29 Januari, 2011

Yang Penting Rupa

Hah. Aku gather student sesi baru tengah panas pagi tadi. Beberapa mereka keep talking among themselves. Pasang telinga. Butir halus sayup kedengaran, "Jamboos..." Mereka tujukannya pada aku. *Angguk angguk*

Jadi, aku mencelah cara keji, "Siapa rasa diri dia tak kacak atau tak cantik?" *Buat muka*

Crush sampai lumat

Sebagai balasan ada dalam sepuluh angkat tangan. Mampus. Majoriti turun tangan. Bermaksud bebudak ni sepuluh kali lebih bajet daripada senior dulu. Tekanan.

Macam season lepas, aku berazam kekal paling perasan(tan). Kata aku angguk angguk dekat perenggan pertama, kan? Tarik nafas sedalam cinta aku pada Jess, dan aku sambung.

"Lu (tiba tiba) all tahu, untuk kelas ni cikgu diberi kuasa untuk pilih pelajar. Memandangkan kepala cikgu mereng, cikgu pilih comel comel, gebu gebu, molek molek paras rupa berdasarkan gambar pasport dalam borang permohonan. Kalau kamu berpendapat sebaliknya, secara tidak langsung kamu pertikaikan taste cikgu. So, apa macam?" *Senyum*

Perlahan demi perlahan bilangan tangan tunjuk ke langit tinggi hilang dari pandangan. *Senyum lagi*

Ok. Tammat.

28 Januari, 2011

Tulisan Cakar Khinzir (1)

"Saiz taburan gula pasir di bibir makhluk dua kaki spesis jantan otak ke situ saja bergantung kepada kelikatan Hormon Malam Jumaat sekitar kawasan kerandut zero-gravity-nya."

27 Januari, 2011

Sejarah Benar Mampu Mengesan Kepalsuan Nyata

Gambar lama siapa entah

1. Wajah gembira akibat pengambilan gula pasir subsidi terlampau.
2. Muka perempuan itu hodoh. Tanda tanda bakal 1Plastik.
3. Lelaki itu nampak seperti bukan lelaki. Melentik bagai adik adik.
4. Mana sesuai? Rambut langsuir atau fesyen kembang semangkuk?
5. Pendek. Takut bini. Rendang. Tidak berbuah.
6. Ok. Tammat.

25 Januari, 2011

Kalaulah Facebook Tutup Mac Dua Ribu Sembilan Masihi...

...aku sanggup up derma masjid / surau Ringgit Malaysia sembilan. Tanda gembira. Tanda syukur aku masih di sini, syukur aku bernafas lagi, syukur aku masih berdiri, masih ada kuasa dalam tubuh ini.

Malangnya, hilang nanti modal aku memperkotak-katikkan budak ber-muka-buku masa kelas. Terkikis budaya kesamsengan selama ni diterapkan pada anak buah aku, "kau orang jangan sewenangnya pukul budak junior, kecuali facebooker(s) aku halalkan." Hah.

Hek ek leh, Bani Israel mana ada istilah stop buat duit doh. Big forward button ya.

Ok. Tammat.

23 Januari, 2011

Sesungguhnya...

...saat ini mood sangat bersesuaian untuk membuang Shoutbox apa jenama entah bawah itu. Promo / iklan / linkage ke jualan / pameran detox, ubat slim, you-follow-then-i-will-follow, web jual 3gp biru, jersi cetak rompak, kini tinggal kenangan kau dan aku tak kan terkubur. Shit lah spam. Semak mata. Dalam semak dalam longkang punya jin.

22 Januari, 2011

Deklarasi Pengkhianatan

Blogger.com aku andaikan sebagai peperiksaan SPM. Semua ok sehinggalah masalah timbul sewaktu menjawab soalan karangan. Tiga suku masa termenung, selebihnya aku keluar lalu bertukar kepada Mat Tiga Suku. Apa bullshit punya kemahiran essei. Puas exercise cikgu Raja Zainab aku buat. Raanya Bangla baru seludup masuk Malaysia pun bikin bahan tulisan aku. Damn.

Pendeknya, kalau kamu kamu punya ke-ilusinasi-an berikut, ada baik main Tumblr saja. Reblog-ing. Di sana, aku gunakan nick lain. Nama IC Kaput Karan ditepikan bagi memberi kesan fantasi dan rasa handsome pada diri. Kononnya lebih Melayu. Sebagai bonus, boleh nikmati Inggeris tahap sampah aku juga.

Tetap juga mem-blogspot-kan diri andai kata sel otak aku lebih banyak berhubung. Minum susu Wardina dulu.

Ok. Tammat.

08 Januari, 2011

Internet Haram Jadah (Jika Belum Tahu)

1. Jika berlaku upload, pasti berlaku penyalahgunaan. Tipu kalau kata undang pengkomputeran (abai) protect privasi. Jay-Z pun setakat bergenang air mata tengok public share salinan album Beyonce, ini kan pula blog murahan tanpa mendedahkan pusat bertindik.

2. Tidak sesekali ugut saman, haram mengharam, pada yang memberi pendapat atas ketaksuban (contoh; MLM, syurga neraka, lisa surihani, illuminati.). Lebih lebih mereka belakang ada politikus, ada dacing, ada mata, ada roket, ada bulan. Mereka golongan di kelompok masyarakat nampak munasabah, susah adjust alignment otak ke bentuk normal. Degil?? Kelak anda akan termasuk ke dalam perangkap tikus.

3. Isu kesensitivitian agama kah, negara kah, warna kah, tiada layanan istimewa. Serupa Indon.

4. Konsistensi?? Tulis ikut hati, suka rela, tapi sentiasa berubah. Majoriti follow trend. Otherwise, tiada sudi memandang. Contoh tepat, blog aku ni.

5. Secara kolektif, Internet sekarang medan crime scene. Sama ada kita mangsa, atau kita penjenayah, kita kena serah pengkomen bulat bulat.

6. Kita menang Piala Suzuki sebab mentaliti pemain positif. Side sebelah laser sikit merajuk keluar padang. Kalah psychology. Hahah. Sori. Babas.

114. Anda boleh bantah semua poin di atas. Tapi kalau teringin hidup selesa tanpa gangguan pervert(s), skodenger(s), maniac(s), makhluk-rasa-dia-saja-betul-(s) dan se ngok ngek kepala kemek, sila timbang setuju poin pertama. Insyallah, You'll find the way.

Ok. Tammat.

04 Januari, 2011

Poin Kejantanan Kaum Cap M

1. Orang dari satu bangsa hina kaum aku, sanggup berparang. Tapi tak pernah hina diri sendiri bila empunya badan hina kaum sendiri. Taksub tahyul! Pencuri harta anak yatim! Guna kabel beri anak lulus cukup makan jawatan pegawai walhal melambak super result apply! Aku rasa terhina!

2. Nafikan, tegakkan benang basah bila dicop bangsa malas! subsidi! Bagi tender gantung poster, terus amuk ke mana, angin ke laut.

3. Panas pungkok sangat pada kaum yang kalau dikumpulkan Se-Malaya pun, setompok kudis pun tidak. Tapi terang terang ada 1kaum berangan ikut sistem penghapusan etnik aku di Singapura, dia orang buat bodoh. Sekali lagi cuba bagi tender gantung poster, gerenti terus jadi bangang.

4. Sanggup berhabis di kedai mamak, mamu, mami apa entah. Sedekah masjid seringgit seminggu excuse memanjang.

5. Marah kena hina bodoh apa lancau. Bila pergi sekolah memonteng. Hisap gam, layan puki bohsia. Kelakar!

6. Kalau telinga kuali, jangan pekena teh mamak. Bancuh sendiri. Bersandar, pasang kuat lagu "Sensitif" pakai headphone.


Aku kenal Karam. Kenal masa kerja resort. Sangat humble. Siap beri pesan. Berkerja, belajar kuat. Jangan amal penyakit malas. Orang Melayu mengajar apa??? Mengular, mana hotel line clear, how to cover up your scandal with somebody's wife, main pakau, lucky ball, baca kitab tikam nombor!

Dia sangat hormati Melayu. By the way, kaum kita sendiri paling banyak menghina diri sendiri. Tolonglah. Felda dipegang manusia yang disahkan pengamal rasuah wang, ada siapa di kalangan yang claim pencinta bangsa kata tidak????

Terima kasih, sebab menceriakan hari hari awal 2011 aku.

Ok. Tammat.

03 Januari, 2011

Hadiah Terbaik Kadang Kala Datang Di Waktu Kurang Tepat

Cuba teka. Confirm Deftones akan singgah Malaysia. Hooray! Dan cuba teka lagi, aku nekad berjimat sehabis nyawa untuk matlamat besar. Bye..Bye, Chino. Sob.Sob.

02 Januari, 2011

Selamat Selamat Selamat

Selamat Masihi Baru, aku.

Ingin minta maaf pada diri ini sebab tiada sebarang azam yang yok aku buat buat tahun 2011. Cuma sebuah harapan menggunung aku pasang, aku semat kemas dalam hati. Biar jadi rahsia aku seorang.

Walau apa pun, aku doa semua makhluk hidup bahagia. Kerna hanya yang bahagia tidak terlintas mengganggu gugat kebahgiaan ciptaan lain. Viva manusia dan ragamnya. Viva haiwan dan nafsunya. Viva fauna seantero alam. Viva hati yang bersih untuk semua.

Ok. Tammat.