21 September, 2011

To Be Continued

Hari ini hari paling baik dari seluruh hari. Aku dibesarkan, berdikari, bercinta dan dibenci. Membeli dan menjual perasaan. Mencipta jiwa dan merosak perhubungan.

Semua aku hadapi sebab aku manusia. Mencuba, menggila, dan terlalu mencuba. Cakap kosong berguna tidak.

Langkah kadang berubah perlahan. DIA mungkin merasa perlu. Dewasa dan mengalah bukan putus asa.

Rezeki paling besar setakat semalam majoriti daripada famili dan lebihnya kamu. Biarlah kedewasaan ini kita ditemukan, dan nikmat dipanjangi.

Berpaling pandang ke salah silam cuba aku elakkan. Pedoman persahabatan palsu, cinta batu, harapan beku ku tinggal sebagai episod duka. Seterusnya kita masuk ke frasa to be continued.

04 September, 2011

Pernah Tidak

Aku tumpang masuk, dan mohon izin tarik nafas dan menghirup nafas sebulan yang tertinggal. Harum bau. Aku menipu.

Pernah tidak kamu-kamu terasa dada terlalu ketat sambil hati meronta meminta lepas?

Mungkin pernah kamu-kamu rasa terlalu berpura bagaikan kamu stabil, semua ok?

Juga kamu tahu tiada sesusah mana hidup kamu tetapi himpitan serba salah buat keadaannya seperti sesak dan berbaur kesempitan?

Tahukah kamu bukan ku kufur nikmat. Cuma mahu keluar dari masalah: mahu meminta lepas, enggan berpura-pura, inginkan ruang persendirian.

Pergilah mati.