Jess perasan ke-slim-an encik abang dia. Bangga kuasa dua.

Ok. Tammat.

11 Oktober, 2010

Siaran Langsung

Malam semalam tanpa bintang. Malam yang sepi. Pak Mat jual topi (?).

Peti televiyen tempat bermain PlayStation telah di-conquer Ma. Makhluk angkasa lepas naik pelamin. Tersia sia waktu latihan Fifa Eleven. Benci Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie.

ps3

Separa pasrah anak mithali ini rela kan. Cabut naik bilik. Malas duduk sekali ambil berkat. Cukup sekadar controller tanpa wayar teman tidur. Peluk bini, masih bujang teruna. Damn. Terkenang kekasih jauh. Berubah kepada alien dan terbang.

Kenapa bersanding malam? Kenapa sepuluh sepuluh sepuluh? Kenapa perkahwinan bunian? Kenapa aku merungut? Damn. Aku membebel.

Target anak sepuluh?? Mentanglah doktor.

Soalan terakhir. Malam pertama zero graviti. Siapa untung? Laki atau bini?

10 Oktober, 2010

Mabuk Halal


Perkara paling afdal dilakukan. Buat buat stim. Buat buat gila. Buat buat malas. Then, just khayalkan seluruh jisim tubuh. Sandarkan pada kenangan bangang dulu dulu. Peh. Patutlah ramai kaki minum. Nikmat wa cakap lu.

09 Oktober, 2010

Dead End

Fasa hidup aku tersekat sekarang. Bagai jalan mati. Setiap tindakan dan pemikiran yang biasa aku buat mengikut peraturan alam, terpaksa aku langgar. Hati membengkak. Hati aku dan hati dia.

minum

Jenis aku adalah yang lebih senang berkomunikasi jika berdepan. Maksud muka bertemu muka. Takdir. Lately, keadaan seolah olah tidak mengizinkan. Semua dibuat melalui pesanan ringkas dan panggilan domestik. Atas kelemahan tadi, serious shit, shit happens (still).

Dengan ini, aku berjanji kalau ada orang bank-in sejuta ringgit malaysia sekarang, separuh aku derma bina surau. Sungguh!

Tammat.

03 Oktober, 2010

Sori Sebab Miss Kenduri Kahwin Kawan Awak.

Baru balik outstation. Bawa sedikit buah tangan dari sana. Lambakan coklat buatan Swiss, pengalaman bergaduh dengan pedagang Cina, misteri kehilangan beg, bermain ular serta membeli sesuatu istimewa untuk tiga wanita yang aku sayang (?).

Istimewa bermaksud pertama kali. Lain kali beli mahal lagi, supaya lebih istimewanya.

ular

Aku juga membawa demam kronik menyebabkan peti suara rosak / gagal berfungsi. Cuba bercakap saja, terkeluar bunyi angsa tercekik biji rambutan. Tapi, alright. Ini lah cara terbaik menyambut bulan sepuluh. Bersusah dahulu, bersenang kemudian (?).

Oklah, aku sekarang di tahap kena makan Synflex. Tak boleh tenung skrin lama. Boleh meletup otak aku. Silap gaya mendatangkan kecacatan kekal. Dahsyat imaginasi.

Oleh itu, aku terpaksa sarankan empunya body kurangkan waktu menghadap pc. Lebih pada pandang kecantikan alam. Bukit bukau, dan burung berkicauan (??).

Bencilah Synflex ni. Rupa macam Viagra. I punya padu tau (hah).

Tammat.

18 September, 2010

Ak. Tll. F.

Paling benci diri aku. Kerap jadi terlalu aku. Terlalu ikut perasaan sundalan. Ikut gaya orang tak tenteram. Tanjung rambutan. Terlalu mengemis perhatian. Terlalu taksub. Terlalu mahu.

Tapi terlalu lemah menolak. Terlalu mengharap. Terlalu gila. Terlalu mendesak. Hilang pedoman. Akhir, aku selalu silap. Terlalu sesat. Terlalu bangsat. Terlalu mati.

Damn. Faking me, to the power of millions.

Ok. Fin.

14 September, 2010

Tiada Kaitan Sama Ada Hidup Atau Mati Pucuk.

Siapa baca blog ni lama dulu tahu aku madridista / penyokong tegar pasukan Real Madrid sejak era Raul - Morientes. Automatiknya, seluruh telinga diserang acne dan bernanah bila mendengar berita baik dari kem Barca. Contoh, Dani Alves kahwin empat, kekasih gelap Messi kentut bau Dettol, dll.

Pendek kata, kesenangan hati aku melonjak dek kekalahan / kejatuhan / kerunduman FC Barcelona. Seperti, nenek Xavi ditangkap mengedar daun ketum, adik angkat Valdes mati ditikam dan dibakar berhampiran ladang anggur, dll (juga).

Minggu lepas, ke-poyo-an memakan diri. Mereka dimalukan pasukan kecil dan baru naik pangkat ke La Liga, Hercules. Bak kata pepatah, clear water don't sangka no buaya.

messilossi

Ramai pemerhati geleng kepala, memandangkan kestabilan tinggi berpasukan, dan pula bermain di tempat sendiri. Tapi bagi yang biasa mengikuti perkembangan the Poyo(s), ia perkara biasa. Gergasi akan tersungkur kerana ego. Tak percaya tanya Setan Merah.

Bersyukur. Betul aku melepasi had kelayakan menerima angpau, tapi raya kali ini terasa macam terima hadiah turun dari langit. Terima kasih atas kelonglaian dan kelalaian geng Pep Guadialo.

Hakikatnya, Hercules picisan. Tapi sejarah ortodoks mencatatkan Barca cuma picisan di mata Hercules (rujuk: musim 1996–97). Haha. Puas hati.

Esok, sepak mula Champions League. Moro retired. Raul dan Guti pindah negara orang. Tinggal Casillas. Harap Mourinho apply abracadabra super power (dia pun nak power juga).

raulmoro
Ambil berkat

Bersandarkan game terbaru menentang Osasuna, gandingan Özil - Ronaldo seakan punyai rencah juara (Hasbullah Awang copycat). Jadi, angkatan poser Red Diva(s) dan sindiket Barga' (baca: berlagak), sila take note. Bersedia. Menangis. Hah.

Ok. Tammat.

13 September, 2010

Sebelum Syaitan Naik Bas Ekspres Balik Ke Office Mengganggu, Baik Aku Draft Soalan Peperiksaan Akhir Budak Kelas.

Hai, sekalian.

Lintas langsung dari tempat kerja. Raya di sini tanpa ada kerja utama mendidik anak bangsa rupanya rumit. Paksa otak beri idea apa perlu buat. Supaya gaji celik (?).

Suasana totally berlainan. Tambahan, hanya aku satu satunya pemuda Islam berjiwa 'puasa-sebulan-raya-sehari' di celah staff(s) lain. Dahsyat. Tiada suara suara umpatan biasa dan kata kata fitnah bergema. Syurga kah? Seram pula.

Kerana itu, aku sayangkan Syawal sejak dulu. Dalam sepi, cahaya timbul. Sudut gelap mula bersinar. Repekan tidak seenak kerepek pisang.

Ok. Tammat.

12 September, 2010

Cepatlah Balik

Bangun. Famili aku berada Nilai. Membeli persiapan raya (?). Jess pula jauh di perantauan. Tinggallah aku seorang melayan kesunyian. Kedengaran 'Pulanglah' sayup sayup.

Aku cuba alihkan fokus. On PC. Main internet. Surf tanpa tujuan pembelajaran.

Tup. Muka depan berita Datuk Sosilawati Lawiya ditemui. Bentuk kaku. Masuk bilik post mortem. Dibunuh. Dibakar. Dicampak tepi laut. Diam. Insaf.

Barangkali aku belum diberi peluang kaya dan beli petak tanah sebab famili masih perlukan aku. Atau mungkin sebaliknya.

Bayangkan kalau mati, siapa volunteer menggubah bunga, drill dinding pasang langsir, habiskan semprit sebalang, togak Tropicana Twister dan lepak menghadap SuperSport tiap malam. Besar peranan aku. Harapan keluarga.

Ok. Tammat.

08 September, 2010

Pengedaran dan Muat Turun Berleluasa Video Skandal Seks Songsang Genre Interracial Orgy Berjaya Meruntuhkan Tembok Kesombongan Bekas Ketua Polis Negara Sekaligus Memberi Rasa Hambar Terhadap Sambutan Aidilfitri Pertamanya Selaku Pesara.

Pertama. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Tan Sri Musa Hassan atas jasa pimpinan dan usaha keras beliau menghapuskan geng perampok merampok si kaya tanahair. Keselamatan mereka terjamin kecuali Datuk Sosilawati Lawiya.

Hah. Selamat raya, guys. Jangan lupa solat jumaat. Lemang, lemang lah. Masjid jangan ditinggalkan kesepian. Siapalah imam tanpa askar askarnya?

Walaupun aku beraya di bandar metropolitan tatkala kamu leka menikmati suasana meriah pedalaman, diharap kalian semua tidak balik membawa sikap kekampungan kolot, ok.

Jelik ya. Semakin Ramadan ke penghujung, semakin ramai manusia bangang aku temui. Di tepi dan di tengah jalan raya. Serupa hantu raya.

Traffic jam adalah alasan bahalol berbuka di atas jalan. Jem, encik. Ambil roti sapu. Jimat. Gula mahal. Bazar harga cekik. Selingan. Abaikan.

Sebagai lelaki prihatin, aku juga mengirim salam perjuangan pada para awek cantik.

Ucapan semoga bundalan baju(s) dan tudung(s) anti tekanan 'ingin-jadi-tercantik' yang dibeli / ditempah sepanjang / beberapa bulan sebelum puasa berjaya memuaskan nafsu melaram menandingi pesaing rapat sekitar. Seperti contoh bekas kekasih buah hati anda, adik dan kakak ipar, serta Mak Mah Pok Pek, jiran selang sepuluh rumah.

Tapi percayalah, para lelaki lebih menghargai andai kata kamu sudi kurangkan bilangannya sempena sambutan Syawal mendatang. Kerana dirimu begitu berharga.

Kepada sesiapa yang tertanya tanya apakah alunan paling sesuai di stereo kereta baru polish anda, dicadangkan KoRn. Sensasi celik mata berpanjangan. Pasti cergas.

Sebelum pergi menggubah bunga dan membaiki salur air, aku tinggalkan sebuah video lagu raya klasik. Tapi awas, ia cuma sesuai dimainkan sesudah mencium tangan mak abah dan menyampaikan sampul padat berisi nota lima puluh. Syahdu.


Apa barang Jamal Abdillah.

Ok. Merujuk tajuk entri sengal, aku minta tammat.

06 September, 2010

Pagi Tenang Bersama Laila

Masa sahur Hang Kebun ajak man to man talk. Hirup udara pagi tepi tingkap pakej aktiviti pandang luar rumah. Seperti biasa aku ingat ayah mahu tunjuk adegan menarik di padang depan. Huh. Meleset. Ayah suruh tengok pokok (?).

Angin sepoi sepoi bahasa. Kadang kuat menerbangkan rambut ikal mayang aku. Tapi pokok besar, kecil dan buluh nenek jiran sebelah statik. Seinci tak bergoyang. Maksudnya?

"Lailatul Qadar, malam berkat selamat," kata Hang Kebun tersenyum sambil parking kedua belah tapak tangan celah ketiak clean shave tanda kesejukan.

"Tapi Hang Garden, abang kan tertidur awal semalam. Kalau betul, mesti malaikat kejutkan suruh add on ibadat," balas aku penuh gaya kepimpinan Melayu Umno.

"Insan malang," makin galak Hang Kebun senyum. Sebagai anak bertanggungjawab, aku senyum-kan juga tapi dalam siapa yang tahu.

Cis. Dari pakcik muda perkasa asyik kenakan saya ya. Jahatnya kamu. Bila nak insaf entah.

Ok. Tammat.

04 September, 2010

Sate Tetap Wahidun Di Hati Walaupun Aku Ternyata Meluat Girls Ramai Kahwin Lomboks Pemalas Lagi Miskin Daripada Pilih Lelaki Tempatan Lepasan Sarjana Muda Beriltizam Tinggi, Tabah Dalam Meraih Sekelumit Rezeki Halal Lantaran Ekonomi Tenat Negara.

Silap taktik!

Sepatutnya tunggu demam aku kebah baru bedal sate Haji Samuri, tapi Si Gemuk punya pasal, aku ikutkan juga. Lastly, struggle sakit perut dan suhu badan naik mendadak. Bila pandang monitor, aku boleh nampak bintang bintang berkedipan.

sate

Salah siapa? Salah Indon(s) bakar bendera adik beradik Amerika kah??

Hubungan Melayu dan Indon buruk sejak era Sukarno. Kau orang nampak tak aku taip Melayu bukan Malaysia. Ia disengajakan. Bukan typo mypo.

Perasan tidak sejak timbul isu "pembakaran terbuka" dan lempar najis lembik lembik, kaum mana yang terlalu kool sehingga tiada sekelumit perasaan benci al-marah pada ribuan penganggur seberang yang punya banyak wang untuk membeli lighter Aladin, dan buta tak jumpa public toilet lalu tak menyempat menduburkan bahan kumuh lantaran cirit birit akibat kebasian nasi padang.

Penggunaan 'tak' di perenggan atas menunjukkan aku bersikap negatif. Ya. Aku akui.

Boleh panggil aku rasis. Sebab aku jujur. Yang lain hipokrit.

resit

Pada pemerhatian aku, ini permainan kedua dua belah pemimpin. Skandal seks. Rasuah trilion Rupiah / jutaan Ringgit. Masalah politik dalaman parti. Dll. Asal wujud hal berikut maka menyusul lah riot di Jakarta, dan bantahan di Kuala Lumpur. Semua bertujuan mengalihkan perhatian dari masalah penting berbangkit. Demi survival politik dan bisnes mereka.

Yang bangang kita bawahan ni. Jadi anjing menyajak lantang, yang faham hanyalah barisan anjing lain. Menyalak sampai subuh. Esok tidur lidah terjelir.

Damn. Karam Singh Walia the second melaporkan.

lidi

Harapan semoga Melayu dan Indon belajar dari Cina. Infak sesama rumpun. Bersatu kita berpadu menentang musuh. Wasatiah berbelanja. Korek hidung di tempat awam (?).

Ok. Tammat.

01 September, 2010

Hak Mandi Dipertikaikan! Resolusi?

Hi, si kacak dan si cantik sekalian.

Sebenarnya aku tidak bersedia menaip apa apa. Badan dan lutut longlai. Badan aku yang berlengas diharamkan masuk bilik mandi oleh Angah yang berada di bilik sebelah. Katanya bising dari hot shower akan mengganggu tidur dia. Cis.

Jadi, aku pun membuat keputusan tiba tiba mengetuk bebutang keyboard kerana kecewa badan berbau ikan kembung pecah perut.

Banyak perkara berlaku tiga hari ini. Bermula pertemuan dengan milf terhangat, Azizah Ariffin. Sambutan Malam Merdeka peringkat sekolah. Bagaimana aku telah dilanggar sekumpulan peminat Dato' Siti. Kecengangan rahang para pelajar perempuan melihat Fiz Fairuz dan aku (?). Handphone dan lens baru. Serta keseronokan berbuka puasa ala santai bersama Jess.

kibar

Banyak perkara. Tapi kudrat ciput.

By the way, rakan bloggers. Aku terpaksa selesaikan semua laporan perkembangan pelajar yang wajib ditaipkan untuk HEP dahulu. Kemudian kita borak panjang, ok.

Salam merdeka. Tammat.

29 Ogos, 2010

Sebab Itu Nabi Saya Suruh Banyak Membaca Dan Jangan Meniru Dalam Exam. Supaya Bila Besar Pandai, Tahu Kebenaran. Bukan Untuk Fake Good Result Tunjuk Pada Semua!

Pelik. Aku ingatkan cuma di Malaysia rakyatnya ramai telan bulat bulat propaganda kerajaan (dan pembangkang). Rupanya Amarika pun join the club. Sadis. Walaupun easy access internet, library melambak, masih terkongkong kepala otak Americana. Wajib overhaul.

Penduduk mereka terkenal kerana keterbukaan dan suka persaingan, mudah tumbang dengan isu 9/11. Sanggup cakap angkara extremis muslim. Cetek akal.


Mana sorok fakta beribu ribu pakar ekonomi / pekerja / ahli perniagaan Yahudi(s) di WTC, tiba tiba pada hari disaster tersebut magis. Adakah mereka mengambil mc palsu konon tangan melecur bakar bahulu / sanggup ponteng sebab pasang langsir raya / beli butang baju Melayu di Madison Square secara berjemaah??

Seriously, aku malu.

Kerajaan Bush Jr. semut api celah hutan Amazon nampak, siap kira tepat guna satelit canggih, tapi kapal terbang domestik besar gedabak (!) kena hijack senang lenang.

Logik??

Shit. Penipuan.

Ia sama kalau seorang professor matematik ditanya soalan satu campur satu dijawabnya SatuMalaysia. Memperbodohkan orang. Prof dan jawapan.


Oleh demikian, jangan kebangangan dan terus diperbangangkan, serta usah pecah rekod makhluk terbangang di mata tuhan.

Sila Iqra' Bismirabbikallazi Khalak.

Ok. Tammat.

27 Ogos, 2010

Ubat Demam Tertinggal Di Kuala Lumpur

Ok. Baru selesai membeli barangan keperluan. Demam aku perlu dilayan. Nasib baik ilmu demam aku tinggi. Jadi, persediaan rapi yang aku buat mencerminkan betapa kerapnya aku demam (rindu) sepanjang kehidupan muda mudi penuh semangat cinta aku ni.

Selain air tebu fresh tanpa mengandungi waima sebutir air batu pun, aku telah memborong enam botol 100Plus pek 1.5 liter. Ubat demam. Bubuh dalam peti sejuk. Berbuka nanti baru nampak kerakusan seorang insan dahagakan kasih sayang.

Bagi merawat sakit sendi kaki, lutut dan tengkuk, aku membeli tiga botol saiz besar minyak Mestika. Kenal tidak? Di depannya ada gambar nenek tua sweet sopan bertudung. Sangat cocok dijadikan contoh pada sesiapa yang sedang berura ura ingin memasuki pertandingan Gadis Melayu musim ketiga.

Nyum! Nyum!

Alamak. Kepala aku pusing pusing lah.

Ok. Mahu baring sebentar. Nanti esok sambung.

Tammat.

26 Ogos, 2010

Kuih Rosak

Salam Nuzul Quran semua. Ya, aku tak pergi solat terawih. Demam, kecederaan di kaki, pinggang serta tengkuk telah merosakkan program 'Singgah Surau' aku.

Tapi bagi menyempurnakan kaf-ba-raw-kaf-ta-alif-nun ini malam, aku juga telah paksarela membatalkan niat menonton 'Kuih Seha'. Dua alasan. Pertama, kekangan masa dan kedua, downloaded video itu pula corrupted.

Pelbagai halangan.

Lagipun, bimbang takut terlajak perbuatan, dan kata. Zaman teknologi canggih. Kalau setan dirantai pun, dia masih berupaya menghantar sms berbaur hasutan ke hati lemah aku ni. Elok belajar buat kuih, bertukar aktiviti memandang / menenung kuih.

Tengok Epilog Syurga Cinta senang pula. Siap dapat izin Misi Rajin lagi. Mungkin sebab abang dengan Mia, kita diciptakan bersama.

mia

Huh. Underage. Jangan cari pasal.

Doa kan aku berjaya. Bukan bersama Mia. Dengan Jess kesayangan.

Ok. Tammat.

24 Ogos, 2010

Aktiviti Sihat

Baru selesai muat turun drama 'Kuih Goyang Seha'. Produksi tahun 2009 rupanya. Aku kalau ada mesin masa entah masuk bengkel sudah. Banyak sangat aku ketinggalan. Banyak sangat yang aku kena kutip / repair lepas lepas.

Ingat balik, cerita ni aku pernah tengok (kot). Nabil. Irma. Rozita Che Wan. Arash. Entah.

rcw
Hasil taip 'tudung Rozita Che Wan' di Google

Alasan kukuh pen-download-an berlaku kerana azam raya nak belajar resipi kuih tradisional lah. Tak kan sebab aku nak "siasat" kuih Seha pula. Otak tak kuning, tak biru, ok.

Huh. Tammat.

23 Ogos, 2010

Kad Raya: Where Are All The Setan(s)?

Lambat betul masa berlalu. Masuk today, tiga belas hari kita terpisah. Dada berdegup kencang, rindu menjelma. Kalau I tipu pun, you percaya punya.

Huh. Bosan hidup lately. No cabaran. You kenal I, kan?

setan

Apa khabar you di sana? Nanti Syawal pulang-lah. Kita main kahwin kahwin. Korek hidung, kutuk lelaki modifikasi dan download video mudah didapati.

Akhir, terimalah serangkap pantun sekerat empat kerat special untuk baki tujuh belas hari derita mendatang. For sure.

Ketiak luka mesra aroma,
Bulu hidung terbelah di hujung,
Apa barang tinggal dalam neraka,
Panas gila terpekik terlolong.

Assalamualaikum (boleh balas ke?).

21 Ogos, 2010

Soal Menjawab: Siapa Kap?

Soalan dari coocoodoo melalui Formspring
"kap rasa kap normal ke x?"
Ya, aku normal kalau ikut perkitaran biasa bintang di langit. Sama macam perempuan yang berpaksikan pergerakan bulan. Sama ada datang atau tidak saudaranya di bulan itu.

Normal bermaksud tiada apa yang luar biasa tentang aku.

Juga aku seorang straight (forward) dan tidak terikut trend terkini. Ini adalah kerana aku lebih selesa jadi diri aku yang sekarang. Miskin di luar, tak berapa miskin di dalam.

jampi

Tidak merokok dan kurang minat lepak di kafe mamak (kecuali mendapat undangan menonton bola). Sikap yang aku amalkan membuatkan duit pun banyak tersimpan. Tapi malang, belum cukup untuk meminang gadis idaman.

Paras rupa? Dari maklum balas bekas sahabat, iras iras Faizal Hussein. Tapi versi ketinggian sederhana. Damn.

Merupakan peminat tegar Real Madrid sejak 1997 walaupun dikelilingi para Setan Merah yang majoritinya cuma kenal Ronaldo dan Beckham.

Ya. Ya. Ya.

Terbabas dari topik asal. Hobi semulajadi. Ia terjadi bagaikan magis. Tak sengaja.

Seperkara sebelum tutup, kau orang boleh tanya atau tegur atau kongsi, tapi tolonglah jangan ber-Tanpa Nama (walaupun aku tak block). Rasa macam cakap dengan pintu jamban tau.

Ok. Tammat.

18 Ogos, 2010

Crush: Kyoko Fukada

Aku tak malu mengaku "terbeli" CD minah ni yang aku letak celah album Foo Fighters, Metallica, They Will Kill Us All, Slipknot, Norah Jones, Poetic Ammo, Exists, dll.


Dia sangat suka akan Pingu, Barbie dan aku. Perkataan hujung adalah penipuan bernada senda gurau. Mengerat (bukan kerat tapi erat) silahturahim. Add-on terawih dan moreh.

Pernah kawan aku perli. Lambat bertindak. Pada masa itu aku berkawan rapat seorang gadis muka, mata, rambut, bibir, hidung, dada, badan, punggung, kaki, betis, peha, dan tapak kaki fotostat Kyoko Fukada. Kami saling suka menyukai. Bak kata kawan yang bajet dia doktor cinta. Tapi hubungan kami terbiar layu. Akhirnya, kami putus. Entahlah! Bila masa pula kami berpacaran ni??

Kadang aku terfikir juga soalan Jess (tiba tiba). Dia cuba bandingkan color kulit dia yang agak Milo berbanding orang lain. Kenapa pilih dia anak mami? Perempuan kan. Suka provoke same tricky questions. Geram i (sesat). Rasa nak cubit pipi dia. Puasa. Puasa. Huh.

Aku selalu balas, Kajol bukan Japanese ke?? Nanti kahwin basuh guna Klorok banyak banyak, dan jawapan kartun lain. Lelaki romantis. Bahasa mesti tersirat.

Ada kala aku diam. Konon speechless. Gaya lelaki dingin dan jual mahal ditokok sebagai perisa tambahan. Baru Kashah. Baru hero Malaya.

Malas nak taip.

Ok. Tammat.

16 Ogos, 2010

Mencegah / Mengubat / Musibah


1. Impresi pertama setelah menonton video di atas?? Takut. Takziah pada mangsa.
"Bahawasanya setiap keputusan salah lagi songsang pemerintah akan tertimpa hukuman bala ke atas rakyatnya dahulu, tidak kira berdosa atau tidak setiap satu darinya."
2. Di atas ini bukan firman atau hadith. Just translasi. Mungkin silap frasa ada. Tapi maksudnya tidak lari.

3. Kalau diajukan pilihan kahwin muda atau zina, aku akan tanya beberapa soalan.
  • Bersediakah untuk bangkit setiap jam layan anak meragam tengah malam buta, sedangkan kau sahur pun payah turun dapur tolong mak?
  • Bil api, Astro selama ni kau ke yang bayar? Usus, punggung anak kau kebal, boleh minum susu cap pasir, pakai lampin buat dengan surat khabar terpakai?
  • Kenapa bakal parents-in-law tiba-tiba boleh berlagak jadi akauntan besar GLC bila ada seorang lelaki ikhlas mencintai anak dara mereka gentleman datang merisik?
  • Dll seumpamanya.
4. Jangan sempitkan opsyen sesempit pemikiran paras longkang tersumbat.

5. Why not giatkan usaha hukum lelaki fakap yang mengongkek, dan mencemarkan maruah anak gadis bodoh ini? Biar sebat macam jenayah dadah. Penyek-kan anu dia mesin tebu. Rejam batu kerikil ke batu kecil dia. Why not?

6. Pemimpin kita majoriti stupid dumb dumb. Sebab itu aku lebih suka baca Wiki dari dengar idea 1sampah. Ia reliable, unaccreditable source but still generate knowledge yang membolehkan lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat proses pembelajaran berlaku!!

7. Bersama doa Allah pilih untuk terus beri kita peluang. Sumpah! Banyak sangat perkara yang belum selesai dalam hidup aku.

8. Ok. Tammat.

14 Ogos, 2010

Tadi Pasangan Cinta Praktis Lagu Ini Tepi Kompleks Pertama Sebelum Niat Mereka Membeli Belah Di Jalan TAR Tergendala Sebentar Akibat Kecemburuan Hujan Lebat


Kembang! Usang! Kembang! Usang!
"Aku tidak sudi melihat dia lagi
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini
Aku rela menjadi teratai yang layu
Daripada mekar di dalamnya tasik madu"
Dua dua salah. Bukan kembang. Bukan usang. Mekar lah, sayang.

11 Ogos, 2010

Hanya Awak Seorang


Have I told you lately that I love you?
Have I told you there's no one else above you?
Fill my heart with gladness, take away all my sadness,
Ease my troubles, that's what you do.

08 Ogos, 2010

Kekejaman

Aku berkerja separuh hari tadi. Untuk persiapan majlis perpisahan. Separa rela. Sebelum pergi, aku spot-check tudung saji. Perut fuel warning blink merah suruh re-fill.

Ada sepinggan cekodok segera cecah sos Aminah Hassan. Ada nasi lemak bersama sambal bilis basah. Best. Kesukaan.

Belasah cekodok dulu. Nasi lemak aku bungkus makan di tempat kerja. Rushing akibat terlambat. Pelajar siap call. Khutbah cikgunya tentang kepentingan menepati masa. Waaa.

belon

Selepas menggantung beberapa biji belon dan meletupkan sebiji. Abdomen menghasilkan bunyi berdesibel rendah. Laju aku selamatkan diri tuju ke tupperware. Aku makan secara solo. Pelajar semua telan air liur.

Kenyang. Budak semua pakat keluar awal. Lapar tiba tiba. Bangga aku tersenyum. Aku makan masakkan Ma, mereka pula terpaksa telan "sampah" dewan makan.

Ok. Tammat.

06 Ogos, 2010

Pengajaran Kes Nor Azita Osman: Jangan Bangga Add Kawan Sesuka Hati Sebab Outsiders Suka Komen Sesuka Hati Macam Awak Juga, Ok.

Johor dan Nor Azita Osman Dihina.

Isu besar??

Tidak. Malah, semua orang pernah buat.

Orang Kelantan datang Kuala Lumpur cari duit. Suap bini, anak makan. Balik kampung beraya, kutuk KL depan budak sana. Jalang pakai tube. Curi radio kereta. Boleh bakar kerusi stadium sebab ref kayu lah. Pada hal, sendiri tahu penduduk asal negeri mana yang penyangak besar di KL.

Sabahan sibuk cakap guru semenanjung besar kepala bila masuk kawasan pedalaman dia. Pada hal melambak Sabahan sibuk nak kerja di ibu kota @ Selangor sebab nak lari dari bantu orang sendiri.

Ada anda tengok Kubang Pasu macam mana keadaannya? Lipis? Paloh Hinai? Permatang Sintok? Juasseh? Manek Urai? Batak Rabit? Wakaf Tapai? Tokai?

Hanya beberapa contoh. Dan aku pasti masih ramai yang berfikiran terbuka. Tak terlibat dalam semangat kenegerian sempit.

jl
Amerika kah?

Ini semua kerja politikus, beb! Kalau menghina, biar tepat ke muka. Ketamakan Sultan Bola, rumah PKNS kualiti two thumbs down, pistol meletup sendiri, skandal seks bawah umur, rampas tanah rakyat...(isi sampai berdarah jari)...

Politik busuk cipta jurang pendapatan, kemajuan, pangkat, pengetahuan, perasaan, keselamatan dll. Semakin lama semakin besar. Besar Titanic. Yang cetuskan rasa marah. Rasa dengki. Cemburu iri hati.

Konklusi, semua tempat losers yet istimewa. Ia fakta.

Terima kekurangan seadanya. Enjoy memakmuran sedia ada.

Jadi, kalau masuk tempat orang jadilah tetamu, pembeli, tokan, pelajar, penganggur, pencinta, penyewa dan lain lain yang tatasusilanya terpelihara.

Sedangkan ayam serama dan kucing parsi bela berhempas pulas. Taik boleh cebok, ini kan manusia lain kan?

Treat people wisely. Tolak sentimen kenegerian terlampau.

Ingat, dunia ini kita kongsi dan jangan sertai kongsi gelap!

Ok. Tammat.

05 Ogos, 2010

Kenapa Laki Orang Suka Berskandal?

Kita sedar kos bernikah campur kenduri, campur majlis bertunang, campur pelaburan masa bercinta, paling busuk cecah puluhan ribu ringgit, dan kita juga sedia maklum bahawasanya lelaki merupakan makhluk sangat berkira tentang duit melainkan rokok, kereta dan PC.

Mereka mula membandingkan nilai tadi dengan apa dia kecapi lepas berkahwin. Ini merangkumi soal hubungan suami isteri mahupun kepuasan batinian dan zahiriah lain seperti kenikmatan bermanja manja dan keseronokan hidup ada-bini-semua-kerja-rumah-selesai-saya-boleh-tidur-lek-lek-atas-sofa.

Hasilnya, berbekalkan semangat ingin mencuba dan kejujuran tahap sifar, mereka dapatkan alternatif luar. Lebih nakal, lebih daring, lebih thrill, lebih mengasyikkan. Bukan sahaja yang belum bernikah ("berkahwin" kita tak tahu) tapi juga bini orang lain (tak lupa juga janda masak ranum).

meleleh
Wo!

Mangsa terdiri daripada dua golongan wanita; yang tak pandai menghargai lelaki baik dan perempuan pendek akal.

Agak keras statement di atas ya.

Kelompok pertama, selalu berfikiran "tak mengapa" (parap! parap!). Bagi mereka tiada istilah takut kantoi sebab mereka drama queen(s) berani mati.

Pandai main airmata. Melodrama Mis Tres Hermanas. Bila terdesak, pelbagai cerita rekaan keluar dari kepala otak mereka. Akhirnya, suami atau boy tersebut pula dipersalahkan. Mereka juga akhirnya meraih simpati.

Plus, perkara paling mereka benci adalah hidup susah. So, lelaki baik sila berhati-hati. Jangan habiskan pitih untuk pemangsa begini. Baik masuk tabung masjid.

Golongan kedua kuat sedekah. Mudah organise MegaSale. Laki rakam 3gp. Muka dia haram nampak. Sangkut. Beranak. Buang baby. Tahniah!

"Adik adik manis sekarang pemurah lagi menyayangi lah," bisik hati miang encik abang bernama Rahim Thamby Chik (nama seakan-akan benar).

Para pemuda kita leka menghisap dade (dadah), manakala yang wanite (wanita) pula suka menderma dare (darah), ujar Samy Vellu (nama seakan akan benar...lagi!).

Untuk pengetahuan, entri ini ditulis sebagai respond kepada Kiss. Sama juga seperti pendapat cik kita, marilah gunakan motto JANGAN LAYAN!.

Kalau susah sangat, cari kekurangan abang itu. Pusat berbulu ke. Double chin ke. Double madu ke. Apa sahaja asalkan dapat memberi impresi buruk, jijik, muntah hijau serta modal mimpi ngeri sewaktu tertidur di pejabat.

bumper
Google pervert, jumpa ini. I like Google.

Oops, silap. No abang abang. Panggil pakcik, atuk, moyang, gayut dan seterusnya. Panggilan pangkat duniawi ditegah sama sekali (mendatangkan ghairah)!

Tak jumpa point? Guna imaginasi! Praktik segala kebolehan bergosip dan mengumpat. Pastikan anda tahu tarikh bermulanya Ramadhan. Terlajak sia sia.

Sebagai rujukan, baca Twilight, Lagenda Budak Setan. Tengok Shin Chan. Perempuan suka berfantasi, kan? Apa lagi. Kuasa di mulut anda.

Kejam! Kun fayakun.

Yang penting, terhindar dari skandal "korek pasir". Habis korek, usaha mencari kawasan berpasir lain dijalankan. Putih. Halus.

Jadi, sebelum terkena sila pasang signboard 'kenderaan besar, sederhana besar meskipun yang kecil dilarang masuk sama sekali'.

Konklusi, laki orang suka @ gemar @ terpaksa @ nak tak nak @ desperate @ teringin @ dipaksa berskandal kerana ada peluang. Peluang mempertontonkan dan mengukur kejantanan masing masing!!

Ok. Tammat.

02 Ogos, 2010

Tahi-Tahi Bintang

Habit aku selalu doa semasa sujud minta bukan bukan pada tuhan. Truly datang dari dasar hati takut terlepas peluang keluar rumah. Demi kebebasan lelaki gila bersukan.

Paling biasa aku harapkan petang tak hujan sambil tipu homework siap. Senang lepas pergi padang. Tak payah fly panjat pagar. Tak kena buat kerja sebagai anak sulung.

Itu hal darjah empat sampai darjah enam. Waktu perempuan bukan 1perkara berat mengikut psykologikal lemah aku.

shootingstar

Baligh. Kepala otak mula demanding. Banyak songeh. Kerja malas.

Jadi, aku request super power. Keupayaan meng-halimunan, dan kuasa pandang tembus dinding. Masa tu belum ada istilah skodeng. Pandang pandang jeling jeling ada. Namun, arah aku tetap grunge. Hari hari Butterfingers.

Semua atas dasar memenuhi nafsu sebagai budak baru nak up. Dasar pandang awek berkualiti ukur lilit dada, pinggang dan pinggul, badan ikut menggeletar! Huh! Terpaksalah pasang buku lima, ketuk kepala lutut manja manja.

Allah sayangkan aku. Aku masih di sini. Masih zero. Main bola sakit urat kaki, dan bukan hero idaman ramai. Tapi aku masih berdoa. Biar semua orang bahagia. Supaya mereka senang hati. Kerana hanya yang bahagia akan berdoa orang lain juga mendapat bahagia.

Ok. Tammat.

01 Ogos, 2010

Permulaan Ogos Yang Watafak

Baru tadi nak declare yang aku suka Ogos. Bulan bertuah. Bulan kasih sayang. Sekelip mata tuah berubah jadi hilang. Atau sebenarnya aku yang tak bertuah??

Mood sekarang jadi kelabu dan terus jadi hitam dan mati untuk 30 hari berikutnya.

Mungkin bulan lapan tahun ini bukan milik kami. Tapi aku yang bodoh.

Nampaknya untuk dua bulan mendatang, hidup aku akan penuh gelora. Sebab setakat ni, bulan September adalah bulan paling sial pernah aku hadapi setiap tahun. By the way, aku benci angka sembilan. Dan bulan sembilan pula tak pernah suka kan aku. Watafak.

31 Julai, 2010

Selain Memancing, Apakah Aktiviti Yang Mampu Meningkat Tahap Kesabaran Seseorang?

Pagi tadi aku berangan angan. Semua akan ok. Sebab puasa lagi seminggu. Setan semalam borong rantai besi. Stand by berkurung dalam neraka. Aku senyum.

Mula pejabat pos clear. 5 minit selesai bil api, air dan Astroman. Jangkaan aku mungkin berjalan seperti yang aku angan kan. Tahap optimistik menokok sekali ganda.

Sampai di bank. Percubaan bank-in untuk bil kereta tersangkut lama. Empat orang di depan aku ada prob. Duit direject. Ada yang baru belajar tolong jolokkan. Tapi aku lek lek.

Giliran aku. Dalam dua tahun aku aku berurusan dengan mesin ni, first time sangkut lama. Sangat lama. Duit reject tak kurang sepuluh kali. Jiwa mat kool makin menipis. Aku makin tensi. Bawah lengan rasa rengsa.

Aku mengalah beredar pergi mesin sebelah. Beri peluang pada ustaz kacak belakang aku. Kesian dia. Sama nasib malang sama. Tapi aku nampak dia 2 kali lebih mat kool dari aku. Malu sekejap.

geram
"Tawa dalam tangisan"

Di mesin kedua, dekat 5 orang berbaris. Aku orang ke-6 lah. Senario masih sama. Lama menunggu. Jadi penunggu.

Aku suspek mesin deposit tunai ni dua dua mabuk minuman keras parti malam Sabtu. Fikir balik, tak patut. Bank dakwah...tak kan lah.

Ya, ya, ya. Giliran aku sampai. Skrin tunjuk sesuatu. Warna biru.

"Harap Maaf. Sistem sedang diselenggara."

Alhamdulillah. Sabar aku masih tak hilang. Aku reply,

"Camm'on lah, not this time!"

Bersama muka plastik, aku pun beransur keluar ke arah kereta haiwan warna hijau. Dari jauh nampak para ustazah dalam bank terkumit terkebil. Mungkin tak sangka ada manusia boleh berkomunikasi dengan mesin. Kartun betul.

28 Julai, 2010

I Hate Pasar Malam When I Really Want to Dining at Samuri

prntu

Aku suka Si Gemuk. Dia boleh buat aku rasa kurus. Sebab aku agak berisi. Sebab dia agak agak agak gemuk. Jadi, siapa kata orang XL tak ada peranan ;)

Semalam dia datang melawat. Tempat lepak kami Haji Samuri kebiasaannya berubah ke restoran lain. Tapi masih kuat perasaan bujang.

Gelak gelak. Stori mori. Pakat tukar kerajaan. Cutting Fauziah Gous. Tunggu Maya Karin masuk meminang. Banyak topik. Cool wa cakap sama lu.

Kami tak heret sama awek dan elak tengok game bola bila jumpa. Itu pun kool.

Paling best, kami tak perlukan hembusan asap ikut hidung, ikut mulut untuk jadi lelaki penuh keyakinan di tempat awam. And that's cool-er.

22 Julai, 2010

Dulu Manchester United...

Real Madrid di mata Barca adalah kelab yang suka paksa kelab lain lepaskan pemain star dia orang. Korek tabung. Pinjam along. Offer duit besar gedabak. Tolak rugi. Jadi, Real kaki buli paling mahsyur bak cerita rekaan sejak berabad lamanya.

Barca poyo merangkap gila. Fabregas pemain tengah paling top sekarang. Muda dan segalanya tentang dia adalah prospek jangka panjang. Arsenal demand harga sekian. Pep & the Gang sok sek sok sek. Beri alasan bank tutup hujung minggu.

porsche cayenne
Seksi

Barang baik harga baik lah. Gula mahal orang Malaysia tak cakap apa pun. Bajet very the little pakai Kancil, isi minyak Ron95. Jangan gatal beli Porsche Cayenne.

Psycho!! Puyol sarung baju Barca dekat Fab. Iniesta cakap, "Arsenal cuma pinjam Fabregas." Xavi, "Fab milik kami." Siapa push-er?? Barcelona pasang PR ramai. Buat angkatan psycho semata mata untuk unsettle-kan abang Fab.

Mana lebih afdal? Tawar harga tinggi secara teknikalnya "memaksa" owner player tu terima?? atau paksa kelab bla bla bla ambil saja tawaran kau yang seciput bekalan gula sebelum harga dinaikkan sambil main main psycho bersama first eleven di luar padang??

jersey poyo
Desperate!

Fab, jangan lupa Barca dulu pandang kau sebelah mata. Kau merajuk, bertukar kulit Gunners. Ada dia orang kisah? I don't want banana fruit two time.

...Sekarang Barcelona FC ambil alih takhta, the poyo-est football club in the planet dari Setan Merah. Inilah kenyataan.

Ok. Tammat.

10 Julai, 2010

Predators: Lori Sampah Hollywood

Tadi aku pergi TGV. Aku pilih Predators memandangkan janji dengan Jess mahu tonton Despicable Me bersama minggu depan. Ini reviewnya.

1. Setelah sekian lama aku tak buat akhirnya hampir-hampir terbuat. Ya! Aku nyaris tertidur dalam cinema. Terima kasih pada mamat Cina mulut bau kolam kumbahan. Lain kali aku contact kau tolong aku, kalau aku nak stay up.

2. Bosan. Tipikal. Part pertengahan lagi mama bosan. Tapi hujung ok. Sikit. Sikit sangat. Sangat sangat sikit.

3. Seriously, aku tak faham kenapa rating imdb filem ni 7.9/10!!! Rottentomatoes 64%. Metacritics 50%. Undi AF ke apa!!

4. Ok. Tammat.

5. Macam haram kan? Baik kau orang download Dark Knight. Lepas tu minta member serumah kongsi beli air berkarbonat perisa oren 1.5 liter dua botol. Tutup lampu. Layan ramai ramai. Predators 1 per 10 bintang dan mood aku kucar kacir sekarang. Belanja sebelas ringgit pekena rojak, cendol depan Hitachi buat diri aku 11 kali lebih berharga you know!!

6. Lupa pula, untuk girls Adrien Brody topless, bersalut lumpur. Kagum. Sikit.

7. Betul betul tammat.

8. Dialog sucks macam kelas english darjah satu tapi f-word sana sini macam kelas porno.

9. Nak tengok filem Melayu, asyik Lisa Surihani. Bosan. Bosan. Bosan.

10. Betul betul betul tammat.

09 Julai, 2010

Protest!


Gua jeles dan marah. Tempat kerja gua larang keras rambut super kool ala brader bassist baju putih tu. Tengah taip surat berhenti. Huh! Apa pendapat lu all??

Main gua-lu baru rock!

02 Julai, 2010

Budak Hitam

Semua orang kenal Pele, dan aku tak suka Pele. Bagi aku dia seorang yang terlalu bangga dengan apa dia ada dan suka membuat perbandingan.

Pe'el suka cari pasal aku samakan dengan Fasha Sandha. Gila perhatian. Tapi aku tak lah membenci sebab Fasha hanyalah kutu. Jadi, Pele pula as a legend perlu bertindak sebagai legend, bukannya kutu.

Maradona, kau jangan layan budak hitam tu.

Pele, jaga bola kau sendiri!

Jejai, tutup rapat pintu helikopter. Takut awek kau terjun nanti.

30 Jun, 2010

Kalau Lah Hang Jebat Pakai Handphone...

1. Orang yang paling kecewa pagi ini ialah Ma. Dia masih bersedih keputusan Jepun kalah semalam. Hancur berkecai semangat Asia yang dia pegang selama ini. Ma bersikap poyo dan mengomel seorang diri. Bertindak seolah olah dia akan kehilangan pencen kalau wakil kita pulang tangan kosong. Komited, wa cakap sama lu.

2. Mulut Ayah tak lekang cerita zaman Super-Mokh main dekat Stadium Kajang (sebelah Kompleks Sate Haji Samuri). Ke-otai-an Santokh, Raja Bola dan batalion seangkatan. Kegilaan liga dulu dulu serta ketidaksanggupan pasukan pengopek bawang majlis kahwin berkerja kalau tak disediakan tv tengok game Malaysia.

3. Tertanya-tanya aku sekarang apakah fungsi sebenar Sultan Bola?? Berapa juta kos sebenar penyimpanan stok expired (contoh: Sultan Bola)?

4. Sampai bila nak biar mak aku hidup dalam kepoyoan?? Sampai bila aku cuma dapat dengar "hari ini dalam sejarah" dari Ayah tanpa merasai nikmat itu sendiri??

5. Teringin juga nak melompat gembira dan menangis teriak sebab bola sepak. Ini bila kalah, perasaan sedih bersarang dalam hati. Membeku. Tak kuasa nak ekspreskan. Bukti jiwa aku mengalami kerosakan kronik. Perlukan rejuvenasi.

6. Sekurang kurangnya jadi England sampah pun puas hati. Ada juga point nak bersembang panjang.

7. Situasi semasa sukan nombor satu negara menyebabkan keghairahan ber-bola sepak tidak dapat dikongsi bersama. Konsistensi persembahan turun naik. Konsistensi kalah pula naik naik dan terus naik.

8. Kepentingan mempromosikan slogan 1Malaysia jauh mengatasi komitmen mengembalikan maruah negara. Naik naik naik naik dan terus naik. Duit tabung kering, potong subsidi.

9. Brazil ada Samba. Kita ada joget Melayu. Mana hak kita terkinja kinja meraikan kemenangan?

10. Terlampaukah kalau aku minta "dia" rileks lepak dalam istana, sambil main main dengan cucu??

11. Damn! Aku benci entri panjang.

*Kalau lah Hang Jebat pakai handphone, aku call dia sekarang.*

28 Jun, 2010

Liga Bola Sepak Paling Overrated Di Dunia Ialah...

England akhirnya pulang ke tanahair setelah mempamerkan budaya tradisional liga tempatan mereka pada aku (termasuk kamu semua).

Lampat, Jerat, Runi memberitahu dunia betapa sayangnya mereka pada EPL sehinggakan terbawa bawa ke Afrika.

Siapa boleh beritahu aku kenapa mereka asal ditackle busy minta perhatian pengadil, bila bola kena tangan lawan sekali lagi nak simpati pengadil. Tup! Tup! Dapat obat. Counter attack! Terkejar macam nak tangkap ayam kampung buat kenduri. Kalau berjaya, lutut habis luka, siku koyak.

That's England.

Permainan tak seberapa. Propa berganda. Team England adalah sampah tak boleh recycle. Useless. Nampak gaya ahli politik lebih dari pemain bola. Si Runi khayal fikir bantuan Tuan Aleks menjalankan rutin biasa mem-pressure-kan pengadil. Di belah lain, Lampat duk ingat Tuan Abraham berkira kira tolong hulur duit poket semillion dua pada official(s).

Hasil, Kem Hitler empat, London Bridge runtuh!

Ok. Tammat.

*Mexico juga bungkus tapi tak melauk.*

25 Jun, 2010

Skip Meeting

Petang ni seorang pelajar overweight patahkan sebiji lagi kerusi. Bukan guna tangan. Guna kuasa punggung. Kali ke-3.

Setahu aku, yang jenis ini kalau baringkan seekor kerbau jantan matang pun memang no sweat. Boleh handle. Itu aku agak. Tak pernah test pula.

Berpandukan maklumat diperolehi, aku mengagak 160 kilogram mungkin had keupayaan tahan beban kerusi yang patah tu. Sebab mesin timbang elektronik cakap berat tukang patah tu, 160.5 kilogram!

Tambahan, beratus orang sebelum ni guna belum ada satu budak pun yang cecah kategori lebih atau sama dengan 100 kilo. Jadi, what tha hack!

Huh! Bila aku suruh jangan makan nanti kata aku cikgu jahat lah, tak ada hati tak ada perut lah, cikgu comel lah. Macam macam lah.

Bob, kau jangan makan apa apa dah! Ini arahan!

Damn! Berat gila badan kau!

23 Jun, 2010

Sindrom Gila Talak

Baru lepas pakai syampu Cristiano Ronaldo. Ringan. Rambut lembut. Goyang goyang kepala. Kelakar pula. Tadi baru Abang Lan potongkan pendek style ketua pengawas perpustakaan mana boleh meng-gedik. Ella boleh lah.

Ya. Aku suka Ella. Itu dulu. Dia sekarang tua. Lelaki cepat nak tukar. Aku beralih pada Fauziah Gous. Dia pula hanya diambil berlakon sebagai kayu cantik di tepi pantai. Lagi! Lelaki cepat nak tukar. Akhirnya, kembali kepada kekasih lama, dan dia...

Mata
...ada mata yang cantik.

Sila percaya pada cinta pandang pertama. Jangan pandang belakang.

22 Jun, 2010

Kenapa Meeting Di Tempat Baru Langsung Tiada Upacara Mencekik?

Prestasi badan kurang memberangsangkan. Ada lenguh di bahu. Lebih sengal pada tengkok. Itu isyarat kahwin lekas. Tukang urut istimewa boleh tolong.

Di telinga ada sedikit terngiyang. Ingatkan bunyi pheewit pelajar aku buat pada barisan jururawat muda yang melawat sekolah kami. Rupanya bunyi kompang Kampung Setia. Intim betul. Irama cinta terpukul di situ.

Sejuk pula tiba-tiba. Kipas berdiri cap Panasonik ber-setting kelajuan 3 tepi aku boleh dibayangkan macam pengapit sedang menjalankan tugas. Tegak dan tersenyum (berkumis). Tapi kurang kacak berbanding pengantin.

Oo. Perut bermain muzik pula. Restoran "cukup-laris-serta-harga-terlampau-yang-selalu-aku-terpaksarela-beli" adalah katering yang menyediakan santapan beradab kami. Tahap Ok ok. Sekepala dua puluh ringgit. Cas ala MEKDI. Servis kerja budak Indon. Bagaimana menunya, pak!

Ok, tammat. Kepala masuk angin.

19 Jun, 2010

Great Teacher Oh! No!

Kepala masuk angin dan berdenyutan ertinya perasaan aku kurang senang. Gelisah. Selalunya diselangi alamat buruk. Tak signifikan. Tapi datang berturutan. Tak henti henti. Seperti tanda kiamat kecil.

Sebut harga masih belum selesai. Syllabus yang tertangguh. Rindu Jess. Skip makan tengahari. Bila semua perkara terjadi sekali harung, tak dapat aku berikan tumpuan waima satu benda kecil pun.

Pelajar aku hebat dan punyai pelbagai bakat, petang ini menunjukkan skil paling biasa aku jumpa masa aku jadi pelajar dahulu. Kes seorang lelaki dan seorang lelaki bertumbuk. Sebab seorang perempuan. Kenapa mereka menjadi bahalol belum diketahui. Tapi prefer mereka bergaduh daripada cium mulut. Statement macam haram!

Mereka straight ke HEP. Tentu cikgu pun kamu berdua akan seret ke lembaga disiplin isnin nanti. Sekaligus mencipta tanda besar kiamat cikgu!

Vuvuzela

Jadi, ini memberi aku motif untuk support proposal benarkan semua guru guna vuvuzela sebagai alat bantu mengajar. Terima kasih Afrika Selatan. Tak sabar kasi kembang telinga bebudak.

Siap kau orang!

17 Jun, 2010

Nescafe & Kek Coklat

Pagi lepak bersama pelajar aku. Sengaja siasat kenapa mereka terburu buru keluar rehat pukul 10. Kami makan, cikgu! Syak ada gerombolan aweks kafe melentik menjentik nafsu mereka. Masing masing tersengih menjawab pertanyaan. Muka merah. Peluh jantan meleleh.

Cucuk
Cucuk!

Setelah selesai skodeng, aku tergaru dan keliru. Kenapa kelihatan merah dan meleleh? Adakah pelajar lelaki kelas ini bengkok, tidak mencontohi budaya straight-line yang dipraktiskan cikgunya yang sejati ini?

*Masih berteka teki*

15 Jun, 2010

Cerita Jantina Berlawanan

Perempuan dikeliling aku rata ratanya cantik. Cantik benar. Bila aku cakap begitu pada wanita cantik itu sendiri, jarang yang angguk bersetuju. Malu. Itu pun cantik. Malu cantik. Manis. Manisnya teh o panas ini.

Percanggahan terwujud bila orang lain cuba mempengaruhi aku dengan definisi ciptaan mereka. Ukuran lilit. Kebesaran aset. Ke-bitch-an ekspresi muka. Dan macam macam. Aku setuju satu perkara. Kita sama sama suka / mahu nikmati kecantikan. Mengikut pengertian yang kita bebas tentukan.

cantik

Berbeza pendapat kerana berlainan cara dan keupayaan kita mengeksplorasi. Sumber mungkin dari novel cinta. Filem porno. Pengalaman bersama. Peceraian keluarga. Kemiskinan. Kenaifan. Merujuk buku tentang ilmu cantik cantik. Yang aku tahu, cantik itu subjektif. Serupa cinta. Melangkau retina mata. Memecah hati beku (andai kamu lelaki itu).

Ok, wanita cantik. Entri tammat.

14 Jun, 2010

Nikmati Derita

Semalam siang pelajaran terbesar. Hasil bertapa dari guru kehidupan. Belah malam aku berlari atas litar. Permukaannya tersepah serpih kaca masalah. Penat. Kaki berdarah. Pandang kiri kanan. Lantas jalan kedek kedek. Beredar keluar. Benar pengecut. Masuk ke dalam kotak sempit. Berhimpit. Sendiri sendiri. Berteman seribu jenis aku.

Acara tidur. Balutan selimut. Tiada sesi mengira bebiri lompat pagar. Sekejap dibawa hanyut. Bangun. Tenang datang. Segar. Mandi. Tambah segar. Tapi beban menjengah pulang. Mengeluh. Berdoa aku agar lena sebegitu hadir selalu. Bolehlah aku "mati" lagi bila aku ingin.

12 Jun, 2010

Kenapa Facebook Buat Aku Rasa Hilang Keindahan Hidup? (1)

Aku ada pengalaman. Ingin meng-add seorang pensyarah. Kebetulan wanita cantik. Berkahwin dan ada anak comel belaka. Hari pertama kena reject. Tapi aku cuba lagi. Mana tahu dia tidak kenal aku tiba tiba. Perkenalkan diri. Penggunaan ayat nusantara karismatik, lemah lembut dilebihkan. Aku elakkan overdone. Kena tendang lagi. Aku pejuang dan terus cuba. Tapi aku juga makhluk lemah. Akhirnya, aku give up. Cukup.

Bila berlaku hal di atas, aku teringat fitnah pernah aku terdengar dari pelajar lain. Kononnya aku tergilakan dia. Sangap body dia. Aduhai! Lelaki mana yang tak seronok memperkatakan, menatap aspek-aspek keaerodinamikan?? Memandangkan sekitar kampus tiada yang setanding. Maka, keraplah nama puan menjadi topik bualan kumpulan lelaki lurus. Stop!

Ditegaskan di sini, aku bukan sexmaniac!

Aku tahu letakkan sempadan. Kau guru. Aku murid. Aku profesional perbuatan. Tak reti bermuka macam pelajar yang kau dambakan sangat tu. Belakang pergi jamban bermodalkan tubuh engkau, cikgu sayang.

Tahu muka aku ada sudut ternampak raut wajah calon penjenayah dikehendaki tapi kau orang sedar tak yang jahat selalu jadi ayam. Walhal musang berjanggut! Melayu! Mudah betul diperdaya dek rupa dan kata.

Terkilan sedikit. Dulu di saat 90 peratus pelajar mengecam, mengejek, buat cerita bukan bukan tentang dia, aku pertahankan maruah dia. Perlukah semua itu aku beritahu dia supaya diterima sebagai "kawan"?

Pendek cerita, aku blah. Elak dari pembaziran masa layan perangai bodoh budak pandai dan fitnah "para pelakon" handalan. Sia sia belajar masuk universiti. Lastly, pilih masuk neraka jahanam.


Setiap kali rasa diperbangangkan aku cepat sedarkan diri. Lagu Maher Zain sekarang modal kuat semangat terbaru. Dia pun pakai FB.

Ok. Tammat.

Demam Suam

Menunggu sepak mula semalam memerlukan kesabaran lebih sedikit dari biasa. Angah terpaksa dipujuk untuk menyerahkan remote Astro atau dia bakal menghadapi hukuman jel seperti Bung Mokhtar. Paling busuk aktiviti menyorokkan koleksi DVD Jepun dia terpaksa dibuat bagi mempertahankan hak pemegang saham lain. Nasib baik dia gentlegirl. Dia merajuk naik ke bilik dan aku buat tak peduli.

Semalam kecewa. Di samping game yang membosankan separuh masa pertama, aku juga hanya dapat menatap sekali wajah ref Subkhidin. Ketika pertukaran pemain kamera fokus ke langit dan ke arah gol. Ketika gawang tuan rumah terbocor, hala pada cacing tanah atas padang. Kecewa bercampur keliru.

Itu Piala Dunia yang aku kenal.

Ok. Tammat.

11 Jun, 2010

Rancangan Menatang Kroni Ke-Sepuluh (Pandangan Pertama)!

APN (Apa Punya Neraka)!

Huh. Tak sabar baca detailnya.

Pesanan Ikhlas Buat Anuar Zain Dari Bekas Adik Kandung Yang Jauh Di Maya (mata maksud aku!)

Kamu lama menyepi. Dalam radio, tv nama kamu asing bagi kami. Ke mana kamu menghilang. Kamu kahwin lari ya? Merajuk sebab Pak Zain enggan belikan Crocs versi pasar malam? Kalau kamu teringin jadi popular seperti dulu dulu, saya hendak beri tips di sini.

Anuar Zain, sila contohi Nazrul Ilham atau Tiger Wood Indonesia atau Ariel Peterpan ok ;)

Ok. Tammat.

09 Jun, 2010

Bola tendang nenek aku panggil

Ya..Ya..Ya..World Cup sehari dua lagi bakal mencuri sejam dua (lebih??) masa tidur semua peminat gamenya mahupun pada yang cuma suka penyepaknya.

Edisi kali ini, aku pilih Spain. Bukan macam ramai dekat luar sekarang, aku sokong sejak zaman mereka main macam s**l. Langsung terimbas tragedi di layar besar Bukit Jambul, terkinja kinja aku sorak Raul! Tristan! Morientes! Ref kayu! Korea *&^$)@, tapi orang lain (in fact a huge group of losers) keep boo-ing aku.

seladang

Ertinya, dalam kolompok manusia waktu tu siapa sokong Spain tidak kool ya (2002). Bak pesakit kusta. Terpinggir. Di saat aku perlukan belaian, engkau lari mencari lain. Lonely, beb!

Tutup cerita lama.

Pilihan no. 2: Mexico, sebab ramai miskin wang (dan warna kulit seakan akan). Teringin tengok mereka bahagia. Celebrate di tepi jalan, pakai topi besar. Sweet! Kemas!

Wakil Asia? Nob! Jepun ada potensi jadi Malaysia. Dari terer ke mangkok. Hilang semangat samurai mungkin. Atau mungkin terlalu fokus memikirkan hala tuju industri p*rn* menjelang 2020. Atau mungkin mereka pun ada sultan bola yang suka duduk di kerusi lama lama walau kerja gagal memanjang. Mungkin..Berapa banyak mungkin daaa.

Korea Selatan?? Jika Malaysia jadi host, aku (sangat) berani cakap kita boleh sampai final. Kurangkan subsidi, bayar lebih masuk poket ref. 1Malaysia Boleh!

Australia? Asia ke?

Lari tajuk sedikit. Terus terang aku memboikot Arab atas faktor pemalas. Tak cerdik. Tak reti bersyukur. Kelebihan fizikal buat hiasan. Badan kereta kebal, perform serupa kereta lembu.

Lagi, pakai kereta nak cap lembu, cap kuda. Cap teratai mimpilah. Majoriti tourist Arab poyo wa cakap lu. Siapa ada kawan kerja hotel tanya, taklah sesat jalan. Hasutan setan di sini.

titik
Titik hitam dipandang jangan

Berita baik! Kita boleh cuba alihkan perhatian kepada pengadil Made in Malaysia, Tuan Subkhidin Mohd Salleh (sengaja letak Tuan di depan). Aktiviti luar biasa kan? Yang kurang baiknya, sebagai pengadil ke-empat. Tempatnya di tepi padang. Yet, world class banding skuad Harimau Tua.

Ok, nanti sambung kemudian.

08 Jun, 2010

Ber-AWAKTIUB

Aku menulis ini pagi kerana berasa tertekan membaca nota Indon. Keupayaan aku menterjemah teruji. Setiap perenggan aku baca berulang. Sakit dada kadang kadang datang. Paling benci bila berjumpa perkataan JENDELA. Gila apa WINDOWS translate jadi JENDALA!

Ambil angin dulu. Cari inspirasi. Layan Inul di YouTube. Lepas itu buang angin, kasi kempis perut. Memerut yang semalam masih separuh jalan. Lagi menambah tensi. Apa nak buat kasih tak sampai.

07 Jun, 2010

Puisi Lenggang Perut

Kenduri selesai.

Badan penat.

Hati tenang.

Perut memulas.

Bapak banyak gulai kambing aku sental!

04 Jun, 2010

Kepak! Kepung!

Cadangan bersantai hujung minggu setelah bertukar kerjaya terpaksa aku tunda. Saudara aku berkahwin, yang bermakna aku perlu bersedia untuk menjawab jelaan soalan dari mak-mak saudara serta orang kampung.

Baru aku tahu dalam selalu aku cakap aku tak takut apa pun, rupanya ini aku punya fear factor. Penyakit ini dikenali sebagai...

...SOALANOHALONIKAHOPHOBIA!

31 Mei, 2010

Damn. Aku benci perasaan ini. Kadang kadang. Damn. Jangan nangis. Jangan nangis.

Menjadi orang pertama memegang remote Astro sempena pertandingan Imam Muda sememangnya fenomena pelik. "Mungkin sampai seru," kata aku perlahan sebab takut malu.

Entah apa punca aku sendiri kurang faham dan masih mencari sebabnya. Hasilnya, bermula saja rancangan tiba-tiba hati ini jadi faham. Dan sangat faham.

Dalam episod pertama bercerita hal bersangkut hari mati yang jarang kita muda mudi nak ambil port. Kerana di akhir topik ini bakal mengheret kita ke arah dilema rasa bersalah. Mula lah terbayang muka mak ayah di kampung, dan mula lah menghitung dosa silam. Suatu beban fikiran yang tak seronok dipikul oleh seronok-sementara-masih-muda-minded person. Atau lebih adil aku cakap aku pun rasa yang sama.

Tapi fokus aku mula terganggu. Melihat salah seorang peserta menjadi model (sebagai jenazah) buat aku terkenang suatu peristiwa yang dah lama hilang (bertahun) bersama kawan kawan yang sama menghilang.

Seorang kawan yang gila. Gila gila. Seorang yang cergas dan cargas (lebih cergas dari unta jantan). Bawa kereta laju. Tayar tak cecah jalan.

Huh! Setiap kali dapat berita buruk pasal dia tidak lain tidak bukan kemalangan. Walaupun berpuluh kali kena, sampai penyek, terbelah, terbakar tapi dalam sejarah hidup dia belum pernah merasa cedera parah.

Takdir tuhan mana dapat tahan. Akhirnya, dia pergi jua akibat nyamuk. Denggi. Kami sama sama kawan matrik lain terkilan kerana langsung tak sedar arwah ada beri isyarat sebulan sebelumnya.

Satu program di mana kami belajar tentang ilmu kifayah. Ilmu urus jenazah. Ingat lagi betapa arwah beria ia sukarela offer jadi model untuk dikafankan.

Damn!

Aku tahu aku juga terlepas peluang berjumpa arwah di hospital. Paling hebat jaraknya cuma 10km dari rumah aku. Aku sangat menyesal. Sungguh!

Damn!

Aku teringat pula masa kau & Bobby main lagu Sahabat Sejati di Majlis Pra-Graduasi. Pandai kau pilih lagu.

Damn!

Betapa ramai orang sayangkan kau. Datang ziarah. Kawasan rumah kau besar nampak kecil. Sesak betul. Cikgu kau yang zaman tadika pun ada. Para awek yang cair dengan pakej lelaki serba lengkap kau. Semua kawan yang kagum dengan driving skill serupa pelesit kau. Makcik pakcik siapa entah aku tak kenal puji sikap rajin kau. Senang cerita semua orang senang kenal kau. Engkau idola, beb!

Ya, Tuhanku. Selamatkan kawan aku di sana.

Maafkan aku ya, Nas. Janji aku simpan kenangan pemilihan hoki peringkat daerah bawah 12 tahun kita rapat rapat. Sumpah aku ingat kau sampai mati.

Damn!

Rindu kau. Al-Fatihah.

27 Mei, 2010

Gembira Jika Benar (Bahagian 1)

1. Ada khabar dari langit mengatakan Real Madrid bakal singgah ke Malaysia ini Ogos.

2. Sedang ligat berfikir persediaan perlu aku ada untuk berjabat tangan dengan Higuain.

3. Juga sanggup merempuh bodyguard tempatan (the poyos) demi bergambar sama Raul, Morientes's ex-partner.

4. Kaka pun. Ramos. Casillas. Banyak lah.

5. Ronaldo kurang minat. Sekadar jeling rambutnya cukup. Mungkin ingin menyentuh sedikit abdomen dia. Check betul kah ia begitu berketul.

6. Pelan utama berjumpa presiden. Usul stop fire manager macam potong getah. Wajib tiap musim. Bosan!

7. Ok. Akan bersambung. Sangat terkesima ya.

26 Mei, 2010

Kesan Pengharaman Lampu Halogen dan Penghalalan Judi Mengikut Perspektif Bekas Jaguh Badminton Negara.

1. "Saman trafik hanya pengajaran, subjektif, bukan untuk kepentingan ekomomi negara."

2. Dalam konteks kehidupan, kita andaikan ia sesuatu yang perlu bawa hasil positif, dan tidak semestinya berbentuk material (melainkan positif untuk poket). Betul??

3. Kata lagi, "orang kita masih degil walaupun disaman." Maksudnya duit bukan pelajaran yang boleh resap dalam jiwa, lalu terkunci tersemat jadi darah daging. Hanya motivasi kelas rendah.

4. Jadi, kenapa saman dan terus saman orang tak makan saman??

5. Jom!

6. "Lepak" masjid sambil one on one bersama pak imam. Cerita perihal erti hidup. Selongkar habis firman dan hadis. Kasi hancur hati kering. Kasi basah lencun.

7. Hantar join forensik bedah mangsa kemalangan ngeri. Tengok kepala pecah, dada terkopak. Biar keras kejung main mayat. Esok test drive naik kereta lembu dulu. Takut belum jalan dah menjerit minta turun.

8. Seharian di rumah anak yatim. Cat mengecat. Aktiviti biasa. Borak bersama penghuni. Buat bulatan. Santai. Ala kedai mamak. Selitkan sesi Q & A. Tanya budak budak tu apa perasaan tanpa mak ayah. Lebih efektif, soal pada yang meninggal sebab accident. Siapkan baldi takung air mata.

9. Contoh 6, 7 dan 8 lebih baik dari segi sosial. Ramai bermanfaat. Kalau bayar denda, kena risau engine failure, pole position, tyre strategy, hydraulic issues. aerodynamics, etc. Pening. Investment kan? ;)

Ok. Tammat

25 Mei, 2010

Shahir

Sangat epi. Gadisku berada di dalam mood ceria dan ketawa tak henti (dalam hati). Mungkin sebab Shahir kegemaran menang. Orang kata unik tapi pada aku lebih kepada hibrid suara Jay Jay dan (apa entah seorang aku sudah terlupa). Yet lebih sedap dari contestant lain.

Dalam banyak aku cuma kagum Aizat. Cet! Aizat serupa aku 4 tahun lepas, sebaliknya aku jadi macam dia masa masuk af. Padat berlemak disukai tak ramai!

Sedang mencari info cara kurus badan ala Aizat. Mula suspek sedut lemak. Atau paling tidak dia tahan nafas sampai muka biru. Kurang bukti dan banyak pula gambar dia gradually mengecil buat aku bersangka baik. Dalam Google-ing, accidently terjumpa Yuna. Nanti nanti lah. Mahu tengok perempuan cantik dulu ;)

Harap Gadisku tidak baca. Nanti dipujuk aku berjoging, mana nak tolak! Cairlah gua!

Kalau Aizat masih gumuk, adakah aku dapat lihat dia memakai skinny jeans?

Ok. Tammat.

22 Mei, 2010

Sup ekor penguat tenaga dalaman. Nombor ekor??

Dahulu kala, selepas habis kerja, kebiasaan aku singgah ke rumah rakan sekerja seorang ini. Bukan apa, di kalangan kami hanya dia punyai set sistem bunyi sangat boom!, dan Astro.

Kegembiraan aku di sana pabila dapat menonton bola bersama sambil melayan kepala story tentang aweks menggiurkan di hotel tempat kami bekerja.

Aku suka mereka tapi...*Mengeluh*

...paling penyakit sekali rupa mereka. Seperti taik taik yang berbentuk ketulan besar. Mereka majoriti adalah taik judi @ kaki judi!

Yang main nombor siap ada kitab panduan. Jumpa ular ke, nampak perempuan bogel ke, tercekik tulang ke, rambut gugur ke, gatal jubor ke, mesti check kitab. "Mudah mudahan Allah turunkan rezeki," kata spontan kawan lain yang bukan setakat berkulit hitam malahan hatinya juga begitu.

Plus, ia bertulisan Cina tapi user-friendly (?). Lebih thrill daripada paper Mandarin 501. Aku kagum. Bolehkah mereka berjaya??

Fortunately, hasil usaha doa angkatan setan yang bertendang sepanjang pantai tuuut, maka terhasil generasi emas celik judi. Semua lulus serta mendapat anugerah dekan untuk subjek JUDI 101 hingga 501.

Pendek cerita, tak lama kemudian aku memilih untuk menjauh (macam surat cinta). Dan kerana ayat power ini lah buat aku nekad tinggalkan company walaupun sumpah seronok gila (tip banyak).

"Gaji kau makan sekarang pun duit untung judi atas puncak nun, brother."

Damn!

Itu cerita lama. Sekarang aku nak lari mana lagi? Judi makin halal. Aku tak nak mati kena rempuh tsunami.

*Mengeluh (lagi)*

20 Mei, 2010

People who aren't afraid to get dirty - hard-working men and women who earn an honest living doing the kinds of jobs that make civilized life possible

1. Favorite dokumentari aku adalah Dirty Jobs (jauh mengatasi MyEG Xtra Time), yang mendokumenkan kerja kerja mengotorkan diri yang selama ini kita rasa kita pun boleh buat, tapi sebenarnya tidak.

2. Pengacaranya dada berbulu, bersikap kartun dan bersuara wrestler pada aku sesuai memandangkan aku sukakan kelainan.

3. Kadang kala aku bersyukur tv hanya boleh menvisualkan gambar dan bunyi. Sebab program ini banyak bermain bangkai, sampah, binatang liar, gris, tahi, sisa pepejal, tar, dll. Kalau tidak, bertambah teruk masalah hidung tersumbat ni.

4. Banyak episod aku tengok, makin banyak aku belajar. Belajar hormati orang yang lakukan kerja seperti pengangkut sampah, pengumbah Indah Water, serta aku yang tiap minggu membuang sisa kumuh kucing depan gate rumah.

5. Tapi aku tunggu satu. Tunggu punya tunggu. Tak juga jumpa. Mana dia cerita pasal ahli politik? Yang bergelumang bersama taik sendiri! Bermandikan darah manusia! Dan membakar hati tulus dengan minyak perkauman! Menjijikkan!

6. Akan aku emel Mike Rowe secepat mungkin.

7. Kenapa tak ada hari pekerja dirty jobs macam Hari Guru?

Ok. Tammat.

16 Mei, 2010

Marilah Mari. Pergi Berjudi. Jangan Lupa Kewajipan Pada Negara.

Taman rumah aku canggih, up to date! Macam getah sepender! Langsung tak dipasang kabel telefon bawah tanah. Automatiknya, no fixed internet. Semua broadband main tanpa wayar. Jadi, aktiviti sedut filem import dan lokal terhenti, dan merubah hidup aku menjadi zaman batu, di mana untuk menonton wayang terpaksalah bikin sendiri.

Cadangan ditolak!

12 Mei, 2010

Dilema di antara perlawanan terakhir La Liga dan sepak mula Piala Dunia

1. Penyakit gila T1U1 dua tahun sekali tiba. Di bawah seisi famili aku sedang bertungkus lumus menggantikan Misbun dan Rashid sakit terkena H1N1M (abaikan M).

2. Di atas, aku diserang sakit kepala kronik. Mahu tidur di peha Gadisku rasa baru boleh baik.

3. Sumpah aku ingatkan selsema oik oik tu advantage untuk kita!

4. Raket warna merah last sekali port atas fridge. Entah dah beku kot.

5. Mereka bertepuk riang di bawah secara mengejut. Mungkin sedikit cerita gembira kem Malaysia.

Ok. Tammat. Sejadah panggil.

08 Mei, 2010

AkuJanji Sempena Hari Ibu

Saya bersumpah, tidak akan mengurungi Ayah di dalam hospital. Kerajaan mahu pun swasta. Dalam atau luar negara. Saya tahu Ma sayang Ayah (sangat sangat).

Dengan ini saya juga menegaskan adalah lakhanat jika saya cuba merampas takhta Ayah (walaupun Ayah bukan somebody somebada). Ayah, i lap u.

Tandatangan.

Ok. Tammat.

*Sayangi ayah anda jika anda sayangi ibu anda yang menyayangi ayah anda. Da..Da..Da..*

06 Mei, 2010

Dua Ibu Jari Ke Atas: Nazrey Johani

Nazrey Johani

Mamat ini berjaya membuat aku "terbeli" 2 biji kaset Raihan yang sekarang berada di celah celah koleksi album rambut panjang-seluar ketat-tanduk setan-duit habis.

01 Mei, 2010

Nasi Yang Lemak & Pisang Yang Matang (Bahagian 1)

Amin datang bawa khabar berita lawatan sekolah ke Pusat Nuklear Negara (lebih kurang gitu namanya). Seperti biasa aku bo-layan-kan. Mula kelas sampai recess, dia masih bagi promosi ala 1Malaysia. Sanggup keluar duit banyak. Tak putus asa. Rakus!

Dia kata ini peluang baik aku lupa F.I. Damn! Tersingkap kembali nostalgia hitam bekas awek aku main jolok jolok bersama kawan aku (ex-kawan) di tepi padang, pagi hari Sabtu (sambil melambai bangga pada aku ketika berposisi X%^*+@^!). Langsung aku campak ke tepi naskhah Pedang Setiawan terbaru yang baru sangat aku beli di KS. Balik rumah menyesal tak sudah.

Bersama nafsu marah, hendak saja aku balas segala bunyi lalat yang keluar dari mulut Amin dengan segenggam penumbuk keras. Tapi terpaksa aku batalkan. Amin hulurkan sesuatu. Nasi lemak awek kantin kuat betul penangannya (free). Walau kecil namun cukup rasa (atas pinggan bukan dalam half cup!).

Tak tunggu aku perhabis makan dulu, dia promote lagi (provoke?).

"Naik bas. Seronok!"
"Ex kau pun ikut sekali. H (tukang jolok jolok) pun sama. Aku tolong kau campak dia orang dalam reaktor nuklear apa macam?"
"Kau belanja aku ok??"
"Terima lah hakikat kelas kita kena belasah game semalam. Hapuskan tekanan. Hindari stress."
"Belajar buat atomic bomb ni once in a lifetime, beb!"
"Awek awek That That tu ada sekali. Naza tu comel lah. Mari lah berseronok. Mari lah."
"Gila talak! Gila talak! ...(sampai penat)"
"Kau tahu tak pisang yang Malaysia eksport keluar tu guna nuklear?"

Ok. Bersambung.

29 April, 2010

Apa Ana Perasan (Ini Minggu)...

...4D atau terma kesatnya, judi nombor ekor berleluasa (haram tapi halal mengikut undeng undeng).

Harian Metro sampai 3 muka (sms keputusan apa jadah). Lokasi sebelah ruangan sukan. Selepas beriadah boleh lah berjogging ke kedai nombor pertaruhan (sihat badan).

Tahukah anda "nombor-nombor ke syurga" ini diklasifikasikan sebagai sukan????? WTH!!

Surat khabar Melayu untuk Melayu kan? Statistik please!

Mereka ini pakar matematik dan lebai tebal iman. Jadi, sila pergi ke kedai "ilmu hisab" itu memakai kopiah. Bungkus sekilo nombor. Tadah guna kopiah! Berkat. Selamat. Balik rumah kira berapa untung rugi.

Sekian usrah. Tammat.

25 April, 2010

Cadangan Membela Kekura Tanpa Salur Perkumuhan Berskala Besar Diterima Semua Pengikut Taklik Buta Sebelum Sempat Perinciannya Dibentangkan.

"The 1Malaysia concept is more popular than Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC), the badge and logo of 1Malaysia has no competition because some like chicken and some may not like to eat chicken, but everyone likes 1Malaysia," said Najib. [!]

Itu statement fitnah. Jangan tanya Najis Najib mana.

19 April, 2010

Tiada Ku Sangka Bola Bola Api...

Koleksi lagu kau haram aku collect. Band Pusing kau selalu jadi bahan lawak kawan sekolah aku.

Tapi aku tak pernah malu mengaku lagu kau dan Nana, Paling Comel, lagu wajib masa karaoke. Sebabnya, aku tak pernah ambil tahu. Enjoy sudahlah kan??

Dan sekarang engkau tiada.

Al-Fatihah buat Encik Pusing @ Achik Spin.

17 April, 2010

Satu saja lagi...

...kasut jogging tersenyum sinis.

Satu saja lagi...taman depan rumah menjeling manis.

Satu saja lagi...nak 70 kilo!!

Cet!

15 April, 2010

I will never leave you, darling cayang! Muuah! Muuah!

Dulu takut lif. Bunyi geng-gung-geng. Bayangan aku lif boleh makan orang. Tapi lif pun memilih juga. Dia suka budak stok sup tulang macam aku. Ting tong punya imaginasi.

Lagi biol, aku rela naik tangga. Biar tingkat 14 selamba. Asal bukan elevator. Sebab tu selalu kene seret dengan Misi Rajin. Masuk masuk. Bila doktor check, "Lifophobiano" rupanya.

Sekarang tak. Jadi hobi pula. Terkesima bila dapat discover lif baru. Paling suka lif mayat. Yang ngam ngam muat troli jenazah. Ada pintu depan belakang. Jaga jaga hantu datang.

Kenapa aku cerita semua ni?

Tadi aku bertemu one on one dengan the most jamban elevator in Tanah Melayu. Finishing papan lapis. Lampu kelabu lip lap. Generate bunyi geng-gung-geng ganda dua.

Apa yang jambannya??

Dinding penuh tulisan maha karya cintun. Such as "boxtxt untuk disewa", "kxtx mak lagi besar, nyah.", "Rizal waz here menghxsap pxtxng.", "1Malxysxa.", dan lain lain hardcore lagi. Belum campur ayat softcore sana dan sini. Kalau pakai Kilometrico, mahu 10 batang kering.

Itu budak manyak langsi!!

In other words, saling tak tumpah pemandangan public toilet lelaki wa cakap sama lu. Nasib baik bau hancing boleh ignore (konon).

Jadi, cintailah lif kita dan jangan rajin ambil emergency leave.

Ok, tammat.

Andai kata akan ada Evolusi KL Drift 3, aku mencadangkan Syamsul Yusof...

...supaya menukar pelakon yang membawa watak Zack.

Ok, tammat.

13 April, 2010

Hidup kita berkasih kasihan. Riang bersama makhluk tuhan.

Lately, aku rasa aku selalu terlewat. Tertanya tanya aku adakah keadaan ini sangat boleh diterima. Atau aku patut buat sesuatu bagi menterbalikkan situasi. Sebelum situasi menjatuhkan aku (macam pernah dengar).

Kesal juga sebab aku jarang berterima kasih pada orang yang membahagiakan aku. Kebanyakan mereka terdiri daripada celebriti terkenal. Jadi dalam hati, aku bagi alasan jarang dapat berjumpa supaya jiwa kurang dilanda resah.

Akan tetapi, mulai sekarang aku akan ringan ringankan ucap terima kasih pada mereka yang bersusah payah buat aku berasa selesa walaupun sedikit. Secara sederhana dan kecil kecilan. Yang tidak dapat berjumpa lagi yakni sudah pergi menghadap Ilahi pun akan terlibat dalam tribute.

Mungkin dengan cara ini, aku akan bertambah bahagia tanpa aku sendiri sedar.

Ok, tammat.

Sebab Adnan Sempit der lain kata kelakar sangat (bak kata mat rempit gerai burger selekoh lepas Petronas depan sikit first simpang kanan)

Rempit pakai Modenas?

Boleh pergi ke, der!!

12 April, 2010

Otak Sempit, Lutut Luas & Matematik Sekolah Rendah Ajaran Ayah Pin

Paper BRK 101: "Beruk Ban" Study.

Soalan berikut memerlukan anda menggunakan kuasa lutut (bulu lutut tidak dilampirkan).

Sila jawab sambil lewa, tanpa komitmen serta konsisten malas.

Berapakah lebarkah jurang kemiskinan antara 3.6 megabit per saat dengan 0 bit per saat?

Jawapan!

Best effort, encik.

06 April, 2010

Lambang kemajuan ialah mengikut kata hati, berani meluahkan pendapat, jadi hamba nafsu & derhaka perintah ayah ibu.

Sebab itu sekolah adakan ko-kurikulum, supaya engkau tak buang masa beromen.

Supaya kau tumpu belajar, exam result bagus. Bagi dapat straight A's lagi!

Supaya sayang mak yang terkial kial layan kau.

Subjek Moral PMR skor G, tahniah!

Supaya kepala otak kau tak asyik ingat nak mengulum, nak aiskrim.

Baru lima belas, jahanam!

05 April, 2010

Jangan hadkan sebarang opsyen. Dunia ini luas. Seberang tak hebat mana.

Kenapa senang sangat jumpa adegan poco poco dalam tv, dalam filem Melayu. Cerita Indon ada ke tak poco poco?

Apa kata sesiapa yang berkenaan jangan promosi poco poco what ever. Orang belah sana mana reti kongsi.

Asal kita suka dia punya, kita "perompak". Dia datang sini merompak harta siap sembelih orang, dia juga betul.

Tolonglah faham, Melayu Malaysia.

Kita ada banyak benda lain nak dijadikan trend dan poco poco tidak kool ok.

Bangang!

Sekarang among bloggers hangat story budak baru nak up condemn Din dalam laman sesawang. Even lebih teruk ganti Al-Fatihah dengan Al-Fxxk. Ok, budak. Kau ternyata bangang!

Ok, tammat.

03 April, 2010

Wuhai Kap...

Pada tahun 1997 cuma ada bola sepak dan Din Beramboi @ Din Highway @ Sasha dalam hidup aku.

Terima kasih, Din, untuk hari hari itu.

Al-Fatihah.

01 April, 2010

Demi kau, form three puas kena cubit cikgu geografi sebab aku tertidur dalam kelas.

Hello, Legend.

Teringat zaman muda ganteng, berbekal radio Philips bentuk petak 70an ayah, sanggup aku tidur ayam berjaga awal pagi semata nak layan cerita kau. Memang laut, memang tak pernah on the darat. Sekali buka mulut, hampeh keras jantung aku tahan gelak.

Zaman old school THR dengan Isma, Richie, Nasa aku rasa peak kegemilangan kau. Sekarang aku tak layan radio dah walau kau ada dekat stesyen lain. Sebab aku rasa kau soloist terbaik. Rakan duet kau spoiler.

Ok, Din. Harap kau kembali A+ ok. Tak ada kau, dunia lawak hanyut mati.

Tammat.

30 Mac, 2010

Sebulan cuti buat apa lama sangat

Tahniah! pada aku kerana selamat berpindah ke rumah baru. Jauh dari tempat lama dan semakin jauh dari kenangan busuk.

23 Februari, 2010

Kamus (1): Kawan Sejati

Kawan sejati (selepas ini juga dipanggil sebagai dia) merupakan binatang berjiwa busuk, mampu berdiri dengan dua kaki. Ada pakai tutup litup. Ada yang show the urat (selirat).

Hebat! Dia sangat pandai berpura. Konon bersikap positif. Tapi pentingkan diri sendiri adalah objektif pertama hidupnya. Objektif kedua sampai ke-seribu juga sama. Dan jangan ditanya yang ke-seribu-satu dan seterusnya. Gunakan nef.

Lagi, kawan sejati suka bercakap tentang keprihatinan, sedangkan hobi masa lapang dia peka dalam menambah kesengsaraan orang lain yang dikelaskan kawan dunia akhirat itu. Dia (yakni binatang tadi) sanggup menghalalkan perbuatan celakanya (buat buat bodoh kepakaran dari kecil) dan berharap agar kawan itu boleh terima dia seadanya. Senang cerita. Dia cuma mahu kesenangan daripada anda.

Jadi, jangan jadikan dia kawan. Dia musuh anda sekarang.

shit happens
Sesekali jadi mat saleh [!]

Orang yang membencikan anda tanpa sebab normal akan menggunakan dia sebagai platfom kerana dia memang tak boleh diharap. Tiada pendirian. Penakut. Serta check kalau ternampak semut berkeliaran di bibir dia. Jangan terkejut. Dia semestinya bermulut manis. Jangan cuba bercium mulut kerana tidak akan mendatangkan syahwat punnnnn.

Paling kena ingat, hindari dari menganggap dia brother/sister kerna sakit jiwa anda boleh berpanjangan. Bermula dari kemunculan uban di usia muda sehingga mati akibat insomnia. Teruk dari kena santau wa cakap lu.

Ok, tammat.

17 Februari, 2010

Ikura desu ka (cakap bahasa lembu maksud, apa khabarmu di sana?)

Orang kata minum 100plus nanti sehari dua elok demam. Aku kata why not why cannot. Ubat mujarab. No klinik. Lagi mana ada PT (tiap minggu pesta yong tau foo apa jadahnya.). Bye bye orang jubah putih.

Orang kata taik hidung lazat sekali. Aku percaya (percaya?). Sebab terbukti.

Kena korek ketulan paling besar. Tapi separa keras separa cair. Nama saintifik kelikatan tinggi.

Then, lenyek manja atas tempat rata (lantai, meja). Letak hujung jari. Jari kelingkeng baru rugged. Jilat sikit. Test. Ada masin, baru makan semua. Ya! Kawan aku pernah buat. Selalu buat.

Wei, Jenal!

Kau apa khabar?

16 Februari, 2010

I love Malaysia (yang depan tu i untuk saya, bukan one atau satu).

Harga gula naik ke atas degil mahu turun sebab kos operasi melonjak sampai terbeban kepala otak pembuat gula. Silap silap boleh jadi calon Bersamamu. Kes teruk ni!

Tapi Robert Kuok makin kaya aku tengok. Mesti dia tengah enjoy, terlonjak ber-dancing macam kera dapat gula.[!]

Ok, tammat.

15 Februari, 2010

Resepi turun temurun: Sotong goreng kunyit

Bahan ingredientnya (celaru bahasa):

3 botol air mineral,
Pisang Abu goreng 3 ringgit (jangan kau potong Abu punya pisang lak!),
Peluh ketiak satu plastik kecil,
Jatuh longkang sekali,
Kamera sebiji (aku naik saksi),
Bateri kereta beli di TESTKOnon.

Teknik membuatnya:

Buka bonet dan ignite enjin. Gagal? Cuba tolak kereta tapi hati-hati seorang dah masuk longkang.

Penat? Pakcik gerai sebelah melambai tanda suruh singgah. Seringgit jadilah.
Untuk menutup segan, sila ronda jauh sedikit mencari bateri NS40.

KONGSIFACAI? Keliling tempat olang Cina. Kedai semua pakat EL. Jom ke JAIEN. Mahal? Try TESTKOnon. Murah. Cap Ayam. Hantam.

Ok, jangan lupa air botol. Hati suam. Badan Panas. Ketiak lencun wa cakap lu.

Haus

Siap semua kena tunggu. Setengah jam. Baru retry. "Pakcik, pisang macam tadi dua ringgit."

Wa! Enjin hidup. Balik rumah. PS2 memanggil.

"Jom teman Hang Kebun siram pokok di kebun!"

"Baik, boss."

15 minit kemudian terdengar satu sampukan manja,

"Ma, nanti kita masak sotong goreng kunyit nak?"

11 Februari, 2010

Diari percutian extravaganza

Baru pulang holiday dari kepulauan Tokyo. Penat juga. Kesian. Tourism-phobia seperti aku bercuti jarang disertai dengan percutian. Keberatan berbelanja. Simpan duit lebih kool mengikut pandangan aku. Boleh bayar zakat banyak.

Sedikit survey sebelum berangkat, menyatakan Tokyo ada syurga item bebas cukai. Maka, hasil kerja buruh ter-saving-lah sejuta dua dalam akaun. Aku berikrar dengan akujanji nak kasi licin. Baru puas hati hamba.

Hakikat sana harammmm! Cuma ada kecewa. Berjumpa pekedai cikaro tua kerek, dll. Sebagai ubat jiwa, segala pinggan mangkuk pelbagai model sekitar pekan tu aku kecaikan. Biar padan muka all the ma'ciks. Frust sama degree. Patutlah sini penuh para para sakura.

Cikaro
Cikaro ganyut poyo (dalam perut buaya)

Buka cerita lain. Di sana aku disediakan driver. Pandu bapak speedy. Tak sempat usha permandangan indah, tiak belum sempat peluh setitis, "sampai encik!" (translate). Terror and horror betul.

Plus siap pembantu kanan. Panggil si janggut. Kelakar orangnya dan tak habis habis promote sun block dan t-shirt untuk dijual. Jadi, terbeli baju t akhirnya. Bila singgah satu pantai dia recommend lagi. Terbeli seluar bunga pula. Nasib sale. 200 Yen.

Part makan aku stick satu kedai. Lokasi sebelah longkang besar. Tapi seekor lalat tak terbang. Mengikut cerita lagenda lalat kali terakhir dilihat sekitar 500 tahun dahulu. Hebat, kan?

Menu fingers licking good looking wa cakap lu. Si janggut beriya suruh order set nombor 3. Nasi bubur bersama lauk. Wasabi dan tuak Jepun separuh harga. Reject! Lauknya khinzir masak halia. Tak boleh tukar. Ambik lain. Nasi dengan sotong celup tepung. Yummy!

Siapa sangka sana sejuk Everest meleset sama sekali. Walhal panas menggeletis. Global warming sampuk Argentine tua duduk seat depan masa balik Tanah Melayu. Kata dia, "Bangkok 10 kali A. Ada wanita jual bodi. Ada pertunjukan harimau (translate)." Aku anggukkan saja. Konon konon innocent.

Sampai rumah pemanasan global bikin coklat import penuh se-beg mencair. Bentuknya lari gila. Herot. Senget. Penyet. Macam orang hidung Zizan hilang hidung.

Zizan
Zizan (pada orang yang masih tak kenal) [!]

Tapi ok what. Masuk mulut. Keluar tentu jadi shape lain, kan? Berani ke nak reshape guna tangan sendiri. Lu fikirlah sendiri pun (dialek ah long).

Ok, tammat.

12 Januari, 2010

Tekad Khairul Azam Baru

From now on, blog akan ditulis pendek.

Contoh: "Masa itu emas. Felipe Massa naik MAS. Harga emas naik ikut masa."

Ok, tammat.

10 Januari, 2010

Rahsia AJL-24: Perkara mustahil dan rasanya mungkin berlaku di Anugerah Juara Lagu ke-24 adalah...

Prop Stacy:
Akibat kekangan persepsi masyarakat dan ideologi kebebasan berkarya yang sangat berbeza dengan Barat. Permintaan Stacy untuk menggunakan lampin pakai buang gergasi sebagai prop ditolak penerbit AJL-24.

Namun, atas kecekalan dia propose lagi. Kali ini idea kenakan kostum lampin pakai buang untuk dia dan dancers. Seperti biasa. Cadangan ditolak.

Yuna Buka Tudung:
Bila panas otak atau ketombe menyerang hendap, wanita bertudung paling tensi. Tapi yuna no hal. Maintain. Dia pakai KELIER macam aku. Tapi yang pasti jadinya, ketiak bakal hadapi banjir besar. Deodorant malfungsi. Sebab? Bakal suami dia ni warning. Kalah berhenti menyanyi. Jadi suri rumah. Jaga anak. I like.

Yuna

Yuna seksi mak abah benarkan

Aurora No Aura:
Gerenti Aurora kalah. Bomoh santet beritahu Misha ada change. Dia cantik. Putih. Gebu. Wak tu jantan gatal. Dia bilang lagi. Bapak bapak Estranged enggak ganteng. Ada panjang ada kurang incinya. Tak ada feng shui. Kena minum banyak air Bio-Aurat dulu. Sambil Wak menghulurkan kad nama. Agen Bio-Aurat rupanya.

Go Go Go:
Semalam ada member inform emosi Aizat dalam kondisi merundum. Gaduh. Awek. Kot. Jangkaan, Aizat perform separuh jalan lagu "Pergi", sebelum berhenti dan pergi blah dari stage. Tak percaya? Baik percaya.

Ok. Sup tulang disiap masak. Aku turun makan dulu, kawan kawan.

Jangan lupa sokong Misha, Adam, Hawa, Yuna, Aidit Alfian, Ad Samad dan Dang Suria.

Tammat.

Nota: Mulanya tulis tajuk "Faizal Tahir Buka Baju". Fikir balik. Cit! Nanti jadi semula tragedi "S di dada for Sengalman" nak mustahil celah mana. Sekarang pun sakit dada. Dah tak Superman dah.