28 Februari, 2011

Forever Yours

awancun

Mengikut firasat Tajul Muluk, lelaki straight lahir di bulan kedua tahun Masihi semulajadinya penyayang. Tanpa mengikuti kelas janji manis, golongan terpilih itu azalinya mampu membentuk semangat asmara rantaian jiwa, dan berpaut bersatu bersama awan kesuma rindu. Lalu, tertepis mega kandungan raksa cemburu. Arakian tuan, puan, dipersembahkan arjuna kebal godaan, sang penglestari cinta sejati.

26 Februari, 2011

We Are What We Were

Waktu suara (dan telinga capang) Dian Sastro mencuri hati lelaki-tak-boleh-tolak-wanita-comel ini, pada waktu itu juga kita tiada apa apa yang gah untuk dibangga. Industri seni mainstream maksud aku.

Selain daripada meng-anjing sebutan Spice Girls yang mereka sebut "Sepes-gerl", perbualan bersama rakan Seberang diselamatkan oleh kemahsyuran Search, Siti Exists, Sheila Majid, dan Too Phat. Harapkan lain hanya kemaluan besar yang aku terima.


Ok, pendek cerita aku highlight beberapa sudut kegagalan kita.

Pertama, isu keterbukaan. Ke-anti-an kerajaan terhadap Iron Maiden, Metallica, bla..bla..bla.., berpaksikan lirik puja iblis, muzik sekeras besi dan attitude najib najis dadah. Haramkan live performance konon kurangkan pengaruh negatif. Tapi Salem Cool Planet jual album, distribute poster dibenarkan. Mana kau punya cakap cakap setan tadi? Undang undang separuh masak. Bagaimana pula perangai, statement seekor syaitan seseorang politikus?

Kedua, aurat; yakni urat yang terdedah. Contoh popular, pertunjukan tetek, ketiak, dan perut Faizal Tahir. Bersalah dan hukuman sekat sana sini jalan. Tapi siapa berani buat perkara sama pada lekuk montok Siti, alur dada Zizie Ezette, gelek bontot Ifa Raziah, dan ketegapan aset Rozita Che Wan? Subjektiviti definisi wujud, dan pakar bahasa, agama pula relaks bermain golf bersama caddy jelita (?).

Ketiga, pengaruh (baca: motif). Untuk poin ini, sila bandingkan antara Aizat dengan kumpulan Impression (Check Wiki!). Seterusnya, Yuna versus Maya Karin (nyanyian). Perbandingan ini memerlukan kemahiran membezakan tanpa sebarang bias; jujur berkarya, menebeng semata meng-adjust datuk datin, memperbaiki teknik cock-teasing, atau SPM-aku-cukup-makan-nyanyi-at-least-berkepuk-juga-poket.

Ok, cukup. Apa aku nampak cuma double standard. Lirik lucah boleh, lirik persetanan no no no. Lurah dendam perempuan halal, puting lelaki gangguan seksual. Tambahlah kalau kau orang ada pendapat tersendiri.

harimau

Huh. Sedih aku memikirkan tentang tragedi kaset Exists yang dibeli tahun 1992 di pasar malam sebelah Shell. Semua kesan manusia keliling bikin muzik pop kelihatan kotor di mata Hang Kebun. Habis patah dua dia kerjakan.

Ok. Tammat.

24 Februari, 2011

23 Februari, 2011

Dalil Sohih Kenapa Pengetua Akademi Fantasia Terakhir Wajibul Ghunnah Ahmad Dhani, Dan Simpang Malaikat Hamid Gurkha.

ad

| Bila kamu bisa 'tuk memaafkan| Atas kesalahan manusia | Yang mungkin tak bisa dimaafkan | Tentu Tuhan pun akan memaafkan | Atas dosa yang pernah tercipta | Yang mungkin tak bisa diampuni |

21 Februari, 2011

Lucky Bastard Belajar Bersyukur

Sebiji limau mandarin aku curi dengan izin kantin sekolah. Cikgu apa hal sangat paw paw. Pengetua awal masuk bagi all access pass. Semua celah tempat ni aku boleh jelajah. Bukti pengetua berjaya diperdayai godaan aku yang sentiasa melanggar sahsiah berpakaian (?).

Ia bekal buat aku ini malam. Bukan tiada menu free berupa pakej nasi putih special, kubis masak lemak, sotong sambal, dan tembikai potong. Tapi aku bimbang terkena gelaja keracunan makanan, sekaligus membuatkan manusia setenang kucing lepas mengawan menjadi king kong sebelum berkhatan (??).

Dua malam minggu sudah, hampir semua student kelas aku, kecuali yang berdiet a.k.a hipokrit menjaga hati rakan sejiwa, berebut mendapatkan mangkuk tandas yang selama ini dipandang sepi meskipun berjasa patriot. Empat lima kali puratanya. Perit aku agak betul betul di hujung eksoz mereka. Huh.

ciritbirit

Di rumah, aku masih merenung limau sebesar genggaman tangan lelaki perkasa. Kebetulan muat tepat genggaman tangan aku (?). Umphm. Bijak betul Tuhan. Kalau rasa takut makan sesuatu disyaki, aku masih ada sesuatu yang siap dimakan tanpa perlu bersusah payah tunggang tonggeng.

Cuma goyangkan body, dan berbudi pada tanah. Selama ni aku pemijak dan berpijak di bumi nyata. Sedangkan tanah diam diam menghamba diri beri macam macam jenis kesedapan. Sebagai balasan?? What a shame. Bila terjatuh, baru aku cium tanah. Itu pun ter. Tidak sengaja.

Ok. Tammat.

19 Februari, 2011

Menginjak Remaja

shouldbehappy

Selamat berkehidupan indah kepada insan di sekeliling, dan semoga aku sentiasa menyenangkan kalian.

18 Februari, 2011

Mani Paper & I Am Going To Rompak Bank Ngong

Sebuah kedai kecil di sebuah taman perumahan tahun 1990 mempunyai ramai peminat. Kebanyakan kanak kanak comel. Salah seorangnya aku. Tapi aku golongan minoriti.

Malang, aku kehilangan dna kecomelan dari potongan badan anoreksia akibat sanggup berlapar. Ini kerana hanya simpanan duit poket membolehkan beliau (aku) menyempurnakan koleksi sticker Street Fighter, sekaligus menebus hadiah berupa game watch. PSP zaman Kaduk. Pecah pecah piksel tapi menarik hati.

Merepek dan izinkan aku u-turn.

mani

Persoalannya, kenapa aku buka laci, aku hampa? Mana Mesin Masa yang dikau janjikan? AN AN AN tottemo daisuki.

Ok. Tammat.

15 Februari, 2011

Menjilat Jari

thumbprint

Sama ada processor beransur perlahan, tidak relevan ataupun penulisan para blogger(s) penuh ideologi, sarat cetusan gila, itu kurang dipastikan. Juga aku sedar semakin susah aku mengeluarkan pendapat, cercaaan, lawak bangang, respon sarkastik bila singgah membaca entri sesiapa. Yang pasti aku suka tanpa mengira aku setuju atau sebaliknya, namun sad to say mulut terkunci. "Diam ertinya setuju," bak kata klise orang meminang.

Jadi, bagi tujuan menfasilitasi kamu yang mengalami masalah sama, aku sukacitanya menyediakan butang Like. Adil hah?

14 Februari, 2011

Siapa Bieber?


Now I see the times they change
Leaving doesn't seem so strange
I am hoping I can find
Where to leave my hurt behind...

13 Februari, 2011

Tulisan Cakar Khinzir (3)

ft

Setiap kita dilahirkan sebagai seorang Faizal Tahir; belajar jauh, tinggi akhirnya tua baru terkejar cita cita sendiri.

12 Februari, 2011

Otak Biru

francenike

Roti Perancis. 40 tahun. Tukar pasangan. Azam baru. Benzema gemuk. Ayam. Paris Hilton. Nos Differences Nous Unissent.

Ok. Tammat.

11 Februari, 2011

Double-Bagging Condoms

Otak aku berdenyut hebat. Walaupun kurang kencangnya masa saat pertama bertemu cinta Jess, tapi tetap tak dapat di-hendle baik. Sekali lagi aku membuat keputusan skip school meeting. Kesian.

Baru sejam, dua pelajar perempuan datang semula ke kelas. Ajak berbincang hal gangguan pelajar lelaki gatal zakar. Sebagai guru mithali, aku perahkan saki baki upaya pasang telinga, buka mulut beri pendapat.

Kurang menyampuk. Memang aku terbeban. Azab sangat. Kesakitan atas, tepi kepala menjadi jadi. Tapi akhirnya aku teruja mencelah setelah dia ungkapkan sesuatu yang sesuatu.

"Saya berjanji tidak akan berpacaran sementara masih belajar di sini, cikgu," cakap mereka se-desperate minah rempit dicekup polis.

"Ok. Berjaya cikgu belanja KFC."

Tiba tiba idea berkembang, pertaruhan simple berubah kompleks.

"Andai lain cerita, Domino's untuk cikgu, ok?"

teoridomino

Mereka saling berpandangan. Mungkin terpinga kenapalah Ayam Goreng Orang Tua Beruban, bukan dinner mewah Istana Kuda Kuda Emas?? Malas aku fikir. Mentaliti mereka materialistik. Aku pula cenderung pembentukan jiwa anak bangsa sejati menggunakan medium perjudian halal negara Islam, atau lebih play safe dipanggil reverse psychology. Tuih.

Plus, terjemahan tajuk di atas adalah serampang dua mata. Tuih. Tuih.

Ok. Tammat.

07 Februari, 2011

Kotak Bentuk Hati

kobain

Aku lebih rela dibenci kerana aku aku, daripada disayangi atas sesuatu yang bukan aku."

06 Februari, 2011

Meskipun Kau Bukan Raúl González Blanco

Hai, Safee Salai. Sengaja aku ubah. Provokasi. Emo. Sikit. Memandangkan dia beriya mahu tinggalkan Selangor, aku dedikasi sebarang dua pandangan bias darjah tinggi tentang penghijrahan ini ayam (tambatan).

terbang
Garuda kah?

Hadiah selamat datang dari seberang aku kira laser multi warna, dan hadiah selamat jalan pula adalah santau dahsyat bye bye karier ku. Gantung but.

Simpan duit ratus ribu. Jangan pasang Manohara. Sayangi bini anda. Jangan sertai Sehati Berdansa. Esok apa apa hal kau tak sesusah Shahdan Zahari. Aminn.

Ok. Sebarang dua tammat.

05 Februari, 2011

Jagalah Hati Ibu Bapa Mertua

Waaa. Ada ke TS stands for Times Square? Pening cari maksud. Walhal sebut nama penuh mudah lagi. Manusia suka menggedik ya.

Sementara berusaha siapkan laporan yang tergendala semalam, aku cuba fikirkan item wajib pesan kalau ke pantai timur. Selain dari kepok kepin' dan pesan jaga diri, kepala aku fikir jet ski, Proton Saga FL, dan banglo kaca tepi pantai. Betul. Tak main main. Jess, sila senyum :)

Tukang Ubat dan Adik pula balik dari TS. *Confirm gedik*

Sambung. Mereka ketuk kuat pintu bilik aku. Periksa daun pintu. Ternyata ada kesan koyakan akibat daya maha hebat dari objek tumpul (?????).

adikberadik

Cet. Rupa surprise belikan baju sama. Tiga helai. Depannya gambar penyengat (mungkin). Kami kelihatan comel pula aku ter-rasa. Benda percuma bertambah menggembirakan bila kita tak mampu nafikan kita sedang gembira menerimanya, kan.

Sekarang tinggal cuma laporan terbengkalai. Yang lain semua tersangat menyenangkan. Harap setiap hari begini.

Ok. Tammat.

04 Februari, 2011

Belikan Kanda Kepok Keping

Semangat betul. Habiskan jumaat dengan pelbagai perkara berfaedah. Pertama, bangun lambat. Kedua, bersarapan mee lidi, lauk tahi gigi. Seterusnya, basuh bilik air.

Solat di masjid terus pergi mengerat rambut serta bebulu lain yang dirasakan wajib ditebas. Ok. Setel. Sambung makan mee lidi. Sambar air kotak laici, dan akhirnya duduk depan pc. Iltizam tinggi untuk siapkan dua lagi laporan yang aku syak perlu dihantar Isnin nanti.

bosansangat

Cit. Potongan rambut baru agak gq berbanding aku yang skema tetapi kerek ni. Cakap aku sendiri sambil teringat M. Nasir zaman 90'an. Cek cek selak Goal.com. Cek cek Sokernet. Buka fail Word baru bertajuk "Senarai Keperluan Bla Bla Bla". Mmmmm. Baiklah. Diakui terlalu bosan tatkala Jess berjauhan. Tidur dulu.

Ok. Tammat.

01 Februari, 2011

Tulisan Cakar Khinzir (2)

Babi-babi dalam kandang babi terbukti secara kromosom ke-babi-nya, tapi apa macam tauke babi?? Apa ke babi panggil babi babi? Babi!!