11 Jun, 2009

Belek buku sejarah KBSM

Aku suka cikgu sejarah. Dia agak baik. Tapi cikgu sejarah tak berapa suka aku. Malah, tiada pernah tegur sapa. Bukan sama aku! Geng aku! Susah juga ya. Geng dan anak dia satu kelas, satu perangai - "suka sangat" subjek ini. Jom baca buku sekarang. Sejarah mat moto, cinta, dan lagu-lagu mendayu. Bab pertama, Azura: Kau sinar hidupku.

Hasil kajian:

Azura_Motor
1. Banyak motor-motor besar dan tak tayang awek separa telanjang kecuali adegan AZURA main hujan. Tak faham aku, "Perlukah?"

Azura_Galak
2. A. GALAK masih muda, bukan polis senior. Dia kekal bermisai. Kekacakan beliau bergantung pada suit zaman 80an yang mengikut potongan badan. Nampak ranggi. A+ untuk wardrobe dan B- misai. Isteri baru dia juga sungguh menggalakkan!

3. ZACK jatuh motor paling sopan dalam sejarah permotoran dunia. Cedera teruk! Sampai tak boleh bangun. Kalau betul macam tu, insaf mat rempit tengok.

4. Casting teruk! Dialog lemah! Jalan cerita senang jangka! Tapi runut bunyi gaya M. NASIR. Jadi, faham saja sudah! Lagu semua ada kelas. Siap sing-a-long. Karaoke jamban sekali.

Azura_Eddy
5. ZACK dan band sedang jamming di dewan tak siap. Tiba-tiba muncul orang kuat syarikat rakaman (bersuit bagai) bernama EDDY tawar jadi artis. Aku syak pelakon itu pengarah filem ini, DEDDY. Kebetulan?? Atau mungkin salah?

Azura_Warna Warni
6. Kasut Nike cun belaka. Seluar juga pelbagai variasi warna. Serupa Bollywood.

7. Langsir, alas meja, seterika, sarung bantal, kaca mata hitam macam pernah ku lihat tapi di mana ya. Ya, dalam rumah ini lah! Klasik!

Azura_Gam
8. AZURA peluk ZACK tahap melekat. Dua menjadi satu. Nasib baik aku sabar!

9. JAMAL kalau tak hisap dadah mungkin dah kahwin dengan OGY. Empat anak kurang-kurang. Serupa wartawan gosip pula.

Kronologi pilihan:

Azura_Rambut
AZURA: Yang pertama, saya tak suka dengan potongan rambut awak tu.

Azura_Ganas
AZURA: Kenapa awak tak pukul mereka?
ZACK: Saya tak suka pada keganasan.

Azura_Bujang
ZACK: Maaf ya! Rumah ni rumah bujang. Kainnya bersepah-sepah.

Azura_Bilik
ZACK: Azura, kau nak tidur sekarang.
AZURA: Ermmphm..
ZACK: Mari kita masuk bilik
AZURA: Eh, tak mau!
ZACK: Kenapa ni? Ini kunci bilik. Awak pergi tidur. Biar saya tidur di sini..

ZACK: Semenjak hari itu ayah belum mengirimkan wang. Kita sudah broke!

ZACK: Azura, kita sudah banyak wang sekarang..
AZURA: Ooo..bestnya!

ZACK: Azura sayang..
AZURA: Ye, Zack!
ZACK: Kau ni cantik lah.
AZURA: Oooh....

Azura_Darurat
ZACK: Kami dah bernikah, Mir. Kahwin darurat. Tak jemput siapa-siapa pun.

Azura_Demam
DOKTOR: Dato', dia hampir dapat demam paru-paru.

RAZIF: Cinta mereka sangat menarik!

Pause sebentar:

Azura_Biru

Azura_Azura

Mana lebih cun??

17 ulasan:

Nana berkata...

dah lame x tgk cite Azura....

chentaMAYA berkata...

ahah!
ade saje idea kau ye!

Princess Azah berkata...

igtkan nk cite sal sejarah kt dlm buku teks sekolah tu..hehehe..masa ni jamal abdillah hero pujaan zman mak sy..tp syg la hero isap dadah..

penjenayah merah jambu berkata...

ops..
tak pena tgok tp slalu dgr lagu die..
rajin gila belajar SEJARAH..hehe

Unknown berkata...

ini cukup hebat pada zamannya. eh, untuk zaman ini juga!

saya terfikir-fikir, adakah filem kita zaman ini akan dikenang pada zaman akan datang?

p.s: jom tengok wayang ngan jess! kamu bayar tiket untuk 4 orang. saya beli popcorn 2 set. lalala~~~

Adam berkata...

waaa! i like this.. :) amazing.. 5 star for u. hahahahah! :p

Zulfadli Zainal berkata...

kau buatkan aku tergelak.

Nuyu Yusof berkata...

hahahaha...memang sengal!
:P
kelako je

Kap berkata...

MISZ NaNa:
bru tgk :-)
supermarket besar ada jual..
sepuluh ringgit..

♥chentaMAYA™:
nk kongsi dgn kamu..
mana tau kamu mau tumpang ketawa :-)

RAJA NORAZAH RAJA ISA:
mak sy suka Badul..
*pandai2 saja*

penjenayah merah jambu:
wajib tengok..
byk kes jenayah terpapar ;-)

sy mmg rajin ;-)

CaPiQa:
nape 4??
kamu bawa jiran sebelah ka?? ;-)

Dakjaat™:
mcm hotel..
papehal thanks, bro..

melon.:
ok, bagus :-)

nuyu farhan:
filem dulu2 xhebat mana..
tp melekat!

jgn peluk2 tau ;-)

cikNiarun berkata...

kap. aku ta penah nengok cite ni sampai habes

aku lagi suke layan filem itam putih dr berkaler lomo~

Unknown berkata...

bertiga tidak sempurna. kalau kamu sibuk dengan jess, siapa mahu entertain saya? haha..

lagipun, kalau 4, baru fair n square. kerana square kan berbucu 4. lalala~~~

Kap berkata...

nurain:
btol!
lomo dr mula smpai selesai..
best ape..
stylo lgi nostalgik :-)

CaPiQa:
kamu boleh bermesra rapat bsama abg2 pelayan Nepal..
mereka tak single but available ;-)

bucu tajam!
nti koyak baju bundle ku..
huhuh..

Unknown berkata...

maaf. hati saya masih berpihak pada jejaka malaysia. haha..

single tapi tak available. temporarily out of stock! xD

ternyata kamu masih mengundi bulat?

Tanpa Nama berkata...

aku baca buku hikayat umar umaiyyah

Kap berkata...

CaPiQa:
bukankah kerabat seperti kamu suka buatan luar negara?? ;-)

bulat itu indah ;-)

E:
Umar itu jiran rumah aku..
bela ayam dan pemborong sabun..

aku pernah dimarahi Hang Kebun..
sbb Umar mengadu aku kurung 2-3 ayamnya dlm tong sampah..
alhamdulillah semua selamat..
cuma ayam dia jd busuk..
huhuh..

Unknown berkata...

tidak semua kerabat sama. macam lelaki. tak semua buaya. kan?

uish, isu rumah tangga simpan dalam rumah sudahlah. haha xD

Kap berkata...

buaya bergigi tajam..
manusia bergigi emas..
ntah ape2 ntah..

tangga jika letak di luar..
risau dicuri si penyangak pula :-)