04 April, 2009

Tak sempat nak vote

Budak lelaki bertelinga capang satu program realiti telah tiada. Tapi tak terkejut. Dia bukan Mawi. Malahan budak kecik tu pun masih boleh kool lagi.

Comel belum tentu orang suka. Tambah sedikit bulu dan diameter perut. Mungkin bakal digelar "Teletubbies Malaysia". Pasti melonjak undi digital anda.

Kap belum pernah pergi audisi jenis nyanyi-nyanyi. Wajah kurang komersial (jadi??). Kalau layak, rela lagi direject minggu kedua. Sayangnya ini muka undi keluar minggu pertama! Anda tidak dapat diselamatkan.

Terdengar Marion berbisik agak pelat dalam mimpi pagi tadi, "Kap, Malaysia telah memilih anda sebagai juara Satu Dalam Sejuta: Musim Terhangat Setakat Ini." Seperti yang dikatakan tadi. Itu cuma mimpi.

2 ulasan:

♥ sOFIa ♥ berkata...

tambah sedikit bulu dan diameter perut? perut berbulu? bwahaha. teletubbies punya perut mana ada bululahhhhh. dia ada benda shining2 je. hahaha :P

psst: saya penggemar teletubbies, buntut mereka cumel :)

Al-Kaput berkata...

Saya dh tau kenapa awak tak suke cicakman..
Sbb bontot dia tak comel, kan??
Huhuhuh..