Biasa menghadap drama hantu orang putih. Ikut setiap episod. Kawan perli, "Tengok lain tu." Sinis bunyinya. Namun ada kebenaran. Pelakon utama wanita cantik. Minat sejak cukup umur. Tak perlulah dijelaskan lanjut.
Berlambak pocong dan pontianak lokal berlegar dalam peti tv. Terima kasih pada taikun media elektronik. Duit mesti masyuk. Penapisan filem pun join the club. Aktiviti potong adegan hampir pupus. Darah melimpah, kepala putus, perut terburai, kita pun pandai buat. Tiada batasan.
Pernah cerita yang terpaksa keluar ke bandar semata-mata nak dapatkan majalah bersifat ke-bandar-an. Kedai di sini cuma jual skandal politik murahan, gosip celebriti, alam mistik, dan rahsia dalam kelambu. Cuba teka yang mana paling popular?
Dekat sini ada satu banglo. Jin segala mambang boleh dijumpa secara percuma. Kalau kena masa siap boleh jumpa celebriti. Harun Din nama dia. Jangan lupa letak Dato' di depan.
Selain daripada bercita untuk menjadi ahli bomba. Semasa kecil, Kap juga teringin jadi tunang pak dukun. Jahilnya! Sebab ingatkan tunang itu bermaksud anak murid. Malah, silap menterjemah dukun sebagai guru silat. Moral, sila tajamkan bahasa lidah anda! Dan jangan biarkan diri anda diselubungi misteri!
5 ulasan:
aku langsung tak macam Rozita Che Wan.tapi aku tetap nk komen.hehehe.
Kesian gla ko.tapi aku pun sama gak.
dulu aku ingat 'kelmarin' 2 nama minachi.Sronok je buh dalam karangan BM.skali kena pggil dgn ckgu.pot pet pot pet kna bambu.
nak web tuk wat link read more 2..
kadang-kadang,tak payah tgk movie hantu putih.atau baca majalah jin bermacam.
ambik cermin,senyum.itu hantu yang sebenar.
kadang-kadang,tapi terpulang.
*senyum lebar2*
haish.dalam maksudnye kap.!
[z@ck]:
RCW kata, "u cantik ape!"
cian awak..
nti kim slm kat "kelmarin" ek..
huhuh..
amalina binti anuar:
awak, len kli tinggal msg kat shoutmix, k :-)
~AyaN~:
fuyoh!
sek baik xde cermin kat sni :-)
nurain:
dalam mane?
dlm jer? luarnyer mane?
Catat Ulasan