06 Jun, 2009

Seorang mat rock berubah bentuk

Hati aku punya segmentasi emosi. Ruang lingkup capai segala gaya ekspresi. Agar bebas lepas perasaan. Tiada kongkongan. Cara aku: hayati bait lirik dan melodi. Jiwa tegas buat tetapan. Lalu terdengar suara halus, "Aku mahu jiwa-jiwa!"

"Patik menjunjung perintah," aku yang satu lagi menjawab.

Sentuhan pertama pada pemain audio hitam. Berlegar cari mana agaknya cenderung telinga. Ikut senarai artis. Bila sampai pada huruf J, bibir tergerak senyum. Pengisian nurani tepat sesi lewat petang.

"Tertunggu diriku hadirnya dirimu...
Walaupun sekelip mata."

"Resah hati ku merindui mu...
Terbayang-bayang anggun senyum dan tawamu."

"Apa yang telah terjadi pada kenangan?...
Sememangnya aku tak pernah melupakan."

"Indah suasana tika bersama...
Siang dan malam...
Seolah di alam syurga."

Hilang rock aku!

Aku rindu kau lah wei!

7 ulasan:

Adam berkata...

bro .. ko main muzik gak ke? .. aku cari kaki muzik ni .. nak buat band .. huhuuhu!

~nEeYsA~ berkata...

wah..
kap rindu jess!
hehe

Nana berkata...

apabila mat rock jadi jiwa2 hehe.... adekah kamu rindu......

Unknown berkata...

jadi memang benarlah rindu itu bak bara? punya kuasa mencairkan. haha.. xD

p.s: tak salah punya jiwa.

Kap berkata...

Dakjaat™:
jom bikin dangdut metal..

~nEeYsA~:
10 markah!

MISZ NaNa:
bukan rindu..
tp.......
tp.......

CaPiQa:
maaf ya..
peti sejuk beku rosak..
lantas mencair dipijar cahaya..

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak berkata...

hehe..rock layan jiwa eah?
ehe..

Kap berkata...

kalau tak jiwa, nanti kosong..
sama parah poket kosong..
kosong-kosong..
lihat! melalut lagi ;-)