11 Julai, 2009

50-50

50-50?? Serupa perhitungan nasib dapat kahwin kerabat raja. Ada hati konon! Hati-hati! Nanti kena suntik gemuk padan muka. *Kenyit*

Cerita sebenar mencari keseimbangan. Hidup manusia dalam kompakmen. Seratus peratus dan tiada lebih. Siapa cerdik pandai bahagi agar sempurna komposisi.

Rasa pelik dalam hati bila keluar ayat minta simpati.

Ghairah kahwin si kaya-raya. Lagak kencang sama sebaya. Esok-esok ungkit, "kenapa suami jarang balik rumah?"

"Tandus sudah kasih sayang."

"Inikah erti perkahwinan?"

"Dia hanya tahu kerja dua puluh empat jam."

"Saya terpinggir."

Dia cari duit buat kamu ke spa lah! Barang kemas ribuan ringgit bukan beli guna bulu hidung. Hutang kad kredit beli itu beli ini. Rambut kamu saja selenggara dapat beli Kancil sebuah. Kamu sedar tidak sekarang dia kehilangan jambul kebanggaannya. Gugur semua fikirkan serakahmu!

Kita harus mengerti berjaya imbangan berkait rapat dengan wujud wasatiah. Banyak perkara ditimbang tara sebelum sebarang keputusan dimeterai. Jika besar impian anda, pilihlah untuk bersederhana. Kesemua pengharapan tersebut milik anda. Ingat! Anda boleh punya semua tapi amaunnya tetap terhad.

Contoh, seorang pemain bola sepak. Permainan yang mana bukan mereka yang tendang terkuat dikira pemenang (masa kecil fikir begitu). Mereka perlu tahu guna situasi. Bertindak mengikut keadaan (ayat Gerak Khas). Bila mahu pecut, gelecek, rembat, tolak, pass dan lain lagi. Di luar padang disiplin terjaga. Bersemangat walau keras latihan. Sanggup berdiet demi kecergasan. Pelbagai lagi. Waktu ini pengorbanan pula dituntut.

Berbalik pada karma. Bukti bukan semua bisa dikecap (andai banyak yang dikau cari). Bersyukuran landasan sebenar. Ratapi segala pengajaran. Kejar kepentingan dan tinggalkan kesiaan. Fokus ke arah matlamat. Baru dapat apa dikejar.

Sekian.

8 ulasan:

cud the ★ berkata...

ouch
ap ini??

lalink7 berkata...

byk betul makna tersirat dalam ayat tersurat di atas...

Sofia Nin berkata...

aik?

tiba tiba rasa pelik bila kaput menulis entri serius sebegini.

:)

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil berkata...

kap2.

aku boleh cerna.
tapi serius tul la ko ni kap.

hohohh.
thumb up!

Tanpa Nama berkata...

huhu~
adakah entry ni di tujukan kpd wanita2?

Kap berkata...

>>>>>>cottoncandy
ini entri yang bertajuk 50-50 ;-)

>>>>>>lalink7
betul tu..
gaya Kap bercakap mmg seperti itu..
ada bilang bikin pecah kepala :-)

>>>>>>♥ sOFIa ♥
inspirasi dari bacaan blog kawan-kawan maya..
nasihat bukan saja untuk anda semua...
...tetapi saya juga..

>>>>>>handhalah ibnu kamil
terima kasih..
aku cuma cakap dari hati..

>>>>>>[Q.e.M.a]
tak..
untuk umat manusia yang boleh berfikir..
berfikir bahawa dunia ini milik semua..
sama sikit sama rasa..

cikNiarun berkata...

ala kap. ko jangan ckapa lelbey. karang ade yang sentap. kata suka hati, harta sendiri.

yang penting kita tak begitu.

guna pada yang perlu, hulur pada yang memerlu

Kap berkata...

kebetulan aku tengah nak pakai sejuta dua sekarang..
aku lah insan memerlukan..
sila hulur segera ;-)