09 April, 2009

Enam Jahanam (Episod 2)

Asalnya tidak mahu cakap tentang politik di sini. Tapi jari ini gatal. Kedut sendi serupa macam orang tua miang tak sedar diri.

Anak Tun yang termahsyur sudah jadi pembantu al-menteri. Lawan parti, kaw-kaw bantai kerajaaan memerintah pun boleh buat pangkat. Rebel halal nama diberi.

Dengan ini, Kap isytihar jadi Hang Jebat melawan kerajaan pusat. Terpaksalah bongkar almari. Cari samping, butang baju melayu. Kena tuisyen silat kuntau juga. Ingat! Jampi serampang penting. Mungkin ada serangan manderem.

Untung timbul esok muka depan surat khabar, "Sejarah tercipta: Al-Kaput Bin Al-Karun Al-Karan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri termuda negara yang memegang portfolio di Kementerian Pelajaran."

Huhuh.

Politik itu lawak. Ahli politik itu Raja Lawak.

3 ulasan:

zety berkata...

zety pn terkejut gak tetibe2 je die boleh naik pangkat.politik2..tu la manusia kau gile kuasa sangat.opps! takot..plse,jgn saman saya dgn berkata sedemikian;(

kaput,umur berapa nk target jdi menteri ni?hahahaha;)

cikNiarun berkata...

haha..marah si ketua pemuda~


kasihan pada mereka semua!

Kap berkata...

zety:
lambat lagi..
kalu jadi nti, awak jd pembantu sy..
ok x?

nurain:
jgn risau..
poket mereka tetap sentiasa penuh;-)