02 April, 2009

64: Nombor bertuah

Nafsu makan tak bertepi selalu buat aku sengkek. Aku sanggup berhabis melantak sampai mata jadi very the apek. Pastu tidur (sungguh tidak senonoh). Sementara tengah kurang bergerak ni, aktiviti santai itu disita buat sementara waktu. Aku tak boleh izinkan kawasan bulat emas ni (perut lah) terus mengembang bak belon udara panas.

Sila praktikkan diet versi Al-Kaput. Mungkin sedikit menakutkan. Tapi apa lah hidup tanpa risiko, kan?

Pagi aku teguk milo panas gelas besar. Tengahari selalu skip. Paling kuat coklat bar besar, hentam first row saja. Baki masuk peti. Tak pun sebijik pisang. Untuk dinner, dalam pukul 5 - 6 petang dah makan, nasi sederhana + lauk sederhana. Sayur jangan tinggal. Wasatiah nabi suka. Noktah!

Rutin aku buat selama seminggu ni. Hasilnya, dari 66.5 kg kepada 64 kg. Slim 2.5 kg! Sekarang nenek tak boleh bahan perut comel aku ni. Aku bangga.

Tammat

3 ulasan:

didiey ;) berkata...

huhhuhu..
shuda slim?????

♥ sOFIa ♥ berkata...

hahaha.
bagus bagus.
kebetulan aku sedang mencari diet

tp tidak tau mau diaplikasikan atau tidak?

Al-Kaput berkata...

didiey ;):
blom, on da way..

♥ sOFIa ♥:
elok benar utk nukilan kosong awak..
klu perut penuh, otak jem..
ayat kurang power nti;-)