29 Januari, 2011

Yang Penting Rupa

Hah. Aku gather student sesi baru tengah panas pagi tadi. Beberapa mereka keep talking among themselves. Pasang telinga. Butir halus sayup kedengaran, "Jamboos..." Mereka tujukannya pada aku. *Angguk angguk*

Jadi, aku mencelah cara keji, "Siapa rasa diri dia tak kacak atau tak cantik?" *Buat muka*

Crush sampai lumat

Sebagai balasan ada dalam sepuluh angkat tangan. Mampus. Majoriti turun tangan. Bermaksud bebudak ni sepuluh kali lebih bajet daripada senior dulu. Tekanan.

Macam season lepas, aku berazam kekal paling perasan(tan). Kata aku angguk angguk dekat perenggan pertama, kan? Tarik nafas sedalam cinta aku pada Jess, dan aku sambung.

"Lu (tiba tiba) all tahu, untuk kelas ni cikgu diberi kuasa untuk pilih pelajar. Memandangkan kepala cikgu mereng, cikgu pilih comel comel, gebu gebu, molek molek paras rupa berdasarkan gambar pasport dalam borang permohonan. Kalau kamu berpendapat sebaliknya, secara tidak langsung kamu pertikaikan taste cikgu. So, apa macam?" *Senyum*

Perlahan demi perlahan bilangan tangan tunjuk ke langit tinggi hilang dari pandangan. *Senyum lagi*

Ok. Tammat.

2 ulasan:

theblabber. berkata...

canggih ar cikgu ni!

Kap berkata...

secanggih uniform sekolah.