06 Ogos, 2010

Pengajaran Kes Nor Azita Osman: Jangan Bangga Add Kawan Sesuka Hati Sebab Outsiders Suka Komen Sesuka Hati Macam Awak Juga, Ok.

Johor dan Nor Azita Osman Dihina.

Isu besar??

Tidak. Malah, semua orang pernah buat.

Orang Kelantan datang Kuala Lumpur cari duit. Suap bini, anak makan. Balik kampung beraya, kutuk KL depan budak sana. Jalang pakai tube. Curi radio kereta. Boleh bakar kerusi stadium sebab ref kayu lah. Pada hal, sendiri tahu penduduk asal negeri mana yang penyangak besar di KL.

Sabahan sibuk cakap guru semenanjung besar kepala bila masuk kawasan pedalaman dia. Pada hal melambak Sabahan sibuk nak kerja di ibu kota @ Selangor sebab nak lari dari bantu orang sendiri.

Ada anda tengok Kubang Pasu macam mana keadaannya? Lipis? Paloh Hinai? Permatang Sintok? Juasseh? Manek Urai? Batak Rabit? Wakaf Tapai? Tokai?

Hanya beberapa contoh. Dan aku pasti masih ramai yang berfikiran terbuka. Tak terlibat dalam semangat kenegerian sempit.

jl
Amerika kah?

Ini semua kerja politikus, beb! Kalau menghina, biar tepat ke muka. Ketamakan Sultan Bola, rumah PKNS kualiti two thumbs down, pistol meletup sendiri, skandal seks bawah umur, rampas tanah rakyat...(isi sampai berdarah jari)...

Politik busuk cipta jurang pendapatan, kemajuan, pangkat, pengetahuan, perasaan, keselamatan dll. Semakin lama semakin besar. Besar Titanic. Yang cetuskan rasa marah. Rasa dengki. Cemburu iri hati.

Konklusi, semua tempat losers yet istimewa. Ia fakta.

Terima kekurangan seadanya. Enjoy memakmuran sedia ada.

Jadi, kalau masuk tempat orang jadilah tetamu, pembeli, tokan, pelajar, penganggur, pencinta, penyewa dan lain lain yang tatasusilanya terpelihara.

Sedangkan ayam serama dan kucing parsi bela berhempas pulas. Taik boleh cebok, ini kan manusia lain kan?

Treat people wisely. Tolak sentimen kenegerian terlampau.

Ingat, dunia ini kita kongsi dan jangan sertai kongsi gelap!

Ok. Tammat.

4 ulasan:

lalink7 berkata...

cakap siang xpandang2...merosakkan maruah diri sndiri je si Nor Azita tue..

theblabber. berkata...

agreed!!

Kap berkata...

:::lalink7
facebook bukan tempat orang yang straight-forward.
kena banyak berpura untuk jaga hati orang.
fb adalah tempat lahir generasi baru manusia bermuka muka.

:::theblabber.
wokey.

sherliza berkata...

hohoh...aku pinjam ayat ko. dimana fb bukan tempt org yg straight-forward. serious shit...ia betul.

ppl cant take it, walaupun sebenarnya ia adalah fakta. sungguh fake. i hate it BUT im still there. *sigh