31 Mei, 2009

Mariboroi, Dunkill, Laki Setaik, Semputnya A-, Gudang Gula, dll.

1. Kalau tak ada kami, mana ekonomi nak jalan. Ladang tembakau jual hasil dekat pasar ke?? Buat bungkus tapai? Juta ringgit sehari. Kalau setahun, kira sendiri. Siapa boleh buat? Kami juga! Kami insan pemurah. Penyumbang cukai yang setia untuk negara.

2. Orang mati bukan sebab rokok. Tapi sebab tak cukup syarat. Bila badan minta kau 10 batang, kena hisap 10. Atau lebih! Tak ikut. Baru kena kanser! Badan kita manja. Nak kena layan, belai. Nanti merajuk payah. Huh! Perempuan pergi spa ratus-ratus habis. Ok pula?

3. Aku merokok sebab nak nasihat anak - jangan hisap rokok! Merokok berbahaya. Kasi abah duit. Biar abah seorang beli rokok.

4. Hisap rokok haram ke? Imam sebelah rumah aku dua kotak 20 sehari. Sembahyang khusyuk memanjang. Lagipun aku beli dengan rezeki halal. Bukan main judi.

5. Hidup mesti seimbang, kawan! Bini aku jaga dapur biar berasap. Aku pun wajib "berasap". Kan balance sudah.

6. Serba salah dibuatnya. Memang nak berhenti tapi tak kena gaya. Awek hisap. Aku tak. Dayus!

7. Apa kau tahu. Kerajaan bersusah payah kempen untuk iklankan rokok. Cakap barah, pencemaran, rumah terbakar panggil bomba. Bagi kita rindu rokok. Makan rokok. Tidur rokok. Rokok is my life. Ingat! Kerajaan sebenarnya nak suruh kita hisap lagi banyak. Kalau tak kenapa tak hadkan jumlah rokok yang syarikat boleh jual?? Tak pun langsung haramkan penjualan rokok. Itu reverse psychology (psikologi songsangan). "Jangan hisap rokok" maksudnya "Sila merokok seribu kotak sebulan". Contoh!

No Rokok
Lawak!

Satu hingga tujuh adalah wakil infiniti frasa yang akan / telah keluar dari mulut insan bergelar perokok. Selalunya diikut dengan helai tawa berdekah berdekih tanda mereka mentertawakan diri sendiri. Anda setuju??

Persoalannya, adakah semua ayat itu hanya dalih?

Atau memang ia fakta terselindung?

Alasan munasabah? Hukum hakam? Dalil?

Mari berpegang pada satu. Bunuh diri terjun neraka!

Dengan demikian, Kap isytiharkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, 31 Mei sebagai gagal!

30 Mei, 2009

Terkesima sebentar

Bila seorang lelaki enggan menerima payungnya sendiri, anggaplah dia sudah bersedia untuk "basah"....

28 Mei, 2009

Tak dapat disorok lagi: Persamaan Al-Kaput dan Messi

Lihat boot baru Messi. Warna macam pernah ku lihat. Baiklah, aku mengaku. Dia memang peminat Al-Kaput. Sebab tu dia nak warna serupa dengan tema blog ni. Sekian.

Terbang

Pagi tadi setan menangis

Pakcik, bagi "dua telur". Yang ada palitan taik ayam. Bungkus dengan plastik "merah pekat".

Diam lah!

Wiwiwiwiwi..

Menangis
Menangis ke?

26 Mei, 2009

"Badan awak saya tengok bagus, just nice!"

Mahu beri amaran pada anda. Harap jangan tersilap tafsir. Entri cerita tentang tubuh tuan punya blog. Kedengaran lucah. Isi tidak. Tulisan menuju arah ilmiah. Sila hayati. Alamak! Rindu pula pada cikgu Hayati.

Permulaan berat. Kap jarang buat senaman berat. Peluh pula terlampau. Gangguan psikologi. Rimas.Gelisah. Kadang kala rengsa. Jadi gatal. Menjejes. Melekit. Malu pun ada. Basah sana sini. Bawah lengan kekal kering. Namun bahagian lain tak dapat nak tolong. Walau pun selepas mandi.

Kedua. Serangan nyamuk buat kaki kegatalan. Nafsu pula ajak garu. Bila puas bekas parut terhasil. Meski sudah tahu, tergoda juga. Menggaru sangat nikmat. Jess bermanja bersebelahan mungkin terpinggir sama.

Lagi isu berbangkit. Kurang buang air besar. Penyakit lama. Kena tunggu penuh baru melabur. Pujuk beri makan serat. Jagung, pisang. Dipaksa usah. Buat bodoh nanti bila di tandas. Reaksi tiada. Hanya buang masa. Punggung mengebas.

Badan masih tetap bersaiz optimum. Kegusaran timbul kerana perut menambah lemak. Makan terjaga tapi kurang aktiviti fizikal merubah segala. Masuk bulan enam tahun ini bakal bertranformasi. Hadir bersama semangat robot Transformers, "Autobots, work out!"

Akhir. Resdung semakin memulih. Langsung tak usik ayam, ketam, udang. Tipu! Hanya lebih memilih makan. Bukan cerewet. Pilih segar, sesuai untuk tubuh. Banyakkan minum air kosong. Singkir toksik badan. Hidrasi sentiasa. Jerawat kurang. Hati senang.

Yang aku perasan, badan ni selalu bertoleransi. Bila ada yang lemah, bahagian lain terlebih ok. Macam Wonderpets berkerjasama.

Bagai dikata. Tiada kandungan 18SX. Jika degil minta sama Chua Soi Lek. Huhuh.

25 Mei, 2009

Buang rasa rendah diri. Orang putih bukan betul sangat.

Anda dapat kredit dalam bahasa inggeris. MUET pun cukup makan. Borak dengan mat saleh setakat, "I miss you like crazy" cuma. Usah peduli. Jom layan kepala.

Setiap bangsa ada lebihnya. Jadi, mari lari dari cerita kekurangan kita. Mereka mustahil mencipta sempurna. Sempurna tak boleh direka. Kerna sudah ada pada-Nya.

Tonton di bawah. Lagu indah diadun sama video "seram". Kurang gembira mengingatnya. Dulu siap terbawa ke tidur. Kumat kamit doa harap dapat lupa rupa sengeh buatan komputer. Hantu! Tak dapat lupa. Orang kata seni. Aku bantah! Lihat sendiri. Tolong sokong aku.

Video pelik! Lagu terbaik!

Pautan: [1][2]

24 Mei, 2009

Pertama kali

"Malam nanti jangan layan video, main permainan konsol, makan lewat malam, karaoke sampai lambat tidur. Esok pukul lapan kita gerak," amaran dari Tukang Ubat.

"Tak nak!"

"Ni kan aktiviti keluarga. Selalu sangat tak cukup berlima. Kesian kat Ma," ayat padu maut menyinggah.

"Ok, set!"

Malas bangun awal atau rajin tidur lama bukan soalnya. Tapi dah tak suka. Tetap tak suka.

Alasan berjela. Bola bulat sangat lah. Pin ada sepuluh saja lah. Bunyi bising. Awek cun kurang. Kasut bau beruang. Lorong pendek. Tempat duduk plastik. Abang lorong sebelah kentut lah. Setiap kali berjaya. Lepas Angah membidas. Insaf kejap. Redha. Demi famili tercinta.

Baling pertama longkang. Kedua longkang. Ketiga strike. Wo! Seolah dongengan. Aku mula jatuh cinta. Jess, jangan salah faham. Bowling ya!

Empat perlawanan. Meski menahan pedih perut memulas semua lancar. Empat kali saja lari ketetapan. Banyak berhasil. Lagak seperti juara dunia. Lebih ngam. Tak payah bayar. Hang Kebun belanja. Aku mana pernah ada duit. Cit!

Tiba di rumah. Melihat trofi kemenangan Misi Rajin atas rak. Kejayaan lepas-lepas. Cakap pada hati, "Mana tumpahnnya kuah kalau tak ke nasi." Dua saat kemudian tersipu malu. Maaf, sukar dibendung.

Layar internet. Cari tentang cara menjadi bowler terbaik. Di mana membeli bola dan kasut bersesuaian? Alamak, tanda ketagihan! Bila pula akan diajak bermain lagi? Esok boleh?

23 Mei, 2009

Cerita budak gila dan pahlawan angkasa

Budak lelaki sering disogok tv kononnya kami bakal polis angkasa. Pada kami manusia bumi berharap. Tubuh kecil dapat berubah menjadi hebat berkuasa dalam 0.05 saat. Walau pada awalnya seakan hampir dilauk. Bila menentang raksasa jahat, pasti berjaya. Terima kasih, Bintang Ultra.

Dalam seminggu lepas, Kap berjaya menghabiskan sebuah permainan video. Adaptasi filem Perang Bintang. Watak pemuda, anak murid tuan guru termahsyur. Miliki kuasa petir, daya tolakan, dan pakar mengawal Pedang Cahaya. Seperti kebiasaan, tumpuan seratus peratus diperlukan. Akhirnya, blog ini terabai. Memang tak patut.

Jedi
Kap dalam gelap

Semangat sanggup tak makan dan kurang tidur menambahkan keghairahan. Mendatangkan ting tong semulajadi. Tanpa elemen dadah. Hang Kebun dan Misi Rajin senang hati. Dalam pening terasa bagai sedang mempamer aksi kungfu mabuk. Luar kawal tetapi menjadi.

Hampa. Terkejut. Biasa permainan bunuh-bunuh disertakan bersama wanita mendedah aurat lagi cantik. Penyampaian berbeza. Seksi ada cuma rupa tidak semenggah. Dikacuk. Bersisik ikan. Bermuncung pelanduk. Bertanduk lembu. Kreatif. Ciptaan Maha Esa lebih lagi.

Kenapa raksasa perlu besar, berwajah hodoh, abdomen gelebeh dan berlendir najis? Patut pakaikan gincu dan maskara supaya jelita. Buang perut boroi gantikan korset. Cadang naik taraf kecergasan. Belikan mesin senaman berlari setempat. Dapat kurangkan saiz fizikal. Baru kacak bergaya. Jangan dilupa semburan pewangi.

Nexu
Akibat setahun sekali gosok gigi

Teringat masa dulu bercita-cita menjadi pembunuh upahan. Banding dengan kawan. Aku mulia juga. Dia mahu jadi komunis. Katanya komunis melindungi negara. Bodoh kan kami? Alhamdulillah hasrat terbantut. Dia jadi cikgu. Kap pula teruskan hajat. Melepas geram! Tikam! Kelar! Tembak! Tendang! Seret! Langgar! Bakar! Baling! Bukan betul-betul. Hanya cobaan.

Lepas tamat sambung episod lain. Jilid lama. Khatam semua baru layak jadi pahlawan angkasa sejati. Maaf. Minta berundur. Lord Vader panggil. Suruh tutup api dapur. Takut kari hangus. Salam.

21 Mei, 2009

Aku yakin! Mengkhianati cinta ini sangat berbaloi.

Aku suka makan burger cap M. Ia hebat. Boleh buat aku happy dan gemuk sekaligus. Tapi sekarang enggan jamah langsung. Walaupun dibelanja masih tidak mahu. Kerana melihat zahirnya saja sudah buat diri membenci.

Pada peringkat awal agak lemah menolak. Namun atas izin-Nya, segala serba boleh. Mungkin kerana jiwa jadi lemah, hati makin sayu bila ketahui ada di sana merana. Mereka derita. Aku punca derita mereka.

Kenapa

Gambar menunjukkan Yahudi menyerang sekolah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Gaza. Bom fosforus putih digunakan. Ia haram di sisi undang-undang.

Siapa yang bodoh kata bom jenis itu haram? Mana ada! Sebetulnya semua bom haram!

Tiada di kalangan kita layak mencederakan yang lain kecuali TERPAKSA mempertahankan hak!

Kenapa aku rasa bersalah? Aku bukan Yahudi. Hidung aku kembang. Mereka mancung.

Satu. Peratusan kecil burger belian aku disalur ke jalan salah. Oleh kerana begitu kerap aku nafsu berbelanja. Semakin besarlah amaun tersebut.

Dua. Apakah signifikan sebuah sekolah dibedil? Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Tapi bagaimana hendak mendapat buluh kuat/baik jika rebungnya sudah rosak/mati? Huh!

Akhir sekali diputuskan begini. Meskipun tak terdaya berjihad. Biar aku berkorban cara termudah. Yang rugi cuma aku. Terseksa batin. Kedai makanan segera cap M turut rugi. Kurang perolehan. Alhamdulillah. Untung sedikit pada insan teraniaya.

Wahai pejuang, terus perkasa. Wahai Kap, cuba bertahan. Aku tahu kamu mampu.

Pssttt:
Foto itu masih melekat di papan nota sebagai peringatan.

Pautan: [1][2]

16 Mei, 2009

Dia makin mengganas. Aku menjadi mangsa!

Malam semalam telinga tersumbat lagu Dream Theater. Pasang kuat sampai orang katil sebelah terganggu. Bukan apa. Sering diganggu makhluk halus.

Tergaru monyet, tidur pun kurang selesa. Dah dekat sebulan begini. Sejak kepanasan terlampau. Para nyamuk berpesta sakan. Anda pun kena juga kan??

Bila bangun masih diserang. Banyak tanda merah bekas digigit. Walhal sudah dipasang ubat nyamuk. Kenapa ubat? Bukankah patut diberi racun?

Kawasan mana paling teruk diperiksa. Belakang tapak tangan dan kaki. Sebab urat di situ agak menonjol. Menjadikan daya tarikan. Berpuluh bintik menandakan mereka kekenyangan. Kap anggap ia jariah. Memberi makan pada yang miskin.

Semasa temuduga kerajaan peristiwa sama berlaku. Kerja ditawar hanya ratusan. Datangnya lautan manusia. Seperti nyamuk mencari darah. Surat khabar kata tiga ribu. Terangan menipu. Mungkin kerana malu. Mereka tahu kalau angka sebenar ditulis pasti terkejut beruk seantero Malaya. Senario menunjukkan ekonomi kita sangat merundum. Susah sangat ke nak mengaku?

Kini bergantung pada ikan yang baru Hang Kebun dan Adik bela. Bagai mahu eksport. Dalam botol dan dua akuarium besar. Lain entri akan cerita panjang tentang hal ini.

Orang cakap ikan boleh kurangkan nyamuk. Entah betul entah tidak. Tunggu saja nanti.

15 Mei, 2009

Wei, pensil warna dia ada taik lah!

Vellu Nathan:
Saya pelajar genius dan memperolehi A1 dalam SPM untuk kertas Bahasa Malaysia tahun lalu. Namun, saya selalu terkeliru antara perkataan jenazah dan jenayah. Boleh tak Prof. bantu saya?

Prof. Kaput:
Ok, senang. Jenayah benda tak elok. Polis tangkap duduk penjara. Lebih terkenal lagi, dapat enterframe rancangan '999'.

Jenayah direalisasikan oleh penjenayah. Dunia mereka penuh warna warni. Merah darah, hitam hati, biru polis, bohsia putih, otak biru, muntah hijau, dsb.

Kalau kita degil kepala batu nak buat juga. Kebarangkalian untuk kita menjadi jenazah adalah tinggi.

Ini kerana polis sekarang semakin ganas. Kegunaan pistol bukan untuk gantung di pinggang 24 jam. Masa ni lah nak jadi hero "Gerak-gerak-gerak-khas". Lihat Norman Hakim dah boleh pasang baru. Untung polis sekarang.

Jenazah adalah tubuh yang mati. Akan tetapi sesiapa yang mati pucuk tidak pula berada dalam kumpulan ini kerana ia hanya mengundang mati akal. Itu baru separuh mati namanya.

Jasad ini juga keras dan sejuk meskipun tidak setanding air batu. Tanpa kira sama ada tuan punya tubuh itu menghabiskan separuh usianya menjadi mak nyah atau pun suami dayus - yang dipanggil insan lembut. Akhirnya, semua orang berpeluang mendapat tubuh yang "keras" dan "sejuk" (hanya dengan izin-Nya). Subhanallah.

Sesudah mati, tiada butang "undo" diberikan atau sebarang serampah boleh menghidupkan si mati. Cuma ayat, "Selamat tinggal dunia" dapat diucapkan. Bak kata orang senior berambut tanam, "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian cukai pendapatan."

Pendek cerita, dah mati satu sen pun tak guna. Yang tinggal hanya doa anak soleh/solehah, ilmu yang ditinggalkan, dan amal jariah.

Ada satu perbezaan jelas antara dua perkataan ini iaitu; jenayah membawa padah!. Manakala, jenazah membawa ke kubur! Itu saja. Mudah, kan?

Faham tak, Vellu? Jika anda kata ya, bermakna value (nilai) anda sudah naik sedikit. Yang pasti lebih tinggi daripada Samy Vellu. Tahniah!

Fakta Keji:
Daripada seribu responden, 5 peratus daripada penjenayah membeli sendiri pensil warna. Lagi 70 peratus mengaku mencurinya di kedai alat tulis. Manakala, baki 25 peratus pula memeras ugut rakan sedarjah semasa di bangku sekolah. Taktik paling lapuk ialah dengan mencelet taik hidung pada batang pensil warna tersebut. Kemudian menjerit dalam kelas, "Wei, pensil warna dia ada taik lah!"

Sumpah! Sengaja dipilih topik hantu sekali lagi..

Cerita kelakar satu. Adik tak pernah lihat bunga raya. Teringin sangat katanya. Boleh jadi modal buat ukiran.

Allah kabulkan permintaan. Pokok di depan kawasan parkir berbunga lebat. Merah. Dari jauh boleh nampak.

Kami buka topik tentang bunga kebangsaan. Ayah rasa pelik. Malah, dia rasa Kota Singa buat keputusan bijak kerana pilih orkid.

Kap pandang pokok rendang itu secara kolektif. Rupanya tidak cantik. Seperti semak. Macam anak dara rambut tak sikat. Tak mungkin jadi pilihan teruna.

Orkid cantik. Rupa unik. Tiada kurang.

Kami berdua suka melihat zahir? Mungkin. Tapi salah ke memilih yang cantik?

Kalau dari sudut ideologi, kita boleh berfikiran sebegini. Raya cuma kuntum yang menarik. Orkid pula seluruhnya anggun.

Kenapa harus pilih yang sedikit hebat sedangkan anda boleh dapat banyak yang baik?

Ayah berseloroh, "Bunga raya melambangkan ramai manusia di Malaya yang bela Hantu Raya untuk jadi kaya-raya." Hah! Itu baru betul. Aku tidak lagi berfikir. Tak lagi bertanya. Segala persoalan terjawab.

13 Mei, 2009

Kadang kala sendiri kurang faham apa yang dah aku tulis. Lain difikir, lain ditaip.

Tonton video muat turun lagi. Tiada gadis cantik. Cuma roh budak emo dan lelaki deria ke-enam. Tiba pula suatu babak. Fuyoh! Spek heroin kelihatan hebat. Bak!

Reka bentuk seolah-olah biji mata kumbang. Warna putih, emas bercampur baur. Tapi ketelusan separuh. Bahagian atas hampir tutup kawasan jendul. Bawah pula cecah lubang hidung. Lihat penipuan jelas ternyata!

Memandangkan rupa paras agak gebu, susah padan bersama kaca mata sebegitu. Kedegilan akan mengundang rasa menyampah pada lain umat. Pasti isi pipi tersembul macam burger. Bezanya, tanpa hirisan kubis dan bijan.

Tidak seperti anda, Kap buta fesyen. Kawan bilang budak grunge sesat. Indie jauh sekali. Seluar ketat buat diri rimas. Takut rosak potensi hasil zuriat di masa depan.

Konsep aku bergaya asal selesa. Walaupun dipertikai sesetengah konsultan tak diupah, langsung aku buat selamba. Pakaian murah, personaliti lemah, moral rendah, semangat kendiri kurang menonjol, semua ditelan. Kerana itu tak popular di kalangan muda mudi sekitar. Sebab tak ikut perkembangan. Tapi pelik perut tetap kembang. Lantak kau lah, mambang!

Tiada modal nak sambung. Sekian.

12 Mei, 2009

Hasil siasatan menunjukkan...

Sekarang baru aku tahu. Sorok dah diketahui. Simpan kebocoran.

Rahsia dah terbongkar. Mati-mati aku percayakan kata hati ni. Tertipu rupanya.

Sangka aku Jess cuma nak jaga perasaan dan tak mahu aku bersedih. Dia benar maksudkan.

Dia kata aku kacak. Hooray!!

Tapi malang. Sekadar angan di waktu buntu nak menulis.

Terima kasih.

11 Mei, 2009

Kerana kebabianmu begitu berharga: Sekilo berapa ek?

Babi itu indah. Itu kata daripada pencinta babi. Babi pula hanya boleh, "Oink!"

Jangan makan babi. Orang Yahudi tak telan babi. Malahan, tak hisap rokok. Mari contohi mereka. Namun, mereka jahat dan bersifat kebabian. Elok disumbat saja dengan babi. Baru sempurna.

Kau cakap aku anti-Cina! Kurang waras buah fikiran kau ni. Aku nak ajak makan ikan. Sebab ayam pun banyak cacing. Suntik hormon. Aku ingat guna botox tadi.

Apa? Tak setuju. Babi dua kali lebih juicy daripada ayam. Kelakar betul. Juicy ek? "Seks bebas juga sedap," kawan menambah. Tiada maklum balas diberi. Kaget sudah.

Tuhan bagi kita sejuta nikmat sebab nak suruh kita pilih. Bukan bagi kita rembat semua. Kalau dah terlajak syok, hulur pada yang lain. Kaya nak! Babi nak! Perempuan nak! Hidup wajib seimbang. Cukup rasa. Macam bersama suami/isteri. Bila terlebih boleh jadi muak. Aku dah kahwin ke??

Paling kesian orang pantai. Lalang dan Bidara. Lali bau babi. Lekat hidung. Lekat badan. Kandang sebelah rumah. Jemaah surau tak cukup panggil jerit, "Woi, babi! Jom solat!". Rapatkan syaf.

Kawasan ca-ya-nun-alif mana jumpa si khin. Nak bubuh pencawang pun bising. Tempat majoriti mim-lam-alif-ya-wau macam-macam ada. Longgok sampah, bau sxxl! Highway tepi rumah, hadap debu! Kubur nirvana luas terbentang. Jom jumpa Kurt Cobain :-)

Hanya tukang bela bermata sepet. Pekerjanya majmuk. Pelbagai warna. One Malaysia. Bangla, Indon, Nepal. Tepat! Tiada bangkangan. Najib berjaya!

Terimbas hal lama. Terbaca dari surat khabar perdana. Orang kuat Kota Singa tegas, "Ternak babi cara moden untung, selamat!" Diulang dengar. Dia percaya selamat! Jika benar, sila gunakan tanah di sana.

Soalan percuma satu. Kenapa jiran kita haramkan belaan cik Bi? Sebab terlalu selamat, kah??

Cadangan terunggul. Lumba kereta boleh selit celah bandar. Tak kan rumah sang merah jambu tidak. Kau tahu kau menipu. Tonyok juga mengangguk memerli kamu.

Cuaca panas bikin hati terbakar sama. Pecahkan telur boleh masak sebiji. Terima kasih, kipas hikmat. Muka stabil. Tidak kemerahan seperti subjek entri. Cukup lah untuk hari ini. Mari makan ikan masak kicap. Terbukti halal.

Pssttt:
Singapura, Hong Kong, dan Taiwan mengharamkan ternakan khinzir walaupun majoriti mereka pengguna tegar. Jelas, kan?

10 Mei, 2009

Taip YA jarak CINTA SEJATI, hantar ke 33399

Dedikasi khas penuh rasa sayang ini ditujukan kepada...

...mama saya, para ibu seluruhnya, yang pergi mahupun yang masih ada, mereka yang pernah, teringin, bakal, sanggup, terpaksa, dipaksa, menjadi ibu. Selamat 365 hari ibu untuk kalian. Ku tahu terbitan di timur tak seindah hatimu.

Cak

Akhir sekali teristimewa tak kira lelaki atau wanita, bagi mereka yang telah menjaga anak-anak di muka bumi. Tak kenal kandung, tiri, atau angkat. Tahniah dan terima kasih diucapkan. Anda paling mulia di kalangan kami.

Muuuuuuah!

Aku sangat gembira :-)

Pautan: [1]

09 Mei, 2009

104, Jalan Abdullah [2]

Sepanjang tujuh hari ditakdirkan minggu hantu. Siapa pembaca setia pasti sedar benar tidak kenyataan tersebut. Kap kurang gemar cerita seram. Rata-rata suram, syok sendiri. Malah selalu jadi bahan gelak penghibur lara.

Mungkin mitos yang mengatakan jembalang ada skandal perempuan cantik tepat. Asal ada mereka nampak lah bonjolan, lekukkan, aksi berpeluh dijaja dalam filem. Ternyata mereka juga ada selera tersendiri. Selera hantu!

Mungkin kerana di luar sana terlalu banyak jxntxn ego. Yang sering berfrasa, "Gua tak gentar sama lu!" Hakikatnya, mereka kehilangan telur.

Jangan bayangkan!

Oleh itu, bagi memancing cik abang kita menonton terpaksalah diumpan dengan heroin yang punya ciri di atas tadi. Maka, senang hati mereka melihat walhal matanya terfokus pada kawasan tertentu sahaja.

Dua hari dua cerita. Malam lepas syaitan labu sayung mini. Tadi roh mangsa bunuh. Keduanya boleh tahan. Satu yang tak tahan. Kap melayang. Langsung pandang, serap tidak. Lemahnya aku. Masih lagi diganggu keindahan itu. Lelaki tetap lelaki.

Esok mahu kaji satu lagi video. Aktres utama drama roh juga yang berlakon. Watak berbeza. Jadi manusia pula. Orang berjiwa iblis. Kini terfikir sekejap. Kenapa banyak perempuan cap J? Bukan J untuk janda. J adalah karakter negatif. Perbincangan ditutup!

Benarkah mereka makhluk biasa?

Atau cuma jembalang yang menukar insan suci menjadi jxlxng?

Atau mungkin anda sudah pun diselubungi misteri?

Hahahahahaha..
Hahahaha (kesan bunyi gema bagi menambah gelora).

08 Mei, 2009

Pemilik blog emo tapi peminat Raihan

Andai dia punya nyawa. Kap mahu bercinta dan berkahwin dengan internet. Malang. dia juga tiada sesuatu yang dapat memenuhi batin. Hanya laman web dewasa. Akan tetapi Kap menolak.

Kalau anda dail Satu Kosong Kosong untuk bantuan penyedia talian,pasti komputer menyahut. Manusia pula minum kopi. Sambil layan Muka Buku. Dua puluh kali mencuba dan makian, baru diangkat. Sibuk cebuk! Kecewa!

Nak buat apa, jaringan maya di rumah terkena selsema oink. Penyedia bernama Tenuk Mampus pun terjangkit sama. Simptom, merangkak terkedek masa kerja. Kerja??

Penyakit kapitalis! Bila senang pandang hina sang setia. Bila jatuh, baru nak bodek. Bagi topi, payung, mug, baju, kipas. Panas hangat! Aku nak aircond. Kipas tak main!

Semua makin bercambah otak. Sogok perangsang murah siapa nak layan.

Beralih kepada plan hina. Jaja awam tak patriotik bagai. Sebab tak sokong produk tempatan. Dulu kau lupa diri kira semangat nasional ek? Cermin diri, wahai penghisap darah!

Aku doakan syarikat kamu jadi seperti bekas pembikin mobil nombor satu negara. Biar kelam kabut. Pelanggan number one, lah. Anda kekuatan kami, lah. Kerana anda kami maju, lah. Baru sedar tinggi rendah langit.

Lebih hormat brader burger depan kedai india. Mayo melimpah tak payah minta. Kadang kala terfikir, "Bro, kau jadi CEO kompeni telefon lebih baik. Mesti banyak faedah kau bagi,kan?"

Pssttt:
Entri sedikit berbaur serangan (offensive). Namun, tak salah bagi mengingatkan yang terlalu bertahan (defensive).

07 Mei, 2009

Sejuta aku tak pandang (Cerita benar sang penipu)

Tahniah, Encik Kap! Kerana daripada satu billion yang turut serta, hanya anda sahaja berjaya dalam pertandingan ini. Anda telah melengkapkan kesemua cabaran yang diberikan iaitu;

Melayari internet menggunakan super komputer dan sambungan internet 300 megabit per saat. Wo!

Tidur atas tilam terempuk di dunia. Wo!

Makan di hotel bertaraf 10 bintang mengikut selera. Wo!

Akhir sekali berborak dengan kekasih hati sambil diiringi persembahan live lagu-lagu jiwang orkestra. Wo! Wo!

Setiap tugasan memerlukan anda menghabis 100 hari berturut-turut! Tanpa henti! Kehebatan ini membuatkan ramai di luar sana mengagumi anda.

Dengan sukacitanya, saya mengisytiharkan tiga opsyen hadiah yang boleh dipilih pemenang kita.

Pertama, anda akan diberi sebuah banglo 100 tingkat berserta perabot eksklusif dan ciri-ciri mewah lain, siap bersama 1000 orang pembantu. Mereka akan menolong dalam menguruskan rumah, menjaga keselamatan, kebajikan, bla, bla, bla......

Andai kata seorang pekerja mati, pihak kami akan gantikan dengan pembantu baru dalam masa 24 jam. dan semua ini hak milik anda sehingga tujuh puluh keturunan.

Namun, anda perlu melengkapkan satu lagi tugasan iaitu anda mesti belajar semua tentang lagu soprano. Kemudian, cari satu puncak bukit dan nyanyikan 300 lagu dalam genre tersebut sehingga boleh didengari sejauh radius 500 kilometer.

Tidak pun anda ada pilihan kedua. Anda bakal menerima kad bank automatik. Kad ini membolehkan anda mengeluarkan seberapa banyak wang yang anda mahu. Bukan itu sahaja, penggunaannya bebas. Semua bank, semua ATM di seluruh dunia!

Gembira? Tapi ada juga cabaran. Anda diberi masa 30 hari untuk naik turun Gunung Everest sebanyak 3 kali tanpa mengenakan seurat benang pun pada tubuh kamu. Ringkas bukan?

Opsyen terakhir. Namakan sahaja sebarang kenderaan di dunia ini dan kami akan pastikan ia menjadi milik anda. Jet pejuang Sukhoi? Bas double decker? Kereta sorong? Motorbot? Streamroll? Kapal layar mewah? Basikal tua? Hovercratft? Helikopter Nuri? Van mayat? Motor putu mayam? Semua itu dipakejkan bersama bekalan bahan api kenderaan untuk seumur hidup! Tanpa sebarang had!

Syaratnya sangat mengujakan. Anda akan berkahwin dan wajib bunting pelamin. Masa ditetapkan ialah sebulan dari tarikh akad nikah. Pasangan anda adalah golongan bangsawan iaitu Permaisuri Elizabeth ke-2.

Bagaimana? Ada berani?

Tiba-tiba Kap bersuara, "Saya memilih untuk menolak kesemua hadiah yang disediakan, tuan pengerusi majlis."

Sambil disambut oleh ekspresi terkejut wajah pengacara, "Maaf, Encik Kap. Jika enggan, anda terpaksa dikenakan hukuman tinggal dalam longkang saliran utama air limbah Alam Flora sepanjang hayat dan alat terpenting pada tubuh anda akan dipotong!"

Dengan tegas dia memberi arahan, "Pengawal! Tangkap lelaki itu! Kita buat sate!" Serta merta wajah lelaki jambunya berubah kemerahan dan sedikit tanduk comel timbul di ubun kepala.

"Jangan tangkap aku. Ketiak aku berkurap. Daging aku liat. Hidung aku besar. Jiran aku Tomok. Tolong! Tolong!"

"Kaput Karan, bangun! Anta bermimpi. Hah! Tertidur lagi."

Wo! Nasib baik aku terjaga. Tak guna punya mengigau. Buat malu. Terlelap semasa subuh berjemaah. Masa sujud terus tak bangun. Lebih ekstrem, ditendang pula makmum sebelah. Bila keluar konon berwuduk, terus tak masuk. Segan.

Satu saja buat aku lega. Bukan aku saja. Ada enam lagi jemaah pun sama. Yang berat sama dipikul, kan? Terima kasih, kawan-kawan.

06 Mei, 2009

104, Jalan Abdullah

Biasa menghadap drama hantu orang putih. Ikut setiap episod. Kawan perli, "Tengok lain tu." Sinis bunyinya. Namun ada kebenaran. Pelakon utama wanita cantik. Minat sejak cukup umur. Tak perlulah dijelaskan lanjut.

Berlambak pocong dan pontianak lokal berlegar dalam peti tv. Terima kasih pada taikun media elektronik. Duit mesti masyuk. Penapisan filem pun join the club. Aktiviti potong adegan hampir pupus. Darah melimpah, kepala putus, perut terburai, kita pun pandai buat. Tiada batasan.

Pernah cerita yang terpaksa keluar ke bandar semata-mata nak dapatkan majalah bersifat ke-bandar-an. Kedai di sini cuma jual skandal politik murahan, gosip celebriti, alam mistik, dan rahsia dalam kelambu. Cuba teka yang mana paling popular?

Dekat sini ada satu banglo. Jin segala mambang boleh dijumpa secara percuma. Kalau kena masa siap boleh jumpa celebriti. Harun Din nama dia. Jangan lupa letak Dato' di depan.

Selain daripada bercita untuk menjadi ahli bomba. Semasa kecil, Kap juga teringin jadi tunang pak dukun. Jahilnya! Sebab ingatkan tunang itu bermaksud anak murid. Malah, silap menterjemah dukun sebagai guru silat. Moral, sila tajamkan bahasa lidah anda! Dan jangan biarkan diri anda diselubungi misteri!

05 Mei, 2009

Merepek tanda sayang

Internet bila tiada buat aku bingung. Punca dari penyedia talian yang banyak alasan bila kurang efektif. Tapi begitu cekap perihal menghantar bil. Bagi rebet punya kedekut! Bayar mahal, service tahap jamban Pudu! Puduraya apa khabar?

Tambahan, kecewa dengan situasi semasa. Sudahlah hanya berkerja sebagai tauke anggur. Mahu bisnes anggur di maya pula terhalang.

Sekarang sedang melayan lagu Gigi. Pada yang lost, Gigi adalah band. Bukan tajuk lagu seperti Ayam.

Gigi..
Bermacam gigi..
Ada gigi susu, gigi rongak..

Kebetulan pula gigi terbelakang selalu bermasalah. Celah selalu ada tetamu. Cebisan daging paling VIP. Masuk tak diundang. Kadang biji cili juga. Tensi! Bila kalah main Ps2, gigi kena bambu. Buat alasan.

Patutkah makan sayur saja? Boleh bertambah cantik kulit. Boleh bikin album. Vokal cuma hebat sedikit daripada kambing. It's ok. Orang mana dengar suara sedap sekarang. Lebih keldai, lebih unik. Kasi market meriah. Ya, meriah di pasar keldai!

Atau kahwin dengan janda. Yang muda dialu-alukan. Kalau ikut trend tua pun tak jadi hal. Janji bergetah. Kaya lagi bagus. Boleh melancong sampai bulan. Honeymoon terus. Merepek apa ni, Kap!

Lihat! Begitu negatif impak tanpa dunia virtual. Aliran tak konsisten. Perlukah mencarut untuk bebas tekanan? Skill mencarut kau kelas G. G untuk gagal!

Jadi, kembali pada Kap yang asli. Dalam bentuk sejuk beku. Kool cakap orang urban.

Toilet panggil. Sila ambil wuduk. Chow.