07 Julai, 2009

Tujuh hari pertama separuh masa kedua dua ribu sembilan

01.
Dilanda fobia air. Berita putus bekalan yang tak konsisten. Malah malas juga ambil kisah. Berbotol satu poin lima liter dibaris sederet. Diisi penuh air tapis. Aku kaki minum! Gila akan air kosong! Langsung tidak peduli simpanan untuk air besar. Nasib baik gangguan berbentuk sebentar.

02.
Vokalis TWKUA keluar dari band. Bermaksud aku mungkin antara orang terakhir beli EP mereka sebelum kejadian buruk. Lepas ini suara orang lain. Mustahil Misha Omar boleh ganti. Empat hari bulan tujuh mereka berpecahan. Amerika pula berdansa merdeka. Tiada hubung kait. Nampak terang kecewa.

TWKUA_EP

03.
Sepanjang seminggu Mikaeel pergi, ramai tulis tentang dia. Selama itu aku ber-moonwalking a.k.a blogwalking mencari insan sekepala. Mereka isytihar single kegemaran. Pelik tiada siapa pilih Human Nature dan Dirty Diana. Kolotkah aku??

04.
Petang pulang rumah Hang Kebun bawa sesuatu: kismis perisa ayam goreng Kentaki! Pandai bukan ku pujuk diri? Maaf, tekak! Boikot mesti terus. Batuk atas tangga cara yang tiada prinsip. Kita buat meskipun mengidam. Damn! Terkecur!

Kismis

05.
Kamera analog baru dipanggil Hang Kebun sebagai "mainan". Pandai pun! Suku filem diguna ketika bowling Sabtu. Baki belum terfikir ke mana. Aktiviti keluarga melancong ke Dubai belum mampu kami laksana. Pergi panjat Everest Hang Kebun sakit lutut. Memancing laut takut ombak ganas. Alasan jenis apakah ini? Jess mari bergambar sama.

06.
Berjaya menjadi mat rempit tanpa motor. Penyebab adalah beg bundle puluh ringgit. Adik dan Misi Rajin setuju. Jess awal lagi berkerut muka. Beg hitam lama nampak sejiwa. Yang baru nampak kosong. Langsung tak aku! Terbukti tepat kata dia. Betul-betul dia memahami aku. Lagipun mana ada budak wikang dengar Butterfingers.

Rempit

07.
Rak kayu tepi katil naik berdebu. Hidup bersebelahan lebuhraya langsung tak sehebat hari raya. Deepavali pun seribu kali lebih baik. Kerana cuti umum mungkin. Huh! Habis koleksi cd aku. Satu hal pula mengibas habuk. Tunggu raya lah!

5 ulasan:

~nEeYsA~ berkata...

ish2..
persekitrn yg berhabuk boleh mngundng kpd mslh kesihtn..

chentaMAYA berkata...

ko nieyh~
sllo peningkan otak aq!
hee~

cud the ★ berkata...

luahan hati kap~=)

Sofia Nin berkata...

gahahaha. macam macam berlaku dalam satu post. suka suka! itu gambar kismis. ku kira batu cincin awal nya. hahaha :)

Kap berkata...

>>>>>>~nEeYsA~
resolusi pakai topeng muka 24 jam akan diperkenalkan..
tanda protes..
cit! ;-)

>>>>>>♥chentaMAYA™
senaman otak :-)

>>>>>>cottoncandy
huhuh..

>>>>>>♥ sOFIa ♥
cincin pun boleh..
tp ada tarikh luput lah ;-)