Tahniah, Encik Kap! Kerana daripada satu billion yang turut serta, hanya anda sahaja berjaya dalam pertandingan ini. Anda telah melengkapkan kesemua cabaran yang diberikan iaitu;
Melayari internet menggunakan super komputer dan sambungan internet 300 megabit per saat. Wo!
Tidur atas tilam terempuk di dunia. Wo!
Makan di hotel bertaraf 10 bintang mengikut selera. Wo!
Akhir sekali berborak dengan kekasih hati sambil diiringi persembahan live lagu-lagu jiwang orkestra. Wo! Wo!
Setiap tugasan memerlukan anda menghabis 100 hari berturut-turut! Tanpa henti! Kehebatan ini membuatkan ramai di luar sana mengagumi anda.
Dengan sukacitanya, saya mengisytiharkan tiga opsyen hadiah yang boleh dipilih pemenang kita.
Pertama, anda akan diberi sebuah banglo 100 tingkat berserta perabot eksklusif dan ciri-ciri mewah lain, siap bersama 1000 orang pembantu. Mereka akan menolong dalam menguruskan rumah, menjaga keselamatan, kebajikan, bla, bla, bla......
Andai kata seorang pekerja mati, pihak kami akan gantikan dengan pembantu baru dalam masa 24 jam. dan semua ini hak milik anda sehingga tujuh puluh keturunan.
Namun, anda perlu melengkapkan satu lagi tugasan iaitu anda mesti belajar semua tentang lagu soprano. Kemudian, cari satu puncak bukit dan nyanyikan 300 lagu dalam genre tersebut sehingga boleh didengari sejauh radius 500 kilometer.
Tidak pun anda ada pilihan kedua. Anda bakal menerima kad bank automatik. Kad ini membolehkan anda mengeluarkan seberapa banyak wang yang anda mahu. Bukan itu sahaja, penggunaannya bebas. Semua bank, semua ATM di seluruh dunia!
Gembira? Tapi ada juga cabaran. Anda diberi masa 30 hari untuk naik turun Gunung Everest sebanyak 3 kali tanpa mengenakan seurat benang pun pada tubuh kamu. Ringkas bukan?
Opsyen terakhir. Namakan sahaja sebarang kenderaan di dunia ini dan kami akan pastikan ia menjadi milik anda. Jet pejuang Sukhoi? Bas double decker? Kereta sorong? Motorbot? Streamroll? Kapal layar mewah? Basikal tua? Hovercratft? Helikopter Nuri? Van mayat? Motor putu mayam? Semua itu dipakejkan bersama bekalan bahan api kenderaan untuk seumur hidup! Tanpa sebarang had!
Syaratnya sangat mengujakan. Anda akan berkahwin dan wajib bunting pelamin. Masa ditetapkan ialah sebulan dari tarikh akad nikah. Pasangan anda adalah golongan bangsawan iaitu Permaisuri Elizabeth ke-2.
Bagaimana? Ada berani?
Tiba-tiba Kap bersuara, "Saya memilih untuk menolak kesemua hadiah yang disediakan, tuan pengerusi majlis."
Sambil disambut oleh ekspresi terkejut wajah pengacara, "Maaf, Encik Kap. Jika enggan, anda terpaksa dikenakan hukuman tinggal dalam longkang saliran utama air limbah Alam Flora sepanjang hayat dan alat terpenting pada tubuh anda akan dipotong!"
Dengan tegas dia memberi arahan, "Pengawal! Tangkap lelaki itu! Kita buat sate!" Serta merta wajah lelaki jambunya berubah kemerahan dan sedikit tanduk comel timbul di ubun kepala.
"Jangan tangkap aku. Ketiak aku berkurap. Daging aku liat. Hidung aku besar. Jiran aku Tomok. Tolong! Tolong!"
"Kaput Karan, bangun! Anta bermimpi. Hah! Tertidur lagi."
Wo! Nasib baik aku terjaga. Tak guna punya mengigau. Buat malu. Terlelap semasa subuh berjemaah. Masa sujud terus tak bangun. Lebih ekstrem, ditendang pula makmum sebelah. Bila keluar konon berwuduk, terus tak masuk. Segan.
Satu saja buat aku lega. Bukan aku saja. Ada enam lagi jemaah pun sama. Yang berat sama dipikul, kan? Terima kasih, kawan-kawan.
6 ulasan:
hee..
kap.aku salu tertidr kalo tengah kiamulai~
tapi belum pernah ditendang makmum sebelah
ahaha..
gler arr mmpi ko..
"Jiran aku Tomok"..??
ape kene mengena seh..huhu!
erm thankx bg link 2 kat sye yer..
sye dh dpt dh pon...
firefox bgus ek...
t sye gne la kan..
mimpi serm tu..
hahaha...
takott...!
nurain:
cube lg tahun depan..
kalau nk berkat bly r izin tok imam pula tendang ;-)
huhuh..
piKOk:
ia dipanggil mimpi subuh :-)
ain hatikristal:
ntah r..
dah itu yg kuar ms tu..
kap dgn tomok kawan bese je ;-)
amalina binti anuar:
ok, no hal..
~nEeYsA~:
cuma seram part kene potong..
xsanggup....
Catat Ulasan