29 April, 2009

Final Piala BA semalam

Kawan babi
Pasukan Tonyok Berhingus.

Fakta:
Nampak segar tapi tidak. Jangan tertipu!
Juga kenali sebagai ba-alif-ba-ya di kalangan pengamal jawi.
Pemenang Anugerah Binatang Popular seratus tahun berturut-turut.
Makin banyak di Tanah Melayu. Tiada langsung di Kota Singa. Sebab singa dah ngap.

VS.

Bang
Kap.

Fakta:
Si penembak tepat tanpa bulu dada. Photoshop berkesan!
Hanya mengetahui warna mereka pink semasa di tingkatan satu.
2 jam untuk set rambut di salon amoi yang vegeterian.

Buah
Pengadil perlawanan.

Fakta:
Belum pernah selsema sebab tiada hidung.
Muka kerepot dan bermata merah (simptom awal).
Tak sempat dapat suntikan anti-babi. Sibuk anak nak kahwin.

Keputusan:
Tonyok Berhingus kalah kepada Kap. Kosong berbalas seratus ribu.

Nota:
Kapasiti stadium ialah 100,000 tempat berdiri. Mereka tak bijak duduk.
Peluru yang digunakan 50,000. Satu peluru, dua mereka.
Mereka memang B_B_! Sila isi tempat kosong.

Gambar sekadar ilustrasi.

Kredit: Internet.

28 April, 2009

Mimpi cap B [02]

Sendiri di lorong hitam. Hujung sana wanita cantik berdua tiada teman.

Seperti biasanya, aku disapa penuh manja. Huh! Mungkin tidak layak dipanggil sapa. Sebab mereka sebenarnya...

"Muuuuah." Pipi kananku dicium.

"Muuuuah." Sekali lagi aku diperlakukan. Tapi tidak ingat sasaran cabul.

Muka mula merah seperti bunga ros. Nak tolak hati kata mahu.

"Lagi! Lagi!" Ronta jiwa.

Nasib baik aku tersedar. Terima kasih pada bunyi kentut jiran sebelah.

"Intan, Bella, I minta maaf. I tak boleh khianat Jess. You all "Pisau Cukur" and I hate you both." Aku cuba tambah bahasa penjajah sana dan sini. Harap mereka faham.

"Alaaaaa.."

"You tengok bawah lengan I ni. Clean!"

"Alaaaaa.."

"I have no credit cards. In fact, my cash in bank's zero!" Sambil lobi gaya hidup di Hartamas. Korek hidung dan picit jerawat.

"Hello, Intan di sini. Payung di situ. Bla..Bla..Bla.."

"Ye ke, mak? Minyak cap Kapak naik harga! Nanti Bella check e-mel. Bla..Bla..Bla.."

Juga seperti biasa. Aku ditinggal sendiri. Lagi!

Pisau Cukur
Lihat mereka masih tak serik!

Kredit: [1]

27 April, 2009

Senyum seindah suria yang membawa cahaya

Untuk pengetahuan anda, entri semalam adalah yang paling relaks yang pernah Kap tulis. Anda pasti setuju.

Ringkas dan penuh berseni. Namun, di dalamnya terkandung semua falsafah kesihatan sejati, iaitu senyum ubat anti-kedut!

Senyum (sila rujuk gambar profil Kap) amat mudah! Tidak perlu bagi seseorang untuk wajah anggun Rozita Che Wan supaya padan dan cantik senyuman itu. Susan Boyle telah membuktikannya.

Sedikit rasa yakin, tokokkan gedik al-manja yang tidak keterlaluan sudah cukup. Siapa kata Liyana Jasmay saja gedik. Bukan hanya kau yang mampu! Semua pun mampu.

Bila Jess tersenyum melihat gaya beruk makyeah Kap. Kap rasa terlayang sekejap. Satu contoh paling signifikan.

Walaupun kami duduk jauh buat sementara. Tapi imej baris giginya yang kurang putih senantiasa bermain di mata ini. Setiap hari bertambah rindu. Maaf, Jiwangman tumpang lalu.

Pendek cerita, sekali dia senyum sepuluh magis terhasil. Salah satunya jatuh tepat dalam hati Kap. Cerita dongeng? Tak.

Alang-alang dah jiwang. Kap nak tanya satu. Apa reaksi anda masa baca entri terhebat, "Senyumku buat kau cair"? Sebab Kap tersenyum bayangkan anda tersenyum. Mungkin ada juga yang geram. Huhuh.

24 April, 2009

Masalah Jess Merajuk, Asmara Pembunuh Jenayah

1315:
Satu positif satu KO. Khutbah cakap, "solat penentu kualiti keislaman." Semangat meresap ke betis kanan. Itu yang bagus.

Anda pernah kenal lori sampah? Ya. Kenderaan busuk tapi buat kerja mulia. Tadi sekitar masjid berbau mual. Tapi tiada kelibat lori. Hanya van angkut pekerja. Adakah pekerja kilang itu sampah???

Sukar berespirasi. Dada minta nyawa. Tidak tekun beramal. Harap minggu depan selesai masalah.

1400:
Peparu masak sambal bersama tomato???

Sungguh yummy! Jess mesti pening kepala.

1545:
Bot terbang antik berlubang sana sini. Saga konon tapi bukan warna merah. Lama tidak jalan. Merajuk enggan hidup. Perlukan rawatan segera. Si Kancil jadi hero.

Segmen baru, "Mari belajar Lompat Mula". Cucuk bateri A ke bateri B. Yahooo! Sekali pulas berasap eksoz. Boleh lumba di Sepang esok dengan Schumacher.

1717:
Mengapa terjadi perpisahan ini? Di kala asmara melebar sayapnya. Mengapa kau pergi di saat begini. Di kala hati ku terlukis nama mu.

Adik, sila perlahankan tahap pembesar suara!

1907:
"Barah pembunuh nombor satu di Amerika," ayat seorang awek cun bekas mangsa barah.

"Amerika pembunuh nombor satu di Iraq, Afghan, Palestin dan seantero dunia!" Kap pula yang bercakap.

1925:
Petikan daripada surat khabar cap M. Lokasi pasar tumpuan buskers. Bicara tentang lelaki songsang. Tolong straight! Jangan belok-belok!

"Walaupun peratusan jenayah tahun ini menurun 80%..."

Hebat! Ikut statistik suku pertama negara, kombo kes rogol dan samun meningkat hampir sekali ganda. Sarjan Misai wajib pencen tanggung malu.

Kesian anggota berbaju biru. Jadi belajar dengan pakar!

Disaran agar pengurusan dapat hasilkan sekeping dua risalah khas bertajuk "Panduan Tangani Jenayah Dalam Tiga Bulan". Baru selamat tanah tumpah darahku.

Tom Cruise terus masuk Islam

Ada seorang sahabat Kap. Badan penuh bulu dikata hensem. Pakai baju tak pernah. Nak menunjuk bulu dada.

"Kau jeles, kan? Pilot jet fighter even tak kacak pun orang cakap, "not bad lah" at least."

Aku cemburu????? Huh!

Helmet
Wanita di belakang mengambil gambar Kap sejujurnya.

23 April, 2009

Rajin ni kan? Sivaji the Boss!

Jom main papan luncur.

Tidak boleh lagi. Pok pok pok. Lulut dah terbengkok.

Mari kita bershopping. Alamanda.

Ramai sangat rombongan singgah. Saling tak tumpah fun fair zaman dulu. Nasib baik tak ada merry-go-round. Lebih baik melawat kubur.

Wayang nak?

Tak boleh! haram!

Apa kau cakap ni? Aku ajak tengok filem di pawagam!

Jangan lah skema. Aku tau aku kacak (?)

Jogging?

Seluar koyak. Nanti nak suruh Cikgu Ros jahitkan.

Karaoke?

Berapa kau nak bayar aku?

(.....................)

Geram ke??

Habis! Memanjang hadap laptop, sental susu coklat, gosok perut saja?

Tak. Nak jalan di alam maya. Melawat para Kaputan yang rajin :-)

Pssst:
Top 10 "Nombor Dalam Kelas", siapkan kompang. Dekan hari ni off. Mahu melawat pelajar bersemangat di rumah.

22 April, 2009

Seminit 50,000 patah perkataan

Baru balik dari hospital neeno neeno.

Sempat terserempak dengan klon Pak Pandir moden, Nizal Mohammad, Kazar, Misha Omar, Rabuan Pit, Hasbullah Awang, Rozita Che Wan, Ustaz Amirul, Jude Law, Roseyatimah dan....

Tarik nafas dulu. Juga jumpa sama Tunang Pak Dukun, Tina Turner, Aishah, M. Kumaresan, Chua Soi Lek, Gani Patail, Yuna, Arni Abdul Gani, Farid Kamil, dan Yusuf Islam. Terlebih syok pula. Maaf, hanya dua yang terawal saja yang betul.

Pengajaran, jangan gelojoh. Tak lari nasi lemak dikejar. Perut sudah padat. Kepala pusing ligat. Cakap serupa tak ada otak. Sekian. Anda tak mampu mengubahnya.

:-)

21 April, 2009

Mimpi [01]

Baiklah, dipersembahkan entri serius pertama. Cerita pasal mimpi masa tidur petang. Sebab adik pasang YouTube Bohsia kuat sangat, terus terbangun. Spoil sungguh!

Dalam mimpi pun siap cakap pada diri, "Tolong otak. Sila ingat betul-betul. Aku nak buat modal untuk blog."

Otak kata, "Insyallah."

Keseronokannya luar biasa. Umpama menghadiahkan pelempang pada budak yang hisap rokok di sebelah wanita mengandung. Hormat sikit, beb!

Usaha backtrack kembali nikmat sebegitu memang agak sukar. Rasa bagai mahu naik bas sekarang dan mencari manusia malang tersebut. Alamak, tangan sudah menggeletar.

Babak yang dinantikan. Mula-mula.......


......




......




......







......








......




......





Aduhai! Macam mana boleh lupa.

Isk! Isk!

Arghhh! Rasa mahu lempang orang sekarang juga.

Poo..Poo..Winnie the Pooh

Ada wawasan baru. Rasa mahu jadi lebih serius. Cuma tak tahu seserius mana. Mana-mana pun boleh. Mungkin bakal tak disenangi kawan blogger(s).

Jess kata aku nampak sangat natural dan happy masa merapu. Ini kuasa cinta pada aku. Entah macam mana aku juga setuju. Ini pula kuasa merapu.

Tiba tiba perut bergoncang. Serius benar. Nanti malam kena korban duit. Adui, lapar mengidam kerapu tiga rasa. Tak guna punya kuasa cinta merapu!!

19 April, 2009

Bukan salah Tomok mengandung

Lihat Ayah lagak seorang frontman. Konon Tomok. Ayah ketua geng tidak berdaftar. Si pandai serta tenang. Selalu berdiplomatik. Benci politik kotor. Ayat kipas wajib, "Kacak juga!"

Kap pula pengikut. Tanpa disedari kadang kala bijak. Hampir kacak seperti si polan di atas (bukan Tomok). Walaupun muda tetap mendengar kata. Itu ayat menipu!

Buat masa sekarang, kami tiada ahli ketiga. Akibat serangan lelah dia terpaksa berehat. Mungkin untuk projek seterusnya akan terlibat sama.

Jadi kami tidak boleh beraksi seperti biasa. Ibarat burung patah sayap. Kepak tinggal satu tapi awas! Masih ada paruh perkasa dan kuku yang tajam. Meskipun tak senikmat cakar harimau, ia tetap mencengkam. Auww!

Tugas terbaru kami amat mencabar. Tempat simpan barang bot terbang tidak mahu terbuka. Maaf, kami sungguh jahil bab kejuruteraan. Hanya mengikut nafsu godek sana sini sambil berselawat. Mohon dipermudahkan.

Seribu lapan ratus saat kemudian, Hang Kebun dan si konco berjaya. Hampir saja Kap melengkapkan poco-poco. Nasib baik ditegur. Anda mesti fikir ketua kata, "Itu tidak senonoh, wahai anakku." Anda silap! Ayah cuba betulkan step sumbang tadi sebenarnya. Huhuh.

Lapang dada sedikit duit terselamat. Berhajat raikan bersama nasi bariani gam tujuh ringgit satu set. Akhirnya, Ayah menyampuk sambil menyanyikan lagu tema kami yang popular, "Apa yang penting? Kerjasama!"

16 April, 2009

Gadis merah jambu

Adik Berskirt Merah: ABM
Kaput: K

:::::::::::::

ABM: Abang Kay kan?

K: Yup! Saya kenal awak ke?

ABM: Alaa..Cindy, anak tauke pirated vcd tempat Abang Kay kerja dulu. Kan Abang pernah...

K: Oooo (Cube lari topik)..Cantik skirt. Curi kat mana?

ABM: Macam princess, kan?

K: A'ar (Menjaga hati).

ABM: Cindy baca blog abang. Langsung tak cerita pun pasal Cindy.

K: Kena ada benda nak cover, baru boleh tulis (Alasan chantek!!).

ABM: (Muka cembeng)

K: Lagi pun Cindy bawah umur. Nanti abang tak nak masuk jail (Maaf, aku jadi gabra. Jess dah menjeling dari jauh).

ABM: Ok, tapi Cindy ada kawan perempuan. Atas umur (Cindy lemah vocab BM). Dia cantik. Kulit gebu. Kawan semua panggil dia "Gadis Merah Jambu". Dia datang dengan Cindy tadi, Bang Kay.

K: Mana dia? Tak nampak pun (Maaf sekali lagi. Gabraku sudah hilang).

ABM: Entah! Pergi toilet kot. Dia tadi dressing pink. Pakai gelang leher ada bunga....

K: Lagi! Lagi!

ABM: Siap heels merah garang. Tak macam Cindy kelabu asap! Tak cantik sangat. Umphmm! Siap crown tau.

K: (Senyuman paling manis dalam dunia)

ABM: Hah! Tu dia! Panjang umur!

GEDEBUK!

ABM: Abang! Abang!

:::::::::::::

Pink
Cindy dan kawan yang berheels merah garang!
Bukti kukuh kenapa Kap wajib pengsan.

15 April, 2009

Kaki daun dan robot segak

Sila lihat bawah.

Tampan tidak?

Sarung tangan Pemain pita
Zaman ortodoks

Topi Robot segak
Versi 2.0

GSC akan semakin kaya 20 ringgit.
Kap akan semakin miskin 20 ringgit.
Pantun 2 kerat kah ini?

Link: [1][2]

14 April, 2009

Seratus Pakar Madu Terbukti Cemburu

0930:
Rekod baru. Seratus kali straight main lagu sama. Pasang kuat kasi satu kampung dengar. Malang, jiran tiada. Semua sibuk entah di mana.

Masuk angka ratus baru sedar. Apa! Aku Tak Percaya Cinta! Sori, awek comel. Aku percaya akan cinta.

1100:
Ikan merah berkepala besar tidak begitu kacak untuk dipandang. Tapi bila bikin sup berebut mengaku saudara (?). Saudara makan saudara.

Kesian dapur kosong. Biar Kap jadi raja dapur. Segmen pertama, "Mari Siang Ikan Gergasi Gigi Bersepah".

Tukar peranan secara mengejut. Jadi pakar bahasa dan mula berfikir, "Kenapa 'siang' ikan? Kenapa tak 'malam' ikan?" Sungguh indah bahasa Tanah Melayu. Ada yang setuju?

1300:
Tadi bersembang mesra dengan rakan lama. Encik saiz kecil tapi telah bina masjid. Malah sudah ada bayi sulung. Kap gembira tanpa ada sebab.

Sebelum tamat dia beritahu satu berita. Minggu depan mahu berbulan madu di Perth. Tiba-tiba jadi marah dalam jiwa, "Tunggulah aku kahwin nanti!"

1530:
Dalam mangkuk atas meja ada buah eksotik. Berwarna hijau, isi putih. Nyum nyum. Angah pernah cakap, "Orang yang jambu saja yang suka makan buah ni." Sekarang terbukti sudah.

Tapi Ayah ada teori lain, "Siapa makan banyak jambu batu mesti degil. Kepala batu!" Harap anda semua tak gelak. Kalau tidak bersedia disembur dengan Basta 15.

1730:
J.A. (Jessica Alba) ceria sangat dalam fon. Dia mengadu. Kaki masih sakit. Nasib baik tiada shooting dari minggu lepas.

Asyik minta nasihat tentang lelaki. Sedikit perihal cinta suci. Sangsi bergaul cemburu pula. Si pejuang cinta beranikan diri bertanya, "Why? Why?" Hebat! Pandai cakap mat saleh rupanya.

2045:
Kering idea. Tamat entri. Tunggu esok. Makan dulu ya.

13 April, 2009

Malam tadi Adlin gagap

Semalam ramai sang glamour berkampung di tempat sejuk. Topik mabuk cinta, abang posmen kacak, mengandung, gagap, pengantin baru, tunang, "i lap you, sayang", salam lepas tu mengumpat, dan peluk aweks dipersembahkan. Mereka rasa dingin di puncak. Aku pula panas set kombo bengang, "Jessica Alba, bila kita mahu kahwin?"

Hari tu teman pun pernah gebang, "Ramai betul hot mama tahun ni ek?"

"Ekonomi meleset," rasional atau tidak Kap sendiri tak pasti.

Dia tidak rujuk pada wanita cantik yang baru bersalin, tup tup seminggu dua kemudian badan jadi ultra sempurna. Sungguh hairan. Seperti buang angin tayar. Sekejap saja sudah kempes.

Si gemuk bercakap tentang ibu berbadan dua dan ke atas. "Kenapa ramai perempuan cakap bila mengandung dorang tak cantik? Makin mantap aku tengok!" Kap malas nak ceritakan tentang ekspresi wajah dia masa tu. Hanya sesuai untuk content web dewasa. Noktah!

Kiri, kanan dan depan mereka saja. Kami jarang memandang ke belakang. Mungkin sebab tiada cermin pandang belakang.

"Musim mengawan kot," ujar kami yang tak pandai gunakan bahasa dengan wajar. Fikir balik, sepatutnya panggil "Musim bahagia", "Musim La..La..La" atau "Musim Cinta Berahi". Lebih bertamadun al-sopan bila didengar. Ada cadangan?

Belum habis lagi.

Khas untuk Jessica Alba, "I lap you, sayang."

11 April, 2009

Ayah Polis Kacak Nafsu Panjang

0645:
Ucapan hari jadi pertama Ayah terima dah tentu daripada aku. Al-maklumlah insan paling berat bangkit subuh (?). Dalam dia bebel, "Bangun! Takkan nak tunggu pukul tujuh baru nak solat." Aku set berlakon mengigau, "Selamat hari jadi, Ayah." Aku tahu dia tersenyum. At least, dalam hati.

1400:
Kesian Ma nak kena masak and layan adik yang ultra-manja. Tapi Ma berjaya dan aku impress dengan ikan masak kicap yang jadi favorite adik. Seperiuk kuah aku boleh hirup. Aku panggil itu selera makan. Ayah bantah. Dia kata, "Berhenti sebelum kenyang..Bla..Bla.." Tapi aku tetap makan. Sedap. Siapa boleh halang? Polis? I.S.A?

1530:
Aku yang bertugas selaku jurutera elektrik tanpa lesen selesai sudah memasang kipas yang dipesan pelanggan kacak iaitu ayah aku sendiri. Sudah jadi habit Ayah tak suka terima hadiah, jadi dia beli sendiri. Kipas tu lah. Apa kes??

1600:
Walaupun tingkap bilik tertutup. Boleh dengar dan feel hujan lebat di luar. Sekarang perasaan jiwang menguasai 96 peratus badan ni. Baki 4 peratus lagi untuk nafsu hirup kuah kicap tadi.

1615:
Baru terperasan ada mesej dalam handset. Jessica Alba hantar. Lokasi Rantau Panjang. Aku tanya balik, "Rantau Panjang, pantai mandi manda, kan? " Dia balas, "Tempat shoppinglah!" Silap aku juga lemah geografi tapi dapat A. Start hari ni aku akan ingat, "Rantau Panjang tak sama langsung dengan Rantau Abang"

Pssst:
Huih, Kap kenal Pantai Cinta Berahi saja! Teruk, kan??

09 April, 2009

Siapa bilang semua disko tak pasang lampu?

Adakah logik 350 orang awam yang kebetulan berada di sebuah stesyen keretapi tiba-tiba saja mampu berdansa, ikut rentak, serentak seperti video di bawah??


Kuasa duit apa saja jadi.

Kap kagum. Anda?

Enam Jahanam (Episod 2)

Asalnya tidak mahu cakap tentang politik di sini. Tapi jari ini gatal. Kedut sendi serupa macam orang tua miang tak sedar diri.

Anak Tun yang termahsyur sudah jadi pembantu al-menteri. Lawan parti, kaw-kaw bantai kerajaaan memerintah pun boleh buat pangkat. Rebel halal nama diberi.

Dengan ini, Kap isytihar jadi Hang Jebat melawan kerajaan pusat. Terpaksalah bongkar almari. Cari samping, butang baju melayu. Kena tuisyen silat kuntau juga. Ingat! Jampi serampang penting. Mungkin ada serangan manderem.

Untung timbul esok muka depan surat khabar, "Sejarah tercipta: Al-Kaput Bin Al-Karun Al-Karan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri termuda negara yang memegang portfolio di Kementerian Pelajaran."

Huhuh.

Politik itu lawak. Ahli politik itu Raja Lawak.

Hadirku untuk mengubat luka

J-LO: Alamak, Ima. Balak tu usha kita lah. Daring sungguh jelingannya. Meresap batin I.

SHIMA: I pun perasan. Misai tu buat I terpana. Nervous ni.

J-LO: Control, control. Bukan first time pun. Cammon, babe. Beribu kawan MySpace kita. Tak kan sorang ni tak boleh handle kot.

SHIMA: Minta nyawa. Minta nyawa.

J-LO: Ok. Checklist! Ready!

SHIMA: Ready!

J-LO: Selendang!

J-LO & SHIMA: Ok!
(Diikat bentuk reben hadiah di leher sehingga hampir tercekik)

J-LO: Vokal!

J-LO & SHIMA: Do Re Mi Fa So La Ti Do...
(Syafinaz Selamat mula mengambil tempat)

J-LO: Top!

J-LO & SHIMA: Sendat! Mantap! Aktiviti mendada berganda!
(Dua-dua membuat peace)

J-LO: Punggung!

J-LO & SHIMA: Ewah! Ewah!
(Gelek poco-poco syok sendiri)

J-LO: Alright! Bertenang. Dia sudah dekat.

ABANG BERKUMIS NIPIS: Hai.

J-LO & SHIMA: Ye, bang.
(Senyuman gatal serupa angsa mencari pasangan)

ABANG BERKUMIS NIPIS: Mmmm..Zip seluar tu tak tutup. Ternampak bonjolan di situ.

SHIMA: Aduh, kantoi.

(Cuba menutup kawasan sensitif itu dengan beg berjenama TUCCI dan PRATA mereka)

J-LO: Siot betul. Suara adjust ayu. Depan belakang kasi push-up. Halkum pun dah cover. Macam mana boleh spoil, nyah?
(Sesekali terkucil sedikit vokal jantan)

(SHIMA terguling-guling cuba menyamar sebagai steamroll bagi mengelak malu. Manakala, J-LO pula bergegas duduk di sebelah ABANG DOLLAH, si penjual ubat jalanan sambil melakonkan gaya isteri mithali)

ABANG BERKUMIS NIPIS: Kita serupa..Kita serupa..
(Berjalan ala kawat PLKN sambil bermain hujung misainya)

Nota:
Nama sebenar J-LO ialah Abdul Jalil Bin Gaban Mantino.

Nama I.C SHIMA ialah Suhaimi Manan Bin Sanusi Tamin.

Nyanyian ABANG BERKUMIS NIPIS telah membuatkan Zainal Abidin yang kebetulan lalu di tempat kejadian muntah darah selama tiga purnama.

Link: [1][2][3]

08 April, 2009

Kap Kun Kap [01]

Kak Tinie dan Mizz Cud2, terima kasih untuk award yang diterima tempoh hari. [1][2]

luvyrblog_kak tinie cutesbloggeraward_miz cud2

Kak Tinie:
Kap tak dapat jawab tag akak sebab tuan punya blog tak punya foto profil. Sori.

Mizz Cud2:
10 info tentang Kap
01_Tak minum air gas tapi suka 100Plus.
02_Suka burger besar cap M tapi sudah boikot.
03_Jatuh cinta dengan Jessica Alba tapi dia kata tunggu setahun dua lagi.
04_Pemalu orangnya.
05_Makanan rapu! No!
06_Please jangan hipokrit, ok!
07_Wayanglah hobiku.
08_Katil wajib kemas baru boleh tidur.
09_Baca banyak giler blog tapi tak jadi follower.
10_Nak kahwin duit tak ada (??)

Untuk 5 blog yang Kap suka:
Lagi-lagi filem
Tuan director
Wartawan Bimbo
Abang Sham, encik wartawan
Nota-nota agama

Kap Kun Kap.

Pssst:
2008 Cute's Blogger Award (?).
Blog ni mula online 2009.
Mungkin sebab Kap paling cute masa 2008 kot;-) (perasan sekali lagi).

05 April, 2009

Jaga adik anda semua

Sedang mencuba bersungguh membuat post lawak untuk semua Kaputan..



Maaf, Kap tak mampu..



Adik di hospital kerna sakit dada yang amat sangat..


Doakan adik saya ya kawan-kawan..


Saya sayangkan adik saya.


Saya nak buat kelakar dengan dia

Dia juga tersangat pandai bikin orang ketawa.




Kami sekeluarga rindu nak tengok dia lincah kembali...




Adik cepat pulih..Aku bosan..Aku dah tak bermaya..

04 April, 2009

Tak kelakar langsung

Tulisan kali ni ditaip sambil telinga disumbat lagu jazz. Siapa pernah follow Kapalana, Bill Withers mungkin tahu maksud headbanging ni.

Hari penuh cabaran semalam harus ditangani baik sama ada menggunakan tangan atau kaki. Sebelum bertindak perlukan lagu tema. Lagu gangster barangkali.

Mungkin harus bersabar dan kembali menjadi Al-Kaput yang suka tersenyum .

Kerana hilang sudah rasa tenang mesti terus mencari titik tenang, sudut tenang. Wuduk paling mudah. Paling mampu di saat mendesak, terdesak.

Wahai Kaputan sekalian, lagu apa anda dengar untuk kaputkan perasaan gundah yang menyerang? Bantu aku ini.

Tak sempat nak vote

Budak lelaki bertelinga capang satu program realiti telah tiada. Tapi tak terkejut. Dia bukan Mawi. Malahan budak kecik tu pun masih boleh kool lagi.

Comel belum tentu orang suka. Tambah sedikit bulu dan diameter perut. Mungkin bakal digelar "Teletubbies Malaysia". Pasti melonjak undi digital anda.

Kap belum pernah pergi audisi jenis nyanyi-nyanyi. Wajah kurang komersial (jadi??). Kalau layak, rela lagi direject minggu kedua. Sayangnya ini muka undi keluar minggu pertama! Anda tidak dapat diselamatkan.

Terdengar Marion berbisik agak pelat dalam mimpi pagi tadi, "Kap, Malaysia telah memilih anda sebagai juara Satu Dalam Sejuta: Musim Terhangat Setakat Ini." Seperti yang dikatakan tadi. Itu cuma mimpi.

03 April, 2009

Enam Jahanam

KAPUT: Tahniah, orang kampung ayah dah jadi orang nombor satu negara. *wajib senyum*

AYAH: *Tenung lama* Hek ek leh!

Mungkin tak kelakar bagi ayah.

02 April, 2009

Jadi anda rasa anda boleh menari?

Mangsa kritikan juri: Hanya paras rupa

Tersingkir minggu pertama: Kurang dinamik

Peserta favorite: Michael Jackson tabik

Juara: Hip hop guling-guling

Kaput: Siapa pilihan anda?

Sejarah mungkin berulang

Tomok, suara kau dah ok. Kaput dulu tak suka, sekarang i like (??).

Kap teringat masa first time pakai thumbdrive. 2002 kalau tak salah. Kawan semua tanya, "wei, mana disket?". Tadaa..gadget plastik rupa macam dog tag bersaiz 128mb. Tanya lagi, "Cane nak pakai?". Demo diberi. Ada yang ternganga. Ada budak yang terkembang hidungnya (sape ek?)

Harga tak usah cakap. RM150 ok. Tersangat mahal dan disebabkan Kap seorang lelaki yang mudah digoda. Akhirnya, terbeli. Usianya dah masuk 7 tahun. Prestasi tip top.

2009, disket tu apa? tinggal nostalgia. oldies, klasik, evergreen dan malar segar (sama).

Kita tau sejarah pasti akan berulang. Sekarang, epal paling sedap di dunia dah jadi New Boyz baru. Lagunya "Sejarah Telah Berulang"


Papan kekunci bakal kaput. Dah serupa iPod. iPod versi anak gajah yang seksi.

Tajuk lagu baru untuk Tomok, "Apa Lepas Ini?"

Tammat

64: Nombor bertuah

Nafsu makan tak bertepi selalu buat aku sengkek. Aku sanggup berhabis melantak sampai mata jadi very the apek. Pastu tidur (sungguh tidak senonoh). Sementara tengah kurang bergerak ni, aktiviti santai itu disita buat sementara waktu. Aku tak boleh izinkan kawasan bulat emas ni (perut lah) terus mengembang bak belon udara panas.

Sila praktikkan diet versi Al-Kaput. Mungkin sedikit menakutkan. Tapi apa lah hidup tanpa risiko, kan?

Pagi aku teguk milo panas gelas besar. Tengahari selalu skip. Paling kuat coklat bar besar, hentam first row saja. Baki masuk peti. Tak pun sebijik pisang. Untuk dinner, dalam pukul 5 - 6 petang dah makan, nasi sederhana + lauk sederhana. Sayur jangan tinggal. Wasatiah nabi suka. Noktah!

Rutin aku buat selama seminggu ni. Hasilnya, dari 66.5 kg kepada 64 kg. Slim 2.5 kg! Sekarang nenek tak boleh bahan perut comel aku ni. Aku bangga.

Tammat

01 April, 2009