24 April, 2009

Masalah Jess Merajuk, Asmara Pembunuh Jenayah

1315:
Satu positif satu KO. Khutbah cakap, "solat penentu kualiti keislaman." Semangat meresap ke betis kanan. Itu yang bagus.

Anda pernah kenal lori sampah? Ya. Kenderaan busuk tapi buat kerja mulia. Tadi sekitar masjid berbau mual. Tapi tiada kelibat lori. Hanya van angkut pekerja. Adakah pekerja kilang itu sampah???

Sukar berespirasi. Dada minta nyawa. Tidak tekun beramal. Harap minggu depan selesai masalah.

1400:
Peparu masak sambal bersama tomato???

Sungguh yummy! Jess mesti pening kepala.

1545:
Bot terbang antik berlubang sana sini. Saga konon tapi bukan warna merah. Lama tidak jalan. Merajuk enggan hidup. Perlukan rawatan segera. Si Kancil jadi hero.

Segmen baru, "Mari belajar Lompat Mula". Cucuk bateri A ke bateri B. Yahooo! Sekali pulas berasap eksoz. Boleh lumba di Sepang esok dengan Schumacher.

1717:
Mengapa terjadi perpisahan ini? Di kala asmara melebar sayapnya. Mengapa kau pergi di saat begini. Di kala hati ku terlukis nama mu.

Adik, sila perlahankan tahap pembesar suara!

1907:
"Barah pembunuh nombor satu di Amerika," ayat seorang awek cun bekas mangsa barah.

"Amerika pembunuh nombor satu di Iraq, Afghan, Palestin dan seantero dunia!" Kap pula yang bercakap.

1925:
Petikan daripada surat khabar cap M. Lokasi pasar tumpuan buskers. Bicara tentang lelaki songsang. Tolong straight! Jangan belok-belok!

"Walaupun peratusan jenayah tahun ini menurun 80%..."

Hebat! Ikut statistik suku pertama negara, kombo kes rogol dan samun meningkat hampir sekali ganda. Sarjan Misai wajib pencen tanggung malu.

Kesian anggota berbaju biru. Jadi belajar dengan pakar!

Disaran agar pengurusan dapat hasilkan sekeping dua risalah khas bertajuk "Panduan Tangani Jenayah Dalam Tiga Bulan". Baru selamat tanah tumpah darahku.

6 ulasan:

Sofia Nin berkata...

uwahahahaha. aku suka itu. amerika pembunuh :P

~miszirdawaty~ berkata...

ehem2....

shera berkata...

sgt berat untok di fahami..hahah~ apa pon, try my best :)

Kap berkata...

♥ sOFIa ♥:
bang! bang!
tetap mahu bunuh Bush!!

~miszirdawaty~:
skit tekak ek ;-)

pink2green:
xberat sgt..
cume 6 kilo saje ;-)

Jebikkot berkata...

alamak, kalau xde ciri2 di atas xle nak meng-Kaput ke?hoho
uik,dh tertulis lak comment,alang2 antar je la kan?
btw, Kaput tu apa maksud?x pernah dengar..

Kap berkata...

xde ke?
no problem..
sni tempat lepak enjoy2 sj..
sume boleh..

kaput tu mksdnya i lap u..
konfem tipu ;-)