24 Disember, 2009

Bulat itu seksi. Seksi itu subjektif. Subjektif itu ini aku peduli apa. Ini perut aku yang punya. Pergi Muzium Kucing kalau nak tengok perut kucing.

Rasa memulas dan angin sekitar abdomen. Cuba tekan perut anda tanpa meminta izin dari perut itu sendiri? Terdapat kesan luar biasa yang ingin keluar melalui lubang kumbahan di bawah? Atau adakah esok akan datang sebarang dua polis tempatan menyoal siasat tentang aduan salah guna kuasa dari perut anda terhadap anda?

Moral, perut anda suka hati andalah. Nak sapu sapu atau usap usap. Itu bukan gangguan seksual lah, ngok!

23 Disember, 2009

Motor aku bukan untuk dijual walaupun bakal pembelinya Nur Fazura Sharifuddin

Mulai esok aku terpaksa ponteng pejabat. Enjin motor kapcai aku kena curi. Nilainya 50 juta. Tak percaya tanya T.PU.D.M (Ti-Pu Dia Mmmmmmmmmmmmmm)

22 Disember, 2009

Jarang tulis menjelang tahun baru masihi

Sikit jasa aku untuk orang lain. Tapi belum lagi (akan datang siapa tahu) aku fitnah manusia sekitar. Even, kena fitnah pun aku tetap bertahan. Bangga sangat.

Mungkin yang lain kata gila apa. Lantak! Bagi aku, ini sesuatu yang terlalu berat. Payah. Kena kerja keras. Kuat semangat.

Bersyukur. Jauhkan aku dari dosa begini. Kerana jangan jadi sia-sia pahala berdikit dikit dibuat, akhirnya dapat pada insan yang kita "buat". Amiinnn.

17 Disember, 2009

Dua cerita dongeng zaman lampau dikongsi bersama demi ukhwah bangsa berdaulat..

Cerita 1: Monyet Lain Dapat Pingat, Monyet Di Rumah Gembira Sakan

Suasana asing kembali wujud. Aku, Adik dan Angah melompat bintang jula juli. Tahap kewarasan kami juga dipertikaikan. Perlakuan pula tak ubah macam monyet. Nasib baik atas kesedaran sendiri, kami kembali normal.

Hero 1989
Para pakcik hero 1989

Untuk menambahkan extra power root, habis koleksi lagu yang kami belajar di sekolah dinyanyikan (dilaungkan, dilalakkan). Lagu propaganda. Pratiotik bak kata Geng SatuNajib. Malaysia bawa pulang emas bola sepak. Gumbira wa cakap lu (diiringi tembakan mercun kampung sebelah).

Kami seperti di atas tak dapat apa pun. Kamu main elok elok, pujian dapat, pocket money dapat, masuk surat khabar dapat, kahwin artis dapat (?). Kami tumpang gembira saja. Doa kamu terus menang.

Cerita 2: Hikayat Tapir Gemuk Ego 3000 Kilometer

Berkerat rotan. Ditakdir aku dapat bicara sama si bos yang kaki kelentong. Malah, ego tapir. Sekarang sedang kumpul bukti aku benar dia salah. Percaya aku pada prinsip hak mesti ditegakkan. Jangan ingat semua orang boleh kalah dengan permainan monyet kau, Mr. G. Noktah.

Awal Muharam dan tahun 2009 Masihi tiba sudah dan bakal berakhir. Masing semua sibuk prepare bermotivasi tanam azam. Aku pula bersedia untuk tanam anggur. Thanks to Mr. G (jari hantu!).

Awas! Kalau korang tengah bertungkus lumus waktu pejabat plus off-duty develop web site untuk sebarang kompeni or so what ever dengan harga murah demi kebajikan dan perkembangan agama yang korang anuti a.k.a. gaji kecil sambil kena buat kerja buruh, baik stop!! Sebab in the end bos kau akan hina, perlekeh segala usaha kau bersama ayat cinta sebegini,

"Setakat kerja website awak tu saya boleh upah sesiapa saja dekat luar tu lah!"

Jadi, jangan cakap aku tak warning.

Ok, tammat.

12 Disember, 2009

Ustaz kata dia meremang bulu tengkuk. Aku pula terdiam kaku. Aku benci perpisahan. Meski untuk kebaikan.

Berita muka depan diletak gambar pengantin perempuan. Sedang menekap muka. Jari merah inai dibasahi jurai air mata. Baru 3 jam bernikah si suami bertemu kemalangan. Kali pertama dalam hidup, aku jadi terlalu takut. Bimbang. Insaf. Noktah.

Lagu Terasa Baiknya (Exists) terpasang. Sumpah kebetulan. Harap wanita dalam trauma itu tadi tak dengar. Sebab suara Ezad faham faham sudah dia punya syahdu.

"Airmata ini kan mengalir sendiri
Tika ku lalui tempat yang kita susuri
Terkumpul di situ semua kenanganmu
Baikmu terasa walau kau tiada
Engkau yang kucinta
Mungkinkah tercipta
Bukannya untukku"

Entah kenapa aku concern sangat. Adakah feminine side of Mr. Kap semakin melampau horizonnya? Atau aku semakin mengerti tentang kehidupan dalam saat aku masih mencari?

Tammat. Kalau dilayan, aku teringin nak cakap dan terus bercakap. Nasib baik Dia takdirkan aku insan begini. Pandai bercerita, bila mula menaip hilang segala point. Elok juga. Biar sebahagian diri ini aku sahaja yang simpan. Biarlah rahsia.

11 Disember, 2009

Dapatkan tiket penerbangan pergi langsung tak balik percuma ke Laos dengan setiap pembelian jersi Harimau Malaya versi bebas cukai di depan Sogo.

Berita bola Malaya ke semi sukan SEA sampai tepat ke isi otak. Menang lawan Siam punya pasal. Lalu hilang sedikit serangan migrain kecil. Berdoa sekarang rakyat jelata biar dapat emas pula. Empat tahun kemudian, layak Piala Dunia. Kasi magis. Ubat terus sakit kepala aku.

Ok. Ringkas. Pemalas.

04 Disember, 2009

Wekkk: Sebuah Dialog Cinta

"Macam ni baru cantik."

"Wekkk!"

"Betul, tak tipu."

"Wekkk!"

"Apa ni, sayang?"

"Wekkk! Wekkk! Wekkkkk!"

Wekkk
Baik punya cilok

03 Disember, 2009

Akibat kecewa ditinggalkan Si Gemuk hanya demi Ifa Raziah, aku tertulis entri panjang. Tanpa sedar rupanya aku lebih flow apabila kesedihan melanda.

Sanggah. Memang tak semenggah. Banyak perkara di dunia kelihatan sangat releven walhal ha'tuih! Kali ni aku nak bantah beberapa isu berserta alasan aku menjadi rebel untuk setiapnya.

FYI: Aku menggedik
Ha'tuih pada sesiapa berani keluar line "first love lives forever". Apa best tentang cinta pertama? Kenangan dapat tempat pertama potong mat buku dalam kelas pun selamba aku boleh lupa. Sedangkan malam sebelum tu tidur mata kelip-kelip. FYI, hadiahnya buku latihan petak-petak kecil yang aku sangkakan pencil box Transformers.

Kita kan insan pelupa. Biarkan. Ada masanya indah bila hilang ingatan. Benda yang buat kita terluka, terhina, terasa bagai khinzir beranak babi, dapat kita syooh! syooh! jauh dari benak (?????????)...

...dan FYI darab dua, aku masih ingat pada awek pertama aku. Budaknya baik manis senyumnya dan di sekolah kami rajin bersihkan koridor untuk berdating. Lepas clash, dia jadi bohsia (direct to the point). Selamba biar diri diratah jantan di tepi padang di tengah pagi syahdu. Rasa nak terkeluar balik roti canai tampal Pakcik Daud tiga keping kuah banjir yang aku baru makan. Lebih dari tu, aku menangis. First and the last aku menangis terkenang ex aku. Stop.

Wanita, engkau bulan engkau juga suria
Isu sensitif sikit. Macam mana perempuan boleh tergamak cakap "perempuan setaraf dengan lelaki". Adakah kerna kurang membaca? Atau mangsa propaganda sekelompok wanita yang obses diri???

Hormat aku pada wanita hebat di keliling aku dan di luar sana tapi pada perhatian aku mereka belum sehebat lelaki. Kalau tak, tak kan Allah bagi lelaki tanggungjawab tanggung dosa para wanita dalam jagaan mereka, tanpa mengira hensem tidak, jutawan tidak, atau apa-apa tidak. Berat tu, beb!

Senang cerita perempuan merupakan golongan istimewa dan terletak pada kelas tersendiri. Jadi, jangan berani tunjuk hero nak objek.

Hanya lelaki tak berguna yang merendahkan martabat lelaki. Sang pemalas, kaki joli, kasanova, flasher ini contoh bagi seribu lagi contoh yang boleh korang jumpa setiap hari dalam Metro, surat khabar cerita keaiban Melayu nombor satu negara.

1Malaysia 1Sen
Benci, hairan dan lima puluh kali ganda meluat aku dengar Perdana Menteri kita menipu rakyat. Bila orang tanya, hari-hari cakap ekonomi kuat. Bila pekerja sendiri minta bonus, ekonomi teruk pula.

Bila F1, boleh. Alasan tak keluar 1sen pun. Capital bebas kerajaan BMW, Toyota, Mitsubishi yang super duper berduit pun blah sebab tak cukup modal. Kita selamba rock & roll & ChocoRoll menegakkan benang yang basah. Naza! Air Asia! Proton!! WTDuck!

Ok, sekian. Nanti kalau ada semangat aku sambung bahagian kedua.

Tammat.

01 Disember, 2009

Tak perlu jadi muslim untuk belajar bersyukur. Ia tumbuh berakar dari hati, stupid!

"Asyik menu sama! Kalau seminggu, seminggu ayam. Ayam gulai! Goreng! Sambal! Bla..Bla..bla."

"Dah macam tu makan babi saja lah!"

27 November, 2009

Pelajar aku bernama Etong A/K Johan mencipta puisi sempena Raya korban dengan harapan para lembu menghayatinya

Ini tanda manusia
Apabila ada kesalahan
Ketika aroma kelengahan
Dan godaan yang kuat

Ke batas
Dari setiap lelaki berkahwin
Manis penipuan datang memanggil
Dan tanah kenegatifan

Hati yang dingin dan membeku
Keras dilakukan oleh kamu
Beberapa hal tampak lebih baik, sayang
Sudah pun berlalu pergi

Dan bukan pengorbanan
Hanya sebuah kata sahaja
Adlah dua hati hidup
Dalam dua dunia yang berasingan
Tapi itu bukan pengorbanan
Tidak ada pengorbanan
Tidak ada pengorbanan sama sekali

Kesalahfahaman yang direlakan
Setelah fakta
Sensitiviti membina sebuah penjara
Dalam tindakan terakhir

Kami kehilangan arah
Semua ikhtiar dilakukan
Tidak ada air mata kekesalan
Ketika kecemburuan membakar

Ori sini.

17 November, 2009

Stokin Boy, Plan A, dan Plan B

Entah apa tabiat. Hati aku lega dan nyaman sepanjang di pejabat tadi. Bantuan hujan di hujung waktu kerja kembali menghangitkan mood. Balik rumah dan lepak bermain game bakal short sejam dua kalau balik lambat. Tapi semua kerja Allah. Lalu aku ambil keputusan untuk cool down.

Kesucian dan keayuan feeling aku juga sebenarnya terjejas dek kehadiran anak boss. Macam bangkai. Maaflah. Walau suara kau macam Saleem Iklim (bak kata budak sepejabat), aku tetap meng-anjing-kan manusia tak reti disiplin.

Apa sangat stokin setakat basuh masuk mesin pun jalan. Pemalas tahap anjing! Anjing pun for sure bagi middle finger kalau jumpa kau. Abah kau mengarah pandai, anak sendiri basuh stokin seminggu sekali pun liat. Adakah salah abah mengandung?

Ok, beralih ke cerita positif. Sabtu ini mahu bertemu cintaku. Plan A bawa rambutan bersama, makan di tasik berhampiran. Dalam keadaan separuh demam, 50 peratus kemungkinan gagal penuhi rancangan tersebut tu ada. Aduh!

Atau pun patutkah aku dan Jess sekali tonton Pisau Cukur (plan B). Tapi, risau mengundang cemburu. Fazura a.k.a kekasih lama pasti akan menjadi modal merajuk.

Kenapalah dia tak percaya kata-kata, "mana ada awek tak cantik nak kan lelaki kacak, sayang oi", yang juga pernah aku cakap masa Intan Lidyana lintas depan kami di Sungei Wang.

Huh! Perempuan! seronok melihat dia muncung, tapi lagi seronok tengok dia tersenyum sebab berjaya buat kita panik sekejap. Geram! Rindu! Poyonya aku!

Ok, tammat.

12 November, 2009

Layang-layang terbang melayang

Dapat berkerja bersama budak-budak kecil sesuatu yang membuatkan aku terasa tua...

...dan bila melihat mereka begitu cepat mesra dengan kita, terasa bagaikan aku telah ditakdirkan untuk menjadi ayah yang baik.

Tapi itu cuma apa yang bermain di benak sepanjang pagi tadi...

...dan sampai sekarang fikiran aku masih terus melayang

09 November, 2009

Kau cun?? Mak aku lebih cun!

Sebentar tadi aku google pasal para lelaki ini. Namanya Aidil, Adha, Zaquan, entah apa entah. Budak sekolah berpakaian emo, Angah, rumput tepi longkang, batang penyapu, kotak mancis bersependapat kembar berdua ini jatuh dalam kelas lelaki kacak. Kesian mereka. Cetek ilmu hensem.

Salah seorang kenalan perempuan aku dulu pernah meluahkan rasa kesal pada sikap lelaki yang kata nya hanya pandang perempuan cantik. Terutama tang dada (??). Tapi dia terlepas pandang bahawasanya bila lepak bersama (sambil mengadjust mamak Restoran Selasih untuk dapatkan diskaun megi goreng), apa yang aku dengar dari mulut dia cuma pasal Takuya Kimura. Asyik banding aku dengan laki Jepun tu. Kata ada iras-iraslah (ajinamoto wa cakap lu).

Kekadang bila ingat balik, aku naik hot. Kata lelaki hot ;)

Masalahnya, bukan dia tak sedar. Sekolah pun tinggi (orangnya rendah). Mungkin akibat sifat kelongkangan. Atau sekadar nak kongsi pendapat bodoh.

Entahlah. Pada aku, kita mesti meluahkan sesuatu yang mencerminkan kita secara peribadi, prinsip or so whatever.

Contoh, kau benci orang korek hidung depan public. Kau pun tak buat. Jangan berdalih. Contoh bersambung, sebab kau gian nak juga, kau bantai korek lobang hidung sesiapa saja umat yang ada sebelah kau. Atas alasan, "aku tak korek hidung aku pun, kan?"

Moralnya, jangan mengumpat orang kacak kerana kekacakannya. Dekat perempuan bajet cun melecun dey tak apa. Senang cerita usah mengutuk. Kan aku dah kutuk balik!

Ok. Tammat.

08 November, 2009

Kadang kala pandai sahaja tidak cukup. Mentaliti mencerminkan sahsiah peribadi. Susah betul nak cakap sama makhluk degil. Rosak!

Baru lepas menonton pesta bunga api. Agak luar biasa sambutan. Mana tempat pun selalu kita kena dongak sambil menikmati rupa dan warna bunga api. Siap banyak pasukan bertanding.

Tapi tadi senarionya berlainan. Lari sedikit konsep. Hanya dua team satu perlawanan. Pengadil lengkap dengan cota, perisai, dan gas pemedih mata.

Caranya kita lantik seorang sukarelawan. Suruh dia berdiri, lari-lari anak atas kawasan rata. Lalu pasukan lawan akan nyalakan bunga api (mercun pada yang pro sahaja) dan baling ke arah wakil tersebut. Siapa steady dapat mata. Kalau takut, kecut, kelam kabut potong markah.

Untuk mencantikkan lagi game. Bolehlah dicampakkan bersama botol mineral water sekali. Paduan air bercampur api. Bagai kan Rumi dan Juli. Padu!

Sepanjang program dijalankan, bolehlah dibakar sebarang objek (kerusi, dll) berhampiran bagi menghangatkan suasana malam (minyak gas bawa sendiri). Main bunga api siang hari nanti panggil orang sewel marah pula.

Buat pengetahuan anda, tukang baling pro itu azali sewel. Bila nak taubat?? Rasanya tak akan. Bikin malu pemimpin. Mak abah geleng kepala dekat rumah. Saudara mara tukar channel tv. Sehati Berdancing wa cakap lu!

Usul pada penganjur. Adakan upacara mandi bunga besar-besaran. Tak pun convert semua makhluk terbabit jadi mat bunga. Layan lagu Sekoin, Sepun. Menangis tergolek dok dengar lagu leleh. Tak kacau orang. Orang pun tak menyumpah. Sesumpah rocks!

Ok, habis. Majulah bunga api untuk negara.

Sila hubungi kedai Keat Seong sekiranya stok kehabisan. Tempahan 1o unit ke atas diberi hadiah jersi bola sepak terpakai (ada lubang terkena percikan bunga api).

Jangan report Sarjan Misai. Berak-berak keras..la..la..la..

Sekian. Salam Satu Bunga Api. Satu Botol Mineral Water.

Ok, betul ni nak tamat sudah.

Tammat.

06 November, 2009

Dulu aku ingat semua lelaki kacak bergaji sepuluh ribu ke atas. Rupanya salah. Ada seorang yang tidak.

Mari bereksperimentasi. Biar aku cuba tulis dengan cara berbeza. Ehem! Ehem!

Permulaan manusia adalah kelahiran. Walaupun berusia pendek, setiap dari kita punya sejarah yang sarat lagi panjang. Panjang (3 harakat) sangat.

Panjang?? Apa lagi. Potong je lah!

Potong! Potong! Potong!

Apa?? Kau tak potong lagi??

Tammat.

01 November, 2009

Hari ini dalam sejarah: Entri awal pagi tanpa air.

Mula-mula aku nak ucap terima kasih banyak pada brader bawah ni sebab ceriakan awal pagi ahad yang agak senandung dan gelap (dark).

Kemenangan 2-0 berjaya buat aku bersemangat. Hidup atas bawah biasalah. Tapi aku jenis kurang adapt kekalahan cara maha hina. Cuma berharap hidup ini dijauhkan keadaan sebegitu.

Gonzalo Higuain
Superman (goal.com)

Seharian bekalan air terputus di taman rumah sini. Malas nak cara. Mandi asal basah. Stok air mula susut tapi bau kami masing-masing hesh! meningkat naik kepamnya.

November muncul dan tiba masanya untuk aku cari kerja lain. Sampai bila nak menghadap kerja yang kurang menjanji prospek besar. Banyak beri dari terima. Sekali lagi aku perlu berhijrah.

Macam mana pun duit tetap penting. Kebajikan sahaja bakal menghadkan keupayaan survival di dunia yang serba serbi pitih. Kan best kalau bulu kaki boleh dipajak gadai. Gadai langsung tak pajak balik. Huhuh.

Kesian Jess. Selalu risau dengan kesihatan aku yang turun naik. Atas kewajaran desakan dia, aku bukan ada pilihan selain dari berambus dari organisasi sekarang.

Sebagai penutup, aku letakkan satu video. Wawawa. Tipu. Ok, chow dulu.

Tammat.

22 Oktober, 2009

Entri ini bertajuk telur (ayam) saiz D separuh masak separuh makan separuh bikin jeruk simpan dalam peti sejuk esok-esok baru hidang

The Real jiwa kacau! Malas mahu komen. Unsur sabotaj atas padang. Sedahsyat tali barut komunis. Perhati muka Kaka baik-baik. Serupa Chin Peng wa cakap lu! Celaka! Profesional tahap gampang.

Baru dapat info. Kapitalis lembap usha line. Pihak Putrajaya dan Songkla setahun sudah selesai brainstorming. Serius kaw-kaw. Lubang bisnes jana fulus. Perkongsian bijak. Convert kawasan Flet Hijau jadi Lorong Haji Taib The Second. Jangan gelak. Tiada apa yang mustahil. Permintaan tinggi. Satu lagi industri SME Bumiputera. Sepuluh minit dari tempat tinggal aku.

Ok, setakat ini saja. Baik layan Fifa 10. Belasah Milan. 3-0.

Tammat.

21 Oktober, 2009

Resepi kejayaan pagi nanti adalah keupayaan bangkit dari tidur lena setelah seharian menjadi kuli

Berita pagi tadi buat aku terasa kacak. Maksud aku gembira bagai kahwin sama Ayu Raudhah. 100 peratus ditaja. Free of charge. Sensasi. Teruja. Habis sengal rahang. Sengih tak sudah. "Messi" sungguh! Huhuh.

Semalam terpaksa melepaskan peluang bertemu semula dengan seorang kakak yang baik, akrab dengan kami (aku & Jess). Entah bila boleh berjumpa lagi. Tanpa bersuara, Jess berjaya melahirkan rasa menyampah atas ketidaklapangan aku.

Maaf. Itulah yang termampu aku cakap. Sampai sekarang dia bad mood. Nampak sangat kena reject. Sekali lagi dia membisu. Tapi mesej sampai. Tiada maaf bagi mu!

Pagi nanti giliran aku. Lawan Milan. Kacang. Sambung sengih sampai hujung minggu gayanya. Satu gerenti. 3-0. Tanya Pak Belalang. Dia pun sokong Real juga. Rambut serupa Raul wa cakap lu.

Tammat.

13 Oktober, 2009

Dalam doa ada lagu


Bila mana ada nanti seorang wanita yang akan dicintai aku...
...maka tidak lah dia menghancurkan lagi hati ini.
Amiin..

12 Oktober, 2009

Tiru ke?

Inspirasi datang dari blog lain. Perempuan cakap pasal lelaki jelik. Guys borak hal betina bla bla bla. Aku nak cakap aku kurang senang manusia jenis-jenis di bawah. Manusia, kah?

Sila tanggal lu punya topeng
Tak sentuh pasal Islam specifically. Semua. Ok, agama mana suruh kita selamba potong di lorong kecemasan at the same time yang lain sabar di lorong masing-masing. Lebih menjijikan, kau pakai kopiah, sticker selawat besar kaw melepet dekat cermin belakang (contoh). Hipo siot!

Sharip Dol, samseng Kampung Dusun
Spesis tak boleh blah. Asal jumpa orang jenis boleh makan dia tup-tup paling hero. Budak tu habis jadi kuli beli nasi tapau, rokok, hantar surat cinta. Apa saja yang menunjukkan bakat opportunist semulajadi dia tu. Tapi...bila jumpa lipas, suara dia menjerit boleh sampai blok sebelah. Satu lagi kes pretender.

Mulut longkang
Ini lagi tak boleh blah. Tengok muka, tengok bibir dah kenal. Lagak punya hebat. Bila sembang tak pernah slow. Gegar! Boleh runtuh KLCC. Mak dia angkasawan pertama lah. Pernah romen Fauziah Gous lah. Semua up-up. High note wa cakap lu! Jangan berbincang dengan makhluk ni. Bagi dia, semua orang salah. Lebih-lebih lagi perkara politik, agama. Senang cerita geng Haji Kahak. Ha'tuih!

KLCC
Tatap puas-puas. Esok takut runtuh.

Player
Term biasa. Tapi sesuai untuk dua-dua gender. Mereka paling pandai bermain hati. Kentut bau kasturi. Senyum bak sang suria pagi. Ayat pancing al-mengencing. 10 keluar, 10 bau hancing. Soft-spoken masa belum dapat. Dah puas, belasah kau sampai lebam, buat cerita sedih konon teraniaya supaya dapat lepas tanggungjawab. Akhir sekali, semua akan blame kau. Scapegoat. Tak apa boleh buat. Licik, kan?

Famili, kepala otak kau!
Alasan demi alasan especially once tertangkap. Juvana terutama selalu bagi reason tak cukup perhatian mak abah. Cammon! Perhatikan keliling. Ingat senang nak cari duit zaman sekarang. Bangsat jiwa kalau kau tu tak belajar sungguh-sungguh padahal parents tengah tunggang terbalik nak pastikan korang dapat masa depan yang baik. Tendang muka korang biar hancur pun tak apa. Sial! Mana hilang rasa bersyukur?

3gp, adik saudara MotoGP
Fenomena baru. "Gadis tudung hisap k*t* boyfriend", "Si comel pandai k*l*m". Itu antara yang carian popular video internet. Bukan nak jadi ustaz dan pergi lantak nak record, nak buat aksi apa pun. Yang hairan, how come masa perform penuh kasih sayang tapi tamat perhubungan dijaja rakaman dekat public. Lakhanat! Lelaki terutamanya muka haram ada. Si aweks close up jerawat halus nampak jelas. Malas nak sambung. Noktah.

Tudung Saji
Selamat daripada lalat. Elak taun.

Tudung melekap
Sejak awek bernama Yuna muncul, ramai pula klon Yuna sana sini. Tak suka tidak. Benci jauh sekali. Tapi aku jadi runsing. Jess pun terikut sama. Trend. Sekarang jelaskan, apa aku nak panggil dia? JessNa? YuJess? YuJessNa? Arghh.

Tammat.

11 Oktober, 2009

Telefon bimbit adalah komunikasi murahan

Asyik berjalan seorang. Baru belajar erti sunyi. Perasaan baru, baru juga pendekatannya. Bercinta perlu ruang nafas. Biar besar. Biar selesa.

Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time...all alone
(November Rain)

Keadaan jadi serba kepelikan. Berdasarkan trend perjalanan, tak sepatutnya berlaku salah faham. Kewujudan cinta ini bukan terbitan nafsu. Kita mula bersama setelah bertemu kejahatan (yang cuba meruntuhkan). Betapa perit susah, tamat di meja perbincangan. Bukan emosi penuh seksa.

Mencuba merubah warna. Pilih antara seribu rupa. Janji tiada wujud lagi luka. Janji bukan ini pengakhiran kita.

08 Oktober, 2009

Mengidam nasi kandar

Pelik. Dari saat bertolak aku bersahaja. Bancuh bekal tea o. Sarung stokin. Slo-mo. Bawa motor siap senyum meleret. Semua orang aku lambai. Lampu isyarat hijau aku relax. Biasa remp tak ingat. Paling sopan atas jalan aku lah tadi.

Ketenangan jenis ni memang susah nak dapat melainkan kau yakin lagi pasti di pejabat nanti bos tak datang a.k.a membebel. Maksudnya bebas daripada ancaman komunis (gila kejam frasa!). Tapi aku jujur wa cakap sama lu. Ni pun time rest baru tulis. Ok, jumpa lagi nanti.

Alamak, tertinggal! Sabtu program tengok Papadom. Tarikannya kurang jelas. Mungkin tajuk itu sendiri kuat. Hasil Afdlin kerja detail. Tajuk catchy pun perah air kepala (rasa-rasalah). Salute! Ada harapan jadi seniman lagenda. Setaraf P. Ramlee (kot).

Lagi. Member sepejabat naik angin. Budak sekolah berduyun minta tolong fotostat. Benda yang sama tapi datang dalam pakej seketul seketul. Faham. Parah. Melecet tangan. Nak layan ratusan mereka. Esok abang buka kedai fotokopi sebelah sekolah ye, dik.

07 Oktober, 2009

Tak berbaloi-baloi

Orang kenal aku panggil aku slow. Lambat tak lambat aku tetap sampai. Bukan bagi alasan just inform supaya kamu semua faham. Style aku lebih terarah pada slow and steady. Atau lebih tepat Macho-man memang darah daging aku.

Aku tak kuat. Apa saja aku buat aku take time. Baru boleh bertanding. Pulun kasi semua tumbang. Fikir panjang tapi ligat. Mata kasar mana boleh detect. Tak percaya try.

Pada aku rugi rushing tapi habis tercicir barang dikendong. Buat checklist, fikir lagi, do rechecking, bla..bla..bla.. Leceh yet berbaloi.

Lembab ke aku berbanding broadband Malaya? Lawan sprint dengan beruk mungkin aku kalah.

Baca frasa di bawah bersama rasa takjub.

Malaysia currently lags behind advanced countries in terms of quality and affordability of its broadband offerings, which has been confirmed by the Oxford University study.

 
Hebat, kan?

Ok, baca panjang ni pula.

Sekarang aku yakin aku lebih laju dan berdaya saing berbanding telcos tanahair kita. Chow!

04 Oktober, 2009

Minggu sudah sudahlah seminggu sudah

27SEP2009: Bulu indah.
Masih ingat plan aku nak bagi Jess kad raya by hand tu? Huhuh. Dia terdiam. Aku tanya apa dia rasa. Selalu beri jawapan kerek, "biarlah rahsia." Recheck kot-kot ada misai melintang atas bibir ni.

Adik Datuk K
Mungkin adik Datuk K

28SEPT2009: Damasutra.
First day. Malas. Rajin. Campur baur. Sayup dengar kawan pejabat cerita tentang raya. Umpama mimpi dalam mimpi. On off. Rasa nak pitam. Penat semalam sengal satu badan. Kaki lagi. Masih tersengih secara solo terngiyang ayat Jess, "kenapa setiap kali keluar, awak yang shopping sakan bukannya saya?"

29SEP2009: Demi masa, tolong bubarkan Senario.
Selamba lambat masuk meeting. Senario biasa. Makanan lebih banyak dari topik perbincangan. Hidup Melayu!

30SEP2009: Tuisyen free.
Setiap agensi wajib hantar at least 2 wakil. Ada tak kurang dari 10 agensi. Darabkan sepatutnya dapat kumpul minimum 20 manusia berdisiplin a.k.a bertanggungjawab. Tapi sayang, cuma ada 5 yang sudi. Lebihnya kepelbagaian alasan. Abah dia kena khatan lah! Makcik kahwin naik heli lah! Anak kucing tumbuh gigi lah! Lah! Lah! Lah! Lxhxbax!

Sambung matematik. Seratus biji meja depan mata. Task kau alih semua dari hujung dewan ke hujung satu lagi. Satu hala trip 20-30 meter. Guna kudrat badan. Berapakah tenaga yang diperlukan supaya semua kerja habis menjelang petang? Ya, 5 Power Rangers sama jantina terpaksa dikerah. Kahwini kami. Kami mantop!

01OKT2009: Sepuluh budak hitam.
Start naik kapcai cabuk ke pejabat. Kesian. Semput. Teringat balik nostalgia geng sekolah samakan dengan Apek Kangkung (orang jual sayur pun guna lori lah!) Siap panggil helmet separuh aku Sang Kura. Ternyata sebab jealous. Walau apa pun, tetap terasa comel lagi optimis. Orang kacak selalu kena kacau, kan?

Tragedi Oktober wa cakap sama lu. Hilang sandal made-by-plastic waktu event. Jadilah aku ayam pakai baju melayu koko. Ya Allah, berilah hidayah kepada penyamun masjid (sambil praktis flying kick). Haiya!

02OKT2009
: Passport.
Potong seluar satu 8 ringgit. KL biasa 5 ringgit. Tahun depan pindah Venezuela!

03OKT2009: Paling = TER!
Bangkit subuh terasa sakit. Ada batu dalam kepala otak. Paling kacau. Migrain level mesti-kahwin-cepat-usah-tangguh.

Saudara baru saya lawati. Mesra. Makin sayang pada kalian. Lihat penggunaan saya di situ. Tanda hari paling sempurna.

Jatuh motor. Si Gemuk yang tergolek. Plus, drift. Accident terus telefon aku. Darah melimpah keluar ceritanya. Panik sekejap. Tiba-tiba letak. Call balik haram angkat. Paling sesak jiwa. Mati ke? Putus ke?

Motor
Tukun boleh!

Gemuk, cepat baik. Nanti kita duel sate Samuri. My treat! Apa macam?

01 Oktober, 2009

Angkat

Kejap lagi aku berangkat ke Masjid Negara, bersama angkatan "tentera" dari pejabat. Ada makan-makan a.k.a kerja angkat meja berat anak gajah. Ok, chow!

29 September, 2009

Pengakhiran sebuah cerita adalah mati!

Selesai masalah. Tapi bagi yang pakai Kaspersky, mungkin kalian masih tak dapat layari muka depan blog ni. Yang lain mungkin beres. Aku cakap mungkin sebab aku pun tak pasti. Tambah, aku malas nak pastikan. Lantak!

Apa yang penting?

Minta kerjasama anda semua. Sila berkunjung ke sini. Ada tidak anti-virus kamu detect virus HEUR:Trojan-Downloader.Script.Generic hingga kamu di-block masuk? Syak ada makhluk pedajal aku. Kalau betul, aku ampunkan si polan itu. Untuk anda pula, terima kasih dan wa caya sama lu!

25 September, 2009

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi. Berkumandang suara azan. Mendayu memecah sepi. Selang seli sahutan ayam.

Sebenarnya ini masuk kali ketiga aku cuba nak tulis sesuatu (untuk hari ini) tapi gagal. Suasana cerah, terang benderang, terik lagi panas membantutkan aliran zat. Adakah serdak kuih menyerang bertalu nef-nef hinggakan terasa lemah upaya. Mungkin benar cakap Hang Kebun, "berhenti sebelum kenyang." Mungkin apa nya!

Sekarang aku meminta bantuan iPod a.k.a PELE menyalurkan ilham melalui irama dan lagu. Berkat hidayah lepas solat Jumaat tadi, jari aku terpilih album Puji-Pujian. Ya! Malangnya, masih juga tersangkut sesat di dataran gersang. Pakai peta purba. Padan muka!

"Bila dipuji kejayaan kita. Sebenarnya bukan milik kita. Oleh itu sedarlah sentiasa. Semuanya dari Allah."

Jujurnya, aku kurang dengar nasyid (kecuali Raihan). Itu pun kadang-kadang. Ok lah, jarang-jarang. Sebab kerap "terbakar tak berasap". Terutama lirik Peristiwa Subuh. Kalau parents aku jemu kejutkan, berselimut kulit babi tiap pagi gamaknya. Silap haribulan terkena influenza. Hachoomm!

Ahad kalau no aral, cadang berjumpa Jess. Dating! Jadi, aku sedang adjust ayat power nak letak dalam kad raya yang aku beli di kampung tempoh hari. Murah baitu tapi jangan beritahu dia. Atas bakat yang ada diharapkan Jess akan terus-menerus cair bersama hangatnya kuasa cinta aku. Kelakar! First time hantar by hand. Agaknya dia gelak tak ek?

Ok, sambung layan suara Nazrey Johani. Chow.

24 September, 2009

Rempit naik kereta

Ok, first entry. Pagi aku terbangun awal. Adik selamba tutup pintu bilik. Lemas, beb!. Plus, bau gampang taik kucing jiran muka-buruk-perangai-tut. Raya ala bandar tak sangka seindah neraka.

Lepas mandi kasi wangi, bersiap sama beg mat rempit. Start enjin, aku tuju bank. Misteri kehilangan ringgit dari akaun perlukan penjelasan. Toyol curi? Islam punya bank tak ada baca-baca ke? Nak kena baca talkin kot.

Baru teringat lauk mentah rumah kehabisan. Pergi pula kedai serbaneka. Masuk terus pekerja situ follow rapat. Suspek muka perompak. Sengaja tawaf buang masa. Test larat tak. Pusing punya pusing. Last sekali, beli se-rak telur. Bertelur kepala dia. *Tersenyum tersengih*

Misi seterusnya. Sampai dua kompleks terjah. Mahu alter jeans murahan. Berpeluh! Gelap! Ramai masih berkampung. Elok lah tu. Seronok pungut hasil lupa mak abah apa cerita. Cerita Tanggang lah. Pakej berkat di tapak kaki mereka. Boleh diskaun dosa major-minor. Kalah pakej Haji.

Tengahari mungkin pengisian kuih ke dalam perut dilaksanakan. Petang dan malam juga. Pendek kata, sepanjang Syawal. 30 minit setiap sesi. Dalam seminggu hanya 7 kali.

Dah! Jom bersenam.

19 September, 2009

Meskipun banyak berjalan, ketiak masih anti-basah.

Malas tulis. Mungkin terakhir untuk 3-4 hari mendatang. Raya? Tidaklah. Hanya terasa malas. Cuti kena malas. Nak rajin pergi pejabat. Banyak kerja menunggu. Penunggu sama. Cuti lah, wei!

Esok raya. Selamat Satu Syawal. Maaf zahir untuk lebam, luka yang aku buat pada anda semua. Juga maaf batin andai terlalu banyak ronta jiwa, rasa sayang terwujud tatkala membaca entri pening nukilan hamba.

Pening-Khatan??

Satu pesan. Racing-lah atas jalan kalau nak bagi mak abah korang menangis untuk 10 Syawal mendatang. Tahun ke-sebelas dan atas dorang pun malas nak cara. Sama lah aku. Baik menghadap Astro. Jadi jangan bunuh diri. Banyak ketupat melambai pelawa makan. Rugi!

Tiba-tiba aku tambah. Sikit pun tiada hairan wujud makhluk mengakui diri rasul. Sebab yang berlagak jadi tuhan punyalah ramai. Hari-hari masuk tv. Nak banding??

Tambah lagi, semalam beli cd Jeffridin, P. Ramlee untuk penuhi semangat jiwang-klasik aku. Gerenti lepas ni Jess tercungap-cungap dalam lautan ayat cinta. *huhuh*

16 September, 2009

Pernah berjanji dalam hati kurangkan post Luar Tingkap tapi apa yang terjadi sebaliknya. Tolonglah faham isi hati manusia teraniaya bernama aku.

F1 adalah sejenis penyakit. Tanpa selsema, berjangkit pada manusia pemegang amanah. Pakar stadium runtuh, dan jambatan baru. Jaga hal hakiki, lah! Penganggur tak dapat makan anggur. Asyik layan nasi dengan telur. Check! Takut kot-kot dah tumbuh paruh.

Ooo. Menjawab! Train & Place. Kerja banyak. Kerja obvious banyak - pembantu golf untuk graduan. Kasi title chantek punya! Yang Dipertuan Caddie Khas untuk para pegawai? Seribu tempat. Kelakar! Tunggu sat! Menjawab kamu jangan memilih kerja. Suruh anak kamu jadi caddie! Suka tak?

Tukang Angkut
Yang comel itu caddie

Syak kerajaan nak beli pasukan BMW. Kepala kita cakap guna Proton. Tapi figura sama ada beritahu rakyat tidak adalah hak kompeni. Kami bukan rakyat tukang sapu. Beritahu cepat! Nak tanya saban tahun suntik modal guna duit gugur dari syurga kah?

Baca surat khabar kalau pening kepala. Mana ada dalam sejarah kerjasama begini yang keluar duit selambak dari swasta!!

Musykil. Siapa nak pandu kereta laju? Alex-yang-lembap-tak-pandai-ambil-corner? Anak-orang-sangat-mampu-main-go-kart-tiap-minggu?

Bila nak merasa selesa? Seratus ribu tahun selepas Masihi? Duit banyak. Bajet babas. Terpenting didahulukan! Cakap pandai!

Jangan buat aku tambah dosa, bro!

Berhemah! Nanti stabil gasak lebih pun aku halalkan. Reti bersabar. Kenapa tergesa? Esok belum kiamat! Jumaat mungkin.

Kapitalis masa senang untung belanja sendiri. Merundum pakai pitih kami. Adil dunia berat, senget taranya. Jawab dalam kubur ya!

15 September, 2009

Jiran

Isu gempak. Rekod baru dunia. Al-kisah sebuah negara semua rakyatnya nak jadi tukang sapu. Jurutera, pilot sekarang kelas bawahan. Mana? Dekat. Naik tongkang sampai punya.

Salah terus sembelih. Bawa bincang haram. Orang dia salah try jentik. Terus menggelisat gebang hak asasi manusia. Dia rompak, edar dadah kira jihad??

Membesarkan perkara kecil, mengentutkan hal besar. Itu tabiat monyet dapat roti. Jilat habis krim, roti pergi campak longkang. Bangang!

Gelak
Yahudi gelak tengok drama

Kalau aku alien, aku nak tinggal di Malaya. Dari duduk negara besar dengan manusia besar kepala baik duduk dengan sapi. Sapi bukan saudara tukang sapu!

Tutup, habis jantung pisang, kasut, rambutan, kabel tembaga, batang paip, basikal, kau sapu. Sekarang nak sapu kami! Kawan kamu lain penat jadi tukang sapu (halal dan haram) di sini, nak kami sapukan juga kah?

13 September, 2009

Baru bangun

Ok! Masuk ini kali kedua aku mulakan entri dengan ok, ok! Keadaan aku ok dan stabil. Yang stabil mental, part duit tolong jangan tanya. Nanti aku emo sah-sah batal puasa. Terpaksa buat jamuan rambutan dekat tanjung sana.

Kebelakangan banyak baca entri orang lain. Ada yang tulis serupa orang betul. Tapi gaya orang utan paling senang jumpa. Dari situ banyak aku korek ilham. Macam selalu, jarang aku realisasikan dalam bentuk tulisan. Akibatnya, semua cakap kencang terperap kepam bagaikan aroma ketiak. Tengik tapi sukar ditolak!

Perlukan treadmill. Perut aku makin menjadi keaerodinamikannya. Kerja banyak tak menjanjikan kita slim shady. Senam tetap perlu. Aku nasihatkan aku. Cakap saja. Kejap lagi tidur. Gerenti!

Malas betul! Lagi aku cakap pasal aku. Tengok saja flow entri, caca marba! Kata identiti blog - Kaput! Ada ke orang kisah?

Alamak! Habis modal. Esok kalau stabiliser aku ok, kita sembang lagi.

12 September, 2009

Belum kenal?

Hai, nama saya Al-Kaput. Orang panggil Kap. Hobi saya ialah mengubah tajuk blog saya. Terkini, BKN IKN KP bermaksud Bukan Ikan Kap. Jangan pula ingat Bikin Ikin Kopi dan lain-lain. Tammat.

11 September, 2009

Broken English 101

Fungsi bos secara fitrah menjadi tabung duit. Masuk keluar lalu dia dulu. Orang kata makin besar tabung, makin besar jumlah ringgit.

Bayi Tabung

Dalam kes aku, fizikal bos besar sungguh tapi bajet ciput. Langsung mencerminkan ke-tahi-hidung-masin-an sebuah tabung bergerak. Lalu mengingatkan aku pada pepatah purba...

...Don't judge a boss by his/her stomach!

10 September, 2009

Kecemasan 999

Yang paling kiri ialah aku yang happy jika dibelanja kamu. Jangan malu segan belikan aku PS3 siap bundle The Beatles: Rock Band. Ya, benar bagai dikata. Muka tembok! Geng John Lennon!

Kumbang_Rockband

Terima kasih sebab sudi baca sampah tercicir ini.

Bukan salah Alam Flora mengandung.

Ini tulisan orang atau orang utan??

09 September, 2009

Mestika dikehendaki

Ok, aku ter-spoil-kan pagi aku dengan cirit birit. Punca mungkin dari aksi seksi Wan Sharmila yang aku terpandang walaupun tak sudi (tipu!). Fuyoh! Terasa pedih di bahagian itu pasti lama durasinya. Seksa! Minta terhapuslah dosa korek hidung masa Ramadan tadika dulu. *Lost*

06 September, 2009

Zoo Negara

Semalam dalam sejarah tercatat sebagai pagi terbaik dalam hidup aku.


Terima kasih, P. Ramlee. Kini aku bebas belenggu.

03 September, 2009

Magis! Bertukar kepada pisau lipat!

Ok, sekarang juga aku pergi Kelantan tikam balik budak lelaki yang tikam anak buah dia semalam. Hal kecoh baju raya pun kau gagal handle. Siapa suruh kau stone, ngok? Ada hati kahwin anak perempuan orang! Perhatikan! Aku tak guna istilah anak dara. Cit!

Cancel! Kecil sangat. Sunat tak rasa benda pun.Transform jadi pedang samurai. Mana pula kain pelekat? Mahu bungkus muka jadi ninja.

Banyak betul aku nak jadi petang ni ek!

Wei, itu surat khabar semalam lah!

31 Ogos, 2009

Mana bunga api?

Aku pandu sederas siput tapi mereka kata cekap. Akulah Schumacher Melayu. Maklum, nak tumpang kereta percuma. Sewa nanti puluhan ringgit terbang melayang. Bodek sambil bodohkan diri dan mereka rasa mereka merdeka!

Di pejabat, aku pandai buat kerja. Bila mula tersenyum, aku menarik perhatian semua (apa punya tulisan daaa). Mereka bayar aku ciput demi alasan banyak lagi kena belajar. Sedangkan aku cekap dan kehadapan. Mereka undervalued aku. Mereka kata mereka merdeka!

Sampai di sebuah kedai, bertanyakan harga sepasang baju kurung. Cuba tawar-menawar. Tiada sedikit pun diskaun. Sedangkan tadi lain dapat 20 ringgit lebih murah. Mereka menipu dalam Ramadan dan mereka kata mereka merdeka!

Bila orang lain bantah tangkap manusia lain tanpa perbicaraan, melambak FRU di longkang, atas pokok, dan celah traffic light. Tapi bila ada kumpulan hina tuhan agama lain. Siap main pijak sepak. It's ok! Itulah pemimpin aku dan seperti biasa, mereka percaya sangat yang mereka ini merdeka!

Si polan percaya aku ketagih makan nasi lemak malam "lori bergerak" aku poyo! Abai kesihatan! Dia pula yakin dia merdeka sebab tiap minggu drive-through Kay-Ep-Si. Entahlah, merdeka!

Merdeka! Merdeka! Cuti perkabungan! Meratap kebangangan! Insan kononnya merdeka.

*Masih cuba me-merdeka-kan jiwa*

*Selamat merdeka, kawan-kawan*

30 Ogos, 2009

Diari Ramadhan Kap

Semalam Real Madrid punya game di tengah awal pagi. Sebagai penyokong tegar, bersama mata rabak aku standby depan tv bersama semangat jersi baru. Walau masih dalam baldi, terasa kononnya aku sedang pakai. Baju Sarawak termasam setelah seharian temankan Si Gemuk dan Jess shopping raya aku buat tutup sebelah hidung. Baunya i-don't-what-to-say.

Bertahun-tahun aku jadi savior adik beradik. Tugas paling biasa temankan pergi toilet. Kelakar tengok gelagat Adik. Dia ni semua benda tak takut. Ular, buaya, wanita cantik (aku tipu), biawak komodo. Semua tak ada hal! Tapi apa cerita lipas jadi isu. Damn!

Chow Kit kan ada banyak khemah jualan. Kuih, baju melayu, dan apa-apa saja yang mahal time Ramadan (kecuali bundle). Wei, kenapa banyak sangat baju kurung see-through?? Mungkinkah rezeki(?) budak lelaki di pagi Syawal kelak??

29 Ogos, 2009

Jiwa biskut Marie

Selalu sangat bila beria-ia jadi gagal. Bersusah payah aku plan. Tensi yang aku dapat.

Kadang-kala aku buat bodoh saja. Mulalah orang merajuk kata aku tak komited. Beri alasan tu seolah bertanda dekat tubuh aku. Aku manusia alasan! Sial lah!

Korban minat dan kehendak aku nak penuhi hasrat korang. Akhirnya, aku kecewa. Puasa ini korang nak uji aku ke wei!!

Lain kali aku malas layan korang. Banyak hal aku nak layan. Layannn..

27 Ogos, 2009

Hati jahat

Apa kes? Kena paksa berbuka puasa di rumah bos. Kata makan besar. Tak percaya. Lepas soru, sembahyang jemaah menyusul. Nak tipu pun dikit-dikit lah. Belasah kaw-kaw. Mampu ke nak solat??

Pesanan untuk bos. Tipu masuk neraka. Lantak! Jangan salahkan saya. Saya (bakal) teraniaya. Sebab kesian, saya janji tunggu bos depan pintu syurga (kalau senang!).

Bajet tiga ratus menu wajib A. Harapan tinggi. Sekali sakit hati, aku sumpah jadi sate Kajang. Maksud aku lidi cucuk sate. Sampah tak boleh kitar semula.Useless!

Doakan jangkaan aku meleset. Nanti aku pula yang duduk tempat panas tu.

26 Ogos, 2009

Sogo: Sebuah kubur cinta

Ok! Dari khabar rakan sekerja duit raya masuk semalam. Aku cadang beli sebiji banglo kaca tepi pantai. Lebih belanja kamu semua. Setuju?

25 Ogos, 2009

Lambat lagi azan Maghrib

Sedar tak sedar kini Syawal tiba. Dodol dan ketupat sedia dijamah. Saudara mara, sahabat handai berkumpul merai kemenangan besar umat Islam. Sepanjang Ramadan, kita menghadapi cabaran ayam golek Seksyen Tiga, jeli kelapa Yusman, serta Murtabak Wan, yang ternyata menguji kesabaran insan bercinta. Eh! Berpuasa!

Slot berangan ini di taja oleh Rojak Mak Zah dan Syarikat Van Sekolah Pakcik Abbas. Terkenal sejak tahun 1989.

Jam sebenar menunjukkan 4 Ramadan 1430 Hijrah. Harap maklum.

24 Ogos, 2009

Sekejap lagi azan Maghrib

Jangan Ada Benci merupakan antara lagu yang agak hangat di zaman kecil aku. Ramai kawan perempuan mangsa angau bilang penyanyi lelaki itu kacak. Bila aku cakap aku pun sama tampan, mereka langsung tolak. Mereka minta alasan.

Aku cakap, "sama
what rambut aku dengan dia!"

Mereka muntah sampai subuh.

Melalut ke laut, sedangkan aku bukan nelayan. Apa hal nak ke laut? Lagi pun aku suka makan ayam. Ayam suci lagi halal. Bukan ayam pakai skirt pendek!

Tumpang lalu, kawan-kawan. Aku perasan semakin kurang anda yang komen. Semua universiti ke tutup dalam Malaysia ni?? Meskipun aku sedar blog kurang popular senarionya sunyi. Macam biasa, aku tetap degil. Orang lapar beginilah. Lebih lagi bila ayam golek idaman tak ada atas meja.
Porah!

Sumpah! Aku benci Ronaldo. Sekarang dia pemain pasukan aku. Siap duta syampu sama. Nak tak nak aku terpaksa terima dengan hati terbuka. Adik beradik mana elok gaduh-gaduh. Bulat air kerana pembentung. Aduh! Teringat dekat ayam golek Seksyen 3. Bulat-bulat
wo! Telanjang! Tak pakai skirt pun.

Moral, benci Messi pula. Untung-untung, musim depan dia pindah ikut Ronaldo. Jangan benci Amri Yahyah. Nanti bungkus Selangor.

Jangan saman ana lah

Salah kan ana
Jangan salahkan ana
Kasih biar ana lupakan diri anta
Mana satu ana jadi keliru
Ana makin keliru..

*Keliru versi Akhil & Wawa*

23 Ogos, 2009

Ayam golek menari-nari

Berada di depan pc sambil memakai kopiah bukan cara aku. Kipas yang ligat berpusing sebelah ini pun tak dapat selesakan aku. Aku tahu. Aku rindukan senyuman orang itu.

Entah kenapa akhir-akhir dan baru-baru sudah aku pening 24 jam. Mata terbuka tapi dada sesak. Kerap tertidur jadi rutin. Bagai orang bukan orang. Orang utan pun bukan. Mana ada orang utan pakai kopiah, kan?

Gaya penulisan aku juga semakin buruk. Gambar jarang sangat letak. Aku sendiri pun naik boring. Tengok! Kan betul!

Aku ingat nak beli kamera. Macam Akiss dan Ahmad Nikon. Jadi aku boleh kurangkan kuantiti aksara dan lepaskan sarat otak. Masalah cuma satu. Siapa nak belikan? Jijik sungguh ayat tadi.

Sekian sahaja. Salam SatuAyamGolek.

22 Ogos, 2009

Setan hilang: Sila hubungi polis

Puasa wajib bermula. Ingat pagi waktu berehat panjang. Ternyata silap. Perkhabaran dari Hang Kebun. Rumah kami banjir. Bilik aku yang banjir. Masuk dek air mendatangkan retak dan kulat di dinding. Kawal amarah. Kata puasa. Berbisik pada hati, "Alhamdulillah."

Kepala ting tong apakan daya. Terpaksa kami baiki bumbung bocor. Gigil. Hujan campur sempit lagi berhabuk. Pitam kalau lambat berbuka. Nak panggil pakar pakai ratusan pitih. Baik teruskan usaha (walau gigil).

Ok, projek selesai. Badan mula gigil. Mahu berhenti sekarang.

Salam Ramadan semua. Kurangkan melantak saat berbuka.

Ayam golek di tempat kamu berapa harganya seekor??

20 Ogos, 2009

La Liga bila nak mula?

Komposisi surat khabar masa kini adalah 40 peratus SatuMalaysia, 30 peratus lagi untuk propaganda pihak satu belah kompeni, gosip ala Akhil Hayy mendapat 20 peratus dedikasi, 15 peratus iklan ah long, 5 peratus sukan sihat badan. Aku baca yang 5 peratus itu. Dalamnya pun terjemahan dari bahasa Inggeris. Jadi dah jimat. Cuma usha internet. Sepuluh kali lebih banyak boleh dapat. Mati surat khabar mati! Hidup Sokernet!

Kuih

Sepanjang lapan jam aku dikelilingi wanita. Bayangkan satu lawan lima puluh. Tapi aku rasa biasa-biasa. Malah hilang ghairah bergambar seperti selalu.

"Semua makcik dan nenek harap bersabar ya. Kuih yang tersedia cukup untuk semua."

18 Ogos, 2009

Dam Dam Dum

Alamak, guruh berdentum! Kena tutup internet dulu. Esok baru tulis. Salam.

17 Ogos, 2009

Miang

Percaya atau tidak, malam nanti aku akan layan konsert Siti di London. Aku nak tengok Siti tepat-tepat. Perhatian seratus peratus aku berikan. Lantaklah korang nak fikir apa. Ramai kata Datuk K mula jatuh cinta masa dan ketika ini. Mungkin perlakuan aku menyerupai debaran Datuk K, aku pun tak pasti. Yang pasti aku suka cukur misai dan Jess suka.

Semalam Akhil Hayy nikah dengan cik (sekarang bergelar puan) Wassini. Waheeda isytihar dia bersara. Ceh! Baru bayang mereka bikin album "Nurul dan Ajai". Gaya seperti mustahil. Misi Rajin dan Tukang Ubat pula sibuk berdebat tentang hak wanita. Poligami, cerai, sindrom gatal, nafkah batin, kebajikan anak, dayus, apa-apa saja tentang lelaki serba negatif. Yang setia melayan dua wanita ini dah tentu aku. Bersungguh! Baru aku sedar perempuan kadang kala nampak comel bila begitu.

Apa lagi mahu buat ya?

Ana ingat..eh, kena rasuk mambang Akhil Hayy ke ni? Aku ingat nak khatam majalah yang semingu terperap. Apa guna kalau sekadar koleksi. Beli nak awal, baca hujung bulan. Perangai ganjil waris dari siapa entah.

Cadangan baik Akhil jual single Wassini versi adun semula. Nafas baru. Dia sendiri nyanyi. Tak pun Waheeda nyanyi balik lagu rock kapak kumpulan lama suami tercinta, D'Riyadh. Pengantin baru punya produk selalunya laku. Anta setujukah, Akhil?

16 Ogos, 2009

Ahad tahi kucing

Saudara belah Hang Kebun datang melawat. Datang seolah kami serba-serbi ada. Kami bukan Mydin. Lagi lima minit nak tiba baru beritahu. Saudara oh! saudara.

Bagaimana rasa kamu dipinggirkan? Sang pencinta pula langsung tak punya kuasa tentukan apa-apa. Takdir mencorak segala perjalanan. Aku si lemah hanya berharap. Lari topik!

Kawan-kawan, sila ambil peduli. Ramai bersin topeng di mana? Tolong hilangkan kepentingan diri. Aku mati. Siapa nak jaga famili aku. Bodoh punya manusia bersin!

Pendek perenggan ini. Siapa tahu cara bunuh paling sempoi? Mana patut dulu? Tuannya atau kucing yang berak di laman rumah orang lain?

Kembali ke nada rendah.

Lauk di bawah masih banyak. Saudara bukan perhabiskan pun. Sebentar lagi kemahiran menyental lauk bakal dipertontonkan. Sila bayar tiket di kaunter sebelah ya!

Berita baik. Mereka balik sudah. Tugas aku perlu dimulakan segera (sementara masih panas). Makan lagi dan lagi. Walau tanpa gaji, ku redha. Tunggu aku datang, wahai gulai sotong, paru masak sambal, kangkung tumis, sup cendawan dan patin masak tempoyak.

15 Ogos, 2009

Terjumpa Siti

Awek keding boleh reformasi ke gebu.
Dulu budak kini bersama mat kumis.
4U2C popular semua tahu, nak ikut.
Robot juga ada tarian, pun ramai mahu tiru.
Leng leng leng tergeleng-geleng.


Baiklah, sekarang aku mereng .
Jangan layan aku.

13 Ogos, 2009

Selamat tinggal pada semua. Berpisah kita selamanya.

Berdiri di balkoni. Romantik. Pipi aku lalu bayu separuh keras. Terasa rindu pula. Ternyata aku lelaki separuh sedar. Berkhayal di saat berjauhan.

Kelihatan anak sekolahan asyik bermain aksi monyet. Belajar penat-penat semata nak jadi beruk. Janji kerja halal, kan? Tak jauh dari situ ada banyak pohon buluh. Yang runcing, betong semua ada. Baik tukar nama sekolah ini Sekolah Agama Segala Buluh.

Nampak rintik hujan mula jatuh. Sejuknya. Macam Cameron Highlands. Lama tak sampai sana. Nostalgia jagung gergasi, sesi fotografi di ladang teh bersama Jess. Paling gila ada ke patut tunjuk arah kubur, sedangkan kami nak ke kebun. Sah! Nepalese menguasai tanah kita. Kebun! Kubur! Arghhhh!!

Belah kanan sedikit boleh nampak dekat lima belas (15) pekerja Tenaga Nasional bertungkus-lumus borak kosong sambil membelasah kuih serta sirap. Baki lagi empat (4) makan gaji celik. Rezeki halal dan tak curi tulang. Berkat! Selamat!

Terima kasih juga pada mereka. Sejam aku rehat tambahan. Elektrik kong! Kerja pun kong! Lain kali bagi notis sebelum operasi. Boleh aku fikir aktiviti gantian. Bosan! Minum sirap bawah pondok gua tak minat!

Hujan makin lebat. Mungkin mengiringi perginya penyanyi nasyid pujaan Misi Rajin, Ustaz Asri. Rabbani perlu terus jalan. Aku nak dia terus gembira. Tadi dia sedih bila aku nyanyikan lirik yang menjadi pilihan tajuk untuk hari ini. Al-Fatihah.

12 Ogos, 2009

Baik kamu jawab! (versi 2.0)

Tulisan kali ini lanjutan entri sebelumnya (yang komen kamu tidak aku balas). Isu sorok-sorok. Waktu sekolah main menyorok balik almari, belakang pokok, dalam longkang. Payah kan? Badan kecil pun selinap orang ketemu. Gula bertan-tan (setan!) haram jumpa. Patutlah ramai manis kencingnya. Simpan dalam sistem badan kot!

Pakatan terbaru sorok kasut Vincci untuk dijual ke negera kap kun kap. Di sana jual mahal. Di sini murah sebab subsidi. Kerajaan nak semua awek pakai Vincci. Jangan pakai selipar Jepun. Nanti kena pancung. Banzai!

Nuyu jawab bermusim. Musim sorok-sorok. Siaplah! Musim kahwin, aku sorok pengantin baru. Tak kira lelaki ke perempuan. Jual pakej lengkap. Sambutan kalau dingin. Cabut organ penting. Jual berasingan. Tinggi margin untung. Ramadan boleh guna beli ayam golek.

Rambut aku tadi serabai. Siapa sorok wax? Cis! Buat-buat lupa pula. Kan seminggu dulu lagi kehabisan.

11 Ogos, 2009

Baik kamu jawab!

Banyak (syaitan) main sorok gula, minyak, tepung, bla, bla, bla, tapi kenapa susah sangat kita dengar aktiviti sorok arak, rokok, babi, seluar dalam renang, barang kemas, jet-ski, kasut Vincci, langsir, kuih raya, bla, bla, bla??

09 Ogos, 2009

Kenapa kita jauh?

Rindu kamu, sayang. Moga baik, segala indah milik kita. Meski cuma sedikit untuk aku. Tak mengapa. Pasti ada banyak buat kamu. Amiinnn.

Belum mandi

Sabah
Bila jamah nasi beriani, aku pesan lauk daging. Sesedap rasa mesti ganding sama papadom. Papadom bukan semua tempat sedap. Ada hangit, tebal, masin sangat. Sebahagian lemau. Berniaga kalau nak masuk neraka, buat macam itu selalu ya!

Malam semalam Papadom penerima hadiah terbesar. Tukang arah (pengarah) pun besar (saiznya). Lihat pada P yang berhuruf besar melambang ia nama khas. Nama khas sebuah lagi filem Afdlin Shauki. Terakhir aku tonton Los & Faun. Seronok dan tak klise (kecuali bahagian penghabisan). Tak sabar mahu beli tiket Setem juga. Hanya sebab Afdlin. Tukar rancangan lah. Takut selsema. Beli DVD.

Nenek aku Chek Embun
Jebon tiga hari hilang baju. Jebon adalah telefon bimbit aku. Usianya tiga tahun. Baju Jebon pun tiga tahun. Jebon kacak dan aku pun sekali (tumpang bangga). Masa baju dia hilang, sasau sekejap. Aku benci barang aku tercalar. Cari dalam mesin basuh, ampai kain, poket seluar, beg, bawah katil dan akuarium (tu tipu!). Hampeh! Terbogel dia. Tanpa seurat benang Jebon nampak macam tarzan. Terbuka aurat.

Semalam aku (ter)tidur petang. Bangun aku terus selongkar katil kaw-kaw. Taraa! Jumpa. Sekarang Jebon sudah menjadi lelaki bermaruah. Bukan lagi tarzan. Tapi masalahnya pengelap cermin mata aku pula yang hilang. Nak kena tunggu hari ketiga baru boleh jumpa agaknya. Nasib badan.

08 Ogos, 2009

Tahniah

Baru tadi aku bersin yang secara automatiknya memberi masalah di pagi sunyi. Ya! Aku teraachooom! sambil kaki sederhana panjang belah kiri tertutup suis palam komputer (ketika masih separuh kerja tergendala). Waa! Tiada pula mod pemulihan (recovery mode). Sabtu indah milik insan lain barangkali.

07 Ogos, 2009

Iqra'

Pandang dan renung tepat. Baca dan jadilah manusia.
Siapa tak iqra' jadi politikus kebanyakan.

Komen nombor 312 adalah komen dari manusia yang manusia.
Terima kasih, Jeff.

Pautan: [64 tahun dahulu]

06 Ogos, 2009

Sirhan Sirhan

Aku menghadap internet untuk bola dan video panas. Panas bererti konsert mat-mat rock orang putih. Buang masa muat turun video wanita berbaju tipis kecuali Lindsay Lohan (rujuk Bobby).

Sekarang aku bercadang pasang Astro. Kesian, baru nak merasa. Hang Kebun anti-sosial. Kalau keluar gambar "terlampau", dia tak teragak-agak pecahkan peti televisyen. Dahsyat cerita aku, kan?

Balik cerita asal, sungguh menggeletar jiwa mat bola ini bila pasukan aku (Real Madrid) asyik membeli belah. Ratusan juta Pound!! Tak mahu terlepas aksi musim baru. Harap nanti tak bungkus bangkrap. Hutang bergunung jika gagal, Safee Sali pun belum tentu mereka mampu dapat lain hari.

Niat nak berjimat, tengok di kedai mamak. Masalahnya ada dua. Satu, saingan peminat Setan Merah. Dua, kadang-kadang masa aku nak tengok mesti ada famili minta Discovery Channel. Memang dah takdir tempat aku bukan di celah-celah "kegelapan".

Baiklah, nekad! Pakej paling cikai tujuh puluh satu Ringgit Malaya. Mahal akibat saluran sukan. Siap pasang piring nanti nak beli jersi Kaka. Baru serap semangat kesukanan. Apa hal pun sakan gembira pasti raja monopoli. Bertambah seorang pelanggan paksaan. Kau gelak besar ya, Ananda Krishnan?

04 Ogos, 2009

Nak jadi babi duduk hutan lah!

Manusia celaka terbodoh aku jumpa tengahari tadi. Aku signal masuk petak parkir, dia terus zooom nak cilok. Mula aku fikir kau tak sengaja, aku hon kau bagai Jebat kena rasuk. Pun selamba babi kau buat bangang. Aku ingat kau mungkin OKU. Tak ada pun sign "saya pemandu kurang upaya" dekat belakang kereta kau. Aku hormat golongan lemah tapi kau OKA, Orang Kurang Ajar! Babi!

Sesuai lah! Kebangangan kau lebih menonjol bila aku hon kau sekali lagi, kau cepat-cepat keluar dan berlagak kau sedang mendengar irama asli turun temurun nenek atuk kau. Nanti Allah bagi kau pekak betul, kau ingat aku, ok!!

Nak kata hon aku tak power, semua orang pun boleh toleh. Orang tengah korek duit di mesin teller automatik lima puluh meter jadi saksi. Kau jadi babi!

Muka kau ada misai Datuk K ingat aku gentar. Babi kau Datuk B! Datuk Babi! Sah! Kau babi, wahai pemandu kenderaan ber-nombor plat WNF14!!

Kanapa aku usha kau, kau tak pandang? Tahu pun takut! Babi sebenar bukan takut aku tapi takut Yang Esa. Kau lebih hina daripada tonyok. Bodoh!

02 Ogos, 2009

Hijrah

Bermula esok musim baru. Aku berkopiah dan berjanggut lapan jam sehari. Lebih kalau kena gaya. Demi sesuap nasi. Jadi lebih berguna. Raya pula bakal tiba. Mana bisa pakai baju cap Pagoda masa solat Aidilfitri. Diri juga mahu segembira kalian. Tuhan, bantu anak ini. Amiinnn.

Lemah badan bila dapat input negatif. Saluran berbayar tingkat harga. Termencarut dalam hati. Cis! Ustaz mesti kool. Berlatih menjelma puasa. Syaitan pun gelak belakang perhati gelagat. Cerita raya baru puasa. Ayat selindung diri (cover line) kah?

30 Julai, 2009

Sama dengan...

Inovasi sama dengan gebu kuat makan sama dengan nak kacak punya pasal sama dengan reformasi berganda sama dengan sedikit baru tidak mengapa sama dengan sudah bosan yang lama sama dengan tambah warna lain sama dengan kasi huruf besar sama dengan menambah kerja sama dengan lebar daripada dahulu sama dengan manusia perlu berubah sama dengan segar dari ladang sama dengan tukar template (??)

Yang tetap sama hanya aku. Tulis rajin. Tukang baca naik pening. Yo!

Aktiviti berguna sempena cuti "Hari Babi" se-Malaya

Randy 'The Ram' Robinson:

"The only place I get hurt is out there. The world don't give a shit about me."

Aku terdiam..

..


..


..


dan terus terdiam..

The Wrestler empat bintang!!

29 Julai, 2009

Beli asli. Pinjam cetak rompak.

Dengan penuh kecewa aku bagi Monsters vs Aliens satu bintang. Banding Cars, The Incredibles, Geng, Toy Story 2, kualiti jalan cerita boleh pertikai. Lima bintang pada aku masih The Lion King. Simba lebih jantan daripada Awie campur Mawi (??).

Semua patut tonton The Hurt Locker. Kisah propaganda Amerika. Amerika sayang budak-budak, bantu membantu, ambil berat dan semua baik lain. Boleh nampak watak picisan: kereta kebangsaan, Wira warna jingga. Iraqi pun beli produk kita wei! Silap. Penggambaran di Lubnan tapi konon Iraq. Kalau rupa Lubnan begitu, Iraq apa entah lagi.

Wira
Perwira sejati adalah tin susu

Berbaris filem menanti. Dari Donnie Brasco, The Blow, The Wrestler, Tropic Thunder sampai ke Dracula klasik. Celah mana sempat aku sesar kemudian. Buat macam filem Azura pun mungkin payah. Tidur kena jaga. Sakit bukan ada orang rela jaga. Sendiri menempuh hidup.

28 Julai, 2009

Jom Siam!!

Malaysia kalah tipis lawan Setan Merah. Tanda pasukan kita maju?? Lawan sama pasukan yang lama bersantai dan persahabatan pertama sejak tamat kempen. Kita hebat??

Bila Amri kata dia perhati penjaga gawang selalu keluar posisi. Maju akal! Baru mak bapak hormat pemain bola. Baru ada piawai tinggi. Baru bukan sekadar nikah artis.

Dia jaring satu gol hebat waktu perlawanan sudah. Kenapa satu? Asyik satu saja. Dalam berita, dalam drama. Satu, satu, satu. Tak laku sudah nombor-nombor lain. Mungkin tahun mendatang siapa tahu.

Teringat! Pernah beli keropok lekor segera dari syarikat di depan guna perkataan MAJU. Makan bersama Tukang Ubat. Esok terus demam selama tiga hari. Tak percaya? Baik anda percaya!

Kenapa orang kata kita maju bila banyak syarikat luar ambil kita? Kenapa tak bilang kita maju bila bersepah syarikat kecil kita yang gunakan bahasa kita ambil kita jadi pekerja sambil dibantu kerajaan kita supaya jadi sekuat syarikat luar? Pembaris apa diguna untuk ukur maju? Laju benar kamu ukur maju itu ya? Pakar pembaris kah kamu?

Pssttt:
Berapa perkataan MAJU di entri ini?

Ulser perut


01. Kah! Kah! Kah! (1:25 ke atas)
02. Robot seksi (Siapa??)

[Pautan]

27 Julai, 2009

Habislah aku (lagi!)

Ramai saudara terdekat kahwin dan hampir kahwin (tunang). Mereka masak pelbagai lauk. Kenyang dibuatnya. Nanti aku bersanding kempunan pula melantak. Sementara masih bujang makan semampu zahir. Banyak tenaga disimpan, perkahwinan bahagia.

Jangka ramai komen sebab ramai gatal. Promosi ubat gatal dijual dua seringgit. Mail jual.

25 Julai, 2009

Vroom

Kenal sama Camry, Accord, Golf, Vitara, Beetles, Impreza, dan Evo? Berkurun di pasaran. Sentiasa datang dalam versi terbaru. Setiap tahun. Gah bersama nama.

Tapi nasib Kancil, Wira, Iswara, Rusa, Juwara tak sama. Kancil identiti Perodua patut terus kekal. Rancang transformasi beransur. Baru cipta peminat baru dari kalangan budak tadika. Besar kemudian bercita beli satu. Terus berhenti apa cerita. Bisnes bukan tunggal pasal duit . Pancing pembeli. Secara halus. Secara baik. Pujuk! Kereta murah selenggara mahal. Jangan tipu. Ramai bijak bukan zaman Paleolitik lagi.

Belilah barangan Malaysia kalau berkualiti!

24 Julai, 2009

Doa dan nazar

Nanti kalau tahun depan Real Madrid datang sini lawan Selangor, aku nak bawa Jess sekali. Aku pakai jersi putih, Jess pakai baju motif rimau. Tapi belang merah kuning. Politik seimbang. Patriotik tak?

Sebelum kubur hospital dulu

Peragut mula jadi tamak. Dulu awek tepi jalan. Sekarang mama pandu Merc mangsa baru. Kau ingat adakah wanita punya kereta sebegitu penakut? Tekan minyak 40km/j paling tinggi? Dia kejar kau. Cilok celah bandar. Mainan cuma. Jangan meragut! Padan muka nyawa teragut. Takziah juga. Kitakan seagama.

Usah merokok. Teruk bila kena stroke. Yasmin Ahmad, moga pulih angin ahmar. Sihat normal kembali. Amin.

23 Julai, 2009

Dua

Di depan aku ada dua pilihan. Keduanya dalam bekas polisterina (betul ka?). Nasi lemak biasa dan bihun goreng. Sedap dan bertelur mata kerbau separa masak. Sepatut ada nasi lemak kerang. Akan tetapi dikebas Misi Rajin. Itu paling A antara semua. Sekarang kalut. Sebab itu wajib makan keduanya. Terpaksa nasi dan bihun bermadu dalam perut. Selamat bermadu dua.

Sebab tak kemaskini blog

Manusia kelihatan setapak lebih kacak bila makan. Syarat makan sepenuh fokus. Untuk dua tiga langkah lebih umphmm! sila buat begini. Dapatkan sesenduk nasi panas. Goreng apa saja. Telur ayam contoh selamat. Kemudian sediakan semangkuk tempoyak. Pekat atau tidak terpulang pada anda. Sekarang jamah bersama sambil jeling cermin di sebelah. Ternyata benar bagai digebang.

19 Julai, 2009

Kawan Lama

Semalam sebelum perlawanan dapat bersemuka Alex Ferguson. Beliau sugul. Minta nasihat dari aku. Siapa layak ganti Ronaldo Seven? Senyap saja. Dalam hati aku terkekeh. Terus masam muka.

Lepas 90 minit, Alex buat panggilan. Ceria bunyi. Kedengaran juga Rooney buat lawak separa lucah tentang seluar ketat Ronaldo. Teka apa yang sibuk sangat dia nak cerita. "Aku confirm nak ganti Ronaldo dengan Amri Yahyah. Sepuluh juta pound sterling cukup tak?"

13 Julai, 2009

Nak cepat

01. Durian. Rambutan. Manggis.
02. MU pilih pemimpin baru. Bukan Setan Merah. Manek Urai.
03. Selangor berpakat belasah polis. Ganas! Bakal juara Liga Super.
04. Tongkeng goreng. Gulai pucuk ubi. Nyum..Nyum..
05. Ghost tamat.
06. Esok jumpa Jess. Lusa Si Gemuk.
07. Mengantuk. Sekian.

11 Julai, 2009

50-50

50-50?? Serupa perhitungan nasib dapat kahwin kerabat raja. Ada hati konon! Hati-hati! Nanti kena suntik gemuk padan muka. *Kenyit*

Cerita sebenar mencari keseimbangan. Hidup manusia dalam kompakmen. Seratus peratus dan tiada lebih. Siapa cerdik pandai bahagi agar sempurna komposisi.

Rasa pelik dalam hati bila keluar ayat minta simpati.

Ghairah kahwin si kaya-raya. Lagak kencang sama sebaya. Esok-esok ungkit, "kenapa suami jarang balik rumah?"

"Tandus sudah kasih sayang."

"Inikah erti perkahwinan?"

"Dia hanya tahu kerja dua puluh empat jam."

"Saya terpinggir."

Dia cari duit buat kamu ke spa lah! Barang kemas ribuan ringgit bukan beli guna bulu hidung. Hutang kad kredit beli itu beli ini. Rambut kamu saja selenggara dapat beli Kancil sebuah. Kamu sedar tidak sekarang dia kehilangan jambul kebanggaannya. Gugur semua fikirkan serakahmu!

Kita harus mengerti berjaya imbangan berkait rapat dengan wujud wasatiah. Banyak perkara ditimbang tara sebelum sebarang keputusan dimeterai. Jika besar impian anda, pilihlah untuk bersederhana. Kesemua pengharapan tersebut milik anda. Ingat! Anda boleh punya semua tapi amaunnya tetap terhad.

Contoh, seorang pemain bola sepak. Permainan yang mana bukan mereka yang tendang terkuat dikira pemenang (masa kecil fikir begitu). Mereka perlu tahu guna situasi. Bertindak mengikut keadaan (ayat Gerak Khas). Bila mahu pecut, gelecek, rembat, tolak, pass dan lain lagi. Di luar padang disiplin terjaga. Bersemangat walau keras latihan. Sanggup berdiet demi kecergasan. Pelbagai lagi. Waktu ini pengorbanan pula dituntut.

Berbalik pada karma. Bukti bukan semua bisa dikecap (andai banyak yang dikau cari). Bersyukuran landasan sebenar. Ratapi segala pengajaran. Kejar kepentingan dan tinggalkan kesiaan. Fokus ke arah matlamat. Baru dapat apa dikejar.

Sekian.

09 Julai, 2009

Tiga tahun dari sekarang

Cakap tentang mansuh PPSMI. Alhamdulillah. Bakal tiada pada tahun 2012. Jika anda gembira tepuk tangan.

Sekarang Melayu yang kurang upaya bahasa mat saleh perlu buktikan. Belajar sepenuh hati. Biar yang kata Bahasa Inggeris maha penting itu terkunci mulut. Pastikan ilmu jadi utama. Kurangkan rempit dan poya berpada! Kembali pada matlamat. Kejayaan diri dan keluarga pendorong! Azimat!

Samping juga padu akan bahasa antarabangsa. Baca serta bertanya kerap. Luar sana besar manfaat. Boleh kongsi terima maklumat. Bangsa asing pemurah. Guna internet perantara. Ingat pesan Mikaeel. Minta kita jadi satu dunia.

Keranda
Terselamat 152!

Bahasa kita akar tunjang. Bahasa mereka pelebat daun. Bila mana dua-dua bergabung, terhasil bunga indah. Lalu terdebunga sekali bunga dari pokok lain. Pada kemuncak, muncul buah-buahan segar yang dapat kita kongsi nikmati bersama tawa riang.

07 Julai, 2009

Tujuh hari pertama separuh masa kedua dua ribu sembilan

01.
Dilanda fobia air. Berita putus bekalan yang tak konsisten. Malah malas juga ambil kisah. Berbotol satu poin lima liter dibaris sederet. Diisi penuh air tapis. Aku kaki minum! Gila akan air kosong! Langsung tidak peduli simpanan untuk air besar. Nasib baik gangguan berbentuk sebentar.

02.
Vokalis TWKUA keluar dari band. Bermaksud aku mungkin antara orang terakhir beli EP mereka sebelum kejadian buruk. Lepas ini suara orang lain. Mustahil Misha Omar boleh ganti. Empat hari bulan tujuh mereka berpecahan. Amerika pula berdansa merdeka. Tiada hubung kait. Nampak terang kecewa.

TWKUA_EP

03.
Sepanjang seminggu Mikaeel pergi, ramai tulis tentang dia. Selama itu aku ber-moonwalking a.k.a blogwalking mencari insan sekepala. Mereka isytihar single kegemaran. Pelik tiada siapa pilih Human Nature dan Dirty Diana. Kolotkah aku??

04.
Petang pulang rumah Hang Kebun bawa sesuatu: kismis perisa ayam goreng Kentaki! Pandai bukan ku pujuk diri? Maaf, tekak! Boikot mesti terus. Batuk atas tangga cara yang tiada prinsip. Kita buat meskipun mengidam. Damn! Terkecur!

Kismis

05.
Kamera analog baru dipanggil Hang Kebun sebagai "mainan". Pandai pun! Suku filem diguna ketika bowling Sabtu. Baki belum terfikir ke mana. Aktiviti keluarga melancong ke Dubai belum mampu kami laksana. Pergi panjat Everest Hang Kebun sakit lutut. Memancing laut takut ombak ganas. Alasan jenis apakah ini? Jess mari bergambar sama.

06.
Berjaya menjadi mat rempit tanpa motor. Penyebab adalah beg bundle puluh ringgit. Adik dan Misi Rajin setuju. Jess awal lagi berkerut muka. Beg hitam lama nampak sejiwa. Yang baru nampak kosong. Langsung tak aku! Terbukti tepat kata dia. Betul-betul dia memahami aku. Lagipun mana ada budak wikang dengar Butterfingers.

Rempit

07.
Rak kayu tepi katil naik berdebu. Hidup bersebelahan lebuhraya langsung tak sehebat hari raya. Deepavali pun seribu kali lebih baik. Kerana cuti umum mungkin. Huh! Habis koleksi cd aku. Satu hal pula mengibas habuk. Tunggu raya lah!

04 Julai, 2009

Tak guna satu sen

Satu Sen

Sekarang sudah berguna

[Pautan]

CSI = CIS!

Kes 1:
Bila berkehendak menukil seberapa hal, internet malfungsi.

Kes 2:
Waktu internet baik hati, otak tandus ilham, bankrap idea.

*Termenung*

03 Julai, 2009

[Letakkan tajuk di sini]

Dalam seminggu dua ruang lingkup terhad. Parah akibat langsung melekat pada hal bola sepak. Perihal ternyata kurang popular. Seronok ya bila bercakap perkara kita suka bersama mereka yang tak minat. Muka kelakar dapat lihat. Tergelak dibuatnya. Tapi aku sayang kamu semua. Masih sanggup baca walau sedikit hilang arah.

Semalam lepak setengah hari bersama Si Gemuk. Kami bersenam jalan kaki. Kalori terbakar berkati-kati memandangkan kompleks beli-belah sebesar stadium. Hujan Khamis pagi adalah petanda baik. Peluang keluar serta menonton wayang cerah. Dua tiket filem robot dihulur pekerja poyo berbahasa Inggeris. Sepatah haram tak faham. Mr. Bean pun jelas sebutan. Umpama bercakap sama semut api. Entah semut api pun minta ulang. Come on, bro! Baru pukul sepuluh pagi mengantuk sudah?

Rancak perbualan di kedai mamak. Dia risau. Kerja mula berurusan benda haram. Berikhtiar lari diri. Namun pilihan mana? Juga tanpa opsyen dari aku. Doa! Doa! Allah kan boleh tolong. Amiinnn.

Bertemu Adrian, mamat Cina berhasil. Dapat akhirnya kamera ditempah. Masih mencari lokasi dan tika sesuai bereksperimentasi. Kebimbangan wabak selsema menghadkan rancangan. Cepat pulih. Susah ke sana ke mari. Tidak produktif.

Mahu cakap pasal bola. Satu lagi penyerang prolifik kini bersama Real Madrid, Karim Benzema. Google sendiri jika mahu lanjut. Sekuntum lagi senyuman di sini.

Shaolin

Ramai pembaca merungut. Mereka sudi baca entri tetapi rasa malas. Hampir semua ada BACA LAGI. Harap bersabar. Jenis diri suka nampak kemas. Serabut pening. Tips mudah, klik skrol tetikus pada BACA LAGI. Akan dibuka pada TAB baru. Tak perlu back-forward berulang-kali. Semoga bantu, galak kamu baca lagi dan lagi.

Bagaimana ditamatkan entri ini? Lambai pada kamu sambil kata, "terima kasih, wahai Sang Kaputan sekalian."

02 Julai, 2009

Real! Bukan cobaan!

Kaka_8
Senyum tanpa paksa :-)

1. Kap peminat KAKA.
2. Sejak zaman MORIENTES lagi, Kap menyokong REAL MADRID.
3. Sekarang KAKA pekerja (pemain) REAL MADRID.
4. Kap gembira. Sungguh!
5. Kap tersenyum tanpa paksa :-)
6. Ok kah? :-D

Pautan: [1][2][3]

30 Jun, 2009

Separuh masa pertama dua ribu sembilan

Bertukar pemimpin. Isu satu padu rakyat merata. Kempen perpaduan sana sini terlalu jelas cenderung kepolitikan. Boleh jumpa slogan parti. Langsung tiada jiwa Malaysia. Sekadar medium propaganda kepentingan sebilangan umat.

Beralih kita ke lagu patriotik malar segar. Keluarkan kita daripada kekangan ini, kawan-kawan. Bebaslah kita menjadi berjuta. Jutaan yang merdeka! Amiinnn.

Pejamkan mata dan alunkan bersama.

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa...

29 Jun, 2009

Dua hari

Sabtu:
Tunggu dalam kereta 2 jam.
Panas nak mati.
Mana penjual kamera?
Kuey tiow goreng sedap, bro!
Jumpa banyak MJ a.k.a abang India jaga parkir.
Akhirnya, EP TWKUA dalam gengaman.

Ahad:
Makan nasi ayam dua.
Beli selipar jepun.
Sakit urat betis belah kanan...dan kiri.
Naik pengangkutan awam (lebih mesra).
Banyak dvd MIKAEEL dicetak-rompakkan.
Jess pakai tudung putih.
Si dia lompat-lompat, muka berseri sebab dapat jumpa ZIZAN! Kacau betul!

27 Jun, 2009

Logik!!!

Baca tabloid. Shebby lagenda bola sepak negara cadang satu idea. Pasti boleh bantu kita layak World Kap (syok sendiri!). Bernas kah? Mimpi kah?

Ujar beliau kita sertai Oceania. Lawan gugusan negara kepulauan itu. Ternyata mereka longlai. Seterusnya, kalah mati tentang satu wakil Asia. Satu perlawanan lagi. Tak kan buntu jaya. Kata SatuMalaysia! Satu perlawanan dan tercipta sejarah!

Harimau Malaya jejak kaki ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama!

Walaupun tahu sekadar perlian, aku setuju pula! Senang. Kalau gaji pemain ditangguh melarat sepuluh tahun pun pasti boleh maju. Kenyang perut yang atas-atas sudahlah! Apa fikir bawah-bawah ni. Ada gaya kapitalis alaf baru kah?

Kah! Kah! Kah!

Kisah seorang mendiang (lagi!)

Masuk Maghrib Adik tiba rumah. Ditayang tee baru dibeli. Motif smiley Nirvana.

Uji sama dia, "cuba nyanyi Smells Like Teen Spirit."

Dia diam saja.

"Terima kasih sebab belikan baju tu," tambah aku. *Kenyit*

Smiley Nirvana

Terus dia menghala ke tandas seraya berkata, "huh! Takde! Takde!"

"Huhuh," adik angkat Kurt Cobain gelak kecil.

Terlambat wish (lagi!)

Dia seorang ikon berubah warna. Hitam ke putih. Kerana terguna cecair klorin lebih had, putihnya bagai baju sekolah baru keluar dari kilang. Kini dia tinggalkan dunia bersama teka-teki. Benarkah dia menganut Islam? Kita bakal saksi dia dibakar atau ditanam nanti??

Mikaeel
Patut stop bedah masa ni.

Selamat jalan, Mikaeel. Al-Fatihah.

25 Jun, 2009

Soundwave abang tiri Optimus Prime

Perasaan syok sendiri menyebabkan berlaku kegagalan. Sama seperti Andalusia tewas kepada Uncle Sam. Dua berbalas telur. Macam pernah ku lihat, tapi di mana ya! Eh! Eh! Setan Merah marah ke?

Peristiwa pedih di saat semua rancang menjadi barisan depan. Menjadi orang pertama melihat robot canggih di pawagam. Kecewa tak begitu meluap. Namun, semakin mencetus bila terlalu ramai di kalangan tukang blog taksub menjadi tukang sampai jalan ceritanya.

Filem prequel ditonton pada minggu ke-enam. Tika surut ghairah. Tiada siapa peduli. Malah, Jess langsung hairan. "Tak best pun cerita ni," bersama muka tenang tahap batu bulat kecil yang sejuk di dalam sungai. "Dia minah jiwa," pandangan sempit ku. Huhuh.

Pendirian diri tak pernah tergopoh-gapah. Rela berada di belakang banding menjadi tamak dan berbunuhan demi sekeping tiket. Maaf, imaginasi sedikit luar kawal! Bila berbuat sesuatu baik bersikap tenang. Sesekali tergelincir biasa. Manusia lemah begitu karma ketentuan.

Jess
Berdarah hidung kali ke seratus!

Konklusi, mungkin lambat peluang itu. Beralah demi misi terdekat: Dapat kamera idaman (hujung minggu) dan bertemujanji Jess (hujung minggu juga). Soundwave, kau tunggu! Kita kembalikan nostalgia silam kemudian nanti. Chow!

24 Jun, 2009

Yahya + Mahani = YAMAHA!

Tolong aku sikit boleh tak?

Apa hal?

Bini aku. Sarat mengandung. Kembar. Seorang laki. Seorang perempuan.

Jadi?

Bini aku bagi assignment. Suruh cari nama untuk baby kami. Buntu aku!

Spesifikasi?

Lelaki depan ada ABDUL. Baby girl wajib SITI pangkal.

Elok sangat! Kau tu orang nombor-nombor. Buta seni. Mana layak terbabit hal berat macam ni, bro!

Ye lah. Tak kan aku nak bagi nama ABDUL KUASA DUA, SITI ALGEBRA kan?

Wawawa. Walaupun makin tebal spek kau, lebih tebal lagi muka kau tu ek.

DUSH!

Aduhhhh..

Nak tolong ke tak?

Tengok keadaan. Lagipun, aku kena minta pendapat orang rumah dulu.

Bila masa kau nikahnya?

NAJIB maksud aku.

Itu rakan serumah, ngok!

Huhuh. Ada syarat lain tak? *Sengihan beruang*

Dia nak gabung nama kami. Aku depan dia belakang. Dia kan NADIRAH, jadi N. Aku H untuk HAMID.

Kau cadang?

ABDUL HAZNIK NAZMI, SITI HAZNI NAJWA. *Tunjuk isyarat bagus*

Tahap C. Setakat cukup makan. Tak boleh pergi jauh. Zaman globalisasi kena internasional. Baru mat saleh hormat!

*Gosok kepala* Macam ni lah. Kalau A+ idea kau, aku sponsor kek kahwin. Lima tingkat!

Siap pedang samurai untuk potong kek???

A'ar. Janji, bro. Yang penting, selesai masalah nan satu ni.

Tiba-tiba Allah beri aku hidayah, MID!

Apa? Apa? *Fokus luar biasa*

ABDUL H1 N1, SITI H1 N1 *Senyuman manis menunggu maut*

++++++

Adegan seterusnya anda tentukan.

23 Jun, 2009

Kau lemah! Sila senyap!

Pada sebilangan kita, cerita Yahudi mencelakakan Palestin basi kini. Berbangkit tentang hal manusia cuma. Semangat insani tak kira agama dan siapa anda. Diri bersimpati dan sentiasa cuba membantu meski sekelumit.

Bulan lepas telah berkunjung ke banyak blog. Ada satu yang berjaya menyinggung perasaan aku. Begitu pasti dia menyatakan bahawasa usaha boikot burger cap M sia-sia! "Xde maknenyer oiiii," tambah dia sambil dengan bangga menayangkan betapa banyak produk cap M yang mampu dibelinya tempoh hari. Dia sampaikan pada pengikut ratusan jumlahnya. Paling mengecewakan, dia muslim yang isytihar break the boycottt! What the duck!

Boikot atau sebaliknya hak individu. Kap tak berhasrat nak berdebat berkait hal ini. Noktah! Akan tetapi untuk menjadi bodoh, ego mengatakan ia "xde maknenyer oiiii", rasa ada bagusnya dia banyak membaca. Paling kurang, baca cerita pipit dan Nabi Ibrahim. Tentang kuasa ikhtiar mengikut kemampuan.

Ingat! Kalau Palestinian baca entri kamu, pasti mereka menangis kecewa. "Pencinta keamanan" konon!

Jangan bercakap seperti manusia berakal najis! dan jangan kerana kamu lemah angkara nafsu, diheret sama yang lain ke lembah itu. Usah bersahaja memperlekehkan usaha, hormati pengorbanan mereka. Bersikap bisu lebih mulia daripada mempersembahkan bau longkang mulut kamu!

Pautan: [1]

22 Jun, 2009

Hang Kebun tetap berkebun di pagi Ahad

Ayah seorang yang istimewa.

Bila diucapi sebarang ucap selamat pasti dibalas.

"Perbuatan lebih penting daripada kata-kata!"

Tapi aku cuba kau cuba lagi semalam.

"Tahniah, encik! Selamat Hari Bapa."

"Masuk maghrib baru nak wish??"

Bingkas aku ambil kesempatan.

"Ayah, perbuatan lebih penting daripada kata-kata!"

Tersenyum pula dia tiada balasan.

++++++

Ayah, bila nak pasang Astro?

Nak tengok Kaka musim depan.

*Kurang berguna punya anak*

Tukang blog sekitar aku banyak yang...

Mengekspreskan rasa tercabut nyawa, putus harapan penangan cinta. Lukisan kecewa! Hampa! Nukilan air mata, muat naik foto memori luka. Kesian. Biarlah mereka berolehi bahagia. Amiin.

20 Jun, 2009

Parking kereta di Petronas

Makan kacang kuda dua bungkus.
Dapat bendera. Cabut dari pokok!
Hang Kebun duduk rumah. Penat kerja.
Lambat mesej Jess.
Salam dengan idola.
Lepak kedai 24jam sekejap. Nak aircond!
Dressing kacak macam bertemujanji.
Banyak gerai sup tapi mana nasi ayam?

Anwar

Misi Jumaat malam Sabtu selesai.

Pautan: [1]

17 Jun, 2009

16 Jun, 2009

Pembangkang

Sakit kepala berterusan. Teringat orang jauh kedemaman. Risau. Sekarang dia makin kebah. Aku parah. Semalam tidur tersangat awal. Famili kebingungan. Jaga rumah tidak merondakah seperti malam-malam sudah??

Tungkus lumus ingin pulih. Tiga hari lagi rancang ke stadium berhampiran. Peminat bola bukan. Cuma Jumaat mendatang hari istimewa. Malamnya bakal ketemu mantan pemimpin negara. Dia bikin program ceramah perdana. Turut serta agenda utama. Selalu lihat siaran maya. Peluang one on one pasti digunakan sebaik ada.

Persediaan disenarai-panjangkan. Perlu telefon bimbit berkamera dan sebotol besar air kosong. Nak ajak Hang Kebun jika sudi. Dia mesti bawa biskut bersama air panas. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Harap nanti bebas sabotaj. Pendengar pula jaga tingkah. Selaku pengundi berdaftar hak untuk mempelbagai input merupakan mutlak! Jangan ada benci antara kita. Selamat berpolitik.

15 Jun, 2009

2011


1:29: Hahahahuhuhohoho..

Pemalas! Lagi-lagi video!

Maaflah jika tidak suka Kap menempek video lagu. Nyata ia ganti pada otak nan kering. Tiada idea rapu kelas tinggi buat anda. Di sini ada satu lagi. Amatur punya. Paling suka saat 44 ke atas. Tangan King Kong buat kemunculan.

11 Jun, 2009

Belek buku sejarah KBSM

Aku suka cikgu sejarah. Dia agak baik. Tapi cikgu sejarah tak berapa suka aku. Malah, tiada pernah tegur sapa. Bukan sama aku! Geng aku! Susah juga ya. Geng dan anak dia satu kelas, satu perangai - "suka sangat" subjek ini. Jom baca buku sekarang. Sejarah mat moto, cinta, dan lagu-lagu mendayu. Bab pertama, Azura: Kau sinar hidupku.

Hasil kajian:

Azura_Motor
1. Banyak motor-motor besar dan tak tayang awek separa telanjang kecuali adegan AZURA main hujan. Tak faham aku, "Perlukah?"

Azura_Galak
2. A. GALAK masih muda, bukan polis senior. Dia kekal bermisai. Kekacakan beliau bergantung pada suit zaman 80an yang mengikut potongan badan. Nampak ranggi. A+ untuk wardrobe dan B- misai. Isteri baru dia juga sungguh menggalakkan!

3. ZACK jatuh motor paling sopan dalam sejarah permotoran dunia. Cedera teruk! Sampai tak boleh bangun. Kalau betul macam tu, insaf mat rempit tengok.

4. Casting teruk! Dialog lemah! Jalan cerita senang jangka! Tapi runut bunyi gaya M. NASIR. Jadi, faham saja sudah! Lagu semua ada kelas. Siap sing-a-long. Karaoke jamban sekali.

Azura_Eddy
5. ZACK dan band sedang jamming di dewan tak siap. Tiba-tiba muncul orang kuat syarikat rakaman (bersuit bagai) bernama EDDY tawar jadi artis. Aku syak pelakon itu pengarah filem ini, DEDDY. Kebetulan?? Atau mungkin salah?

Azura_Warna Warni
6. Kasut Nike cun belaka. Seluar juga pelbagai variasi warna. Serupa Bollywood.

7. Langsir, alas meja, seterika, sarung bantal, kaca mata hitam macam pernah ku lihat tapi di mana ya. Ya, dalam rumah ini lah! Klasik!

Azura_Gam
8. AZURA peluk ZACK tahap melekat. Dua menjadi satu. Nasib baik aku sabar!

9. JAMAL kalau tak hisap dadah mungkin dah kahwin dengan OGY. Empat anak kurang-kurang. Serupa wartawan gosip pula.

Kronologi pilihan:

Azura_Rambut
AZURA: Yang pertama, saya tak suka dengan potongan rambut awak tu.

Azura_Ganas
AZURA: Kenapa awak tak pukul mereka?
ZACK: Saya tak suka pada keganasan.

Azura_Bujang
ZACK: Maaf ya! Rumah ni rumah bujang. Kainnya bersepah-sepah.

Azura_Bilik
ZACK: Azura, kau nak tidur sekarang.
AZURA: Ermmphm..
ZACK: Mari kita masuk bilik
AZURA: Eh, tak mau!
ZACK: Kenapa ni? Ini kunci bilik. Awak pergi tidur. Biar saya tidur di sini..

ZACK: Semenjak hari itu ayah belum mengirimkan wang. Kita sudah broke!

ZACK: Azura, kita sudah banyak wang sekarang..
AZURA: Ooo..bestnya!

ZACK: Azura sayang..
AZURA: Ye, Zack!
ZACK: Kau ni cantik lah.
AZURA: Oooh....

Azura_Darurat
ZACK: Kami dah bernikah, Mir. Kahwin darurat. Tak jemput siapa-siapa pun.

Azura_Demam
DOKTOR: Dato', dia hampir dapat demam paru-paru.

RAZIF: Cinta mereka sangat menarik!

Pause sebentar:

Azura_Biru

Azura_Azura

Mana lebih cun??

09 Jun, 2009

Sesi kedua: Kes bulu

Radhi Sukiman:
Hai, Prof. Kaput. Rasa meluat dan geli ketiak sering saya alami ketika membaca akhbar harian utama. Bukan itu sahaja, malah saya terpaksa menelan dua biji Ponstan setiap hari kerana tertekan selepas membacanya.

Sentimen politik "pilih bulu" terlalu banyak sehingga memenuhi kebanyakkan kolum. Keseluruhan menceritakan pembohongan yang ternyata hanya menjadi pelindung kepada yang berkepentingan peribadi.

Perlukah saya memulaukan seperti saya memboikot produk Yahudi, ataupun Prof. ada idea yang lebih baik?

Prof. Kaput:
Hai, Radhi. Mengikut firasat saya, awak bukan di Pulau Pinang. Jadi, seelok-eloknya tak perlulah berpulau-pulau. Isk! Anda yakin ke akhbar tu bukan produk Yahudi (acah saja!).

Baiklah, saya sendiri membaca akhbar setiap hari. Bukan untuk cerita politik tetapi untuk menelek mana tahu ada kerja kosong di sekitar Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan Encik Radhi, sejak negara kita dilanda kerunduman ekonomi, penjualan surat khabar harian negara telah meningkat sekali ganda akibat daripada aktiviti sebegini. Maaf, sedikit terbabas.

Kita kembali ke isu pokok. Bisnes adalah bisnes. Bisnes ini ada dua cabang. Satu wang, dan keduanya kuasa. Yang kedua ini menyebabkan apa yang saudara panggil "pilih bulu". Bulu siapa yang terpilih ditentukan oleh pemilih bulu tersebut. Pemilihan tersebut tidak pula berdasarkan kategori bulu tercantik atau pun bulu terpanjang. Ternyata ia lebih kepada bulu siapa yang sama serupa seperti bulu si pemilih bulu. Kompleks bukan??

Gambar lurah dada artis, cerita santau dan ilmu hitam, isu panas "dalam kain, dalam kelambu" adalah ramuan yang mampu memberi ketagihan ala daun ketum kepada pembaca. Pembaca yang ketagihan tidak dilindungi seperti mereka bersungguh melindung manusia berkepentingan. Jadi, wajib bagi anda mendapatkan perlindungan insuran nyawa. Mana tahu tup tup sakit jantung. Ingat! Malaikat maut bukan jenis memilih bulu.

Sebenarnya sukar bagi pesakit geli ketiak pulih kepada keadaan normal. Situasi akan bertambah sukar jika anda sering mengambil Ponstan. Ia berfungsi mengurangkan rasa sakit tapi pengambilan berterusan merosakkan sistem imunisasi tubuh. Tidak hanya geli di ketiak malahan akan merebak ke bahagian lain juga. Dahsyat!

Bagi masalah meluat perlukan lebih kawalan serta fokus. Bimbang nanti meluat itu berubah menjadi ketuat - ketumbuhan yang boleh merosakkan paras zahir anda. Teman wanita juga boleh cabut lari. Dia beranggapan sekali tergesel boleh mendatangkan rasa ngeri dan ngilu setiap tidur. Lebih malang, ayat menggoda dan wang berjuta tak mampu membantu kecuali untuk membeli ubat ketuat.

Untuk jangka masa panjang, suapbalik negatif tidak lagi berfungsi baik. Anda kurang bertindakbalas kerana lali dengan sebarang rangsangan. Maka, tidak hairan jika ramai yang terus menjadi peminat setia walaupun terasa benci. Sekaligus menjauhkan salah anggap mengata ia "benci benci sayang". Lebih tepat dipanggil "benci benci sayang". Eh! Sama pula.

Alangkah baiknya anda bantu orang yang bakal menjadi mangsa daripada terjebak. Saya syorkan beli semua surat khabar di kedai yang biasa anda pergi dan terus hantarkan ke pusat kitar semula berdekatan. Bayangkan sehari 40 naskhah. Ini tidak langsung anda berjaya menyelamatkan 40 orang yang lain.

Alhamdulillah, dari seorang mangsa geli bawah lengan, ketagihan pil dan daun ketum, dan hampir menjadi pemboikot. Kini anda mampu menjadi hero manusia dan bumi. Tak perlu lagi jadi hipokrit tutup suis sejam. Awas! Hipokrit juga penyakit bawaan surat khabar harian. Kita bincang lain waktu.

Sekian.