29 Januari, 2011

Yang Penting Rupa

Hah. Aku gather student sesi baru tengah panas pagi tadi. Beberapa mereka keep talking among themselves. Pasang telinga. Butir halus sayup kedengaran, "Jamboos..." Mereka tujukannya pada aku. *Angguk angguk*

Jadi, aku mencelah cara keji, "Siapa rasa diri dia tak kacak atau tak cantik?" *Buat muka*

Crush sampai lumat

Sebagai balasan ada dalam sepuluh angkat tangan. Mampus. Majoriti turun tangan. Bermaksud bebudak ni sepuluh kali lebih bajet daripada senior dulu. Tekanan.

Macam season lepas, aku berazam kekal paling perasan(tan). Kata aku angguk angguk dekat perenggan pertama, kan? Tarik nafas sedalam cinta aku pada Jess, dan aku sambung.

"Lu (tiba tiba) all tahu, untuk kelas ni cikgu diberi kuasa untuk pilih pelajar. Memandangkan kepala cikgu mereng, cikgu pilih comel comel, gebu gebu, molek molek paras rupa berdasarkan gambar pasport dalam borang permohonan. Kalau kamu berpendapat sebaliknya, secara tidak langsung kamu pertikaikan taste cikgu. So, apa macam?" *Senyum*

Perlahan demi perlahan bilangan tangan tunjuk ke langit tinggi hilang dari pandangan. *Senyum lagi*

Ok. Tammat.

28 Januari, 2011

Tulisan Cakar Khinzir (1)

"Saiz taburan gula pasir di bibir makhluk dua kaki spesis jantan otak ke situ saja bergantung kepada kelikatan Hormon Malam Jumaat sekitar kawasan kerandut zero-gravity-nya."

27 Januari, 2011

Sejarah Benar Mampu Mengesan Kepalsuan Nyata

Gambar lama siapa entah

1. Wajah gembira akibat pengambilan gula pasir subsidi terlampau.
2. Muka perempuan itu hodoh. Tanda tanda bakal 1Plastik.
3. Lelaki itu nampak seperti bukan lelaki. Melentik bagai adik adik.
4. Mana sesuai? Rambut langsuir atau fesyen kembang semangkuk?
5. Pendek. Takut bini. Rendang. Tidak berbuah.
6. Ok. Tammat.

25 Januari, 2011

Kalaulah Facebook Tutup Mac Dua Ribu Sembilan Masihi...

...aku sanggup up derma masjid / surau Ringgit Malaysia sembilan. Tanda gembira. Tanda syukur aku masih di sini, syukur aku bernafas lagi, syukur aku masih berdiri, masih ada kuasa dalam tubuh ini.

Malangnya, hilang nanti modal aku memperkotak-katikkan budak ber-muka-buku masa kelas. Terkikis budaya kesamsengan selama ni diterapkan pada anak buah aku, "kau orang jangan sewenangnya pukul budak junior, kecuali facebooker(s) aku halalkan." Hah.

Hek ek leh, Bani Israel mana ada istilah stop buat duit doh. Big forward button ya.

Ok. Tammat.

23 Januari, 2011

Sesungguhnya...

...saat ini mood sangat bersesuaian untuk membuang Shoutbox apa jenama entah bawah itu. Promo / iklan / linkage ke jualan / pameran detox, ubat slim, you-follow-then-i-will-follow, web jual 3gp biru, jersi cetak rompak, kini tinggal kenangan kau dan aku tak kan terkubur. Shit lah spam. Semak mata. Dalam semak dalam longkang punya jin.

22 Januari, 2011

Deklarasi Pengkhianatan

Blogger.com aku andaikan sebagai peperiksaan SPM. Semua ok sehinggalah masalah timbul sewaktu menjawab soalan karangan. Tiga suku masa termenung, selebihnya aku keluar lalu bertukar kepada Mat Tiga Suku. Apa bullshit punya kemahiran essei. Puas exercise cikgu Raja Zainab aku buat. Raanya Bangla baru seludup masuk Malaysia pun bikin bahan tulisan aku. Damn.

Pendeknya, kalau kamu kamu punya ke-ilusinasi-an berikut, ada baik main Tumblr saja. Reblog-ing. Di sana, aku gunakan nick lain. Nama IC Kaput Karan ditepikan bagi memberi kesan fantasi dan rasa handsome pada diri. Kononnya lebih Melayu. Sebagai bonus, boleh nikmati Inggeris tahap sampah aku juga.

Tetap juga mem-blogspot-kan diri andai kata sel otak aku lebih banyak berhubung. Minum susu Wardina dulu.

Ok. Tammat.