08 Mei, 2011

Setiap Hari Terima Kasih

Nasi goreng aku buat penambahbaikan. Sebiji telur ayam tulen tanpa cengkerang digoreng kononnya menjadikan ia sepuluh kali hebat. Itulah imaginasi seorang anak yang bersarapan tanpa menggosok gigi.

Aku hampiri meja. Landing gaya Melayu. Bersila. Aku jeling Misi Rajin bersantai di sofa menonton saluran kegemaran, NatGeo. Seraya berkata, "selamat hari emak." Ma steady membalas, "malam ni dinner menu apa?"

Seperti diduga. Makin pandai bermain frasa. Enggan mengalah lantas melakukan counter attack, "nasi putih special, air kosong super special."

Hahah. Puas aku. Tak perlu puji Ma melambung bintang bulan dalam blog, Facebook, bla, bla, bla. Tidak bersusah payah mencari kenangan indah kami sebab terlalu banyak. Hari Ahad adalah hari rehat. Rehatlah sebelum anda direhatkan dalam kedamaian.

nasima

Mungkin aku tak pernah snap senyuman itu. Tapi aku tahu Ma pun jujur, tanpa penipuan perasaan. Setiap hari melihat dia ikhlas tersenyum. Setiap hari priceless, people.

Anyway, Ma masak mihun goreng sepuluh kali hebat dari nasi goreng. Hahah.

6 ulasan:

.dora berkata...

Okay lapar -.-

tasekM berkata...

wa... pandai masak yek...?




.

lalink7 berkata...

selamat hari ibu kpada mak ko ye

Kap berkata...

:::.dora
suruh emak masak.

:::tasekM
ya.
nasi putih special.
sahaja.

:::lalink7
ok. set.

wana berkata...

tak yah tunjuk gambar dengan cakap sedap leh x.. x suke sebab mesti nak mintak

Kap berkata...

gambar sekadar hiasan.