29 Mei, 2011

Setan Menangis

satutiga

Tahniah! Musim depan jumpa Real main macam ini lah baru jantan. Jangan lah diving, dan mengadakan serbuan ke arah pengadil. Pengadil pun tahu takut. Setiap yang bertelur pasti akan retak atau maksimumnya tembelang, pecah, dan menyengat pernafasan.

27 Mei, 2011

Upgraded

Kebelakangan blog aku sunyi, hasil tulisan pun macam manusia sesat. Sebenarnya, aku sedang berperang saat saat akhir menaiktarafkan status aku: Sebagai lelaki, dan sebagai seorang pencinta.

Cinta abadi terjalin bilamana dua famili bertemu, lalu mengatakan ya untuk sebuah perhubungan baru. Lantaran, kami tersenyum dalam hati, tapi kami nampak. Sebab kami berkongsi hati sejak lama dulu.

Ketika ini, mood aku rohnya terlayang layang di atas sana. Tak tahu nak jelaskan bagaimana perasaannya bila semua lancar terlaksana. Baik sebelum, semasa dan sesudah.

Oleh demikian, aku ingin berterima kasih atas doa, dan cacian diterima. Tanpanya kami tidak sekuat sekarang. Diharapkan semua perancangan berjalan baik untuk seribu tahun depan. Aku enggan kecewa lagi.

22 Mei, 2011

Bahu Tutup Leher

Mengikut dakyah Twitter, sekarang Messi tengah dipujuk rakan sekelas divingnya. Meroyan tak dapat terima hakikat rekod penjaring terbanyak La Liga semusim dipecahkan mamat bahu-tutup-leher. Ok. Messi messy.

21 Mei, 2011

Perlu Dan Memerlukan: Setia Kawan Sedia Sawan.

Letihlah. Betullah cakap En. Blabber. Perlu dan memerlukan. Sama ada aku degil menafikan keperluan pesahabatan, atau aku sengaja membutakan hati tentang peranan kawan terhadap seorang kawan, itulah aku yang sekarang.

Aku serik untuk berkawan, apa entah lagi bersahabat, dan apa entah lagi hendak menganggap seseorang bukan muhrim sebagai "soulmate". Kerana setiap kali perhubungan terjalin, aku selalu letakkan harapan. and guest what, akhirnya aku hampa.

Sebab itu bila membaca entri itu, aku tertanya bila akhir sekali aku berkongsi masalah dengan orang selain Jess dan Si Gemuk. Hah. Mereka berdua pun pernah merungut atas perubahan sikap aku semakin sorok sorok kesusahan. Mungkin sebab terlalu menyayangi aku, sehingga mereka tidak dapat menerima kekurangan aku. Terasa nak cium mereka, tapi jauh pula jarak memisahkan.

Jadi, terima kasih buat yang pernah terbaca tulisan aku. Kesampahan frasa aku bukan kerana kegagalan cikgu bahasa, tetapi berpunca daripada ketidakmampuan diri memahami definisi 'perlu dan memerlukan' sejati. Main sedap mulut.

Bercakap ikut hati semestinya aku sahaja memahaminya. Patutlah ramai yang komen, "tak faham. heheh." Pelik. Cerita dalam Mastika selamba sekali hadam. Aku pula terpaksa membaca penuh kepayahan.

Dunia hantu kamu-kamu mudah selami, kenapa tidak dunia aku dan kamu? Hal manusia susah sangat ke pengertiannya? atau kebanyakan kita berubah sepenuhnya kepada puaka jembalang?

Babilah tulisan aku ini kali.

Berhentilah. Letih.

19 Mei, 2011

Sunat Wajib

Pada sesiapa yang berpuasa sunat ini hari, aku ucapkan syabas. Manakala yang bersunat pula, aku ucapkan, "inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un."

16 Mei, 2011

Selera Besar

Cikgu, apa barang paling cikgu suka?

Fauziah Gous.

Alaa, cikgu. Fauziah Gous bukan barang.

*Senyum Lelaki Kucing*

Cuba serius sikit, cikgu. Tak hormat murid langsung.

Ok. Baiklah. Hamba menurut perintah.

cikgurotan

Kami tanya balik. Selain Fauziah Gous, dan banglo kaca tepi pantai, apa benda yang cikgu suka sangat? Sepuluh saat masa diberi.

*Bla..Bla..Bla..Bla..Bla..Bla..Bla..Bla..Bla..*

Ooooo..

Wei, kau orang jangan mengada perhabis beli aku hadiah. Mak ayah jaga dulu, aku last aku no heart feelings. Tapi paling busuk BlackBerry. No discount.

*Tepuk dahi*

15 Mei, 2011

Pandi Kutty

Anda para wanita bertuah memiliki kami. Kami peluh bau bangkai bebiri, korek hidung setelah mengorek bontot, menyedut menghembus asap tembakau ke tempat budak kecil bermain, makan berselerak, kentut zero sensitivity, dan segala yang anda bayangkan kemungkinan akal jahat kami mampu lakukan.

pandikutty

Tapi seorang lelaki tidak akan menyimbah asid ke muka perempuan lain. Sebab lelaki sejati kebanyakannya gagal dalam subjek kimia, sekaligus gagal memahami fungsi asid.

Kami perlukan cikgu muda, seksi, dan mendedahkan kaki panjang untuk meraih perhatian kami. Tambahan pula, tabung uji dan kepelbagaian saiznya hanya disukai wanita. I don't really get what this means. Tet!

14 Mei, 2011

Diucapkan...

blogage

...selamat sembuh forever kepada Blogger. Ke-"mantenance"-an kau buat aktiviti internet aku terencat. Tanpamu, keseronokan Amir terkeluar kurang keraian. Suram durja. Bagai tahun baru tanpa serbuan ke hotel bajet. Seperti blog wanita tanpa foto tudung Hana Tajima. Umpama surat khabar perdana tanpa cerita khayalan-menjelma-ketika-fikiran-melayang-menjauh-mengenangkan-mu.

Ok. Tammat.