29 April, 2010

Apa Ana Perasan (Ini Minggu)...

...4D atau terma kesatnya, judi nombor ekor berleluasa (haram tapi halal mengikut undeng undeng).

Harian Metro sampai 3 muka (sms keputusan apa jadah). Lokasi sebelah ruangan sukan. Selepas beriadah boleh lah berjogging ke kedai nombor pertaruhan (sihat badan).

Tahukah anda "nombor-nombor ke syurga" ini diklasifikasikan sebagai sukan????? WTH!!

Surat khabar Melayu untuk Melayu kan? Statistik please!

Mereka ini pakar matematik dan lebai tebal iman. Jadi, sila pergi ke kedai "ilmu hisab" itu memakai kopiah. Bungkus sekilo nombor. Tadah guna kopiah! Berkat. Selamat. Balik rumah kira berapa untung rugi.

Sekian usrah. Tammat.

2 ulasan:

Hasrul Rizwan berkata...

aku lupa nak taip apa lepas terbaca lu kata Rozita Che Wan pernah komen blog lu nih. keh keh keh...

Yang ni betul-btul lawak!

Kap berkata...

memang lawak. tapi cerita benar.