23 Mei, 2009

Cerita budak gila dan pahlawan angkasa

Budak lelaki sering disogok tv kononnya kami bakal polis angkasa. Pada kami manusia bumi berharap. Tubuh kecil dapat berubah menjadi hebat berkuasa dalam 0.05 saat. Walau pada awalnya seakan hampir dilauk. Bila menentang raksasa jahat, pasti berjaya. Terima kasih, Bintang Ultra.

Dalam seminggu lepas, Kap berjaya menghabiskan sebuah permainan video. Adaptasi filem Perang Bintang. Watak pemuda, anak murid tuan guru termahsyur. Miliki kuasa petir, daya tolakan, dan pakar mengawal Pedang Cahaya. Seperti kebiasaan, tumpuan seratus peratus diperlukan. Akhirnya, blog ini terabai. Memang tak patut.

Jedi
Kap dalam gelap

Semangat sanggup tak makan dan kurang tidur menambahkan keghairahan. Mendatangkan ting tong semulajadi. Tanpa elemen dadah. Hang Kebun dan Misi Rajin senang hati. Dalam pening terasa bagai sedang mempamer aksi kungfu mabuk. Luar kawal tetapi menjadi.

Hampa. Terkejut. Biasa permainan bunuh-bunuh disertakan bersama wanita mendedah aurat lagi cantik. Penyampaian berbeza. Seksi ada cuma rupa tidak semenggah. Dikacuk. Bersisik ikan. Bermuncung pelanduk. Bertanduk lembu. Kreatif. Ciptaan Maha Esa lebih lagi.

Kenapa raksasa perlu besar, berwajah hodoh, abdomen gelebeh dan berlendir najis? Patut pakaikan gincu dan maskara supaya jelita. Buang perut boroi gantikan korset. Cadang naik taraf kecergasan. Belikan mesin senaman berlari setempat. Dapat kurangkan saiz fizikal. Baru kacak bergaya. Jangan dilupa semburan pewangi.

Nexu
Akibat setahun sekali gosok gigi

Teringat masa dulu bercita-cita menjadi pembunuh upahan. Banding dengan kawan. Aku mulia juga. Dia mahu jadi komunis. Katanya komunis melindungi negara. Bodoh kan kami? Alhamdulillah hasrat terbantut. Dia jadi cikgu. Kap pula teruskan hajat. Melepas geram! Tikam! Kelar! Tembak! Tendang! Seret! Langgar! Bakar! Baling! Bukan betul-betul. Hanya cobaan.

Lepas tamat sambung episod lain. Jilid lama. Khatam semua baru layak jadi pahlawan angkasa sejati. Maaf. Minta berundur. Lord Vader panggil. Suruh tutup api dapur. Takut kari hangus. Salam.

4 ulasan:

~nEeYsA~ berkata...

wahhh..
skrg ni mmg musim game..
ish2..
spe yg msk kari tu?
kap ke?haha

Kap berkata...

ya, Kap..
tak masak ape pun..
imaginasi melampau akibat kempunan..
cume megi tom yam+tomato jd ganti..
konon2 udang masak kari..

awak main game ape??

Tanpa Nama berkata...

hoho~
guys if da dpt game mmg x ingt dunia..
btol x incik kap??

Kap berkata...

sokong 600 peratus..
dunia mmg xigt dh mase tu..
tp akhirat igt gak..

tu dia alasan ;-)