27 April, 2009

Senyum seindah suria yang membawa cahaya

Untuk pengetahuan anda, entri semalam adalah yang paling relaks yang pernah Kap tulis. Anda pasti setuju.

Ringkas dan penuh berseni. Namun, di dalamnya terkandung semua falsafah kesihatan sejati, iaitu senyum ubat anti-kedut!

Senyum (sila rujuk gambar profil Kap) amat mudah! Tidak perlu bagi seseorang untuk wajah anggun Rozita Che Wan supaya padan dan cantik senyuman itu. Susan Boyle telah membuktikannya.

Sedikit rasa yakin, tokokkan gedik al-manja yang tidak keterlaluan sudah cukup. Siapa kata Liyana Jasmay saja gedik. Bukan hanya kau yang mampu! Semua pun mampu.

Bila Jess tersenyum melihat gaya beruk makyeah Kap. Kap rasa terlayang sekejap. Satu contoh paling signifikan.

Walaupun kami duduk jauh buat sementara. Tapi imej baris giginya yang kurang putih senantiasa bermain di mata ini. Setiap hari bertambah rindu. Maaf, Jiwangman tumpang lalu.

Pendek cerita, sekali dia senyum sepuluh magis terhasil. Salah satunya jatuh tepat dalam hati Kap. Cerita dongeng? Tak.

Alang-alang dah jiwang. Kap nak tanya satu. Apa reaksi anda masa baca entri terhebat, "Senyumku buat kau cair"? Sebab Kap tersenyum bayangkan anda tersenyum. Mungkin ada juga yang geram. Huhuh.

7 ulasan:

nurain berkata...

kap. senyum si cinta hati buat dunia kita yang punya kan?

smile always

Cik AniS GalaxY berkata...

senyuman kdg2 blh buat org lain derita tau kap.
trskan tersenyum k

~nEeYsA~ berkata...

ade kew yg germ?
hihi..

Redbloodsnow berkata...

hahaha...yeke leh geram :P ade² jek kap neh taw.

tp ape² pun teruskan tersenyum kerana senyuman adalah satu sederkah :P

Lidya berkata...

hurm..

senyuman tu bisa morebek jantung..

♥ sOFIa ♥ berkata...

senyum seindah suria
yang membawa cahya

:)

Al-Kaput berkata...

nurain:
anda lah yang Kaputan paling jiwang setakat ini..
teruskan usahamu, nurain ;-)

Cik AniS GalaxY:
Senyum juga anti-kanser..
p ramlee cakap :-)

~nEeYsA~:
awak geram x? ;-)

Redbloodsnow:
ni dia satu sedekah lagi utk anda yang sudi singgah :-)

Lidya:
mcm lagu dangdut u ;-)

♥ sOFIa ♥:
anda layak ke pusingan seterusnya :-)