30 Jun, 2010

Kalau Lah Hang Jebat Pakai Handphone...

1. Orang yang paling kecewa pagi ini ialah Ma. Dia masih bersedih keputusan Jepun kalah semalam. Hancur berkecai semangat Asia yang dia pegang selama ini. Ma bersikap poyo dan mengomel seorang diri. Bertindak seolah olah dia akan kehilangan pencen kalau wakil kita pulang tangan kosong. Komited, wa cakap sama lu.

2. Mulut Ayah tak lekang cerita zaman Super-Mokh main dekat Stadium Kajang (sebelah Kompleks Sate Haji Samuri). Ke-otai-an Santokh, Raja Bola dan batalion seangkatan. Kegilaan liga dulu dulu serta ketidaksanggupan pasukan pengopek bawang majlis kahwin berkerja kalau tak disediakan tv tengok game Malaysia.

3. Tertanya-tanya aku sekarang apakah fungsi sebenar Sultan Bola?? Berapa juta kos sebenar penyimpanan stok expired (contoh: Sultan Bola)?

4. Sampai bila nak biar mak aku hidup dalam kepoyoan?? Sampai bila aku cuma dapat dengar "hari ini dalam sejarah" dari Ayah tanpa merasai nikmat itu sendiri??

5. Teringin juga nak melompat gembira dan menangis teriak sebab bola sepak. Ini bila kalah, perasaan sedih bersarang dalam hati. Membeku. Tak kuasa nak ekspreskan. Bukti jiwa aku mengalami kerosakan kronik. Perlukan rejuvenasi.

6. Sekurang kurangnya jadi England sampah pun puas hati. Ada juga point nak bersembang panjang.

7. Situasi semasa sukan nombor satu negara menyebabkan keghairahan ber-bola sepak tidak dapat dikongsi bersama. Konsistensi persembahan turun naik. Konsistensi kalah pula naik naik dan terus naik.

8. Kepentingan mempromosikan slogan 1Malaysia jauh mengatasi komitmen mengembalikan maruah negara. Naik naik naik naik dan terus naik. Duit tabung kering, potong subsidi.

9. Brazil ada Samba. Kita ada joget Melayu. Mana hak kita terkinja kinja meraikan kemenangan?

10. Terlampaukah kalau aku minta "dia" rileks lepak dalam istana, sambil main main dengan cucu??

11. Damn! Aku benci entri panjang.

*Kalau lah Hang Jebat pakai handphone, aku call dia sekarang.*

28 Jun, 2010

Liga Bola Sepak Paling Overrated Di Dunia Ialah...

England akhirnya pulang ke tanahair setelah mempamerkan budaya tradisional liga tempatan mereka pada aku (termasuk kamu semua).

Lampat, Jerat, Runi memberitahu dunia betapa sayangnya mereka pada EPL sehinggakan terbawa bawa ke Afrika.

Siapa boleh beritahu aku kenapa mereka asal ditackle busy minta perhatian pengadil, bila bola kena tangan lawan sekali lagi nak simpati pengadil. Tup! Tup! Dapat obat. Counter attack! Terkejar macam nak tangkap ayam kampung buat kenduri. Kalau berjaya, lutut habis luka, siku koyak.

That's England.

Permainan tak seberapa. Propa berganda. Team England adalah sampah tak boleh recycle. Useless. Nampak gaya ahli politik lebih dari pemain bola. Si Runi khayal fikir bantuan Tuan Aleks menjalankan rutin biasa mem-pressure-kan pengadil. Di belah lain, Lampat duk ingat Tuan Abraham berkira kira tolong hulur duit poket semillion dua pada official(s).

Hasil, Kem Hitler empat, London Bridge runtuh!

Ok. Tammat.

*Mexico juga bungkus tapi tak melauk.*

25 Jun, 2010

Skip Meeting

Petang ni seorang pelajar overweight patahkan sebiji lagi kerusi. Bukan guna tangan. Guna kuasa punggung. Kali ke-3.

Setahu aku, yang jenis ini kalau baringkan seekor kerbau jantan matang pun memang no sweat. Boleh handle. Itu aku agak. Tak pernah test pula.

Berpandukan maklumat diperolehi, aku mengagak 160 kilogram mungkin had keupayaan tahan beban kerusi yang patah tu. Sebab mesin timbang elektronik cakap berat tukang patah tu, 160.5 kilogram!

Tambahan, beratus orang sebelum ni guna belum ada satu budak pun yang cecah kategori lebih atau sama dengan 100 kilo. Jadi, what tha hack!

Huh! Bila aku suruh jangan makan nanti kata aku cikgu jahat lah, tak ada hati tak ada perut lah, cikgu comel lah. Macam macam lah.

Bob, kau jangan makan apa apa dah! Ini arahan!

Damn! Berat gila badan kau!

23 Jun, 2010

Sindrom Gila Talak

Baru lepas pakai syampu Cristiano Ronaldo. Ringan. Rambut lembut. Goyang goyang kepala. Kelakar pula. Tadi baru Abang Lan potongkan pendek style ketua pengawas perpustakaan mana boleh meng-gedik. Ella boleh lah.

Ya. Aku suka Ella. Itu dulu. Dia sekarang tua. Lelaki cepat nak tukar. Aku beralih pada Fauziah Gous. Dia pula hanya diambil berlakon sebagai kayu cantik di tepi pantai. Lagi! Lelaki cepat nak tukar. Akhirnya, kembali kepada kekasih lama, dan dia...

Mata
...ada mata yang cantik.

Sila percaya pada cinta pandang pertama. Jangan pandang belakang.

22 Jun, 2010

Kenapa Meeting Di Tempat Baru Langsung Tiada Upacara Mencekik?

Prestasi badan kurang memberangsangkan. Ada lenguh di bahu. Lebih sengal pada tengkok. Itu isyarat kahwin lekas. Tukang urut istimewa boleh tolong.

Di telinga ada sedikit terngiyang. Ingatkan bunyi pheewit pelajar aku buat pada barisan jururawat muda yang melawat sekolah kami. Rupanya bunyi kompang Kampung Setia. Intim betul. Irama cinta terpukul di situ.

Sejuk pula tiba-tiba. Kipas berdiri cap Panasonik ber-setting kelajuan 3 tepi aku boleh dibayangkan macam pengapit sedang menjalankan tugas. Tegak dan tersenyum (berkumis). Tapi kurang kacak berbanding pengantin.

Oo. Perut bermain muzik pula. Restoran "cukup-laris-serta-harga-terlampau-yang-selalu-aku-terpaksarela-beli" adalah katering yang menyediakan santapan beradab kami. Tahap Ok ok. Sekepala dua puluh ringgit. Cas ala MEKDI. Servis kerja budak Indon. Bagaimana menunya, pak!

Ok, tammat. Kepala masuk angin.

19 Jun, 2010

Great Teacher Oh! No!

Kepala masuk angin dan berdenyutan ertinya perasaan aku kurang senang. Gelisah. Selalunya diselangi alamat buruk. Tak signifikan. Tapi datang berturutan. Tak henti henti. Seperti tanda kiamat kecil.

Sebut harga masih belum selesai. Syllabus yang tertangguh. Rindu Jess. Skip makan tengahari. Bila semua perkara terjadi sekali harung, tak dapat aku berikan tumpuan waima satu benda kecil pun.

Pelajar aku hebat dan punyai pelbagai bakat, petang ini menunjukkan skil paling biasa aku jumpa masa aku jadi pelajar dahulu. Kes seorang lelaki dan seorang lelaki bertumbuk. Sebab seorang perempuan. Kenapa mereka menjadi bahalol belum diketahui. Tapi prefer mereka bergaduh daripada cium mulut. Statement macam haram!

Mereka straight ke HEP. Tentu cikgu pun kamu berdua akan seret ke lembaga disiplin isnin nanti. Sekaligus mencipta tanda besar kiamat cikgu!

Vuvuzela

Jadi, ini memberi aku motif untuk support proposal benarkan semua guru guna vuvuzela sebagai alat bantu mengajar. Terima kasih Afrika Selatan. Tak sabar kasi kembang telinga bebudak.

Siap kau orang!

17 Jun, 2010

Nescafe & Kek Coklat

Pagi lepak bersama pelajar aku. Sengaja siasat kenapa mereka terburu buru keluar rehat pukul 10. Kami makan, cikgu! Syak ada gerombolan aweks kafe melentik menjentik nafsu mereka. Masing masing tersengih menjawab pertanyaan. Muka merah. Peluh jantan meleleh.

Cucuk
Cucuk!

Setelah selesai skodeng, aku tergaru dan keliru. Kenapa kelihatan merah dan meleleh? Adakah pelajar lelaki kelas ini bengkok, tidak mencontohi budaya straight-line yang dipraktiskan cikgunya yang sejati ini?

*Masih berteka teki*

15 Jun, 2010

Cerita Jantina Berlawanan

Perempuan dikeliling aku rata ratanya cantik. Cantik benar. Bila aku cakap begitu pada wanita cantik itu sendiri, jarang yang angguk bersetuju. Malu. Itu pun cantik. Malu cantik. Manis. Manisnya teh o panas ini.

Percanggahan terwujud bila orang lain cuba mempengaruhi aku dengan definisi ciptaan mereka. Ukuran lilit. Kebesaran aset. Ke-bitch-an ekspresi muka. Dan macam macam. Aku setuju satu perkara. Kita sama sama suka / mahu nikmati kecantikan. Mengikut pengertian yang kita bebas tentukan.

cantik

Berbeza pendapat kerana berlainan cara dan keupayaan kita mengeksplorasi. Sumber mungkin dari novel cinta. Filem porno. Pengalaman bersama. Peceraian keluarga. Kemiskinan. Kenaifan. Merujuk buku tentang ilmu cantik cantik. Yang aku tahu, cantik itu subjektif. Serupa cinta. Melangkau retina mata. Memecah hati beku (andai kamu lelaki itu).

Ok, wanita cantik. Entri tammat.

14 Jun, 2010

Nikmati Derita

Semalam siang pelajaran terbesar. Hasil bertapa dari guru kehidupan. Belah malam aku berlari atas litar. Permukaannya tersepah serpih kaca masalah. Penat. Kaki berdarah. Pandang kiri kanan. Lantas jalan kedek kedek. Beredar keluar. Benar pengecut. Masuk ke dalam kotak sempit. Berhimpit. Sendiri sendiri. Berteman seribu jenis aku.

Acara tidur. Balutan selimut. Tiada sesi mengira bebiri lompat pagar. Sekejap dibawa hanyut. Bangun. Tenang datang. Segar. Mandi. Tambah segar. Tapi beban menjengah pulang. Mengeluh. Berdoa aku agar lena sebegitu hadir selalu. Bolehlah aku "mati" lagi bila aku ingin.

12 Jun, 2010

Kenapa Facebook Buat Aku Rasa Hilang Keindahan Hidup? (1)

Aku ada pengalaman. Ingin meng-add seorang pensyarah. Kebetulan wanita cantik. Berkahwin dan ada anak comel belaka. Hari pertama kena reject. Tapi aku cuba lagi. Mana tahu dia tidak kenal aku tiba tiba. Perkenalkan diri. Penggunaan ayat nusantara karismatik, lemah lembut dilebihkan. Aku elakkan overdone. Kena tendang lagi. Aku pejuang dan terus cuba. Tapi aku juga makhluk lemah. Akhirnya, aku give up. Cukup.

Bila berlaku hal di atas, aku teringat fitnah pernah aku terdengar dari pelajar lain. Kononnya aku tergilakan dia. Sangap body dia. Aduhai! Lelaki mana yang tak seronok memperkatakan, menatap aspek-aspek keaerodinamikan?? Memandangkan sekitar kampus tiada yang setanding. Maka, keraplah nama puan menjadi topik bualan kumpulan lelaki lurus. Stop!

Ditegaskan di sini, aku bukan sexmaniac!

Aku tahu letakkan sempadan. Kau guru. Aku murid. Aku profesional perbuatan. Tak reti bermuka macam pelajar yang kau dambakan sangat tu. Belakang pergi jamban bermodalkan tubuh engkau, cikgu sayang.

Tahu muka aku ada sudut ternampak raut wajah calon penjenayah dikehendaki tapi kau orang sedar tak yang jahat selalu jadi ayam. Walhal musang berjanggut! Melayu! Mudah betul diperdaya dek rupa dan kata.

Terkilan sedikit. Dulu di saat 90 peratus pelajar mengecam, mengejek, buat cerita bukan bukan tentang dia, aku pertahankan maruah dia. Perlukah semua itu aku beritahu dia supaya diterima sebagai "kawan"?

Pendek cerita, aku blah. Elak dari pembaziran masa layan perangai bodoh budak pandai dan fitnah "para pelakon" handalan. Sia sia belajar masuk universiti. Lastly, pilih masuk neraka jahanam.


Setiap kali rasa diperbangangkan aku cepat sedarkan diri. Lagu Maher Zain sekarang modal kuat semangat terbaru. Dia pun pakai FB.

Ok. Tammat.

Demam Suam

Menunggu sepak mula semalam memerlukan kesabaran lebih sedikit dari biasa. Angah terpaksa dipujuk untuk menyerahkan remote Astro atau dia bakal menghadapi hukuman jel seperti Bung Mokhtar. Paling busuk aktiviti menyorokkan koleksi DVD Jepun dia terpaksa dibuat bagi mempertahankan hak pemegang saham lain. Nasib baik dia gentlegirl. Dia merajuk naik ke bilik dan aku buat tak peduli.

Semalam kecewa. Di samping game yang membosankan separuh masa pertama, aku juga hanya dapat menatap sekali wajah ref Subkhidin. Ketika pertukaran pemain kamera fokus ke langit dan ke arah gol. Ketika gawang tuan rumah terbocor, hala pada cacing tanah atas padang. Kecewa bercampur keliru.

Itu Piala Dunia yang aku kenal.

Ok. Tammat.

11 Jun, 2010

Rancangan Menatang Kroni Ke-Sepuluh (Pandangan Pertama)!

APN (Apa Punya Neraka)!

Huh. Tak sabar baca detailnya.

Pesanan Ikhlas Buat Anuar Zain Dari Bekas Adik Kandung Yang Jauh Di Maya (mata maksud aku!)

Kamu lama menyepi. Dalam radio, tv nama kamu asing bagi kami. Ke mana kamu menghilang. Kamu kahwin lari ya? Merajuk sebab Pak Zain enggan belikan Crocs versi pasar malam? Kalau kamu teringin jadi popular seperti dulu dulu, saya hendak beri tips di sini.

Anuar Zain, sila contohi Nazrul Ilham atau Tiger Wood Indonesia atau Ariel Peterpan ok ;)

Ok. Tammat.

09 Jun, 2010

Bola tendang nenek aku panggil

Ya..Ya..Ya..World Cup sehari dua lagi bakal mencuri sejam dua (lebih??) masa tidur semua peminat gamenya mahupun pada yang cuma suka penyepaknya.

Edisi kali ini, aku pilih Spain. Bukan macam ramai dekat luar sekarang, aku sokong sejak zaman mereka main macam s**l. Langsung terimbas tragedi di layar besar Bukit Jambul, terkinja kinja aku sorak Raul! Tristan! Morientes! Ref kayu! Korea *&^$)@, tapi orang lain (in fact a huge group of losers) keep boo-ing aku.

seladang

Ertinya, dalam kolompok manusia waktu tu siapa sokong Spain tidak kool ya (2002). Bak pesakit kusta. Terpinggir. Di saat aku perlukan belaian, engkau lari mencari lain. Lonely, beb!

Tutup cerita lama.

Pilihan no. 2: Mexico, sebab ramai miskin wang (dan warna kulit seakan akan). Teringin tengok mereka bahagia. Celebrate di tepi jalan, pakai topi besar. Sweet! Kemas!

Wakil Asia? Nob! Jepun ada potensi jadi Malaysia. Dari terer ke mangkok. Hilang semangat samurai mungkin. Atau mungkin terlalu fokus memikirkan hala tuju industri p*rn* menjelang 2020. Atau mungkin mereka pun ada sultan bola yang suka duduk di kerusi lama lama walau kerja gagal memanjang. Mungkin..Berapa banyak mungkin daaa.

Korea Selatan?? Jika Malaysia jadi host, aku (sangat) berani cakap kita boleh sampai final. Kurangkan subsidi, bayar lebih masuk poket ref. 1Malaysia Boleh!

Australia? Asia ke?

Lari tajuk sedikit. Terus terang aku memboikot Arab atas faktor pemalas. Tak cerdik. Tak reti bersyukur. Kelebihan fizikal buat hiasan. Badan kereta kebal, perform serupa kereta lembu.

Lagi, pakai kereta nak cap lembu, cap kuda. Cap teratai mimpilah. Majoriti tourist Arab poyo wa cakap lu. Siapa ada kawan kerja hotel tanya, taklah sesat jalan. Hasutan setan di sini.

titik
Titik hitam dipandang jangan

Berita baik! Kita boleh cuba alihkan perhatian kepada pengadil Made in Malaysia, Tuan Subkhidin Mohd Salleh (sengaja letak Tuan di depan). Aktiviti luar biasa kan? Yang kurang baiknya, sebagai pengadil ke-empat. Tempatnya di tepi padang. Yet, world class banding skuad Harimau Tua.

Ok, nanti sambung kemudian.

08 Jun, 2010

Ber-AWAKTIUB

Aku menulis ini pagi kerana berasa tertekan membaca nota Indon. Keupayaan aku menterjemah teruji. Setiap perenggan aku baca berulang. Sakit dada kadang kadang datang. Paling benci bila berjumpa perkataan JENDELA. Gila apa WINDOWS translate jadi JENDALA!

Ambil angin dulu. Cari inspirasi. Layan Inul di YouTube. Lepas itu buang angin, kasi kempis perut. Memerut yang semalam masih separuh jalan. Lagi menambah tensi. Apa nak buat kasih tak sampai.

07 Jun, 2010

Puisi Lenggang Perut

Kenduri selesai.

Badan penat.

Hati tenang.

Perut memulas.

Bapak banyak gulai kambing aku sental!

04 Jun, 2010

Kepak! Kepung!

Cadangan bersantai hujung minggu setelah bertukar kerjaya terpaksa aku tunda. Saudara aku berkahwin, yang bermakna aku perlu bersedia untuk menjawab jelaan soalan dari mak-mak saudara serta orang kampung.

Baru aku tahu dalam selalu aku cakap aku tak takut apa pun, rupanya ini aku punya fear factor. Penyakit ini dikenali sebagai...

...SOALANOHALONIKAHOPHOBIA!