Memaparkan catatan dengan label #bintangpopular. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #bintangpopular. Papar semua catatan

13 Jun, 2011

Sonata Musim Salju

Wah! Gembira orang sekeliling aku bila mana Hazama diumumkan juara AF terakhir. Suara Hazama biasa biasa tetapi peserta lain entah masuk guna kabel ke apa menyanyi ala first audition. Ada yang siap ber-jamban cangkung atas piano. Kelakar.

Tidak kesah orang cakap ianya program sia-sia atau apa pun, aku tetap berpendapat meluangkan waktu bersama insan tersayang meskipun melalui aktiviti tiada kena mengena dengan pendirian hidup kita adalah sangat penting terutama dalam situasi ekonomi serba tertekan ini. Why so serious?

hazamadulusekarang

Persoalannya, jika peserta itu Hazami Jendul, adakah anda akan mengundi pukal? Adakah layanan sama rata diberikan, sedangkan nyanyian Si Sonata-Man lebih cair tahi telinga (baca: kelas!) mendengarnya?

Konklusi, kenapa Lisa Surihani pakai legging sambil menunjukkan ketulan daging bontot tonggek berlapik? Malang. Malang. Tidak zoom in pula.

Anyway, congrats. Ma dan Angah berhabis tekan keypad untuk kau, selesai final semua tidur sambil tersengih. Jealous aku tau!

Ok, tammat.

08 Jun, 2011

Moonwalk

"I think that the more we move forward, the more we need to bring ourselves closer to our history."

Yuna

04 Mei, 2011

Hisap Gula Gula Dua Puluh Empat Jam

Izinkan aku tarik nafas. Sebab dada aku sesak. Sesak bersebab. Dulu aku pernah dakwa terkeliru perihal trend pop Korea. Sekarang, semakin hari semakin keliru (?).

Budaya perempuan tayang peha tanpa bebulu masih relevan memandangkan sejak zaman kuno aku telah didedahkan dengan hal pendedahan berani Mangga, Mangga, Mangga dan terbaru video anu saiz 500ml.

Lelaki mengikut hukum Karmasutra merupakan makhluk berlawanan. Tegas, gagah dan tidak semestinya 500ml. Jadi, kenapa semangat dua alam sering jadi bahan tarikan band lelaki kepondanan ini? dan memelikkan, terlalu ramai anak gadis terpaut, tertarik kau memang da bomb.

Perkembangan mutakhir tanahair; terwujud sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah lagi all-girls. Mereka claim musik mereka K-Pop. Aku andaikan Korean-Pop. Tak tahu pula ada Keldai's Poo, atau Kentut Prottt.

Secara relatif sasaran pasaran sudah tentu peminat genre tersebut. Tapi ironinya setakat pengetahuan respon tempatan semuanya (ya semua) negatif. Gay hitam lah. Bapok lah. No identity lah. Fotostat lah. Kepeng lah. Geli lah. Langgar syarak lah.

Kenapa belum apa apa semua serba condemn? Aku tak jumpa sebarang lagu dan video performance dia orang. Cuma gambar lemah lembut (?) dan cerita mulut pemblog. Itu sahaja. Jadi, judgement neraka mana digunapakai? Apa ni? Taklik buta bercakap tanpa bukti aku ingat hanya anasir politikus. Aduhai.

Komen selanjutnya aku tunggu produk akhir. Harap ok, or else aku akan bersekongkol mem-bahan. Cukuplah Tiz, Maya Karin, Tomok zaman purba, Elite, S band, dan rentetan malapetaka kebelakangan.

kentutprott

Konklusi, Rara (sebelah Ultraman kurang testosteron) aku chop awal awal. Comel seh.

Ok. Tammat.

26 April, 2011

Ini Kotaraya Yang Sering Berkata Kalau Berani Ayuh Mari Cuba Saya

Dahulu masa bujang, bertubuh kecil, dan suka teguk milo secara tersembunyi, aku aktifkan diri meminjam komik hasil lukisan tempatan daripada seorang arwah kawan. Semata mata trend. Supaya aku berupaya follow fenomena Ujang.

Cerita 'Aku Budak Minang', antara yang aku cuba fahamkan walhal sedar takdir diri lahir di kota metropolitan. Istimewanya zaman itu semua sayang kampung halaman dan gembira kongsi pasal hal kekampungan.

hatekl

Sekarang aku masih bujang. Cuma saiz berbeza, berbulu lebat serta bertahun lama akil balikh. Ujang pula berisi, beruban dan tidak bujang lagi. Zaman bergerak sama, dan kali ini, cuba beritahu berapa ramai yang sanggup beritahu dunia, "aku kekal berambut hitam, and i hate Kuala Lumpur." tanpa menutup muka?

24 April, 2011

Thank God. Puting Lelaki Halal Untuk Wanita Bukan Muhrim Tonton.

Pergi menunaikan haji perbuatan tuntutan syarak. Manakala, bersikap kepuraan pula antonimnya. Wajib dielak mukmin. Ertinya, jika sekadar bertujuan memberitahu aktiviti camwhore depan Kaabah, aku rasa objektif ke Tanah Haram terpesong macam haram jadah.

Kepuraan biasa dijumpai dalam teknik menjawab wawancara seseorang selebriti. Bukan soalan peperiksaan yang siap format jawapan. Ini soalan subjektif, yang suka hati untuk dijawab. Contoh ditanya tempat yang paling ingin dikunjungi. Mekah. Impian hidup? Sort of itu juga. Skema.

Rekomendasi: buang seksyen hiburan yang tebal keluar daripada you all punya surat khabar. Tekaan aku gerenti harga kekal sebab perkara murahan mana harganya?? In fact, internet jauh berinformatif, dan percuma.

paperlama

Tapi kalaulah buat perubahan waima sedikit, pastikan letak gambar tetek penuh kejujuran banyak banyak, dan kurangkan teks hipokrit merapu. Ingat, mata pena lebih tajam daripada hujung pedang. Buah dada tidak. Kecuali bersilikon. Keras.

Ok. Tammat.

23 April, 2011

Juri Pun Manusia. Kadang Kadang Bangang.

Lawak Amir seperti yang diduga membuatkan pedang pedang buatan New Castle dan hok luar tak tentu arah. Kebolehan dia melukis karektor juri atas kertas mahjong pula mencalar prestij hasil kerja ahli karikatur sekitar Pasar Seni.

haktuih

Lebih memeranjatkan, stail pemakaian beliau berjaya menyerlahkan kesempurnaan seorang lelaki bengkok, dan sekaligus menutup permasalahan kekurangan inci. Aksi sepak terajang penuh berahi di pertengahan persembahan wo! persis teater broadway berkelas internasional. Sesungguhnya, Amir lebih legend daripada Ultraman.

16 April, 2011

Bacaan Talkin

Entah kenapa aku rasa semacam ramai sedang mengalami masalah hati (baca: cinta) di alam siber. Kebanyakan bercerita tentang kerenggangan, skandal luar, serta kebencian mereka pada pasangan masing masing. Maaf aku kata, seperti di dalam neraka. Tapi aku doakan kamu syurga. Jangan sedih sangat ya.

Sepanjang seminggu juga, sakit kepala tak benarkan aku berehat. Walaupun berutus pesanan ringkas bersama Jess tetapi susahlah berjauhan. Mata bulat dan beralis lentik tu sukar dibayangkan tika denyut menjadi-jadi. Semangat romantis bagai kehilangan klimaks. Lalu seksa berterusan sampai sekarang. Damn.

donkey

Malamnya, aku turun ke tingkat bawah. Konon usaha terakhir sebelum aku telan ubat hospital. Ok. Ternyata percaturan salah. Akademi Fantasi, kau pergilah mati.

14 April, 2011

Calon Menantu Terlepas Pandang

Sam sekarang manusia paling kool idaman wanita. Dulu dia merasa. Tomok dulu hidung bermasalah. Nyanyi keluar suara mambang. Dia pun sempat merasa. Beckham walaupun anak bersusun, suatu masa lalu pun sekali terikut, dan Nick Carter entah kenapa sibuk nak ikut juga. Trend kata dia. Dengan taklik buta, aku pun join the club.

belahtengah

Kami semua followers rambut belah tengah. Tapi apa bezanya kami, cuma aku seorang setia. Sampai sekarang kekal jadi mangsa fesyen. Damn. Tunjukkan aku jalan, my friends.

10 April, 2011

Buang Sampah

Melawak perlukan hubungan kimia. Antara para pelawak. Atau pelawak ke audien(s) sasaran. Menendang keluar Si Pon Pon pada aku membolehkan Si Kecik bernafas balik. Sekurang kurangnya bila berdua masih ada saki baki lawak ikhlas untuk digelak-tawakan.

kecikok

I'm sorry, Encik I'm Sorry. Minggu depan aku harap pakejkan kamu dan Idlan tersingkir. Baru kukuh bersebab aku terpaksa melanggan Warna.

Ok. Tammat.

09 April, 2011

Hobi Ahli Politik Semestinya Seks Luar Nikah. So What?

botoxbinasa

Buktikan anda bersyukur lahir di tanah bertuah ini. Tolaklah cadangan sebarang binaan yang mengumuhkan sisa radioaktif. Jangan cabul kata, "tsunami jauh, naik kapal laut lambat sampai." "Setakat goyang gerudi kami enjoy." Ingat kata pepatah, "kerana botox bibir binasa."

Ok. Tammat.

03 April, 2011

Karipap Basi

Famili pakat benci ini duo. Dari start dulu pun anti double meaning walaupun maksud berganda makanan kami sejak puluhan tahun lamanya.

hantukaripap

Pada aku ok, asal tidak ditujukan tepat pada individu. Tak sama macam seorang pekerja lelaki menggunakan perkataan berbaur kote dan tetek pada kakitangan perempuan bukan muhrim. Gangguan seksual melanggar privasi, melainkan dizinkan.

Anyway aku suka lawak hantu karipap, dan karipap kentang kena gaya sepuluh butir selamba aku telan one shot.

Ok. Tammat.

28 Mac, 2011

Original Palsu Belakang Hal

sopanu

Pada sudut pemerhatian seorang lelaki nafsu lurus tapi naif dunia hiburan tanah air, jika diberi peluang menilai reka bentuk punggung artis wanita, kepala otak nakal aku akan cepat cepat bayangkan bagaimana mahu letak aset kepunyaan Fauziah Gous, Tiz Zaqyah, dan model minyak masak Alif sebelah menyebelah. Sorry. Fasha Sandha terkeluar dari senarai sepuluh pertama. Mungkin penambahan pad bontot diperlukan. Ok. Tammat.

20 Mac, 2011

Hahaha.


Antara sebab aku kumpul semua cakera padat audio para makhluk ni adalah mereka bukan Lady Gaga. Berfesyen ikut keselesaan. Sepanjang kewujudan, masih nampak aura orang biasa. Mereka juga ajar aku keperluan ber-serius, dan meng-anjing tanpa kompromi. Sesuatu yang aku takut dulu kala. Mesti buat berdasarkan kata hati. Harap belum mati. Ok. Tammat.

15 Mac, 2011

Kebaikan Undur Masa

Kambing apa yang orang cari? Jawapan kambing yang hilang. Ke mana aku hilang? Jawapan aku sedang mencari aku.

Ok. Terima kasih pada masa sebab masih berpeluang aku mencari yang aku tercari cari dan aku masih perlukan lebih masa untuk terusan mencari.


dan dalam pencarian aku bertembung dengan yang lama yang mencari yang baru. Serius. Rock & roll extra jus wa cakap lu. Gua tunggu lu punya album baru macam biasa, brother.

Ok. Tammat.