Izinkan aku tarik nafas. Sebab dada aku sesak. Sesak bersebab. Dulu aku pernah dakwa terkeliru perihal trend pop Korea. Sekarang, semakin hari semakin keliru (?).
Budaya perempuan tayang peha tanpa bebulu masih relevan memandangkan sejak zaman kuno aku telah didedahkan dengan hal pendedahan berani Mangga, Mangga, Mangga dan terbaru video anu saiz 500ml.
Lelaki mengikut hukum Karmasutra merupakan makhluk berlawanan. Tegas, gagah dan tidak semestinya 500ml. Jadi, kenapa semangat dua alam sering jadi bahan tarikan band lelaki kepondanan ini? dan memelikkan, terlalu ramai anak gadis terpaut, tertarik kau memang da bomb.
Perkembangan mutakhir tanahair; terwujud sebuah kumpulan pop
lelaki dan sebuah lagi
all-girls. Mereka claim musik mereka K-Pop. Aku andaikan Korean-Pop. Tak tahu pula ada Keldai's Poo, atau Kentut Prottt.
Secara relatif sasaran pasaran sudah tentu peminat genre tersebut. Tapi ironinya setakat pengetahuan respon tempatan semuanya (ya semua) negatif. Gay hitam lah. Bapok lah. No identity lah. Fotostat lah. Kepeng lah. Geli lah. Langgar syarak lah.
Kenapa belum apa apa semua serba condemn? Aku tak jumpa sebarang lagu dan video performance dia orang. Cuma gambar lemah lembut (?) dan cerita mulut pemblog. Itu sahaja. Jadi, judgement neraka mana digunapakai? Apa ni? Taklik buta bercakap tanpa bukti aku ingat hanya anasir politikus. Aduhai.
Komen selanjutnya aku tunggu produk akhir. Harap ok, or else aku akan bersekongkol mem-bahan. Cukuplah Tiz, Maya Karin, Tomok zaman purba, Elite, S band, dan rentetan malapetaka kebelakangan.

Konklusi, Rara (sebelah Ultraman kurang testosteron) aku chop awal awal. Comel seh.
Ok. Tammat.