12 Oktober, 2009

Tiru ke?

Inspirasi datang dari blog lain. Perempuan cakap pasal lelaki jelik. Guys borak hal betina bla bla bla. Aku nak cakap aku kurang senang manusia jenis-jenis di bawah. Manusia, kah?

Sila tanggal lu punya topeng
Tak sentuh pasal Islam specifically. Semua. Ok, agama mana suruh kita selamba potong di lorong kecemasan at the same time yang lain sabar di lorong masing-masing. Lebih menjijikan, kau pakai kopiah, sticker selawat besar kaw melepet dekat cermin belakang (contoh). Hipo siot!

Sharip Dol, samseng Kampung Dusun
Spesis tak boleh blah. Asal jumpa orang jenis boleh makan dia tup-tup paling hero. Budak tu habis jadi kuli beli nasi tapau, rokok, hantar surat cinta. Apa saja yang menunjukkan bakat opportunist semulajadi dia tu. Tapi...bila jumpa lipas, suara dia menjerit boleh sampai blok sebelah. Satu lagi kes pretender.

Mulut longkang
Ini lagi tak boleh blah. Tengok muka, tengok bibir dah kenal. Lagak punya hebat. Bila sembang tak pernah slow. Gegar! Boleh runtuh KLCC. Mak dia angkasawan pertama lah. Pernah romen Fauziah Gous lah. Semua up-up. High note wa cakap lu! Jangan berbincang dengan makhluk ni. Bagi dia, semua orang salah. Lebih-lebih lagi perkara politik, agama. Senang cerita geng Haji Kahak. Ha'tuih!

KLCC
Tatap puas-puas. Esok takut runtuh.

Player
Term biasa. Tapi sesuai untuk dua-dua gender. Mereka paling pandai bermain hati. Kentut bau kasturi. Senyum bak sang suria pagi. Ayat pancing al-mengencing. 10 keluar, 10 bau hancing. Soft-spoken masa belum dapat. Dah puas, belasah kau sampai lebam, buat cerita sedih konon teraniaya supaya dapat lepas tanggungjawab. Akhir sekali, semua akan blame kau. Scapegoat. Tak apa boleh buat. Licik, kan?

Famili, kepala otak kau!
Alasan demi alasan especially once tertangkap. Juvana terutama selalu bagi reason tak cukup perhatian mak abah. Cammon! Perhatikan keliling. Ingat senang nak cari duit zaman sekarang. Bangsat jiwa kalau kau tu tak belajar sungguh-sungguh padahal parents tengah tunggang terbalik nak pastikan korang dapat masa depan yang baik. Tendang muka korang biar hancur pun tak apa. Sial! Mana hilang rasa bersyukur?

3gp, adik saudara MotoGP
Fenomena baru. "Gadis tudung hisap k*t* boyfriend", "Si comel pandai k*l*m". Itu antara yang carian popular video internet. Bukan nak jadi ustaz dan pergi lantak nak record, nak buat aksi apa pun. Yang hairan, how come masa perform penuh kasih sayang tapi tamat perhubungan dijaja rakaman dekat public. Lakhanat! Lelaki terutamanya muka haram ada. Si aweks close up jerawat halus nampak jelas. Malas nak sambung. Noktah.

Tudung Saji
Selamat daripada lalat. Elak taun.

Tudung melekap
Sejak awek bernama Yuna muncul, ramai pula klon Yuna sana sini. Tak suka tidak. Benci jauh sekali. Tapi aku jadi runsing. Jess pun terikut sama. Trend. Sekarang jelaskan, apa aku nak panggil dia? JessNa? YuJess? YuJessNa? Arghh.

Tammat.

14 ulasan:

♥chentaMAYA™ berkata...

ahah~
ko sllo mengarot kan!
tp aq tetap jugak bace even aku jarang sangat paham!
kui3~

cottoncandy berkata...

stuju bangat sama kap
;)


lme sgt xjengah cn..
slu bc...
tp xkomen
sowi mowi~

psst:2dg yuna leh thn lg..
2dg datuk ct 2 jgn la...
adeiii~
2dg ke 2??
ke penutup rambut?

akiss berkata...

tengok bibir dah kenal? hahaha. bagus list ni. aku suka semua.

plg xlehblah, tudung lekap. kah kah kah.

zety berkata...

tudung yuna?
hurm..actlly selendang la incik kap
boleh pakai macam2 cara.kalau kene dgn gaya sipemakai,ok la.
tudung ct tu,xkan la smpai mcm tu sekali kan...huuh
pasal gadis bertudung litup saye tiada komen,ye la luar nmpk baik dalam nauzubillah.orng kalau dh kecewa macam2 die boleh buat.

cookie devine berkata...

wahhh..entry nih antara yang terpanjang.sedikit emosi.hohhoho

apapun tepuk dada tay selera.mana letak diri kita.di atas atau di bawah untuk di pijak.

Kap berkata...

>>>>>>♥chentaMAYA™
hah!
kau lah satu-satunya dari berpuluh orang yang tak faham isi kandungan tapi masih berani komen..
wa caya sama lu!

>>>>>>cottoncandy
itu tudung anti-langau ;)

>>>>>>akiss
ye lah..
tudung tu melekap dekat muka, kan?

ikutkan aku nak panggil macam-macam..
"tudung penyek muka" ke..
"tudung kain nipis" ke..
"tudung lilit lapan kali" ke..
apa-apa ke :)

>>>>>>zety
oooo..
selendang ya?
bukan seladang? ;)

>>>>>>cookie devine
tak cukup modal tanah dipajak..
tak nak kena pijak kena lah bijak..

terlajak berpantun pula ;)

♥chentaMAYA™ berkata...

ahah~
setia kan aq?
eceehhhh~

Kap berkata...

aku pun sama terikut style kau..
gua follow saja :)

zety berkata...

adoi ii..xkn pulak pakai seladang atas kepala incik kap oii..cube pakai dulu tengok..gile x larat nk angkat.huhuhu silap2 patah tengkuk

Kap berkata...

mana tau..
adik beradik badang pun teringin nak cun, kan?
kecantikan adalah hak milik setiap insan ;)

penjenayah merah jambu. berkata...

kelakar.
aku rasa yang pakai tudung tu PEREMPUAN,tapi kalau kau blogwalking,kau akan nampak,LELAKI yang heboh cerita.

Wait,wait.Dia pakai tudung kan?Melekap ke,tak ke,whats wrong?Selagi dia pakai betul2 tutup yang sepatutnya,so oklah tu kan?

Ops,lagi satu,bukan Yuna yang perkenalkan style tu.Selendang ni dah lamaaaaa wujud,ramai yang pakai,tapi sebab dorang bukan Yuna (artisblablabla),so,dorang tak dijadikan ikon.

Harap maklum. :)

Kap berkata...

itu mungkin bermaksud lelaki yang dimaksudkan prihatin..
kalau dia asyik story mory pasal kecantikan lelaki lain, takut ada salah tafsir di situ ;)

betul..
dia nampak cun lagi sopan..
buat i tergila-gila u ;)

ooo, yeke..
sorry lah aku tak tahu :)
tapi elok jadi ikon tudung daripada ikon kahwin lari dekat Siam, kan? ;)

♥chentaMAYA™ berkata...

ahah!
gua follow jugak la~

Kap berkata...

kau pakai bedak Follow Me ke follow-follow ni? ;)