29 Jun, 2011

Spanar Jaya

Dia perempuan yang rupawan ketika zaman terdedahnya, dan wanita yang dikagumi akan kecantikannya di zaman aurat terbungkus rapi.

Wardina Safiyyah, you've got my vote!

posted from Bloggeroid

27 Jun, 2011

Ladyfingers

Adik-adik gadis comel sayang. Pesanan abang harap adik semua faham secara tersurat tersirat isyarat jari (peace ke, setan direjam ke) sebelum snap gambar riang gedik dan upload ke internet maha kejam.

Sebab kelihatan hodoh pabila adik menggayakan lidah terjulur bermuka horny sambil menjilat isyarat jari yang mewakili objek celah kangkang sendiri. Lebih lagi tatkala ber-Hana Tajima. Agak ironi dan menyentap jiwa lelaki matang ranum.

Mengaku abang terliur melihatnya, cukup sekadar pandangan pertama halal lagi percuma, dan sesungguhnya abang teringin menjamah bebola daging "babi" di kedai perabot terkenal. Kawan abang cakap sedap. Nama dia Raymond.

Ok, shut up! Tammat!

Yang benar,
Encik-Abang-Sayang-Adik-Semua.

20 Jun, 2011

Ayah Ku Bukan Jalaludin Hassan

Pagi aku bangun awal demi menyempurnakan niat dan hasrat membasuh kereta haiwan dan bilik mandi. Perkara ni lama tertangguh disebabkan kegagalan aku mematuhi jadual. Huh!

Macam biasa hal bersangkut-paut dengan Kancil pasti bermula, dan berakhir aku, dan ayah bertekak. Teka semalam terjadi lagi. Hal "besar" berpunca dari perdebatan tentang panjang kabel penyedut hampagas. So Maharaja Lawak!

Walau bagaimana pun, Hang Kebun tetap mendapat penghormatan atas kesabaran, pengorbanan, solat lima waktu, dan kuasa bebelan tahan lama-nya.

Salam Hari Bapa kepada Ayah, bakal ayah mertua (?), ayah orang, ayah haiwan, ayah pokok dan para bakal ayah seantero dunia. Ayah(s) rock!

posted from Bloggeroid

15 Jun, 2011

Padah Censorship

Mereka terkenal dengan lagak super KL-Gangster menggodam PlayStation Network. Sebagai respon, Sony angkat bendera putih. PSN terpaksa digantung perkhidmatan, dan diheret ke muka pengadilan atas dakwaan kecuaian sekuriti, serta menanggung anggaran kerugian menjangkau berbillion dollar Amerika.

Motifnya perjuangan anti sekatan kebebasan pengguna konsol PlayStation 3 sedunia. Damn! Kool, hah!

Setakat laman web menggunakan template percuma Joomla!, yang berada di bawah payung Ayahanda kerajaan korup ter-hipokrit lagi mahsyur di Tilawah Al-Quran Antarabangsa, aku berani bet locals budak IT pun mampu buatlah. Anyway, bumbung runtuh, atap bocor, tell me, salah hackers kah?

Tapi sangat baik mendapat tahu outsider(s) berinisiatif bantu kembalikan hak kepada si berhak. What tha hell kau sekat MegaUpload sedangkan muatturun MediaFire jauh lemak berkrim disukai ramai (baca: popular). Sial punya SKMM! Bil Streamyx aku sila rebatkan lapan puluh peratus. Baru aku fikirkan dua kali pakai khidmat bomoh jin mata toncit.

13 Jun, 2011

Sonata Musim Salju

Wah! Gembira orang sekeliling aku bila mana Hazama diumumkan juara AF terakhir. Suara Hazama biasa biasa tetapi peserta lain entah masuk guna kabel ke apa menyanyi ala first audition. Ada yang siap ber-jamban cangkung atas piano. Kelakar.

Tidak kesah orang cakap ianya program sia-sia atau apa pun, aku tetap berpendapat meluangkan waktu bersama insan tersayang meskipun melalui aktiviti tiada kena mengena dengan pendirian hidup kita adalah sangat penting terutama dalam situasi ekonomi serba tertekan ini. Why so serious?

hazamadulusekarang

Persoalannya, jika peserta itu Hazami Jendul, adakah anda akan mengundi pukal? Adakah layanan sama rata diberikan, sedangkan nyanyian Si Sonata-Man lebih cair tahi telinga (baca: kelas!) mendengarnya?

Konklusi, kenapa Lisa Surihani pakai legging sambil menunjukkan ketulan daging bontot tonggek berlapik? Malang. Malang. Tidak zoom in pula.

Anyway, congrats. Ma dan Angah berhabis tekan keypad untuk kau, selesai final semua tidur sambil tersengih. Jealous aku tau!

Ok, tammat.

08 Jun, 2011

Moonwalk

"I think that the more we move forward, the more we need to bring ourselves closer to our history."

Yuna

06 Jun, 2011

Sendiri Menempuh Hidup

Orang bujang menikmati cuti sekolah dengan bertolak lambat ke tempat kerja. Kereta jelas kurang bilangan berbanding kebiasaan. Malah sekolah juga sunyi, sakit kepala aku ni mungkin lekas baik. Jadi, kejarangan menaip diteruskan sehingga perkara kesihatan duniawi aku selesai (separuh). Jaga diri, semua.