12 Januari, 2010

Tekad Khairul Azam Baru

From now on, blog akan ditulis pendek.

Contoh: "Masa itu emas. Felipe Massa naik MAS. Harga emas naik ikut masa."

Ok, tammat.

10 Januari, 2010

Rahsia AJL-24: Perkara mustahil dan rasanya mungkin berlaku di Anugerah Juara Lagu ke-24 adalah...

Prop Stacy:
Akibat kekangan persepsi masyarakat dan ideologi kebebasan berkarya yang sangat berbeza dengan Barat. Permintaan Stacy untuk menggunakan lampin pakai buang gergasi sebagai prop ditolak penerbit AJL-24.

Namun, atas kecekalan dia propose lagi. Kali ini idea kenakan kostum lampin pakai buang untuk dia dan dancers. Seperti biasa. Cadangan ditolak.

Yuna Buka Tudung:
Bila panas otak atau ketombe menyerang hendap, wanita bertudung paling tensi. Tapi yuna no hal. Maintain. Dia pakai KELIER macam aku. Tapi yang pasti jadinya, ketiak bakal hadapi banjir besar. Deodorant malfungsi. Sebab? Bakal suami dia ni warning. Kalah berhenti menyanyi. Jadi suri rumah. Jaga anak. I like.

Yuna

Yuna seksi mak abah benarkan

Aurora No Aura:
Gerenti Aurora kalah. Bomoh santet beritahu Misha ada change. Dia cantik. Putih. Gebu. Wak tu jantan gatal. Dia bilang lagi. Bapak bapak Estranged enggak ganteng. Ada panjang ada kurang incinya. Tak ada feng shui. Kena minum banyak air Bio-Aurat dulu. Sambil Wak menghulurkan kad nama. Agen Bio-Aurat rupanya.

Go Go Go:
Semalam ada member inform emosi Aizat dalam kondisi merundum. Gaduh. Awek. Kot. Jangkaan, Aizat perform separuh jalan lagu "Pergi", sebelum berhenti dan pergi blah dari stage. Tak percaya? Baik percaya.

Ok. Sup tulang disiap masak. Aku turun makan dulu, kawan kawan.

Jangan lupa sokong Misha, Adam, Hawa, Yuna, Aidit Alfian, Ad Samad dan Dang Suria.

Tammat.

Nota: Mulanya tulis tajuk "Faizal Tahir Buka Baju". Fikir balik. Cit! Nanti jadi semula tragedi "S di dada for Sengalman" nak mustahil celah mana. Sekarang pun sakit dada. Dah tak Superman dah.

08 Januari, 2010

Tolong jangan sampai bom gereja. Makan roti bom aku sokong. Bak sini lebih. Sekeping dua kurang kurang. Lapar gila.

Ada perkara kacau minggu aku. Bapa kehilangan kepala. Biasa pada aku. Hujung masa dunia tunggu kiamat. Lagipun, budak itu praktis masa raya korban lepas. Tiba masa asah bakat.

Topik pokok. Hal ada agama dapat hak guna tuhan aku dalam penerbitan. Hanya selok belok agama. Mahkamah bilang ok.

Yang begitu merunsingkan kenapa bersungguh sangat nak guna nama tuhan aku? Mereka itu rasa tak bertuhan kah? Mereka percaya tidak tuhan sendiri?

Siap tubuh kelab sokong di FaceBook. Bersungguh macam Olimpik sudah.

Paling cantik, jaga tuhan sendiri. Usah busybody ganggu agama lain. Semua ni trend Yahudi bikin rosak harmoni kita. Berselindung sebalik nama baik Kristian. Main cucuk tang sana. Cucuk tang sini. Damn!

Salah siapa? Siapa salah? Gua cakap manusia warak dan alim mengikut anutan. Patut mereka bebas dari unsur kacau-harmoni ini. Tapi pakat jadi hero. Politik kalau tak bikin onar tak sah.

Politik shitty! Pergi mampus!!!! Tammat!!

05 Januari, 2010

King kong sejati penuh bulu. Gay sejati ada yang cukur semua. Ayu Raudhah suka yang sejati tapi lelaki ya. Penulis sudi. Jangan malu masuk meminang.

Esok hari penting. Aku dan Adik rancang misi besar, tumbangkan pokok gergasi depan rumah. Memandangkan badan kami cukup cukup kuantiti isinya, semua kedengaran yo'o dan over-confident. Tapi percayalah kami boleh.

Bekal cuma tangan kosong dan perut penuh. No parang, gergaji sebab terlebih power. Makan banyak tu sumber tenaga lah. Ikut hati guna daya tujahan perut cukup. Tapi rendah diri baru jiran respect.

Persiapan awal kami praktis main CS. Motivasi diri. Bila laksana projek ibarat berperang. Kena kuat dan berstrategi. Kot ada sarang tebuan ke, kerengga attack ke, ada back-up plan. Hentam keromo itu kerja budak shuffle jiwa kosong. Kami lelaki ganteng berwawasan tinggi (dan tak mencuri enjin jet!)

Pokok nan satu itu sebesar king kong baru nak up. Tapi bulu ilek. Ada dekat empat kali tinggi aku. Fuh! Geleng kepala Malek Nor dengar.

Jadi, bagi men-tune balik leher Malek Nor. Pagi lepas subuh berserta lafaz Basmallah kita lihat apa akan berlaku. Senang masa aku upload sekeping foto bukti. Harap masuk surat khabar Pancaindera muka surat dua bertajuk "Kap lelaki sejati, kata Ayu Raudhah.".

Ok, tammat.

01 Januari, 2010

Ikan kerapu tiga rasa menu wajib orang kampung seperti kami. Spaghetti, pizza, lasagna tahun depan baru belajar nak rasa.

Selamat semua.

Aku mungkin bercakap seolah semua itu bermaksud ramai. Walhal semakin sedikit mereka yang menjenguk blog ini. Ini kan pula membacanya.

Selamat sekali lagi bagi kamu kamu yang menyambut masihi baru.

Malam nanti aku makan sekeluarga. Di tempat biasa kami. Spot orang sederhana tapi mahu makan sedap belaka. Angah belanja. Jadi, wajib kerahan perut sedaya upaya dijalankan. Bayar tinggi bil. Baru berbaloi baloi ikan kaloi.

Ok, kamu kamu.

Tammat.