29 April, 2009

Final Piala BA semalam

Kawan babi
Pasukan Tonyok Berhingus.

Fakta:
Nampak segar tapi tidak. Jangan tertipu!
Juga kenali sebagai ba-alif-ba-ya di kalangan pengamal jawi.
Pemenang Anugerah Binatang Popular seratus tahun berturut-turut.
Makin banyak di Tanah Melayu. Tiada langsung di Kota Singa. Sebab singa dah ngap.

VS.

Bang
Kap.

Fakta:
Si penembak tepat tanpa bulu dada. Photoshop berkesan!
Hanya mengetahui warna mereka pink semasa di tingkatan satu.
2 jam untuk set rambut di salon amoi yang vegeterian.

Buah
Pengadil perlawanan.

Fakta:
Belum pernah selsema sebab tiada hidung.
Muka kerepot dan bermata merah (simptom awal).
Tak sempat dapat suntikan anti-babi. Sibuk anak nak kahwin.

Keputusan:
Tonyok Berhingus kalah kepada Kap. Kosong berbalas seratus ribu.

Nota:
Kapasiti stadium ialah 100,000 tempat berdiri. Mereka tak bijak duduk.
Peluru yang digunakan 50,000. Satu peluru, dua mereka.
Mereka memang B_B_! Sila isi tempat kosong.

Gambar sekadar ilustrasi.

Kredit: Internet.

28 April, 2009

Mimpi cap B [02]

Sendiri di lorong hitam. Hujung sana wanita cantik berdua tiada teman.

Seperti biasanya, aku disapa penuh manja. Huh! Mungkin tidak layak dipanggil sapa. Sebab mereka sebenarnya...

"Muuuuah." Pipi kananku dicium.

"Muuuuah." Sekali lagi aku diperlakukan. Tapi tidak ingat sasaran cabul.

Muka mula merah seperti bunga ros. Nak tolak hati kata mahu.

"Lagi! Lagi!" Ronta jiwa.

Nasib baik aku tersedar. Terima kasih pada bunyi kentut jiran sebelah.

"Intan, Bella, I minta maaf. I tak boleh khianat Jess. You all "Pisau Cukur" and I hate you both." Aku cuba tambah bahasa penjajah sana dan sini. Harap mereka faham.

"Alaaaaa.."

"You tengok bawah lengan I ni. Clean!"

"Alaaaaa.."

"I have no credit cards. In fact, my cash in bank's zero!" Sambil lobi gaya hidup di Hartamas. Korek hidung dan picit jerawat.

"Hello, Intan di sini. Payung di situ. Bla..Bla..Bla.."

"Ye ke, mak? Minyak cap Kapak naik harga! Nanti Bella check e-mel. Bla..Bla..Bla.."

Juga seperti biasa. Aku ditinggal sendiri. Lagi!

Pisau Cukur
Lihat mereka masih tak serik!

Kredit: [1]

27 April, 2009

Senyum seindah suria yang membawa cahaya

Untuk pengetahuan anda, entri semalam adalah yang paling relaks yang pernah Kap tulis. Anda pasti setuju.

Ringkas dan penuh berseni. Namun, di dalamnya terkandung semua falsafah kesihatan sejati, iaitu senyum ubat anti-kedut!

Senyum (sila rujuk gambar profil Kap) amat mudah! Tidak perlu bagi seseorang untuk wajah anggun Rozita Che Wan supaya padan dan cantik senyuman itu. Susan Boyle telah membuktikannya.

Sedikit rasa yakin, tokokkan gedik al-manja yang tidak keterlaluan sudah cukup. Siapa kata Liyana Jasmay saja gedik. Bukan hanya kau yang mampu! Semua pun mampu.

Bila Jess tersenyum melihat gaya beruk makyeah Kap. Kap rasa terlayang sekejap. Satu contoh paling signifikan.

Walaupun kami duduk jauh buat sementara. Tapi imej baris giginya yang kurang putih senantiasa bermain di mata ini. Setiap hari bertambah rindu. Maaf, Jiwangman tumpang lalu.

Pendek cerita, sekali dia senyum sepuluh magis terhasil. Salah satunya jatuh tepat dalam hati Kap. Cerita dongeng? Tak.

Alang-alang dah jiwang. Kap nak tanya satu. Apa reaksi anda masa baca entri terhebat, "Senyumku buat kau cair"? Sebab Kap tersenyum bayangkan anda tersenyum. Mungkin ada juga yang geram. Huhuh.

24 April, 2009

Masalah Jess Merajuk, Asmara Pembunuh Jenayah

1315:
Satu positif satu KO. Khutbah cakap, "solat penentu kualiti keislaman." Semangat meresap ke betis kanan. Itu yang bagus.

Anda pernah kenal lori sampah? Ya. Kenderaan busuk tapi buat kerja mulia. Tadi sekitar masjid berbau mual. Tapi tiada kelibat lori. Hanya van angkut pekerja. Adakah pekerja kilang itu sampah???

Sukar berespirasi. Dada minta nyawa. Tidak tekun beramal. Harap minggu depan selesai masalah.

1400:
Peparu masak sambal bersama tomato???

Sungguh yummy! Jess mesti pening kepala.

1545:
Bot terbang antik berlubang sana sini. Saga konon tapi bukan warna merah. Lama tidak jalan. Merajuk enggan hidup. Perlukan rawatan segera. Si Kancil jadi hero.

Segmen baru, "Mari belajar Lompat Mula". Cucuk bateri A ke bateri B. Yahooo! Sekali pulas berasap eksoz. Boleh lumba di Sepang esok dengan Schumacher.

1717:
Mengapa terjadi perpisahan ini? Di kala asmara melebar sayapnya. Mengapa kau pergi di saat begini. Di kala hati ku terlukis nama mu.

Adik, sila perlahankan tahap pembesar suara!

1907:
"Barah pembunuh nombor satu di Amerika," ayat seorang awek cun bekas mangsa barah.

"Amerika pembunuh nombor satu di Iraq, Afghan, Palestin dan seantero dunia!" Kap pula yang bercakap.

1925:
Petikan daripada surat khabar cap M. Lokasi pasar tumpuan buskers. Bicara tentang lelaki songsang. Tolong straight! Jangan belok-belok!

"Walaupun peratusan jenayah tahun ini menurun 80%..."

Hebat! Ikut statistik suku pertama negara, kombo kes rogol dan samun meningkat hampir sekali ganda. Sarjan Misai wajib pencen tanggung malu.

Kesian anggota berbaju biru. Jadi belajar dengan pakar!

Disaran agar pengurusan dapat hasilkan sekeping dua risalah khas bertajuk "Panduan Tangani Jenayah Dalam Tiga Bulan". Baru selamat tanah tumpah darahku.

Tom Cruise terus masuk Islam

Ada seorang sahabat Kap. Badan penuh bulu dikata hensem. Pakai baju tak pernah. Nak menunjuk bulu dada.

"Kau jeles, kan? Pilot jet fighter even tak kacak pun orang cakap, "not bad lah" at least."

Aku cemburu????? Huh!

Helmet
Wanita di belakang mengambil gambar Kap sejujurnya.

23 April, 2009

Rajin ni kan? Sivaji the Boss!

Jom main papan luncur.

Tidak boleh lagi. Pok pok pok. Lulut dah terbengkok.

Mari kita bershopping. Alamanda.

Ramai sangat rombongan singgah. Saling tak tumpah fun fair zaman dulu. Nasib baik tak ada merry-go-round. Lebih baik melawat kubur.

Wayang nak?

Tak boleh! haram!

Apa kau cakap ni? Aku ajak tengok filem di pawagam!

Jangan lah skema. Aku tau aku kacak (?)

Jogging?

Seluar koyak. Nanti nak suruh Cikgu Ros jahitkan.

Karaoke?

Berapa kau nak bayar aku?

(.....................)

Geram ke??

Habis! Memanjang hadap laptop, sental susu coklat, gosok perut saja?

Tak. Nak jalan di alam maya. Melawat para Kaputan yang rajin :-)

Pssst:
Top 10 "Nombor Dalam Kelas", siapkan kompang. Dekan hari ni off. Mahu melawat pelajar bersemangat di rumah.

22 April, 2009

Seminit 50,000 patah perkataan

Baru balik dari hospital neeno neeno.

Sempat terserempak dengan klon Pak Pandir moden, Nizal Mohammad, Kazar, Misha Omar, Rabuan Pit, Hasbullah Awang, Rozita Che Wan, Ustaz Amirul, Jude Law, Roseyatimah dan....

Tarik nafas dulu. Juga jumpa sama Tunang Pak Dukun, Tina Turner, Aishah, M. Kumaresan, Chua Soi Lek, Gani Patail, Yuna, Arni Abdul Gani, Farid Kamil, dan Yusuf Islam. Terlebih syok pula. Maaf, hanya dua yang terawal saja yang betul.

Pengajaran, jangan gelojoh. Tak lari nasi lemak dikejar. Perut sudah padat. Kepala pusing ligat. Cakap serupa tak ada otak. Sekian. Anda tak mampu mengubahnya.

:-)