02 Mei, 2011

Soalnya Hati Sukar Dimengerti

Aku bertanya pada Jess apakah agaknya yang membuatkan aku kelihatan tua meskipun muda remaja berperwatakan menarik. Dia paling, pandang arah lain. Pakej bersama bibir muncung, dan termenung. Sangat comel.

Insan penyayang ini lekas membantu. Baju skema? Bulu dada sejemput? Lemak di perut? Bersuara emas? Bawah lengan berbau? Tapi yang keluar hanyalah jawapan bisu dan masih juga kerut seribu.

Dari pintu LRT, sampai ke tempat cucuk tiket. Sepuluh meter kemudian, tiba tiba suara indah kedengaran, "cara jalan awak!"

Instant reply aku berikan bukti sohih aku memiliki DNA lelaki penyayang. Terus aku adjust cara jalan ala "jalan kucing". Hakikat bohong modelling sesungguhnya darah daging keturunan sedaya upaya aku realisasikan. Dada ke atas, badan tegak. Langkah penuh berlagak. Deras. Kencang. Melangkaui tahap supermodel.

cintahati

Jess tertinggal. Aku toleh belakang. Kelam lampu tangga turun stesyen masih berupaya memperlihatkan bahasa tubuh Jess cuba menahan gelak. Aku buat lagi, dan toleh lagi. Aksi bodoh kedua begitu seksi (?) menyebabkan dia berdekah ketawa dalam kuantiti kontrol ayu. Teka apa hati aku berbisik??

"Priceless."

6 ulasan:

mohdbinabu berkata...

:)
kahwin nanti jangan lupa ajak aku.

Kap berkata...

insyallah.
doakan kami ya.

afrohead berkata...

dah lama aku tak rasa perasaan priceless yang sama.

Kap berkata...

pasang surut kehidupan.
pahit ke, manis ke.
perlu dinikmati.

semua harapkan perasaan priceless yang hebat.
insyallah berkat usaha, kita insan terpilih tu.
aminnn.

mohdbinabu berkata...

Kadang2,bila aku baca replied2 komen ko,ada perasaan ingin melempang2 kau. Kau tahu tak perasaan tu macam mana? Hahaha.

Tapi aku tetap sayang kau. Hahahaha

Kap berkata...

lempeng nyiur makan masa panas baru sedap. hahaha.

bagus.
terimalah kasih khas daripada aku.
terima kasih.
hahah.
aku pun sayang kau, brother.