21 Februari, 2011

Lucky Bastard Belajar Bersyukur

Sebiji limau mandarin aku curi dengan izin kantin sekolah. Cikgu apa hal sangat paw paw. Pengetua awal masuk bagi all access pass. Semua celah tempat ni aku boleh jelajah. Bukti pengetua berjaya diperdayai godaan aku yang sentiasa melanggar sahsiah berpakaian (?).

Ia bekal buat aku ini malam. Bukan tiada menu free berupa pakej nasi putih special, kubis masak lemak, sotong sambal, dan tembikai potong. Tapi aku bimbang terkena gelaja keracunan makanan, sekaligus membuatkan manusia setenang kucing lepas mengawan menjadi king kong sebelum berkhatan (??).

Dua malam minggu sudah, hampir semua student kelas aku, kecuali yang berdiet a.k.a hipokrit menjaga hati rakan sejiwa, berebut mendapatkan mangkuk tandas yang selama ini dipandang sepi meskipun berjasa patriot. Empat lima kali puratanya. Perit aku agak betul betul di hujung eksoz mereka. Huh.

ciritbirit

Di rumah, aku masih merenung limau sebesar genggaman tangan lelaki perkasa. Kebetulan muat tepat genggaman tangan aku (?). Umphm. Bijak betul Tuhan. Kalau rasa takut makan sesuatu disyaki, aku masih ada sesuatu yang siap dimakan tanpa perlu bersusah payah tunggang tonggeng.

Cuma goyangkan body, dan berbudi pada tanah. Selama ni aku pemijak dan berpijak di bumi nyata. Sedangkan tanah diam diam menghamba diri beri macam macam jenis kesedapan. Sebagai balasan?? What a shame. Bila terjatuh, baru aku cium tanah. Itu pun ter. Tidak sengaja.

Ok. Tammat.

4 ulasan:

afrohead berkata...

kepada tanah juga kita akan kembali.

Kap berkata...

pergi tak kembali.

YanaMIB berkata...

oh food poisoning mmg memeritkan T__T

Kap berkata...

perit di perut,
dan di situ.