26 Februari, 2011

We Are What We Were

Waktu suara (dan telinga capang) Dian Sastro mencuri hati lelaki-tak-boleh-tolak-wanita-comel ini, pada waktu itu juga kita tiada apa apa yang gah untuk dibangga. Industri seni mainstream maksud aku.

Selain daripada meng-anjing sebutan Spice Girls yang mereka sebut "Sepes-gerl", perbualan bersama rakan Seberang diselamatkan oleh kemahsyuran Search, Siti Exists, Sheila Majid, dan Too Phat. Harapkan lain hanya kemaluan besar yang aku terima.


Ok, pendek cerita aku highlight beberapa sudut kegagalan kita.

Pertama, isu keterbukaan. Ke-anti-an kerajaan terhadap Iron Maiden, Metallica, bla..bla..bla.., berpaksikan lirik puja iblis, muzik sekeras besi dan attitude najib najis dadah. Haramkan live performance konon kurangkan pengaruh negatif. Tapi Salem Cool Planet jual album, distribute poster dibenarkan. Mana kau punya cakap cakap setan tadi? Undang undang separuh masak. Bagaimana pula perangai, statement seekor syaitan seseorang politikus?

Kedua, aurat; yakni urat yang terdedah. Contoh popular, pertunjukan tetek, ketiak, dan perut Faizal Tahir. Bersalah dan hukuman sekat sana sini jalan. Tapi siapa berani buat perkara sama pada lekuk montok Siti, alur dada Zizie Ezette, gelek bontot Ifa Raziah, dan ketegapan aset Rozita Che Wan? Subjektiviti definisi wujud, dan pakar bahasa, agama pula relaks bermain golf bersama caddy jelita (?).

Ketiga, pengaruh (baca: motif). Untuk poin ini, sila bandingkan antara Aizat dengan kumpulan Impression (Check Wiki!). Seterusnya, Yuna versus Maya Karin (nyanyian). Perbandingan ini memerlukan kemahiran membezakan tanpa sebarang bias; jujur berkarya, menebeng semata meng-adjust datuk datin, memperbaiki teknik cock-teasing, atau SPM-aku-cukup-makan-nyanyi-at-least-berkepuk-juga-poket.

Ok, cukup. Apa aku nampak cuma double standard. Lirik lucah boleh, lirik persetanan no no no. Lurah dendam perempuan halal, puting lelaki gangguan seksual. Tambahlah kalau kau orang ada pendapat tersendiri.

harimau

Huh. Sedih aku memikirkan tentang tragedi kaset Exists yang dibeli tahun 1992 di pasar malam sebelah Shell. Semua kesan manusia keliling bikin muzik pop kelihatan kotor di mata Hang Kebun. Habis patah dua dia kerjakan.

Ok. Tammat.

7 ulasan:

zety berkata...

ini betul marah.untungla kap..
tapi menganjing di belakang bukit siapa akan dengar.kan?

Kap berkata...

belum buka bisnes mana untungnya :)

theblabber. berkata...

well said cikgu.

afrohead berkata...

kahkahkah impression! aku tak boleh lupa diorang ni dulu masuk majalah mangga tiap-tiap bulan tapi lagu sekali pun tak pernah dengar. hahaha

author faethal berkata...

Haha,
Impression dah jadi tokey bas!

Sofia Vy berkata...

hahaha. terbaik kap :D

Kap berkata...

:::theblabber.
the cikgu is always right ;)

:::afrohead
dalam Mangga banyak betik betik ranum.

:::author faethal
lagi seorang tauke tilam, dan tuala basah.

:::Sofia Vy
terbaik lagi terbalik.
hahah.