03 Jun, 2009

Sila menulis ketika kenyang

Mana lebih penting? Perut kenyang atau hati senang? Dua-dua! Tiada kompromi. Nikmat rasa lain tapi kepentingan sama tinggi. Tak dapat memilih. Ia bukan pilih harta atau rupa, pilih cantik atau jiwa. Serba salah jadinya. Jika dapat semua itu. Mata terbuka badan masih boleh bertenang.

Bangkit dari katil. Tugas pertama pergi ke kedai runcit mamak. Beli barang dapur. Ikan, sayur, makanan sejuk beku, dll. Sembur ketiak yang baru juga murah di sana. Kurang berhasil. Banyak barangan kurang. Ada yang langsung tiada. Beli apa jumpa. Balik ke rumah demi matlamat nan satu!

Ingat lagi peristiwa ikan masak kicap? Tengahari cadang mahu masak. Kesian pada adik. Sejak sakit selera bagai hilang. Hanya roti dan konfeksionari masuk ke badan. Yang lain tekak tolak. Sekarang kurus nampak tulang. Bertambahlah jurang kekacakan antara kami berdua. Aku menang besar.

Dia juga sudah lama minta bebola ayam masak masam manis. Semua ahli famili suka. Malah Tukang Ubat yang cakap tak sedap makan lebih. Biasa diet jamah separuh bila malam. Tapi secara senyap tambah di belakang.

Berharap rancangan mulia berjaya. Misi Rajin balik dari pejabat uruskan lauk ikan. Aku pula resipi bebola ayam. Selesai. Aku dan Adik duduk semeja menguji. Dia kata ok! tapi pedas sedikit. Hampanya! Tapi terus makan kerana perut merungut lapar.

Dari dapur terdengar bunyi senduk dan periuk nasi berlaga. Adik pula baru menjengah. Mungkinkah?? Huh! Jiwa puas. Akhirnya Adik keluar. Menambah lagi sepinggan rupanya. Sesuatu yang dia tidak buat hampir dua bulan. Terima kasih, Allah.

Ingin luah pengakuan. Aku tersangat kenyang perut, dan serentak terlalu senang di hati. Anda bagaimana?

Pautan: [1]

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ho~
saya??
tatkala ini perot berkeroncong dek kerana belum di isi sejak semalam

p/s: smuga adek incik kap sembuh dr segala penyaket yg dihidapi. amin. (jum amin ramai2~)

Unknown berkata...

saya tumpang senang bila perut dan hati anda senang. dan saya berharap senang la saya nak senangkan perut dan hati saya yang tak berapa senang ni. agak-agak senang tak?

joegrimjow berkata...

biasanya
da makan
ngantuk
tido
bngun tido
hati senang

Sri berkata...

hari ni masak nasik goreng je..tgh hari..lunch hour.. siap masak dlm seploh menit.. mkn bersama adik n mak.. selesai..g keje yang 5 minit cuma dari umah... ku l5 pm blk mah..mandi.. berkebun2.. herm... pastu tgk matahari kat tibi 3...

s h a f i q h a s h i m _____ berkata...

Erk Alhamdulillah dah kenyang. Malas nak tulis , pergi tidur mengemukkan badan !

~nEeYsA~ berkata...

bgusla kalo adik kap dh de slera mkn..
tpi slera sya pun hilng enth ke mna..
mungkinkh perlu mkn bebola ikn itu juga?

Kap berkata...

[Q.e.M.a]:
jgn diet berlebihan..
lemak juga cantik di mata lelaki..

apa kes aku ni????

CaPiQa:
senak lak tbe2 perut daku ni..

joegrimjow:
andalah yg kami cari :-)

Seri:
sy takut jumpe awek seperti ARI tu..
nama awak SERIHARI ke??? ;-)

e p i x ____:
pesanan itu sll ku buat..
smbil berdoa perot xkembang..
hampeh!
kembang gak!

~nEeYsA~:
bebola ayam r..

ayah awak kan suke wat bbq..
apa lagi..
lakukan kerahan tenaga :-P

Tanpa Nama berkata...

perut kenyang la yg plg pentingg, lps perut kyg baru laa hati senang.
hahahha

Kap berkata...

salah..
klu sudah kenyang patut ati jd susah..
sbb duit poket makin kering..
esok blom tentu terus sekenyang semalam :-D