14 April, 2009

Seratus Pakar Madu Terbukti Cemburu

0930:
Rekod baru. Seratus kali straight main lagu sama. Pasang kuat kasi satu kampung dengar. Malang, jiran tiada. Semua sibuk entah di mana.

Masuk angka ratus baru sedar. Apa! Aku Tak Percaya Cinta! Sori, awek comel. Aku percaya akan cinta.

1100:
Ikan merah berkepala besar tidak begitu kacak untuk dipandang. Tapi bila bikin sup berebut mengaku saudara (?). Saudara makan saudara.

Kesian dapur kosong. Biar Kap jadi raja dapur. Segmen pertama, "Mari Siang Ikan Gergasi Gigi Bersepah".

Tukar peranan secara mengejut. Jadi pakar bahasa dan mula berfikir, "Kenapa 'siang' ikan? Kenapa tak 'malam' ikan?" Sungguh indah bahasa Tanah Melayu. Ada yang setuju?

1300:
Tadi bersembang mesra dengan rakan lama. Encik saiz kecil tapi telah bina masjid. Malah sudah ada bayi sulung. Kap gembira tanpa ada sebab.

Sebelum tamat dia beritahu satu berita. Minggu depan mahu berbulan madu di Perth. Tiba-tiba jadi marah dalam jiwa, "Tunggulah aku kahwin nanti!"

1530:
Dalam mangkuk atas meja ada buah eksotik. Berwarna hijau, isi putih. Nyum nyum. Angah pernah cakap, "Orang yang jambu saja yang suka makan buah ni." Sekarang terbukti sudah.

Tapi Ayah ada teori lain, "Siapa makan banyak jambu batu mesti degil. Kepala batu!" Harap anda semua tak gelak. Kalau tidak bersedia disembur dengan Basta 15.

1730:
J.A. (Jessica Alba) ceria sangat dalam fon. Dia mengadu. Kaki masih sakit. Nasib baik tiada shooting dari minggu lepas.

Asyik minta nasihat tentang lelaki. Sedikit perihal cinta suci. Sangsi bergaul cemburu pula. Si pejuang cinta beranikan diri bertanya, "Why? Why?" Hebat! Pandai cakap mat saleh rupanya.

2045:
Kering idea. Tamat entri. Tunggu esok. Makan dulu ya.

9 ulasan:

kEy berkata...

owh apakah?
lalalala~

Sofia Nin berkata...

bahahaha.
kenapa malam ikan?

kenapa tak pagi ikan?

gahahahaha :P

Izan berkata...

mmm... tak paham??? =)

cikNiarun berkata...

aah..betul2,knapa siang ikan yep?

hey hey hey hey..aku x percaya cinta!

Kap berkata...

kEy:
jgn pengsan lak, kEy..
huhuh..

♥ sOFIa ♥:
mlm je boleh sbb time ni ikan tgk bola kt tv..
masuk subuh bru tdo smpai r ke petang..

Izan:
Kalau tak fhm boleh tanya balai bomba berdekatan ;-)

nurain:
pitching ok..
tp baju tak seswai..
lagu rock kene pkai rock2..
baju kurung pkai pegi opis saja..
:-)

cud the ★ berkata...

kaput...........,,

Kap berkata...

ya, kenapa cik cud?? :-)

cud the ★ berkata...

errkk
alamak..
sori kaput
cud xegtnp cud wt seruan kerajaan g2??
ngee

Kap berkata...

xegtnp????
sori..xjelas di situ..