15 Julai, 2011

Kembalikan Cinta Ku, Rap!

Dalam hati terkandung sifat merajuk lalu membiarkan blog ini terusang. Tapi sayang aku pada kawasan ini tetap ada.

Pemergian hard disk dua terabyte dan tetikus yang membuat pe'el, serta keengganan post editor Blogger bersikap normal menyumbang lagi separuh angin satu badan. Sekali lagi aku mencari alasan tidak menulis.

Arakian, aku tidak pula mencari arak untuk menemui kesaktian sosial, pengubat sepi! Lantas pendekatan mobiliti telefon bimbit mengisi kekosongan. Akhirnya ada fungsi juga Samsung Besi aku (?).

Sila add akaun TWITTER ini: @alkaput

doa aku ada sesiapa sudi menderma tetikus cap CEKIK DARAH dan cakera keras tiga terabyte berisi penuh video baik punya #tolongjangankuning. Dengan demikian akan kembalilah semangat anak muda ini merapu meraban mencari erti kata sebenar LELAKI SEKSI.

Sah, aku gila!

Ok, tammat.