Aku pandu sederas siput tapi mereka kata cekap. Akulah Schumacher Melayu. Maklum, nak tumpang kereta percuma. Sewa nanti puluhan ringgit terbang melayang. Bodek sambil bodohkan diri dan mereka rasa mereka merdeka!
Di pejabat, aku pandai buat kerja. Bila mula tersenyum, aku menarik perhatian semua (apa punya tulisan daaa). Mereka bayar aku ciput demi alasan banyak lagi kena belajar. Sedangkan aku cekap dan kehadapan. Mereka undervalued aku. Mereka kata mereka merdeka!
Sampai di sebuah kedai, bertanyakan harga sepasang baju kurung. Cuba tawar-menawar. Tiada sedikit pun diskaun. Sedangkan tadi lain dapat 20 ringgit lebih murah. Mereka menipu dalam Ramadan dan mereka kata mereka merdeka!
Bila orang lain bantah tangkap manusia lain tanpa perbicaraan, melambak FRU di longkang, atas pokok, dan celah traffic light. Tapi bila ada kumpulan hina tuhan agama lain. Siap main pijak sepak. It's ok! Itulah pemimpin aku dan seperti biasa, mereka percaya sangat yang mereka ini merdeka!
Si polan percaya aku ketagih makan nasi lemak malam "lori bergerak" aku poyo! Abai kesihatan! Dia pula yakin dia merdeka sebab tiap minggu drive-through Kay-Ep-Si. Entahlah, merdeka!
Merdeka! Merdeka! Cuti perkabungan! Meratap kebangangan! Insan kononnya merdeka.
*Masih cuba me-merdeka-kan jiwa*
*Selamat merdeka, kawan-kawan*
31 Ogos, 2009
30 Ogos, 2009
Diari Ramadhan Kap
Semalam Real Madrid punya game di tengah awal pagi. Sebagai penyokong tegar, bersama mata rabak aku standby depan tv bersama semangat jersi baru. Walau masih dalam baldi, terasa kononnya aku sedang pakai. Baju Sarawak termasam setelah seharian temankan Si Gemuk dan Jess shopping raya aku buat tutup sebelah hidung. Baunya i-don't-what-to-say.
Bertahun-tahun aku jadi savior adik beradik. Tugas paling biasa temankan pergi toilet. Kelakar tengok gelagat Adik. Dia ni semua benda tak takut. Ular, buaya, wanita cantik (aku tipu), biawak komodo. Semua tak ada hal! Tapi apa cerita lipas jadi isu. Damn!
Chow Kit kan ada banyak khemah jualan. Kuih, baju melayu, dan apa-apa saja yang mahal time Ramadan (kecuali bundle). Wei, kenapa banyak sangat baju kurung see-through?? Mungkinkah rezeki(?) budak lelaki di pagi Syawal kelak??

29 Ogos, 2009
Jiwa biskut Marie
Selalu sangat bila beria-ia jadi gagal. Bersusah payah aku plan. Tensi yang aku dapat.
Kadang-kala aku buat bodoh saja. Mulalah orang merajuk kata aku tak komited. Beri alasan tu seolah bertanda dekat tubuh aku. Aku manusia alasan! Sial lah!
Korban minat dan kehendak aku nak penuhi hasrat korang. Akhirnya, aku kecewa. Puasa ini korang nak uji aku ke wei!!
Lain kali aku malas layan korang. Banyak hal aku nak layan. Layannn..

28 Ogos, 2009
27 Ogos, 2009
Hati jahat
Apa kes? Kena paksa berbuka puasa di rumah bos. Kata makan besar. Tak percaya. Lepas soru, sembahyang jemaah menyusul. Nak tipu pun dikit-dikit lah. Belasah kaw-kaw. Mampu ke nak solat??
Pesanan untuk bos. Tipu masuk neraka. Lantak! Jangan salahkan saya. Saya (bakal) teraniaya. Sebab kesian, saya janji tunggu bos depan pintu syurga (kalau senang!).
Bajet tiga ratus menu wajib A. Harapan tinggi. Sekali sakit hati, aku sumpah jadi sate Kajang. Maksud aku lidi cucuk sate. Sampah tak boleh kitar semula.Useless!
Doakan jangkaan aku meleset. Nanti aku pula yang duduk tempat panas tu.

26 Ogos, 2009
Sogo: Sebuah kubur cinta
Ok! Dari khabar rakan sekerja duit raya masuk semalam. Aku cadang beli sebiji banglo kaca tepi pantai. Lebih belanja kamu semua. Setuju?
25 Ogos, 2009
Lambat lagi azan Maghrib
Sedar tak sedar kini Syawal tiba. Dodol dan ketupat sedia dijamah. Saudara mara, sahabat handai berkumpul merai kemenangan besar umat Islam. Sepanjang Ramadan, kita menghadapi cabaran ayam golek Seksyen Tiga, jeli kelapa Yusman, serta Murtabak Wan, yang ternyata menguji kesabaran insan bercinta. Eh! Berpuasa!
Slot berangan ini di taja oleh Rojak Mak Zah dan Syarikat Van Sekolah Pakcik Abbas. Terkenal sejak tahun 1989.
Jam sebenar menunjukkan 4 Ramadan 1430 Hijrah. Harap maklum.

24 Ogos, 2009
Sekejap lagi azan Maghrib
Jangan Ada Benci merupakan antara lagu yang agak hangat di zaman kecil aku. Ramai kawan perempuan mangsa angau bilang penyanyi lelaki itu kacak. Bila aku cakap aku pun sama tampan, mereka langsung tolak. Mereka minta alasan.
Aku cakap, "sama what rambut aku dengan dia!"
Mereka muntah sampai subuh.
Melalut ke laut, sedangkan aku bukan nelayan. Apa hal nak ke laut? Lagi pun aku suka makan ayam. Ayam suci lagi halal. Bukan ayam pakai skirt pendek!
Tumpang lalu, kawan-kawan. Aku perasan semakin kurang anda yang komen. Semua universiti ke tutup dalam Malaysia ni?? Meskipun aku sedar blog kurang popular senarionya sunyi. Macam biasa, aku tetap degil. Orang lapar beginilah. Lebih lagi bila ayam golek idaman tak ada atas meja. Porah!
Sumpah! Aku benci Ronaldo. Sekarang dia pemain pasukan aku. Siap duta syampu sama. Nak tak nak aku terpaksa terima dengan hati terbuka. Adik beradik mana elok gaduh-gaduh. Bulat air kerana pembentung. Aduh! Teringat dekat ayam golek Seksyen 3. Bulat-bulat wo! Telanjang! Tak pakai skirt pun.
Moral, benci Messi pula. Untung-untung, musim depan dia pindah ikut Ronaldo. Jangan benci Amri Yahyah. Nanti bungkus Selangor.

Langgan:
Catatan (Atom)