27 Ogos, 2010

Ubat Demam Tertinggal Di Kuala Lumpur

Ok. Baru selesai membeli barangan keperluan. Demam aku perlu dilayan. Nasib baik ilmu demam aku tinggi. Jadi, persediaan rapi yang aku buat mencerminkan betapa kerapnya aku demam (rindu) sepanjang kehidupan muda mudi penuh semangat cinta aku ni.

Selain air tebu fresh tanpa mengandungi waima sebutir air batu pun, aku telah memborong enam botol 100Plus pek 1.5 liter. Ubat demam. Bubuh dalam peti sejuk. Berbuka nanti baru nampak kerakusan seorang insan dahagakan kasih sayang.

Bagi merawat sakit sendi kaki, lutut dan tengkuk, aku membeli tiga botol saiz besar minyak Mestika. Kenal tidak? Di depannya ada gambar nenek tua sweet sopan bertudung. Sangat cocok dijadikan contoh pada sesiapa yang sedang berura ura ingin memasuki pertandingan Gadis Melayu musim ketiga.

Nyum! Nyum!

Alamak. Kepala aku pusing pusing lah.

Ok. Mahu baring sebentar. Nanti esok sambung.

Tammat.

3 ulasan:

akiss ferrero. berkata...

mana bleh 100plus letak dlm peti sejuk ;p x aci.

hi yuna

sofia berkata...

Hahaha.

Kap, kau macam nenek aku. Kalau demam amek air tambah seratus dan minum :)

Kap berkata...

:::akiss ferrero.
hi akiss.

:::sofia
nenek aku suka biskut kering.