09 Jun, 2009

Sesi kedua: Kes bulu

Radhi Sukiman:
Hai, Prof. Kaput. Rasa meluat dan geli ketiak sering saya alami ketika membaca akhbar harian utama. Bukan itu sahaja, malah saya terpaksa menelan dua biji Ponstan setiap hari kerana tertekan selepas membacanya.

Sentimen politik "pilih bulu" terlalu banyak sehingga memenuhi kebanyakkan kolum. Keseluruhan menceritakan pembohongan yang ternyata hanya menjadi pelindung kepada yang berkepentingan peribadi.

Perlukah saya memulaukan seperti saya memboikot produk Yahudi, ataupun Prof. ada idea yang lebih baik?

Prof. Kaput:
Hai, Radhi. Mengikut firasat saya, awak bukan di Pulau Pinang. Jadi, seelok-eloknya tak perlulah berpulau-pulau. Isk! Anda yakin ke akhbar tu bukan produk Yahudi (acah saja!).

Baiklah, saya sendiri membaca akhbar setiap hari. Bukan untuk cerita politik tetapi untuk menelek mana tahu ada kerja kosong di sekitar Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan Encik Radhi, sejak negara kita dilanda kerunduman ekonomi, penjualan surat khabar harian negara telah meningkat sekali ganda akibat daripada aktiviti sebegini. Maaf, sedikit terbabas.

Kita kembali ke isu pokok. Bisnes adalah bisnes. Bisnes ini ada dua cabang. Satu wang, dan keduanya kuasa. Yang kedua ini menyebabkan apa yang saudara panggil "pilih bulu". Bulu siapa yang terpilih ditentukan oleh pemilih bulu tersebut. Pemilihan tersebut tidak pula berdasarkan kategori bulu tercantik atau pun bulu terpanjang. Ternyata ia lebih kepada bulu siapa yang sama serupa seperti bulu si pemilih bulu. Kompleks bukan??

Gambar lurah dada artis, cerita santau dan ilmu hitam, isu panas "dalam kain, dalam kelambu" adalah ramuan yang mampu memberi ketagihan ala daun ketum kepada pembaca. Pembaca yang ketagihan tidak dilindungi seperti mereka bersungguh melindung manusia berkepentingan. Jadi, wajib bagi anda mendapatkan perlindungan insuran nyawa. Mana tahu tup tup sakit jantung. Ingat! Malaikat maut bukan jenis memilih bulu.

Sebenarnya sukar bagi pesakit geli ketiak pulih kepada keadaan normal. Situasi akan bertambah sukar jika anda sering mengambil Ponstan. Ia berfungsi mengurangkan rasa sakit tapi pengambilan berterusan merosakkan sistem imunisasi tubuh. Tidak hanya geli di ketiak malahan akan merebak ke bahagian lain juga. Dahsyat!

Bagi masalah meluat perlukan lebih kawalan serta fokus. Bimbang nanti meluat itu berubah menjadi ketuat - ketumbuhan yang boleh merosakkan paras zahir anda. Teman wanita juga boleh cabut lari. Dia beranggapan sekali tergesel boleh mendatangkan rasa ngeri dan ngilu setiap tidur. Lebih malang, ayat menggoda dan wang berjuta tak mampu membantu kecuali untuk membeli ubat ketuat.

Untuk jangka masa panjang, suapbalik negatif tidak lagi berfungsi baik. Anda kurang bertindakbalas kerana lali dengan sebarang rangsangan. Maka, tidak hairan jika ramai yang terus menjadi peminat setia walaupun terasa benci. Sekaligus menjauhkan salah anggap mengata ia "benci benci sayang". Lebih tepat dipanggil "benci benci sayang". Eh! Sama pula.

Alangkah baiknya anda bantu orang yang bakal menjadi mangsa daripada terjebak. Saya syorkan beli semua surat khabar di kedai yang biasa anda pergi dan terus hantarkan ke pusat kitar semula berdekatan. Bayangkan sehari 40 naskhah. Ini tidak langsung anda berjaya menyelamatkan 40 orang yang lain.

Alhamdulillah, dari seorang mangsa geli bawah lengan, ketagihan pil dan daun ketum, dan hampir menjadi pemboikot. Kini anda mampu menjadi hero manusia dan bumi. Tak perlu lagi jadi hipokrit tutup suis sejam. Awas! Hipokrit juga penyakit bawaan surat khabar harian. Kita bincang lain waktu.

Sekian.

5 ulasan:

Unknown berkata...

saya gemar bila prof kaput kupas isu suap balik negatif. senang menerima teori2 prof..

err, adakah encik radhi tersebut berjaya menjadi hero manusia seperti yang prof sarankan di perenggan akhir?

Princess Azah berkata...

x minat dgn bulu2 ni..pe lg nk pilih bulu..

lalink7 berkata...

memang boleh ganti Ruangan mari Bertanya (dalam majalah Ujang..eh..ada ke?..ada tp xsure Ruangan apa) la En.Al-Kaput neh

jawapan sangat logik dan bernas..
hehehe.. :p

MARiE LUkMAN™ berkata...

sgt best soal jawab ini..

bulu ketiak sy pun geli ni..bole pilih bulu ketiak sy x?

hahhaa..

suka ayat ni :
"Ingat! Malaikat maut bukan jenis memilih bulu."

Kap berkata...

CaPiQa:
kami lost contact..
kita tunggu apa beritanya nanti..

RAJA NORAZAH RAJA ISA:
jgn kt xminat..
d ms depan xtau lagi..
mgkin jatuh cinta pd mat bangla..
di sana sinun bulu nya..
seram..seram..

lalink7:
beras bernas beras pilihan ramai :-D

• rOozu •:
xboleh..
bimbang berjangkit..
sila gunakan sabit utk mencantasnya ok? ;-)