Memaparkan catatan dengan label #janganketawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #janganketawa. Papar semua catatan

15 Februari, 2010

Resepi turun temurun: Sotong goreng kunyit

Bahan ingredientnya (celaru bahasa):

3 botol air mineral,
Pisang Abu goreng 3 ringgit (jangan kau potong Abu punya pisang lak!),
Peluh ketiak satu plastik kecil,
Jatuh longkang sekali,
Kamera sebiji (aku naik saksi),
Bateri kereta beli di TESTKOnon.

Teknik membuatnya:

Buka bonet dan ignite enjin. Gagal? Cuba tolak kereta tapi hati-hati seorang dah masuk longkang.

Penat? Pakcik gerai sebelah melambai tanda suruh singgah. Seringgit jadilah.
Untuk menutup segan, sila ronda jauh sedikit mencari bateri NS40.

KONGSIFACAI? Keliling tempat olang Cina. Kedai semua pakat EL. Jom ke JAIEN. Mahal? Try TESTKOnon. Murah. Cap Ayam. Hantam.

Ok, jangan lupa air botol. Hati suam. Badan Panas. Ketiak lencun wa cakap lu.

Haus

Siap semua kena tunggu. Setengah jam. Baru retry. "Pakcik, pisang macam tadi dua ringgit."

Wa! Enjin hidup. Balik rumah. PS2 memanggil.

"Jom teman Hang Kebun siram pokok di kebun!"

"Baik, boss."

15 minit kemudian terdengar satu sampukan manja,

"Ma, nanti kita masak sotong goreng kunyit nak?"

11 Februari, 2010

Diari percutian extravaganza

Baru pulang holiday dari kepulauan Tokyo. Penat juga. Kesian. Tourism-phobia seperti aku bercuti jarang disertai dengan percutian. Keberatan berbelanja. Simpan duit lebih kool mengikut pandangan aku. Boleh bayar zakat banyak.

Sedikit survey sebelum berangkat, menyatakan Tokyo ada syurga item bebas cukai. Maka, hasil kerja buruh ter-saving-lah sejuta dua dalam akaun. Aku berikrar dengan akujanji nak kasi licin. Baru puas hati hamba.

Hakikat sana harammmm! Cuma ada kecewa. Berjumpa pekedai cikaro tua kerek, dll. Sebagai ubat jiwa, segala pinggan mangkuk pelbagai model sekitar pekan tu aku kecaikan. Biar padan muka all the ma'ciks. Frust sama degree. Patutlah sini penuh para para sakura.

Cikaro
Cikaro ganyut poyo (dalam perut buaya)

Buka cerita lain. Di sana aku disediakan driver. Pandu bapak speedy. Tak sempat usha permandangan indah, tiak belum sempat peluh setitis, "sampai encik!" (translate). Terror and horror betul.

Plus siap pembantu kanan. Panggil si janggut. Kelakar orangnya dan tak habis habis promote sun block dan t-shirt untuk dijual. Jadi, terbeli baju t akhirnya. Bila singgah satu pantai dia recommend lagi. Terbeli seluar bunga pula. Nasib sale. 200 Yen.

Part makan aku stick satu kedai. Lokasi sebelah longkang besar. Tapi seekor lalat tak terbang. Mengikut cerita lagenda lalat kali terakhir dilihat sekitar 500 tahun dahulu. Hebat, kan?

Menu fingers licking good looking wa cakap lu. Si janggut beriya suruh order set nombor 3. Nasi bubur bersama lauk. Wasabi dan tuak Jepun separuh harga. Reject! Lauknya khinzir masak halia. Tak boleh tukar. Ambik lain. Nasi dengan sotong celup tepung. Yummy!

Siapa sangka sana sejuk Everest meleset sama sekali. Walhal panas menggeletis. Global warming sampuk Argentine tua duduk seat depan masa balik Tanah Melayu. Kata dia, "Bangkok 10 kali A. Ada wanita jual bodi. Ada pertunjukan harimau (translate)." Aku anggukkan saja. Konon konon innocent.

Sampai rumah pemanasan global bikin coklat import penuh se-beg mencair. Bentuknya lari gila. Herot. Senget. Penyet. Macam orang hidung Zizan hilang hidung.

Zizan
Zizan (pada orang yang masih tak kenal) [!]

Tapi ok what. Masuk mulut. Keluar tentu jadi shape lain, kan? Berani ke nak reshape guna tangan sendiri. Lu fikirlah sendiri pun (dialek ah long).

Ok, tammat.

24 Jun, 2009

Yahya + Mahani = YAMAHA!

Tolong aku sikit boleh tak?

Apa hal?

Bini aku. Sarat mengandung. Kembar. Seorang laki. Seorang perempuan.

Jadi?

Bini aku bagi assignment. Suruh cari nama untuk baby kami. Buntu aku!

Spesifikasi?

Lelaki depan ada ABDUL. Baby girl wajib SITI pangkal.

Elok sangat! Kau tu orang nombor-nombor. Buta seni. Mana layak terbabit hal berat macam ni, bro!

Ye lah. Tak kan aku nak bagi nama ABDUL KUASA DUA, SITI ALGEBRA kan?

Wawawa. Walaupun makin tebal spek kau, lebih tebal lagi muka kau tu ek.

DUSH!

Aduhhhh..

Nak tolong ke tak?

Tengok keadaan. Lagipun, aku kena minta pendapat orang rumah dulu.

Bila masa kau nikahnya?

NAJIB maksud aku.

Itu rakan serumah, ngok!

Huhuh. Ada syarat lain tak? *Sengihan beruang*

Dia nak gabung nama kami. Aku depan dia belakang. Dia kan NADIRAH, jadi N. Aku H untuk HAMID.

Kau cadang?

ABDUL HAZNIK NAZMI, SITI HAZNI NAJWA. *Tunjuk isyarat bagus*

Tahap C. Setakat cukup makan. Tak boleh pergi jauh. Zaman globalisasi kena internasional. Baru mat saleh hormat!

*Gosok kepala* Macam ni lah. Kalau A+ idea kau, aku sponsor kek kahwin. Lima tingkat!

Siap pedang samurai untuk potong kek???

A'ar. Janji, bro. Yang penting, selesai masalah nan satu ni.

Tiba-tiba Allah beri aku hidayah, MID!

Apa? Apa? *Fokus luar biasa*

ABDUL H1 N1, SITI H1 N1 *Senyuman manis menunggu maut*

++++++

Adegan seterusnya anda tentukan.

09 Jun, 2009

Sesi kedua: Kes bulu

Radhi Sukiman:
Hai, Prof. Kaput. Rasa meluat dan geli ketiak sering saya alami ketika membaca akhbar harian utama. Bukan itu sahaja, malah saya terpaksa menelan dua biji Ponstan setiap hari kerana tertekan selepas membacanya.

Sentimen politik "pilih bulu" terlalu banyak sehingga memenuhi kebanyakkan kolum. Keseluruhan menceritakan pembohongan yang ternyata hanya menjadi pelindung kepada yang berkepentingan peribadi.

Perlukah saya memulaukan seperti saya memboikot produk Yahudi, ataupun Prof. ada idea yang lebih baik?

Prof. Kaput:
Hai, Radhi. Mengikut firasat saya, awak bukan di Pulau Pinang. Jadi, seelok-eloknya tak perlulah berpulau-pulau. Isk! Anda yakin ke akhbar tu bukan produk Yahudi (acah saja!).

Baiklah, saya sendiri membaca akhbar setiap hari. Bukan untuk cerita politik tetapi untuk menelek mana tahu ada kerja kosong di sekitar Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan Encik Radhi, sejak negara kita dilanda kerunduman ekonomi, penjualan surat khabar harian negara telah meningkat sekali ganda akibat daripada aktiviti sebegini. Maaf, sedikit terbabas.

Kita kembali ke isu pokok. Bisnes adalah bisnes. Bisnes ini ada dua cabang. Satu wang, dan keduanya kuasa. Yang kedua ini menyebabkan apa yang saudara panggil "pilih bulu". Bulu siapa yang terpilih ditentukan oleh pemilih bulu tersebut. Pemilihan tersebut tidak pula berdasarkan kategori bulu tercantik atau pun bulu terpanjang. Ternyata ia lebih kepada bulu siapa yang sama serupa seperti bulu si pemilih bulu. Kompleks bukan??

Gambar lurah dada artis, cerita santau dan ilmu hitam, isu panas "dalam kain, dalam kelambu" adalah ramuan yang mampu memberi ketagihan ala daun ketum kepada pembaca. Pembaca yang ketagihan tidak dilindungi seperti mereka bersungguh melindung manusia berkepentingan. Jadi, wajib bagi anda mendapatkan perlindungan insuran nyawa. Mana tahu tup tup sakit jantung. Ingat! Malaikat maut bukan jenis memilih bulu.

Sebenarnya sukar bagi pesakit geli ketiak pulih kepada keadaan normal. Situasi akan bertambah sukar jika anda sering mengambil Ponstan. Ia berfungsi mengurangkan rasa sakit tapi pengambilan berterusan merosakkan sistem imunisasi tubuh. Tidak hanya geli di ketiak malahan akan merebak ke bahagian lain juga. Dahsyat!

Bagi masalah meluat perlukan lebih kawalan serta fokus. Bimbang nanti meluat itu berubah menjadi ketuat - ketumbuhan yang boleh merosakkan paras zahir anda. Teman wanita juga boleh cabut lari. Dia beranggapan sekali tergesel boleh mendatangkan rasa ngeri dan ngilu setiap tidur. Lebih malang, ayat menggoda dan wang berjuta tak mampu membantu kecuali untuk membeli ubat ketuat.

Untuk jangka masa panjang, suapbalik negatif tidak lagi berfungsi baik. Anda kurang bertindakbalas kerana lali dengan sebarang rangsangan. Maka, tidak hairan jika ramai yang terus menjadi peminat setia walaupun terasa benci. Sekaligus menjauhkan salah anggap mengata ia "benci benci sayang". Lebih tepat dipanggil "benci benci sayang". Eh! Sama pula.

Alangkah baiknya anda bantu orang yang bakal menjadi mangsa daripada terjebak. Saya syorkan beli semua surat khabar di kedai yang biasa anda pergi dan terus hantarkan ke pusat kitar semula berdekatan. Bayangkan sehari 40 naskhah. Ini tidak langsung anda berjaya menyelamatkan 40 orang yang lain.

Alhamdulillah, dari seorang mangsa geli bawah lengan, ketagihan pil dan daun ketum, dan hampir menjadi pemboikot. Kini anda mampu menjadi hero manusia dan bumi. Tak perlu lagi jadi hipokrit tutup suis sejam. Awas! Hipokrit juga penyakit bawaan surat khabar harian. Kita bincang lain waktu.

Sekian.

15 Mei, 2009

Wei, pensil warna dia ada taik lah!

Vellu Nathan:
Saya pelajar genius dan memperolehi A1 dalam SPM untuk kertas Bahasa Malaysia tahun lalu. Namun, saya selalu terkeliru antara perkataan jenazah dan jenayah. Boleh tak Prof. bantu saya?

Prof. Kaput:
Ok, senang. Jenayah benda tak elok. Polis tangkap duduk penjara. Lebih terkenal lagi, dapat enterframe rancangan '999'.

Jenayah direalisasikan oleh penjenayah. Dunia mereka penuh warna warni. Merah darah, hitam hati, biru polis, bohsia putih, otak biru, muntah hijau, dsb.

Kalau kita degil kepala batu nak buat juga. Kebarangkalian untuk kita menjadi jenazah adalah tinggi.

Ini kerana polis sekarang semakin ganas. Kegunaan pistol bukan untuk gantung di pinggang 24 jam. Masa ni lah nak jadi hero "Gerak-gerak-gerak-khas". Lihat Norman Hakim dah boleh pasang baru. Untung polis sekarang.

Jenazah adalah tubuh yang mati. Akan tetapi sesiapa yang mati pucuk tidak pula berada dalam kumpulan ini kerana ia hanya mengundang mati akal. Itu baru separuh mati namanya.

Jasad ini juga keras dan sejuk meskipun tidak setanding air batu. Tanpa kira sama ada tuan punya tubuh itu menghabiskan separuh usianya menjadi mak nyah atau pun suami dayus - yang dipanggil insan lembut. Akhirnya, semua orang berpeluang mendapat tubuh yang "keras" dan "sejuk" (hanya dengan izin-Nya). Subhanallah.

Sesudah mati, tiada butang "undo" diberikan atau sebarang serampah boleh menghidupkan si mati. Cuma ayat, "Selamat tinggal dunia" dapat diucapkan. Bak kata orang senior berambut tanam, "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian cukai pendapatan."

Pendek cerita, dah mati satu sen pun tak guna. Yang tinggal hanya doa anak soleh/solehah, ilmu yang ditinggalkan, dan amal jariah.

Ada satu perbezaan jelas antara dua perkataan ini iaitu; jenayah membawa padah!. Manakala, jenazah membawa ke kubur! Itu saja. Mudah, kan?

Faham tak, Vellu? Jika anda kata ya, bermakna value (nilai) anda sudah naik sedikit. Yang pasti lebih tinggi daripada Samy Vellu. Tahniah!

Fakta Keji:
Daripada seribu responden, 5 peratus daripada penjenayah membeli sendiri pensil warna. Lagi 70 peratus mengaku mencurinya di kedai alat tulis. Manakala, baki 25 peratus pula memeras ugut rakan sedarjah semasa di bangku sekolah. Taktik paling lapuk ialah dengan mencelet taik hidung pada batang pensil warna tersebut. Kemudian menjerit dalam kelas, "Wei, pensil warna dia ada taik lah!"

07 Mei, 2009

Sejuta aku tak pandang (Cerita benar sang penipu)

Tahniah, Encik Kap! Kerana daripada satu billion yang turut serta, hanya anda sahaja berjaya dalam pertandingan ini. Anda telah melengkapkan kesemua cabaran yang diberikan iaitu;

Melayari internet menggunakan super komputer dan sambungan internet 300 megabit per saat. Wo!

Tidur atas tilam terempuk di dunia. Wo!

Makan di hotel bertaraf 10 bintang mengikut selera. Wo!

Akhir sekali berborak dengan kekasih hati sambil diiringi persembahan live lagu-lagu jiwang orkestra. Wo! Wo!

Setiap tugasan memerlukan anda menghabis 100 hari berturut-turut! Tanpa henti! Kehebatan ini membuatkan ramai di luar sana mengagumi anda.

Dengan sukacitanya, saya mengisytiharkan tiga opsyen hadiah yang boleh dipilih pemenang kita.

Pertama, anda akan diberi sebuah banglo 100 tingkat berserta perabot eksklusif dan ciri-ciri mewah lain, siap bersama 1000 orang pembantu. Mereka akan menolong dalam menguruskan rumah, menjaga keselamatan, kebajikan, bla, bla, bla......

Andai kata seorang pekerja mati, pihak kami akan gantikan dengan pembantu baru dalam masa 24 jam. dan semua ini hak milik anda sehingga tujuh puluh keturunan.

Namun, anda perlu melengkapkan satu lagi tugasan iaitu anda mesti belajar semua tentang lagu soprano. Kemudian, cari satu puncak bukit dan nyanyikan 300 lagu dalam genre tersebut sehingga boleh didengari sejauh radius 500 kilometer.

Tidak pun anda ada pilihan kedua. Anda bakal menerima kad bank automatik. Kad ini membolehkan anda mengeluarkan seberapa banyak wang yang anda mahu. Bukan itu sahaja, penggunaannya bebas. Semua bank, semua ATM di seluruh dunia!

Gembira? Tapi ada juga cabaran. Anda diberi masa 30 hari untuk naik turun Gunung Everest sebanyak 3 kali tanpa mengenakan seurat benang pun pada tubuh kamu. Ringkas bukan?

Opsyen terakhir. Namakan sahaja sebarang kenderaan di dunia ini dan kami akan pastikan ia menjadi milik anda. Jet pejuang Sukhoi? Bas double decker? Kereta sorong? Motorbot? Streamroll? Kapal layar mewah? Basikal tua? Hovercratft? Helikopter Nuri? Van mayat? Motor putu mayam? Semua itu dipakejkan bersama bekalan bahan api kenderaan untuk seumur hidup! Tanpa sebarang had!

Syaratnya sangat mengujakan. Anda akan berkahwin dan wajib bunting pelamin. Masa ditetapkan ialah sebulan dari tarikh akad nikah. Pasangan anda adalah golongan bangsawan iaitu Permaisuri Elizabeth ke-2.

Bagaimana? Ada berani?

Tiba-tiba Kap bersuara, "Saya memilih untuk menolak kesemua hadiah yang disediakan, tuan pengerusi majlis."

Sambil disambut oleh ekspresi terkejut wajah pengacara, "Maaf, Encik Kap. Jika enggan, anda terpaksa dikenakan hukuman tinggal dalam longkang saliran utama air limbah Alam Flora sepanjang hayat dan alat terpenting pada tubuh anda akan dipotong!"

Dengan tegas dia memberi arahan, "Pengawal! Tangkap lelaki itu! Kita buat sate!" Serta merta wajah lelaki jambunya berubah kemerahan dan sedikit tanduk comel timbul di ubun kepala.

"Jangan tangkap aku. Ketiak aku berkurap. Daging aku liat. Hidung aku besar. Jiran aku Tomok. Tolong! Tolong!"

"Kaput Karan, bangun! Anta bermimpi. Hah! Tertidur lagi."

Wo! Nasib baik aku terjaga. Tak guna punya mengigau. Buat malu. Terlelap semasa subuh berjemaah. Masa sujud terus tak bangun. Lebih ekstrem, ditendang pula makmum sebelah. Bila keluar konon berwuduk, terus tak masuk. Segan.

Satu saja buat aku lega. Bukan aku saja. Ada enam lagi jemaah pun sama. Yang berat sama dipikul, kan? Terima kasih, kawan-kawan.

28 April, 2009

Mimpi cap B [02]

Sendiri di lorong hitam. Hujung sana wanita cantik berdua tiada teman.

Seperti biasanya, aku disapa penuh manja. Huh! Mungkin tidak layak dipanggil sapa. Sebab mereka sebenarnya...

"Muuuuah." Pipi kananku dicium.

"Muuuuah." Sekali lagi aku diperlakukan. Tapi tidak ingat sasaran cabul.

Muka mula merah seperti bunga ros. Nak tolak hati kata mahu.

"Lagi! Lagi!" Ronta jiwa.

Nasib baik aku tersedar. Terima kasih pada bunyi kentut jiran sebelah.

"Intan, Bella, I minta maaf. I tak boleh khianat Jess. You all "Pisau Cukur" and I hate you both." Aku cuba tambah bahasa penjajah sana dan sini. Harap mereka faham.

"Alaaaaa.."

"You tengok bawah lengan I ni. Clean!"

"Alaaaaa.."

"I have no credit cards. In fact, my cash in bank's zero!" Sambil lobi gaya hidup di Hartamas. Korek hidung dan picit jerawat.

"Hello, Intan di sini. Payung di situ. Bla..Bla..Bla.."

"Ye ke, mak? Minyak cap Kapak naik harga! Nanti Bella check e-mel. Bla..Bla..Bla.."

Juga seperti biasa. Aku ditinggal sendiri. Lagi!

Pisau Cukur
Lihat mereka masih tak serik!

Kredit: [1]

24 April, 2009

Tom Cruise terus masuk Islam

Ada seorang sahabat Kap. Badan penuh bulu dikata hensem. Pakai baju tak pernah. Nak menunjuk bulu dada.

"Kau jeles, kan? Pilot jet fighter even tak kacak pun orang cakap, "not bad lah" at least."

Aku cemburu????? Huh!

Helmet
Wanita di belakang mengambil gambar Kap sejujurnya.

16 April, 2009

Gadis merah jambu

Adik Berskirt Merah: ABM
Kaput: K

:::::::::::::

ABM: Abang Kay kan?

K: Yup! Saya kenal awak ke?

ABM: Alaa..Cindy, anak tauke pirated vcd tempat Abang Kay kerja dulu. Kan Abang pernah...

K: Oooo (Cube lari topik)..Cantik skirt. Curi kat mana?

ABM: Macam princess, kan?

K: A'ar (Menjaga hati).

ABM: Cindy baca blog abang. Langsung tak cerita pun pasal Cindy.

K: Kena ada benda nak cover, baru boleh tulis (Alasan chantek!!).

ABM: (Muka cembeng)

K: Lagi pun Cindy bawah umur. Nanti abang tak nak masuk jail (Maaf, aku jadi gabra. Jess dah menjeling dari jauh).

ABM: Ok, tapi Cindy ada kawan perempuan. Atas umur (Cindy lemah vocab BM). Dia cantik. Kulit gebu. Kawan semua panggil dia "Gadis Merah Jambu". Dia datang dengan Cindy tadi, Bang Kay.

K: Mana dia? Tak nampak pun (Maaf sekali lagi. Gabraku sudah hilang).

ABM: Entah! Pergi toilet kot. Dia tadi dressing pink. Pakai gelang leher ada bunga....

K: Lagi! Lagi!

ABM: Siap heels merah garang. Tak macam Cindy kelabu asap! Tak cantik sangat. Umphmm! Siap crown tau.

K: (Senyuman paling manis dalam dunia)

ABM: Hah! Tu dia! Panjang umur!

GEDEBUK!

ABM: Abang! Abang!

:::::::::::::

Pink
Cindy dan kawan yang berheels merah garang!
Bukti kukuh kenapa Kap wajib pengsan.

09 April, 2009

Hadirku untuk mengubat luka

J-LO: Alamak, Ima. Balak tu usha kita lah. Daring sungguh jelingannya. Meresap batin I.

SHIMA: I pun perasan. Misai tu buat I terpana. Nervous ni.

J-LO: Control, control. Bukan first time pun. Cammon, babe. Beribu kawan MySpace kita. Tak kan sorang ni tak boleh handle kot.

SHIMA: Minta nyawa. Minta nyawa.

J-LO: Ok. Checklist! Ready!

SHIMA: Ready!

J-LO: Selendang!

J-LO & SHIMA: Ok!
(Diikat bentuk reben hadiah di leher sehingga hampir tercekik)

J-LO: Vokal!

J-LO & SHIMA: Do Re Mi Fa So La Ti Do...
(Syafinaz Selamat mula mengambil tempat)

J-LO: Top!

J-LO & SHIMA: Sendat! Mantap! Aktiviti mendada berganda!
(Dua-dua membuat peace)

J-LO: Punggung!

J-LO & SHIMA: Ewah! Ewah!
(Gelek poco-poco syok sendiri)

J-LO: Alright! Bertenang. Dia sudah dekat.

ABANG BERKUMIS NIPIS: Hai.

J-LO & SHIMA: Ye, bang.
(Senyuman gatal serupa angsa mencari pasangan)

ABANG BERKUMIS NIPIS: Mmmm..Zip seluar tu tak tutup. Ternampak bonjolan di situ.

SHIMA: Aduh, kantoi.

(Cuba menutup kawasan sensitif itu dengan beg berjenama TUCCI dan PRATA mereka)

J-LO: Siot betul. Suara adjust ayu. Depan belakang kasi push-up. Halkum pun dah cover. Macam mana boleh spoil, nyah?
(Sesekali terkucil sedikit vokal jantan)

(SHIMA terguling-guling cuba menyamar sebagai steamroll bagi mengelak malu. Manakala, J-LO pula bergegas duduk di sebelah ABANG DOLLAH, si penjual ubat jalanan sambil melakonkan gaya isteri mithali)

ABANG BERKUMIS NIPIS: Kita serupa..Kita serupa..
(Berjalan ala kawat PLKN sambil bermain hujung misainya)

Nota:
Nama sebenar J-LO ialah Abdul Jalil Bin Gaban Mantino.

Nama I.C SHIMA ialah Suhaimi Manan Bin Sanusi Tamin.

Nyanyian ABANG BERKUMIS NIPIS telah membuatkan Zainal Abidin yang kebetulan lalu di tempat kejadian muntah darah selama tiga purnama.

Link: [1][2][3]

31 Mac, 2009

Anugerah Petani Kecil 2009 jatuh kepada..

MEON berusia 5 tahun sangat petah bercakap dan yang selalu menjadi mangsa ialah AUNTIE SALLY, jiran sebelah rumah. Setiap pagi pasti mereka akan berada di halaman berbual seperti anak beranak.

AUNTIE SALLY: (Menyiram pokok)
Apa yang Meon menungkan tu? Khusyuk Auntie tengok.

MEON: Meon rasa pelik lah, Auntie.

AUNTIE SALLY: Pelik? Kenapa?

MEON: (Berfikir sejenak)
Ye lah, pokok mangga Auntie elok je membesar kuat dan sihat. Meon punya kecil. Daun pun sikit. Buah langsung tak keluar.

AUNTIE SALLY: Dah lama ke Meon tanam?

MEON: Auntie ni tak sensitif betul. Kita hidup berjiran mesti "jaga dalam kain orang". Jawapan tu sepatutnya dah dalam kepala Auntie tau!

AUNTIE SALLY: (Mengangguk-mengangguk tanda setuju)
Bukan dalam tapi "jaga tepi kain orang".

MEON: Huh!
(Berlagak sombong)

AUNTIE SALLY: Auntie saja nak test Meon ingat lagi tak.
(Tersipu malu)

MEON: Baiklah, Meon maafkan Auntie.

AUNTIE SALLY: "Bila pula aku minta maaf dengan kau ni, Meon"
(Bercakap seorang diri)

MEON: Syaratnya, Auntie kena kongsi secret recipe pokok mangga tu. Otherwise, Meon report Nik Aziz.
Nota: Ayah Meon penyokong PAS.

AUNTIE SALLY: Menjunjung perintah, Raja Meon.
(Memerli sambil beristigfar dalam hati)

MEON: (Tersengih sambil menggaru ketiaknya yang gatal)

AUNTIE SALLY: Auntie guna baja. Bubuh baja baru boleh besar.

MEON: Sebesar Auntie boleh?

AUNTIE SALLY: Besar Abah kamu pun boleh.

MEON: Mama, Abah, Auntie semua pun guna baja baru boleh besar ek?

AUNTIE SALLY: Lebih kurang begitulah, budak kecik!

MEON: Ooooo..Baja jenis apa paling bagus ek?

AUNTIE SALLY: Baja tahi ayam goreng.

MEON: Ayam goreng??

AUNTIE SALLY
: (Mengenyitkan mata tanda berlawak)

MEON: Auntie nak saya report kat Kementerian Sumber Manusia ke?

AUNTIE SALLY: Amboi, bijaknya! Gurau sikit pun tak boleh. Sombong! Budget hensem!

MEON: Memang Meon hensem pun. Opah cakap. *Suasana sunyi seketika* Auntie..Auntie tau tak dulu sebelum Mama, Abah buat Meon, Abah kacau Mama kat tempat kerja serupa macam Auntie. Kenyit-kenyit. Mama kata, "Nasib baik I jatuh cinta dengan mata you. Kalau tak menjawablah dengan mata-mata"
(Mengajuk gaya gedik mama)

AUNTIE SALLY: "Budak ni..Siapa ajar kau ni?"
(Mengomel lagi)

MEON: (Tersengih pula)
Boleh tak Auntie bagi Meon pinjam baja taik ayam? Nanti Meon dah besar, Meon ganti.

AUNTIE SALLY: Meon punya permintaan Auntie boleh tolak ke?
(Menghulur bungkusan kecil baja)

MEON: Tak.
(Tersengih dan melompat kecil memeluk bungkusan itu)

3 jam kemudian,

MEON: Auntie Sal! Auntie Sal! Auntie Sal!
(Menjerit ala tarzan)

AUNTIE SALLY: Tunggu kejap. Auntie tutup tv dulu.

MEON: Auntie...

AUNTIE SALLY: Hah! Ada apa lagi, Tuan Meon?

MEON: Betul tak cara Meon letakkan baja ni?
(Menunjukkan tempat dia menabur baja)

AUNTIE SALLY: Dah nak hampir betul. Tapi kenapa Meon tanam pokok sampai langsung tak nampak pokoknya. Yang kena timbus akar saja, anak ooi.

MEON: Meon bukan tanam pokok lah, auntie. Meon tanam adik Meon, Ajip. Nanti cepat besar macam Meon. Boleh main bola sama-sama. Meon bosan lah main sorang-sorang. Borak pun dengan auntie je. Auntie gatal.

GEDEBUK!!

MEON: Auntie, jangan mati dulu. Auntie! Auntie! Meon bergurau tadi. Auntie baik, Meon yang gatal. Auntie, bangun!

Tumbang
Ini bukan pokok mangga

28 Mac, 2009

Band terbaru: Leha and the Seniors

LEHA, anak yang aktif rapat dengan ibunya. Mama pula seorang yang supportive dan sentiasa manjakan anak tunggalnya itu. Suatu petang di dapur rumah...

MAMA: Masa di asrama ada tak apa-apa aktiviti menarik yang Leha join?

LEHA: Leha join band, ma. Misi kitorang berempat nak buat kejutan. Pakat nak satu negara sedar kewujudan kami.

MAMA: Bangga mama kamu ada cita-cita besar macam tu. Empat orang saja? Cukup ke?

LEHA: Leha part jerit-jerit. Mimi, Siti pakar goreng, Zura ketuk mengetuk kasi pecah. Padu dah, ma. Ramai sangat takut tak unite.

MAMA: Apa nama band kamu?

LEHA: Kami Tak Takut Warden.

MAMA: Pelik sungguh nama. Selalu di mana kamu semua praktis?

LEHA: Dekat asrama. Tiap malam kami berlatih. Semua budak respect kat kami. Mungkin sebab kami rajin. *Muka bangga, hidung kembang*

Leha
Gambar kenangan di belakang blok asrama

MAMA: Ada bilik jamming di sekolah tu?

LEHA: Mana ada. Kena pandailah nak hidup.

MAMA: Student lain tak marah ke bising malam-malam. Tak kacau dorang nak ulangkaji ke?

LEHA: Kitorang dah pesan jangan mengadu. Lagipun kami senior. Biasalah, siapa berani tegur.

MAMA: Suka hati kamu lah, Leha. Jangan sampai bantai, pukul budak sampai lunyai sudah.

LEHA: Laaaa..Macam mana mama tau? Tak suprise dah!

MAMA: ??????? *Kebingungan*

LEHA: Bila kami perform, tugas Leha macam biasa jerit sekuat hati. Serapat yang boleh, sampai terkeluar anak tekak. Kalau tak jalan, Zura "Gemuk" ambil turn. Pukul muka, badan, kaki sampai remuk. Tangan tak boleh sentuh sebab itu untuk Mimi, Siti. Seronok betul dorang, ma. Grip tangan budak. Lepas tu celup dalam minyak panas. Meraung budak tu. *Muka sangat bangga sambil tersenyum*

GEDEBUK!!

LEHA: Mama! Mama! Bangun! Leha belum habis cerita ni.

MAMA: *Berbuih mulut dan menggigil* Itu bukan band, sayang. Itu buat geng. Geng pukul orang namanya. *Pandangannya semakin gelap*

27 Mac, 2009

Tempat jatuh lagi dikenang

Kisah ni berlaku dalam satu serbuan Jabatan Imigresen ke atas sebuah tapak pembinaan di ibu kota semalam.

RASHID: Incik, boleh saya balik rumah juga? Itu anak saya dekat sekolah juga tiada orang mahu ambil, incik.

PEGAWAI: Baiklah. Sila tunjukkan pasport awak di meja sana tu. Kami perlu buat pengesahan.

RASHID: Saya bukan pendatang tanpa izin juga, incik. Mana cukup wang juga naik kapal terbang. *Bersungguh-sungguh mengeluarkan isi poketnya yang penuh debu*

PEGAWAI: Kesian. Jadi, awak tinggal di mana?

RASHID: Saya orang KL juga. Rumah juga dekat.

PEGAWAI: Ok, saya pun ada anak. Saya faham. Tapi kami tetap perlukan kad pengenalan awak. Lepas tu awak boleh pulang.

RASHID: Incik ni gila ka, incik? Dulu saya mari sini tongkang buruk juga naik! Sekarang sudah sampai, mahu suruh saya bikin lagi. Ingat itu Bangladesh dekat ka? Jauh, incik! Jauh! *Menunjal kepala pegawai tersebut menggunakan jari telunjuk bertalu-talu*

Sejurus kemudian dia ditahan atas dakwaan masuk ke Malaysia secara haram dan menghina kakitangan bertugas. Manakala pegawai berkenaan dikenakan tindakan disiplin dibuang kerja. Dia didapati bersalah bertindak luar kawalan dengan menggigit kesemua jari Rashid sampai putus.

26 Mac, 2009

Matematik memang mudah

AWEK CUN: Pakcik, yang ni sekilo berapa?

TAUKE: 6 ringgit.

AWEK CUN: Udang?

TAUKE: 15 ringgit sekilo.

AWEK CUN: Apa yang paling mahal kat dalam kedai ni, pakcik?

TAUKE: Ikan Patin. Bukan bela tau. Liar dari Sungai Pahang. 25 sekilo.

AWEK CUN: Murahnya. Kedai tadi lagi mahal. Tak mampu saya nak beli.

TAUKE: Kedai mana?

AWEK CUN: Blok depan. Yang paling hujung sekali. Belah kanan.

PANG!!

AWEK CUN: Aduh! Kenapa pakcik ketuk kepala saya?

TAUKE: Bongok! Kedai tu bukan jual ikan emas. Dorang jual barang kemas. *Sambil menyiang ikan di tangannya dengan ganas*

25 Mac, 2009

Suami pilihan ramai

ISTERI: Bang....

SUAMI: Ye, sayang..

ISTERI: *Tersenyum lebar*

SUAMI: Isk! Apa raba-raba ni??

ISTERI: Abang tak nak ke?

SUAMI: Malam ni tak boleh.

Soket

ISTERI: Biasa tak menyempat. Hari ni sombong pulak.

SUAMI: Sayang, kan kita dah janji. Earth Hour..Ingat tak?

ISTERI: Kan kita dah bergelap ni. Lagipun, apa kena-mengena ehem-ehem dengan tutup suis?

SUAMI: Abang nak jimat tenaga. Spare untuk madu awak nanti.

PANG!!

SUAMI: Tak kelakar ke, yang? *Sambil menekap kepalanya yang berdarah*

24 Mac, 2009

Mana bini kau??

MANDUR: Bos, jentolak no. 27, no. 25 buat hal lagi.

BOS: Pergilah hantar servis.

MANDUR: Dua-dua tu baru sampai dari bengkel semalam, bos.

BOS: Susah sangat korang korek pakai tangan.

Jentolak

MANDUR: *Menguis-nguis pasir tanda protes* Saya ada cadangan, bos. Kalau repair selalu pun banyak pakai duit. Jahanam dah tu. Ganti saja baru. Jual murah second.

BOS: Mana bini kau?

MANDUR: Ada kat rumah lah, bos. Kenapa?

BOS: Kau ganti saja baru. Jual murah second.

MANDUR: *Tertunduk malu terus insaf*