28 Februari, 2011

Forever Yours

awancun

Mengikut firasat Tajul Muluk, lelaki straight lahir di bulan kedua tahun Masihi semulajadinya penyayang. Tanpa mengikuti kelas janji manis, golongan terpilih itu azalinya mampu membentuk semangat asmara rantaian jiwa, dan berpaut bersatu bersama awan kesuma rindu. Lalu, tertepis mega kandungan raksa cemburu. Arakian tuan, puan, dipersembahkan arjuna kebal godaan, sang penglestari cinta sejati.

7 ulasan:

Akulah Aqilah Itu berkata...

kau bercinta?

Kap berkata...

setiap saat, setiap nafas.

ama berkata...

aku tak berapa nak faham sangat ayat ni. kenapa macam berbunga sangat? heh!

afrohead berkata...

andakah sang penglestari cinta sejati itu wahai encik kap?

Kap berkata...

:::ama
baru bubuh baja.
lagi pun musim tiba, bunga kembang melata.

:::afrohead
semua the Dua(s).

Mr Pelik berkata...

apa/

Kap berkata...

apa yang soalan kah??
apa yang pernyataan kah??

apa yang...apa aku tanya ni?