19 April, 2009

Bukan salah Tomok mengandung

Lihat Ayah lagak seorang frontman. Konon Tomok. Ayah ketua geng tidak berdaftar. Si pandai serta tenang. Selalu berdiplomatik. Benci politik kotor. Ayat kipas wajib, "Kacak juga!"

Kap pula pengikut. Tanpa disedari kadang kala bijak. Hampir kacak seperti si polan di atas (bukan Tomok). Walaupun muda tetap mendengar kata. Itu ayat menipu!

Buat masa sekarang, kami tiada ahli ketiga. Akibat serangan lelah dia terpaksa berehat. Mungkin untuk projek seterusnya akan terlibat sama.

Jadi kami tidak boleh beraksi seperti biasa. Ibarat burung patah sayap. Kepak tinggal satu tapi awas! Masih ada paruh perkasa dan kuku yang tajam. Meskipun tak senikmat cakar harimau, ia tetap mencengkam. Auww!

Tugas terbaru kami amat mencabar. Tempat simpan barang bot terbang tidak mahu terbuka. Maaf, kami sungguh jahil bab kejuruteraan. Hanya mengikut nafsu godek sana sini sambil berselawat. Mohon dipermudahkan.

Seribu lapan ratus saat kemudian, Hang Kebun dan si konco berjaya. Hampir saja Kap melengkapkan poco-poco. Nasib baik ditegur. Anda mesti fikir ketua kata, "Itu tidak senonoh, wahai anakku." Anda silap! Ayah cuba betulkan step sumbang tadi sebenarnya. Huhuh.

Lapang dada sedikit duit terselamat. Berhajat raikan bersama nasi bariani gam tujuh ringgit satu set. Akhirnya, Ayah menyampuk sambil menyanyikan lagu tema kami yang popular, "Apa yang penting? Kerjasama!"

7 ulasan:

cud the ★ berkata...

hihihi
comellllllllll~

cikNiarun berkata...

kap..kenapa aku tak paham..huaaaaa

~nEeYsA~ berkata...

hahaha...

amal_fc1303 berkata...

anta kat chatbox sye web tuk wat link read more 2 leh x?

Kap berkata...

cudbutterfly~:
ape yg comel??

nurain:
kau bz keje..
jom tgk wonderpets :-)

~nEeYsA~:
huhuh..

amalina binti anuar:
ya, nti sy anta :-)

cud the ★ berkata...

ayah kap d ujung entri itu~

Kap berkata...

dia mmg mcm tu :-)