04 Mei, 2011

Hisap Gula Gula Dua Puluh Empat Jam

Izinkan aku tarik nafas. Sebab dada aku sesak. Sesak bersebab. Dulu aku pernah dakwa terkeliru perihal trend pop Korea. Sekarang, semakin hari semakin keliru (?).

Budaya perempuan tayang peha tanpa bebulu masih relevan memandangkan sejak zaman kuno aku telah didedahkan dengan hal pendedahan berani Mangga, Mangga, Mangga dan terbaru video anu saiz 500ml.

Lelaki mengikut hukum Karmasutra merupakan makhluk berlawanan. Tegas, gagah dan tidak semestinya 500ml. Jadi, kenapa semangat dua alam sering jadi bahan tarikan band lelaki kepondanan ini? dan memelikkan, terlalu ramai anak gadis terpaut, tertarik kau memang da bomb.

Perkembangan mutakhir tanahair; terwujud sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah lagi all-girls. Mereka claim musik mereka K-Pop. Aku andaikan Korean-Pop. Tak tahu pula ada Keldai's Poo, atau Kentut Prottt.

Secara relatif sasaran pasaran sudah tentu peminat genre tersebut. Tapi ironinya setakat pengetahuan respon tempatan semuanya (ya semua) negatif. Gay hitam lah. Bapok lah. No identity lah. Fotostat lah. Kepeng lah. Geli lah. Langgar syarak lah.

Kenapa belum apa apa semua serba condemn? Aku tak jumpa sebarang lagu dan video performance dia orang. Cuma gambar lemah lembut (?) dan cerita mulut pemblog. Itu sahaja. Jadi, judgement neraka mana digunapakai? Apa ni? Taklik buta bercakap tanpa bukti aku ingat hanya anasir politikus. Aduhai.

Komen selanjutnya aku tunggu produk akhir. Harap ok, or else aku akan bersekongkol mem-bahan. Cukuplah Tiz, Maya Karin, Tomok zaman purba, Elite, S band, dan rentetan malapetaka kebelakangan.

kentutprott

Konklusi, Rara (sebelah Ultraman kurang testosteron) aku chop awal awal. Comel seh.

Ok. Tammat.

7 ulasan:

afrohead berkata...

Gay Pop.

theblabber berkata...

banyak baca gosip?

'AQILAH berkata...

nampak aneh pulak Mpop ni

Kap berkata...

:::afrohead
lelaki yang gagal menghargai bulu layak dicop gay.
hahah.

:::mohdbinabu
hiburan.

:::'AQILAH
membuang unsur kejantanan daripada Ultraman aku kira pelik juga.

FVN berkata...

makan paddle pop lagi sedap!

kah kah kah

lalink7 berkata...

yg seksi jugak ko suke ye

Kap berkata...

:::VFN
wujud lagi ke aiskrim tu?

:::lalink7
naluri natural seseorang yang jatuh hukum wajib kahwin.