28 Mac, 2011

Original Palsu Belakang Hal

sopanu

Pada sudut pemerhatian seorang lelaki nafsu lurus tapi naif dunia hiburan tanah air, jika diberi peluang menilai reka bentuk punggung artis wanita, kepala otak nakal aku akan cepat cepat bayangkan bagaimana mahu letak aset kepunyaan Fauziah Gous, Tiz Zaqyah, dan model minyak masak Alif sebelah menyebelah. Sorry. Fasha Sandha terkeluar dari senarai sepuluh pertama. Mungkin penambahan pad bontot diperlukan. Ok. Tammat.

20 Mac, 2011

Hahaha.


Antara sebab aku kumpul semua cakera padat audio para makhluk ni adalah mereka bukan Lady Gaga. Berfesyen ikut keselesaan. Sepanjang kewujudan, masih nampak aura orang biasa. Mereka juga ajar aku keperluan ber-serius, dan meng-anjing tanpa kompromi. Sesuatu yang aku takut dulu kala. Mesti buat berdasarkan kata hati. Harap belum mati. Ok. Tammat.

15 Mac, 2011

Kebaikan Undur Masa

Kambing apa yang orang cari? Jawapan kambing yang hilang. Ke mana aku hilang? Jawapan aku sedang mencari aku.

Ok. Terima kasih pada masa sebab masih berpeluang aku mencari yang aku tercari cari dan aku masih perlukan lebih masa untuk terusan mencari.


dan dalam pencarian aku bertembung dengan yang lama yang mencari yang baru. Serius. Rock & roll extra jus wa cakap lu. Gua tunggu lu punya album baru macam biasa, brother.

Ok. Tammat.

05 Mac, 2011

Ubat Tenang Tertinggal Di Kuala Lumpur

Penderita stres patut segera tinggalkan dunia khayal. Masuk ke ruang lebih kecil, atmosfera lebih terancang. Kesampingkan sisi masalah supaya mudah beban ditundukkan.

Cadangan apa kata mengemas bilik. Lap miniature. Gantung poster. Tukar cadar. Sedut habuk. Jangan biar suasana muram. Pasangkan album In Utero. Sing-a-long sambil air-guitar. Stimnya setanding hirupan nakotina.

Akhirnya, peluh keluar menjejes. Badan, dan semua celah berbau masam pahit. Wajib mandi wajib. Terasa sesendi keras terkunci. Baik berhenti.

sayapandasaya

Tunggu sebentar. Luangkan sebahagian minit. Sandar tubuh ke dinding. Tutup mata rapat, dan buka semula. Sekarang cari gambar orang tersayang. Tenung ia dalam dalam, dan katakanlah, " Ya. Aku akui aku banyak menyusahkan kamu, sayang."

Tapi ok! Tekanan tetap bersama. Malah, semakin mesra menggila. Tammat.

04 Mac, 2011

I Hate Pasar Malam When I Really Want to Dining at Samuri (2)

Flashback tanggal 28 Julai 2010. Di mana aku kongsi cerita benar seorang bujang bertemujanji seorang lagi bujang; cuma bujang kedua agak gemuk, di sebuah restoran mewah. Tajuk diberi dalam bahasa asing, kena main dengung, skema, kalau tak menyesal kata cerdik pandai Tadika Ixora. Fully-Englished diutamakan. Baru internasional. Baru Pelita Jaya.

Respon aku berikan agak pelik dan emo budak bangang, bila di"kritik" nahu berlaku kesalahan. Senang cerita aku masih kata aku betul, tapi cara aku terang, terang terang silap gaya.

Sepatutnya -ing berada pada 'want', dan kekal noun sebelah 'to'. Noktah.

satesate

Trend pelawat di sini adalah majoriti bersifat Oreo. Muncul, komen dan lenyap; Blogwalking. Jalan jalan cari blog. Situasi begitu antara sebab kamu kamu kurang kenali aku. Perhatikan tulisan aku. Frasa tunggang langgang. Konsisten ayat keling. Sengaja tunjuk belang rimau. Rebelious. Maafkanlah tabiat buruk aku ni.

Bukti nyata tanya cikgu Raja Zainab. Mengingati aku automatik tergeleng kepala dia. Pelajar yang mampu straight A's tapi trial gagal bahasa ibunda. Nasib baik final dia paksa rela bocorkan rahsia kerajaan. Sekarang termakan budi. Padan muka anak keling badan papan.

Konklusi, serius aku dungu, tak pandai sampaikan melalui papan kekunci. Jadi, bersyukurlah sebab aku somebody (penting) dalam hidup kau orang.

Ok. Tammat.

03 Mac, 2011

Sampah Kesayangan Hamba

Sampah oh! sampah. Hatta, tahap boleh-kitar-semula membezakan. Sampah tetap kekal status sampahnya sebagai kenang kenangan. Tiada salah ber-sampah-an. Takdir sentiasa ber-munasabah.

Kumpulan penyampah mengakibatkan lahir sampah baru. Maka sebagai sampah terpelihara, ingatkan pada yang mengangggap kamu sampah; jangan dekati aku! Kerana sampah wangi mana mungkin berkawan sampah busuk. Kerana sampah bertambah kehormatan bila semakin jauh dari sumbernya.

sampahbarcasampah

Semua sampah akan terus berzaman dihina jika kembali ke tempat asalnya. Seperti usaha baiki hubungan Fabregas - Barca-ampah, dan dibayar kadar diskaun saman trafik. Hukum karma kapitalis, penyampah perlu menawarkan harga premium bagi mendapatkan semula hasil buangan mereka. Ironinya, undang undang sendiri dilanggarnya. Dasar sampah sejati.

Ok. Tammat.

01 Mac, 2011

Negaraku Negaramu

Morning sickness. Mandi manda dan masih pening. Sampai sekolah awal, tapi seminit sebelum thumb in baru tergesa mencari mesin, dan kunci lab komputer masih pada brother jaga. Haru biru. Kenapa pandang rendah kesihatan? Rehat secukupnya.

Kebetulan hujan renyai. Mengejek. Perhimpunan pagi giliran aku mengacara. Selalu aku maintain style gangster. Mengayat macam yakuza kutip hutang. Pelajar aku pula rela hati mempertahankan cikgunya yang pelik daripada pandangan stereotype; guru mesti begini, dan begini. Kesian.

Tabiat kurang kacak pelajar sini adalah mereka seaktif keretapi peluru. Imam kebiasaan di depan. Tapi mereka, sesiapa pun saf belakang tiba tiba mengimamkan solat. Dahsyat. Bila Negaraku pula, muzik tinggal tercicir, mereka siap habis menyanyi, dan bersiul riang.

Memandangkan penyelia pembesar suara memberi isyarat sedia. Jadi, aku tarik nafas penuh emosi, genggam microphone kemas, dan keluarkan kenyataan keras.

"Kepada pendatang asing, anda diminta menghormati lagu kami. Untuk warganegara sekalian, buatlah apa patut."

negaraku

Ya. Misi berhasil. Tersenyum puas meskipun berada di luar ranjang (?). Semua berdiri Robocop, menyanyi penuh ke-tarzan-an, tercungap kurang nafas bagai piranha pulang kelaparan. Baru terbukti kelayakan pemilikan kad pengenalan biru. Tiada lagi persoalan.

Ok. Tammat.