21 Mei, 2011

Perlu Dan Memerlukan: Setia Kawan Sedia Sawan.

Letihlah. Betullah cakap En. Blabber. Perlu dan memerlukan. Sama ada aku degil menafikan keperluan pesahabatan, atau aku sengaja membutakan hati tentang peranan kawan terhadap seorang kawan, itulah aku yang sekarang.

Aku serik untuk berkawan, apa entah lagi bersahabat, dan apa entah lagi hendak menganggap seseorang bukan muhrim sebagai "soulmate". Kerana setiap kali perhubungan terjalin, aku selalu letakkan harapan. and guest what, akhirnya aku hampa.

Sebab itu bila membaca entri itu, aku tertanya bila akhir sekali aku berkongsi masalah dengan orang selain Jess dan Si Gemuk. Hah. Mereka berdua pun pernah merungut atas perubahan sikap aku semakin sorok sorok kesusahan. Mungkin sebab terlalu menyayangi aku, sehingga mereka tidak dapat menerima kekurangan aku. Terasa nak cium mereka, tapi jauh pula jarak memisahkan.

Jadi, terima kasih buat yang pernah terbaca tulisan aku. Kesampahan frasa aku bukan kerana kegagalan cikgu bahasa, tetapi berpunca daripada ketidakmampuan diri memahami definisi 'perlu dan memerlukan' sejati. Main sedap mulut.

Bercakap ikut hati semestinya aku sahaja memahaminya. Patutlah ramai yang komen, "tak faham. heheh." Pelik. Cerita dalam Mastika selamba sekali hadam. Aku pula terpaksa membaca penuh kepayahan.

Dunia hantu kamu-kamu mudah selami, kenapa tidak dunia aku dan kamu? Hal manusia susah sangat ke pengertiannya? atau kebanyakan kita berubah sepenuhnya kepada puaka jembalang?

Babilah tulisan aku ini kali.

Berhentilah. Letih.

7 ulasan:

Cikli berkata...

ia muncul dalam satu entry. patutlah termnya sawan babi.

theblabber berkata...

bro,
appreciate only those who appreciate you. and why the hell la kau jual mahal sgt when i offered a sincere friendship? Sila reply msg di now!! Hahaha

Kap berkata...

:::Cikli
anda bijak.
sebab itu Kajol suka.

:::mohdbinabu
macam aku cakap.
aku pemalu.
huhuh.
*pipi merah*

Daddylicious berkata...

kalau di besarkan sikit dapatlah membacanya ...dah tua2 ni tak nampak ...hehe

Kap berkata...

kalau kau pakai Firefox, kena reload dua kali baru dapat saiz sebenar.

kalau pakai Opera, sekali terus dapat.

atau pun tekan Ctrl dan + untuk zoom in.
harap ini membantu.
maaf atas kesulitan.
terima kasih sebab berusaha baca entri ini :)

Sofia Nin berkata...

aku tak pernah faham cerita mastika weh. haha :D

Kap berkata...

itu petanda baik :)