31 Mac, 2009

Anugerah Petani Kecil 2009 jatuh kepada..

MEON berusia 5 tahun sangat petah bercakap dan yang selalu menjadi mangsa ialah AUNTIE SALLY, jiran sebelah rumah. Setiap pagi pasti mereka akan berada di halaman berbual seperti anak beranak.

AUNTIE SALLY: (Menyiram pokok)
Apa yang Meon menungkan tu? Khusyuk Auntie tengok.

MEON: Meon rasa pelik lah, Auntie.

AUNTIE SALLY: Pelik? Kenapa?

MEON: (Berfikir sejenak)
Ye lah, pokok mangga Auntie elok je membesar kuat dan sihat. Meon punya kecil. Daun pun sikit. Buah langsung tak keluar.

AUNTIE SALLY: Dah lama ke Meon tanam?

MEON: Auntie ni tak sensitif betul. Kita hidup berjiran mesti "jaga dalam kain orang". Jawapan tu sepatutnya dah dalam kepala Auntie tau!

AUNTIE SALLY: (Mengangguk-mengangguk tanda setuju)
Bukan dalam tapi "jaga tepi kain orang".

MEON: Huh!
(Berlagak sombong)

AUNTIE SALLY: Auntie saja nak test Meon ingat lagi tak.
(Tersipu malu)

MEON: Baiklah, Meon maafkan Auntie.

AUNTIE SALLY: "Bila pula aku minta maaf dengan kau ni, Meon"
(Bercakap seorang diri)

MEON: Syaratnya, Auntie kena kongsi secret recipe pokok mangga tu. Otherwise, Meon report Nik Aziz.
Nota: Ayah Meon penyokong PAS.

AUNTIE SALLY: Menjunjung perintah, Raja Meon.
(Memerli sambil beristigfar dalam hati)

MEON: (Tersengih sambil menggaru ketiaknya yang gatal)

AUNTIE SALLY: Auntie guna baja. Bubuh baja baru boleh besar.

MEON: Sebesar Auntie boleh?

AUNTIE SALLY: Besar Abah kamu pun boleh.

MEON: Mama, Abah, Auntie semua pun guna baja baru boleh besar ek?

AUNTIE SALLY: Lebih kurang begitulah, budak kecik!

MEON: Ooooo..Baja jenis apa paling bagus ek?

AUNTIE SALLY: Baja tahi ayam goreng.

MEON: Ayam goreng??

AUNTIE SALLY
: (Mengenyitkan mata tanda berlawak)

MEON: Auntie nak saya report kat Kementerian Sumber Manusia ke?

AUNTIE SALLY: Amboi, bijaknya! Gurau sikit pun tak boleh. Sombong! Budget hensem!

MEON: Memang Meon hensem pun. Opah cakap. *Suasana sunyi seketika* Auntie..Auntie tau tak dulu sebelum Mama, Abah buat Meon, Abah kacau Mama kat tempat kerja serupa macam Auntie. Kenyit-kenyit. Mama kata, "Nasib baik I jatuh cinta dengan mata you. Kalau tak menjawablah dengan mata-mata"
(Mengajuk gaya gedik mama)

AUNTIE SALLY: "Budak ni..Siapa ajar kau ni?"
(Mengomel lagi)

MEON: (Tersengih pula)
Boleh tak Auntie bagi Meon pinjam baja taik ayam? Nanti Meon dah besar, Meon ganti.

AUNTIE SALLY: Meon punya permintaan Auntie boleh tolak ke?
(Menghulur bungkusan kecil baja)

MEON: Tak.
(Tersengih dan melompat kecil memeluk bungkusan itu)

3 jam kemudian,

MEON: Auntie Sal! Auntie Sal! Auntie Sal!
(Menjerit ala tarzan)

AUNTIE SALLY: Tunggu kejap. Auntie tutup tv dulu.

MEON: Auntie...

AUNTIE SALLY: Hah! Ada apa lagi, Tuan Meon?

MEON: Betul tak cara Meon letakkan baja ni?
(Menunjukkan tempat dia menabur baja)

AUNTIE SALLY: Dah nak hampir betul. Tapi kenapa Meon tanam pokok sampai langsung tak nampak pokoknya. Yang kena timbus akar saja, anak ooi.

MEON: Meon bukan tanam pokok lah, auntie. Meon tanam adik Meon, Ajip. Nanti cepat besar macam Meon. Boleh main bola sama-sama. Meon bosan lah main sorang-sorang. Borak pun dengan auntie je. Auntie gatal.

GEDEBUK!!

MEON: Auntie, jangan mati dulu. Auntie! Auntie! Meon bergurau tadi. Auntie baik, Meon yang gatal. Auntie, bangun!

Tumbang
Ini bukan pokok mangga

5 ulasan:

TiNiE berkata...

huhuhu meon..meon...ngeri ok kalau betul dia tanam adik dia...

[z@ck] berkata...

mengerikan!!!

didiey ;) berkata...

aiop!meon!

nurain berkata...

wahahah..mule2 mcm lucah~

haha..meon gile..sian aunty sally~

Al-Kaput berkata...

TiNiE & [z@ck]:
Auntie Sal pengsan saje,
dan Ajip tak mati sebab Ajip tu cume anak patung askar..
Meon mana ada adik..
baru on da way nak dapat adik:-)
Auntie Sal tak tahu yang Meon ni anak tunggal.
Meon bagitau Kap, "Auntie Sal tak jaga dalam kain orang sape suruh."

didiey ;):
awak klu blh jgn tukar nickname awak. nti x masuk list "Kaputan Bersemangat".

nurain:
bdk2 skrg advance.