30 Julai, 2009

Sama dengan...

Inovasi sama dengan gebu kuat makan sama dengan nak kacak punya pasal sama dengan reformasi berganda sama dengan sedikit baru tidak mengapa sama dengan sudah bosan yang lama sama dengan tambah warna lain sama dengan kasi huruf besar sama dengan menambah kerja sama dengan lebar daripada dahulu sama dengan manusia perlu berubah sama dengan segar dari ladang sama dengan tukar template (??)

Yang tetap sama hanya aku. Tulis rajin. Tukang baca naik pening. Yo!

Aktiviti berguna sempena cuti "Hari Babi" se-Malaya

Randy 'The Ram' Robinson:

"The only place I get hurt is out there. The world don't give a shit about me."

Aku terdiam..

..


..


..


dan terus terdiam..

The Wrestler empat bintang!!

29 Julai, 2009

Beli asli. Pinjam cetak rompak.

Dengan penuh kecewa aku bagi Monsters vs Aliens satu bintang. Banding Cars, The Incredibles, Geng, Toy Story 2, kualiti jalan cerita boleh pertikai. Lima bintang pada aku masih The Lion King. Simba lebih jantan daripada Awie campur Mawi (??).

Semua patut tonton The Hurt Locker. Kisah propaganda Amerika. Amerika sayang budak-budak, bantu membantu, ambil berat dan semua baik lain. Boleh nampak watak picisan: kereta kebangsaan, Wira warna jingga. Iraqi pun beli produk kita wei! Silap. Penggambaran di Lubnan tapi konon Iraq. Kalau rupa Lubnan begitu, Iraq apa entah lagi.

Wira
Perwira sejati adalah tin susu

Berbaris filem menanti. Dari Donnie Brasco, The Blow, The Wrestler, Tropic Thunder sampai ke Dracula klasik. Celah mana sempat aku sesar kemudian. Buat macam filem Azura pun mungkin payah. Tidur kena jaga. Sakit bukan ada orang rela jaga. Sendiri menempuh hidup.

28 Julai, 2009

Jom Siam!!

Malaysia kalah tipis lawan Setan Merah. Tanda pasukan kita maju?? Lawan sama pasukan yang lama bersantai dan persahabatan pertama sejak tamat kempen. Kita hebat??

Bila Amri kata dia perhati penjaga gawang selalu keluar posisi. Maju akal! Baru mak bapak hormat pemain bola. Baru ada piawai tinggi. Baru bukan sekadar nikah artis.

Dia jaring satu gol hebat waktu perlawanan sudah. Kenapa satu? Asyik satu saja. Dalam berita, dalam drama. Satu, satu, satu. Tak laku sudah nombor-nombor lain. Mungkin tahun mendatang siapa tahu.

Teringat! Pernah beli keropok lekor segera dari syarikat di depan guna perkataan MAJU. Makan bersama Tukang Ubat. Esok terus demam selama tiga hari. Tak percaya? Baik anda percaya!

Kenapa orang kata kita maju bila banyak syarikat luar ambil kita? Kenapa tak bilang kita maju bila bersepah syarikat kecil kita yang gunakan bahasa kita ambil kita jadi pekerja sambil dibantu kerajaan kita supaya jadi sekuat syarikat luar? Pembaris apa diguna untuk ukur maju? Laju benar kamu ukur maju itu ya? Pakar pembaris kah kamu?

Pssttt:
Berapa perkataan MAJU di entri ini?

Ulser perut


01. Kah! Kah! Kah! (1:25 ke atas)
02. Robot seksi (Siapa??)

[Pautan]

27 Julai, 2009

Habislah aku (lagi!)

Ramai saudara terdekat kahwin dan hampir kahwin (tunang). Mereka masak pelbagai lauk. Kenyang dibuatnya. Nanti aku bersanding kempunan pula melantak. Sementara masih bujang makan semampu zahir. Banyak tenaga disimpan, perkahwinan bahagia.

Jangka ramai komen sebab ramai gatal. Promosi ubat gatal dijual dua seringgit. Mail jual.

25 Julai, 2009

Vroom

Kenal sama Camry, Accord, Golf, Vitara, Beetles, Impreza, dan Evo? Berkurun di pasaran. Sentiasa datang dalam versi terbaru. Setiap tahun. Gah bersama nama.

Tapi nasib Kancil, Wira, Iswara, Rusa, Juwara tak sama. Kancil identiti Perodua patut terus kekal. Rancang transformasi beransur. Baru cipta peminat baru dari kalangan budak tadika. Besar kemudian bercita beli satu. Terus berhenti apa cerita. Bisnes bukan tunggal pasal duit . Pancing pembeli. Secara halus. Secara baik. Pujuk! Kereta murah selenggara mahal. Jangan tipu. Ramai bijak bukan zaman Paleolitik lagi.

Belilah barangan Malaysia kalau berkualiti!

24 Julai, 2009

Doa dan nazar

Nanti kalau tahun depan Real Madrid datang sini lawan Selangor, aku nak bawa Jess sekali. Aku pakai jersi putih, Jess pakai baju motif rimau. Tapi belang merah kuning. Politik seimbang. Patriotik tak?

Sebelum kubur hospital dulu

Peragut mula jadi tamak. Dulu awek tepi jalan. Sekarang mama pandu Merc mangsa baru. Kau ingat adakah wanita punya kereta sebegitu penakut? Tekan minyak 40km/j paling tinggi? Dia kejar kau. Cilok celah bandar. Mainan cuma. Jangan meragut! Padan muka nyawa teragut. Takziah juga. Kitakan seagama.

Usah merokok. Teruk bila kena stroke. Yasmin Ahmad, moga pulih angin ahmar. Sihat normal kembali. Amin.

23 Julai, 2009

Dua

Di depan aku ada dua pilihan. Keduanya dalam bekas polisterina (betul ka?). Nasi lemak biasa dan bihun goreng. Sedap dan bertelur mata kerbau separa masak. Sepatut ada nasi lemak kerang. Akan tetapi dikebas Misi Rajin. Itu paling A antara semua. Sekarang kalut. Sebab itu wajib makan keduanya. Terpaksa nasi dan bihun bermadu dalam perut. Selamat bermadu dua.

Sebab tak kemaskini blog

Manusia kelihatan setapak lebih kacak bila makan. Syarat makan sepenuh fokus. Untuk dua tiga langkah lebih umphmm! sila buat begini. Dapatkan sesenduk nasi panas. Goreng apa saja. Telur ayam contoh selamat. Kemudian sediakan semangkuk tempoyak. Pekat atau tidak terpulang pada anda. Sekarang jamah bersama sambil jeling cermin di sebelah. Ternyata benar bagai digebang.

19 Julai, 2009

Kawan Lama

Semalam sebelum perlawanan dapat bersemuka Alex Ferguson. Beliau sugul. Minta nasihat dari aku. Siapa layak ganti Ronaldo Seven? Senyap saja. Dalam hati aku terkekeh. Terus masam muka.

Lepas 90 minit, Alex buat panggilan. Ceria bunyi. Kedengaran juga Rooney buat lawak separa lucah tentang seluar ketat Ronaldo. Teka apa yang sibuk sangat dia nak cerita. "Aku confirm nak ganti Ronaldo dengan Amri Yahyah. Sepuluh juta pound sterling cukup tak?"

13 Julai, 2009

Nak cepat

01. Durian. Rambutan. Manggis.
02. MU pilih pemimpin baru. Bukan Setan Merah. Manek Urai.
03. Selangor berpakat belasah polis. Ganas! Bakal juara Liga Super.
04. Tongkeng goreng. Gulai pucuk ubi. Nyum..Nyum..
05. Ghost tamat.
06. Esok jumpa Jess. Lusa Si Gemuk.
07. Mengantuk. Sekian.

11 Julai, 2009

50-50

50-50?? Serupa perhitungan nasib dapat kahwin kerabat raja. Ada hati konon! Hati-hati! Nanti kena suntik gemuk padan muka. *Kenyit*

Cerita sebenar mencari keseimbangan. Hidup manusia dalam kompakmen. Seratus peratus dan tiada lebih. Siapa cerdik pandai bahagi agar sempurna komposisi.

Rasa pelik dalam hati bila keluar ayat minta simpati.

Ghairah kahwin si kaya-raya. Lagak kencang sama sebaya. Esok-esok ungkit, "kenapa suami jarang balik rumah?"

"Tandus sudah kasih sayang."

"Inikah erti perkahwinan?"

"Dia hanya tahu kerja dua puluh empat jam."

"Saya terpinggir."

Dia cari duit buat kamu ke spa lah! Barang kemas ribuan ringgit bukan beli guna bulu hidung. Hutang kad kredit beli itu beli ini. Rambut kamu saja selenggara dapat beli Kancil sebuah. Kamu sedar tidak sekarang dia kehilangan jambul kebanggaannya. Gugur semua fikirkan serakahmu!

Kita harus mengerti berjaya imbangan berkait rapat dengan wujud wasatiah. Banyak perkara ditimbang tara sebelum sebarang keputusan dimeterai. Jika besar impian anda, pilihlah untuk bersederhana. Kesemua pengharapan tersebut milik anda. Ingat! Anda boleh punya semua tapi amaunnya tetap terhad.

Contoh, seorang pemain bola sepak. Permainan yang mana bukan mereka yang tendang terkuat dikira pemenang (masa kecil fikir begitu). Mereka perlu tahu guna situasi. Bertindak mengikut keadaan (ayat Gerak Khas). Bila mahu pecut, gelecek, rembat, tolak, pass dan lain lagi. Di luar padang disiplin terjaga. Bersemangat walau keras latihan. Sanggup berdiet demi kecergasan. Pelbagai lagi. Waktu ini pengorbanan pula dituntut.

Berbalik pada karma. Bukti bukan semua bisa dikecap (andai banyak yang dikau cari). Bersyukuran landasan sebenar. Ratapi segala pengajaran. Kejar kepentingan dan tinggalkan kesiaan. Fokus ke arah matlamat. Baru dapat apa dikejar.

Sekian.

09 Julai, 2009

Tiga tahun dari sekarang

Cakap tentang mansuh PPSMI. Alhamdulillah. Bakal tiada pada tahun 2012. Jika anda gembira tepuk tangan.

Sekarang Melayu yang kurang upaya bahasa mat saleh perlu buktikan. Belajar sepenuh hati. Biar yang kata Bahasa Inggeris maha penting itu terkunci mulut. Pastikan ilmu jadi utama. Kurangkan rempit dan poya berpada! Kembali pada matlamat. Kejayaan diri dan keluarga pendorong! Azimat!

Samping juga padu akan bahasa antarabangsa. Baca serta bertanya kerap. Luar sana besar manfaat. Boleh kongsi terima maklumat. Bangsa asing pemurah. Guna internet perantara. Ingat pesan Mikaeel. Minta kita jadi satu dunia.

Keranda
Terselamat 152!

Bahasa kita akar tunjang. Bahasa mereka pelebat daun. Bila mana dua-dua bergabung, terhasil bunga indah. Lalu terdebunga sekali bunga dari pokok lain. Pada kemuncak, muncul buah-buahan segar yang dapat kita kongsi nikmati bersama tawa riang.

07 Julai, 2009

Tujuh hari pertama separuh masa kedua dua ribu sembilan

01.
Dilanda fobia air. Berita putus bekalan yang tak konsisten. Malah malas juga ambil kisah. Berbotol satu poin lima liter dibaris sederet. Diisi penuh air tapis. Aku kaki minum! Gila akan air kosong! Langsung tidak peduli simpanan untuk air besar. Nasib baik gangguan berbentuk sebentar.

02.
Vokalis TWKUA keluar dari band. Bermaksud aku mungkin antara orang terakhir beli EP mereka sebelum kejadian buruk. Lepas ini suara orang lain. Mustahil Misha Omar boleh ganti. Empat hari bulan tujuh mereka berpecahan. Amerika pula berdansa merdeka. Tiada hubung kait. Nampak terang kecewa.

TWKUA_EP

03.
Sepanjang seminggu Mikaeel pergi, ramai tulis tentang dia. Selama itu aku ber-moonwalking a.k.a blogwalking mencari insan sekepala. Mereka isytihar single kegemaran. Pelik tiada siapa pilih Human Nature dan Dirty Diana. Kolotkah aku??

04.
Petang pulang rumah Hang Kebun bawa sesuatu: kismis perisa ayam goreng Kentaki! Pandai bukan ku pujuk diri? Maaf, tekak! Boikot mesti terus. Batuk atas tangga cara yang tiada prinsip. Kita buat meskipun mengidam. Damn! Terkecur!

Kismis

05.
Kamera analog baru dipanggil Hang Kebun sebagai "mainan". Pandai pun! Suku filem diguna ketika bowling Sabtu. Baki belum terfikir ke mana. Aktiviti keluarga melancong ke Dubai belum mampu kami laksana. Pergi panjat Everest Hang Kebun sakit lutut. Memancing laut takut ombak ganas. Alasan jenis apakah ini? Jess mari bergambar sama.

06.
Berjaya menjadi mat rempit tanpa motor. Penyebab adalah beg bundle puluh ringgit. Adik dan Misi Rajin setuju. Jess awal lagi berkerut muka. Beg hitam lama nampak sejiwa. Yang baru nampak kosong. Langsung tak aku! Terbukti tepat kata dia. Betul-betul dia memahami aku. Lagipun mana ada budak wikang dengar Butterfingers.

Rempit

07.
Rak kayu tepi katil naik berdebu. Hidup bersebelahan lebuhraya langsung tak sehebat hari raya. Deepavali pun seribu kali lebih baik. Kerana cuti umum mungkin. Huh! Habis koleksi cd aku. Satu hal pula mengibas habuk. Tunggu raya lah!

04 Julai, 2009

Tak guna satu sen

Satu Sen

Sekarang sudah berguna

[Pautan]

CSI = CIS!

Kes 1:
Bila berkehendak menukil seberapa hal, internet malfungsi.

Kes 2:
Waktu internet baik hati, otak tandus ilham, bankrap idea.

*Termenung*

03 Julai, 2009

[Letakkan tajuk di sini]

Dalam seminggu dua ruang lingkup terhad. Parah akibat langsung melekat pada hal bola sepak. Perihal ternyata kurang popular. Seronok ya bila bercakap perkara kita suka bersama mereka yang tak minat. Muka kelakar dapat lihat. Tergelak dibuatnya. Tapi aku sayang kamu semua. Masih sanggup baca walau sedikit hilang arah.

Semalam lepak setengah hari bersama Si Gemuk. Kami bersenam jalan kaki. Kalori terbakar berkati-kati memandangkan kompleks beli-belah sebesar stadium. Hujan Khamis pagi adalah petanda baik. Peluang keluar serta menonton wayang cerah. Dua tiket filem robot dihulur pekerja poyo berbahasa Inggeris. Sepatah haram tak faham. Mr. Bean pun jelas sebutan. Umpama bercakap sama semut api. Entah semut api pun minta ulang. Come on, bro! Baru pukul sepuluh pagi mengantuk sudah?

Rancak perbualan di kedai mamak. Dia risau. Kerja mula berurusan benda haram. Berikhtiar lari diri. Namun pilihan mana? Juga tanpa opsyen dari aku. Doa! Doa! Allah kan boleh tolong. Amiinnn.

Bertemu Adrian, mamat Cina berhasil. Dapat akhirnya kamera ditempah. Masih mencari lokasi dan tika sesuai bereksperimentasi. Kebimbangan wabak selsema menghadkan rancangan. Cepat pulih. Susah ke sana ke mari. Tidak produktif.

Mahu cakap pasal bola. Satu lagi penyerang prolifik kini bersama Real Madrid, Karim Benzema. Google sendiri jika mahu lanjut. Sekuntum lagi senyuman di sini.

Shaolin

Ramai pembaca merungut. Mereka sudi baca entri tetapi rasa malas. Hampir semua ada BACA LAGI. Harap bersabar. Jenis diri suka nampak kemas. Serabut pening. Tips mudah, klik skrol tetikus pada BACA LAGI. Akan dibuka pada TAB baru. Tak perlu back-forward berulang-kali. Semoga bantu, galak kamu baca lagi dan lagi.

Bagaimana ditamatkan entri ini? Lambai pada kamu sambil kata, "terima kasih, wahai Sang Kaputan sekalian."

02 Julai, 2009

Real! Bukan cobaan!

Kaka_8
Senyum tanpa paksa :-)

1. Kap peminat KAKA.
2. Sejak zaman MORIENTES lagi, Kap menyokong REAL MADRID.
3. Sekarang KAKA pekerja (pemain) REAL MADRID.
4. Kap gembira. Sungguh!
5. Kap tersenyum tanpa paksa :-)
6. Ok kah? :-D

Pautan: [1][2][3]