Memaparkan catatan dengan label #soalnyahati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #soalnyahati. Papar semua catatan

21 September, 2011

To Be Continued

Hari ini hari paling baik dari seluruh hari. Aku dibesarkan, berdikari, bercinta dan dibenci. Membeli dan menjual perasaan. Mencipta jiwa dan merosak perhubungan.

Semua aku hadapi sebab aku manusia. Mencuba, menggila, dan terlalu mencuba. Cakap kosong berguna tidak.

Langkah kadang berubah perlahan. DIA mungkin merasa perlu. Dewasa dan mengalah bukan putus asa.

Rezeki paling besar setakat semalam majoriti daripada famili dan lebihnya kamu. Biarlah kedewasaan ini kita ditemukan, dan nikmat dipanjangi.

Berpaling pandang ke salah silam cuba aku elakkan. Pedoman persahabatan palsu, cinta batu, harapan beku ku tinggal sebagai episod duka. Seterusnya kita masuk ke frasa to be continued.

27 Mei, 2011

Upgraded

Kebelakangan blog aku sunyi, hasil tulisan pun macam manusia sesat. Sebenarnya, aku sedang berperang saat saat akhir menaiktarafkan status aku: Sebagai lelaki, dan sebagai seorang pencinta.

Cinta abadi terjalin bilamana dua famili bertemu, lalu mengatakan ya untuk sebuah perhubungan baru. Lantaran, kami tersenyum dalam hati, tapi kami nampak. Sebab kami berkongsi hati sejak lama dulu.

Ketika ini, mood aku rohnya terlayang layang di atas sana. Tak tahu nak jelaskan bagaimana perasaannya bila semua lancar terlaksana. Baik sebelum, semasa dan sesudah.

Oleh demikian, aku ingin berterima kasih atas doa, dan cacian diterima. Tanpanya kami tidak sekuat sekarang. Diharapkan semua perancangan berjalan baik untuk seribu tahun depan. Aku enggan kecewa lagi.

02 Mei, 2011

Soalnya Hati Sukar Dimengerti

Aku bertanya pada Jess apakah agaknya yang membuatkan aku kelihatan tua meskipun muda remaja berperwatakan menarik. Dia paling, pandang arah lain. Pakej bersama bibir muncung, dan termenung. Sangat comel.

Insan penyayang ini lekas membantu. Baju skema? Bulu dada sejemput? Lemak di perut? Bersuara emas? Bawah lengan berbau? Tapi yang keluar hanyalah jawapan bisu dan masih juga kerut seribu.

Dari pintu LRT, sampai ke tempat cucuk tiket. Sepuluh meter kemudian, tiba tiba suara indah kedengaran, "cara jalan awak!"

Instant reply aku berikan bukti sohih aku memiliki DNA lelaki penyayang. Terus aku adjust cara jalan ala "jalan kucing". Hakikat bohong modelling sesungguhnya darah daging keturunan sedaya upaya aku realisasikan. Dada ke atas, badan tegak. Langkah penuh berlagak. Deras. Kencang. Melangkaui tahap supermodel.

cintahati

Jess tertinggal. Aku toleh belakang. Kelam lampu tangga turun stesyen masih berupaya memperlihatkan bahasa tubuh Jess cuba menahan gelak. Aku buat lagi, dan toleh lagi. Aksi bodoh kedua begitu seksi (?) menyebabkan dia berdekah ketawa dalam kuantiti kontrol ayu. Teka apa hati aku berbisik??

"Priceless."

16 April, 2011

Bacaan Talkin

Entah kenapa aku rasa semacam ramai sedang mengalami masalah hati (baca: cinta) di alam siber. Kebanyakan bercerita tentang kerenggangan, skandal luar, serta kebencian mereka pada pasangan masing masing. Maaf aku kata, seperti di dalam neraka. Tapi aku doakan kamu syurga. Jangan sedih sangat ya.

Sepanjang seminggu juga, sakit kepala tak benarkan aku berehat. Walaupun berutus pesanan ringkas bersama Jess tetapi susahlah berjauhan. Mata bulat dan beralis lentik tu sukar dibayangkan tika denyut menjadi-jadi. Semangat romantis bagai kehilangan klimaks. Lalu seksa berterusan sampai sekarang. Damn.

donkey

Malamnya, aku turun ke tingkat bawah. Konon usaha terakhir sebelum aku telan ubat hospital. Ok. Ternyata percaturan salah. Akademi Fantasi, kau pergilah mati.

05 Mac, 2011

Ubat Tenang Tertinggal Di Kuala Lumpur

Penderita stres patut segera tinggalkan dunia khayal. Masuk ke ruang lebih kecil, atmosfera lebih terancang. Kesampingkan sisi masalah supaya mudah beban ditundukkan.

Cadangan apa kata mengemas bilik. Lap miniature. Gantung poster. Tukar cadar. Sedut habuk. Jangan biar suasana muram. Pasangkan album In Utero. Sing-a-long sambil air-guitar. Stimnya setanding hirupan nakotina.

Akhirnya, peluh keluar menjejes. Badan, dan semua celah berbau masam pahit. Wajib mandi wajib. Terasa sesendi keras terkunci. Baik berhenti.

sayapandasaya

Tunggu sebentar. Luangkan sebahagian minit. Sandar tubuh ke dinding. Tutup mata rapat, dan buka semula. Sekarang cari gambar orang tersayang. Tenung ia dalam dalam, dan katakanlah, " Ya. Aku akui aku banyak menyusahkan kamu, sayang."

Tapi ok! Tekanan tetap bersama. Malah, semakin mesra menggila. Tammat.

28 Februari, 2011

Forever Yours

awancun

Mengikut firasat Tajul Muluk, lelaki straight lahir di bulan kedua tahun Masihi semulajadinya penyayang. Tanpa mengikuti kelas janji manis, golongan terpilih itu azalinya mampu membentuk semangat asmara rantaian jiwa, dan berpaut bersatu bersama awan kesuma rindu. Lalu, tertepis mega kandungan raksa cemburu. Arakian tuan, puan, dipersembahkan arjuna kebal godaan, sang penglestari cinta sejati.

05 Februari, 2011

Jagalah Hati Ibu Bapa Mertua

Waaa. Ada ke TS stands for Times Square? Pening cari maksud. Walhal sebut nama penuh mudah lagi. Manusia suka menggedik ya.

Sementara berusaha siapkan laporan yang tergendala semalam, aku cuba fikirkan item wajib pesan kalau ke pantai timur. Selain dari kepok kepin' dan pesan jaga diri, kepala aku fikir jet ski, Proton Saga FL, dan banglo kaca tepi pantai. Betul. Tak main main. Jess, sila senyum :)

Tukang Ubat dan Adik pula balik dari TS. *Confirm gedik*

Sambung. Mereka ketuk kuat pintu bilik aku. Periksa daun pintu. Ternyata ada kesan koyakan akibat daya maha hebat dari objek tumpul (?????).

adikberadik

Cet. Rupa surprise belikan baju sama. Tiga helai. Depannya gambar penyengat (mungkin). Kami kelihatan comel pula aku ter-rasa. Benda percuma bertambah menggembirakan bila kita tak mampu nafikan kita sedang gembira menerimanya, kan.

Sekarang tinggal cuma laporan terbengkalai. Yang lain semua tersangat menyenangkan. Harap setiap hari begini.

Ok. Tammat.

04 Februari, 2011

Belikan Kanda Kepok Keping

Semangat betul. Habiskan jumaat dengan pelbagai perkara berfaedah. Pertama, bangun lambat. Kedua, bersarapan mee lidi, lauk tahi gigi. Seterusnya, basuh bilik air.

Solat di masjid terus pergi mengerat rambut serta bebulu lain yang dirasakan wajib ditebas. Ok. Setel. Sambung makan mee lidi. Sambar air kotak laici, dan akhirnya duduk depan pc. Iltizam tinggi untuk siapkan dua lagi laporan yang aku syak perlu dihantar Isnin nanti.

bosansangat

Cit. Potongan rambut baru agak gq berbanding aku yang skema tetapi kerek ni. Cakap aku sendiri sambil teringat M. Nasir zaman 90'an. Cek cek selak Goal.com. Cek cek Sokernet. Buka fail Word baru bertajuk "Senarai Keperluan Bla Bla Bla". Mmmmm. Baiklah. Diakui terlalu bosan tatkala Jess berjauhan. Tidur dulu.

Ok. Tammat.

25 Oktober, 2010

Cantik Tak??

Setiap pagi sebelum masuk kelas, aku singgah ward tempat Misi Rajin kerja. Sasaran pertama aku guna perkhidmatan mesin timbang kebolehpercayaan tinggi. Bebas syiling.

Penat aktifkan sel penyabaran sejak puasa lagi berbaloi. Aku tak hentam serdak kuih raya macam tahun sudah sudah. Pengorbanan. Kunci nafsu. Intensif diet selamat makhluk jogging 5 tahun sekali berjaya pada dasarnya. Huh.

Bangga. Tak perlu jadi Erra Fazira semata kejar endorsement pusat perampingan body. Jimat beribu. Dari 70 ke 65 kilo untuk zero-cost, ok what? Hah. Paling seronok, Jess perasan ke-slim-an encik abang dia. Bangga kuasa dua.

Ok. Tammat.

09 Oktober, 2010

Dead End

Fasa hidup aku tersekat sekarang. Bagai jalan mati. Setiap tindakan dan pemikiran yang biasa aku buat mengikut peraturan alam, terpaksa aku langgar. Hati membengkak. Hati aku dan hati dia.

minum

Jenis aku adalah yang lebih senang berkomunikasi jika berdepan. Maksud muka bertemu muka. Takdir. Lately, keadaan seolah olah tidak mengizinkan. Semua dibuat melalui pesanan ringkas dan panggilan domestik. Atas kelemahan tadi, serious shit, shit happens (still).

Dengan ini, aku berjanji kalau ada orang bank-in sejuta ringgit malaysia sekarang, separuh aku derma bina surau. Sungguh!

Tammat.

03 Oktober, 2010

Sori Sebab Miss Kenduri Kahwin Kawan Awak.

Baru balik outstation. Bawa sedikit buah tangan dari sana. Lambakan coklat buatan Swiss, pengalaman bergaduh dengan pedagang Cina, misteri kehilangan beg, bermain ular serta membeli sesuatu istimewa untuk tiga wanita yang aku sayang (?).

Istimewa bermaksud pertama kali. Lain kali beli mahal lagi, supaya lebih istimewanya.

ular

Aku juga membawa demam kronik menyebabkan peti suara rosak / gagal berfungsi. Cuba bercakap saja, terkeluar bunyi angsa tercekik biji rambutan. Tapi, alright. Ini lah cara terbaik menyambut bulan sepuluh. Bersusah dahulu, bersenang kemudian (?).

Oklah, aku sekarang di tahap kena makan Synflex. Tak boleh tenung skrin lama. Boleh meletup otak aku. Silap gaya mendatangkan kecacatan kekal. Dahsyat imaginasi.

Oleh itu, aku terpaksa sarankan empunya body kurangkan waktu menghadap pc. Lebih pada pandang kecantikan alam. Bukit bukau, dan burung berkicauan (??).

Bencilah Synflex ni. Rupa macam Viagra. I punya padu tau (hah).

Tammat.

18 September, 2010

Ak. Tll. F.

Paling benci diri aku. Kerap jadi terlalu aku. Terlalu ikut perasaan sundalan. Ikut gaya orang tak tenteram. Tanjung rambutan. Terlalu mengemis perhatian. Terlalu taksub. Terlalu mahu.

Tapi terlalu lemah menolak. Terlalu mengharap. Terlalu gila. Terlalu mendesak. Hilang pedoman. Akhir, aku selalu silap. Terlalu sesat. Terlalu bangsat. Terlalu mati.

Damn. Faking me, to the power of millions.

Ok. Fin.

12 September, 2010

Cepatlah Balik

Bangun. Famili aku berada Nilai. Membeli persiapan raya (?). Jess pula jauh di perantauan. Tinggallah aku seorang melayan kesunyian. Kedengaran 'Pulanglah' sayup sayup.

Aku cuba alihkan fokus. On PC. Main internet. Surf tanpa tujuan pembelajaran.

Tup. Muka depan berita Datuk Sosilawati Lawiya ditemui. Bentuk kaku. Masuk bilik post mortem. Dibunuh. Dibakar. Dicampak tepi laut. Diam. Insaf.

Barangkali aku belum diberi peluang kaya dan beli petak tanah sebab famili masih perlukan aku. Atau mungkin sebaliknya.

Bayangkan kalau mati, siapa volunteer menggubah bunga, drill dinding pasang langsir, habiskan semprit sebalang, togak Tropicana Twister dan lepak menghadap SuperSport tiap malam. Besar peranan aku. Harapan keluarga.

Ok. Tammat.

18 Ogos, 2010

Crush: Kyoko Fukada

Aku tak malu mengaku "terbeli" CD minah ni yang aku letak celah album Foo Fighters, Metallica, They Will Kill Us All, Slipknot, Norah Jones, Poetic Ammo, Exists, dll.


Dia sangat suka akan Pingu, Barbie dan aku. Perkataan hujung adalah penipuan bernada senda gurau. Mengerat (bukan kerat tapi erat) silahturahim. Add-on terawih dan moreh.

Pernah kawan aku perli. Lambat bertindak. Pada masa itu aku berkawan rapat seorang gadis muka, mata, rambut, bibir, hidung, dada, badan, punggung, kaki, betis, peha, dan tapak kaki fotostat Kyoko Fukada. Kami saling suka menyukai. Bak kata kawan yang bajet dia doktor cinta. Tapi hubungan kami terbiar layu. Akhirnya, kami putus. Entahlah! Bila masa pula kami berpacaran ni??

Kadang aku terfikir juga soalan Jess (tiba tiba). Dia cuba bandingkan color kulit dia yang agak Milo berbanding orang lain. Kenapa pilih dia anak mami? Perempuan kan. Suka provoke same tricky questions. Geram i (sesat). Rasa nak cubit pipi dia. Puasa. Puasa. Huh.

Aku selalu balas, Kajol bukan Japanese ke?? Nanti kahwin basuh guna Klorok banyak banyak, dan jawapan kartun lain. Lelaki romantis. Bahasa mesti tersirat.

Ada kala aku diam. Konon speechless. Gaya lelaki dingin dan jual mahal ditokok sebagai perisa tambahan. Baru Kashah. Baru hero Malaya.

Malas nak taip.

Ok. Tammat.

14 Ogos, 2010

Tadi Pasangan Cinta Praktis Lagu Ini Tepi Kompleks Pertama Sebelum Niat Mereka Membeli Belah Di Jalan TAR Tergendala Sebentar Akibat Kecemburuan Hujan Lebat


Kembang! Usang! Kembang! Usang!
"Aku tidak sudi melihat dia lagi
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini
Aku rela menjadi teratai yang layu
Daripada mekar di dalamnya tasik madu"
Dua dua salah. Bukan kembang. Bukan usang. Mekar lah, sayang.

01 Ogos, 2010

Permulaan Ogos Yang Watafak

Baru tadi nak declare yang aku suka Ogos. Bulan bertuah. Bulan kasih sayang. Sekelip mata tuah berubah jadi hilang. Atau sebenarnya aku yang tak bertuah??

Mood sekarang jadi kelabu dan terus jadi hitam dan mati untuk 30 hari berikutnya.

Mungkin bulan lapan tahun ini bukan milik kami. Tapi aku yang bodoh.

Nampaknya untuk dua bulan mendatang, hidup aku akan penuh gelora. Sebab setakat ni, bulan September adalah bulan paling sial pernah aku hadapi setiap tahun. By the way, aku benci angka sembilan. Dan bulan sembilan pula tak pernah suka kan aku. Watafak.

22 Jun, 2010

Kenapa Meeting Di Tempat Baru Langsung Tiada Upacara Mencekik?

Prestasi badan kurang memberangsangkan. Ada lenguh di bahu. Lebih sengal pada tengkok. Itu isyarat kahwin lekas. Tukang urut istimewa boleh tolong.

Di telinga ada sedikit terngiyang. Ingatkan bunyi pheewit pelajar aku buat pada barisan jururawat muda yang melawat sekolah kami. Rupanya bunyi kompang Kampung Setia. Intim betul. Irama cinta terpukul di situ.

Sejuk pula tiba-tiba. Kipas berdiri cap Panasonik ber-setting kelajuan 3 tepi aku boleh dibayangkan macam pengapit sedang menjalankan tugas. Tegak dan tersenyum (berkumis). Tapi kurang kacak berbanding pengantin.

Oo. Perut bermain muzik pula. Restoran "cukup-laris-serta-harga-terlampau-yang-selalu-aku-terpaksarela-beli" adalah katering yang menyediakan santapan beradab kami. Tahap Ok ok. Sekepala dua puluh ringgit. Cas ala MEKDI. Servis kerja budak Indon. Bagaimana menunya, pak!

Ok, tammat. Kepala masuk angin.

25 Mei, 2010

Shahir

Sangat epi. Gadisku berada di dalam mood ceria dan ketawa tak henti (dalam hati). Mungkin sebab Shahir kegemaran menang. Orang kata unik tapi pada aku lebih kepada hibrid suara Jay Jay dan (apa entah seorang aku sudah terlupa). Yet lebih sedap dari contestant lain.

Dalam banyak aku cuma kagum Aizat. Cet! Aizat serupa aku 4 tahun lepas, sebaliknya aku jadi macam dia masa masuk af. Padat berlemak disukai tak ramai!

Sedang mencari info cara kurus badan ala Aizat. Mula suspek sedut lemak. Atau paling tidak dia tahan nafas sampai muka biru. Kurang bukti dan banyak pula gambar dia gradually mengecil buat aku bersangka baik. Dalam Google-ing, accidently terjumpa Yuna. Nanti nanti lah. Mahu tengok perempuan cantik dulu ;)

Harap Gadisku tidak baca. Nanti dipujuk aku berjoging, mana nak tolak! Cairlah gua!

Kalau Aizat masih gumuk, adakah aku dapat lihat dia memakai skinny jeans?

Ok. Tammat.

17 November, 2009

Stokin Boy, Plan A, dan Plan B

Entah apa tabiat. Hati aku lega dan nyaman sepanjang di pejabat tadi. Bantuan hujan di hujung waktu kerja kembali menghangitkan mood. Balik rumah dan lepak bermain game bakal short sejam dua kalau balik lambat. Tapi semua kerja Allah. Lalu aku ambil keputusan untuk cool down.

Kesucian dan keayuan feeling aku juga sebenarnya terjejas dek kehadiran anak boss. Macam bangkai. Maaflah. Walau suara kau macam Saleem Iklim (bak kata budak sepejabat), aku tetap meng-anjing-kan manusia tak reti disiplin.

Apa sangat stokin setakat basuh masuk mesin pun jalan. Pemalas tahap anjing! Anjing pun for sure bagi middle finger kalau jumpa kau. Abah kau mengarah pandai, anak sendiri basuh stokin seminggu sekali pun liat. Adakah salah abah mengandung?

Ok, beralih ke cerita positif. Sabtu ini mahu bertemu cintaku. Plan A bawa rambutan bersama, makan di tasik berhampiran. Dalam keadaan separuh demam, 50 peratus kemungkinan gagal penuhi rancangan tersebut tu ada. Aduh!

Atau pun patutkah aku dan Jess sekali tonton Pisau Cukur (plan B). Tapi, risau mengundang cemburu. Fazura a.k.a kekasih lama pasti akan menjadi modal merajuk.

Kenapalah dia tak percaya kata-kata, "mana ada awek tak cantik nak kan lelaki kacak, sayang oi", yang juga pernah aku cakap masa Intan Lidyana lintas depan kami di Sungei Wang.

Huh! Perempuan! seronok melihat dia muncung, tapi lagi seronok tengok dia tersenyum sebab berjaya buat kita panik sekejap. Geram! Rindu! Poyonya aku!

Ok, tammat.